Showing posts with label Informasi Umum. Show all posts
Showing posts with label Informasi Umum. Show all posts

21.6.12

Sebuah Lenovo

Setelah sekian lama, aku telah membeli sebuah laptop baru bagi menggantikan MacBook Pro aku yang dicuri.

Aku memilih Lenovo model G470 dengan prosesor Intel i5, 8GB DDR3 RAM, 500GB kapasiti simpanan, skrin saiz 14 inci dan Windows 7 Home Premium. Harganya agak berbaloi dengan spesifikasi yang ditawarkan.


Kenapa tidak MacBook? Pertama, harganya di luar perancangan bajet aku. Kedua, aku mahu main games. Satu masalah dengan produk komputer jenama Apple, sukar hendak ditemui software yang sesuai untuk digunakan. Ketiga, aku rasa ianya lebih sesuai untuk keluarga aku berbanding produk lain.

Cukuplah laptop ini.

====

Sambungan.

Antara software yang aku install adalah Adobe CS5 khususnya untuk suntingan video. Aku rasa menggunakan Apple Final Cut dan Motion bukan sesuatu yang sukar. Aku fikir Adobe Premier dan After Effect juga boleh dipelajari sedikit demi sedikit.

Sebab itu jugalah aku perlukan 8GB memori. Lebih besar lebih bagus tetapi laptop ini hanya menghadkan sehingga 8GB sahaja. Aku sedikit risaukan kemampuan prosesor tetapi dalam bajet yang ada, setakat ini saja yang boleh aku laburkan. Seperti yang aku katakan, kalau boleh aku mahu beli sebuah MacBook Pro. Ianya sangat mudah digunakan, stabil dan kurang masalah. Tetapi buat masa ini, cukup sekadar laptop sederhana ini.

Apa kekurangannya? Paling aku terasakan kekurangannya adalah 'backlit keyboard' seperti yang terdapat pada MacBook Pro. 


Apa benda backlit keyboard? Ini dia,


Kalau ada backlit keyboard pada laptop, senang sikit nak menaip dalam gelap. Tidaklah kita mengganggu orang lain. Ada penyelesaiannya; lampu LED menggunakan sambungan USB. Leceh.

Seterusnya, tidak ada butang kawalan bunyi tersendiri menyebabkan kita terpaksa menekan butang 'Fn' terlebih dahulu.

Selain daripada itu, aku berpuas hati dengan kemampuan dan kualiti Lenovo G470 setakat ini.

24.1.11

Negara Yang Bahagia

Kelmarin aku terbaca di internet mengenai senarai 10 negara penduduknya paling bahagia; baca SINI. Tempat pertama, Norway. Kedua, Denmark dan ketiga, Finland. Ketiga-tiga negara ini terletak di kawasan Scandinavian, atau Eropah Utara. Kedudukan Malaysia? Malaysia berada di tangga ke 43 daripada 110 negara yang dinilai. Kira boleh tahan.

Jiran kita? Singapura yang kita sering kata sangat uptight dan kiasu berada di tangga ke 17. Thailand di tangga ke 52, Filipina di tangga ke 64 dan Indonesia di tangga ke 70. Tiada data Brunei. Arab Saudi yang begitu tegas dengan rakyatnya di tangga ke 49.

Banyak aspek diukur melalui penilaian yang dibuat; taraf hidup, KDNK, kemudahan hospital, suasana politik, kebebasan rakyat dan kesenangan memulakan perusahanaan serta inovasi antara yang diambil kira. Malah suasana persekitaran juga dinilai.

Aku tahu kenapa negara kita jauh lebih rendah berbanding Singapura. Politik kita kucar kacir dengan penuh bau-bau perkauman sepanjang masa. Ekonomi kita masih seperti menyeret diri sendiri dan masih belum sembuh dari luka. Pendidikan kita sama taraf seperti mesin fotostat; lebih banyak kita keluar pelajar, lebih baik. Sistem kesihatan kita walaupun percuma tetapi sangat minimal. Persekitaran kita semakin lama semakin tercemar dengan pembangunan tanpa perancangan teliti. Kebebasan rakyat? Kamu sendiri tahu bagaimana keadaannya.

Aku harap kerajaan tidak meremehkan hasil kajian ini sebagai usaha pihak barat untuk memperlekehkan Malaysia. Kalau tidak betul, masakan setiap hari kita boleh dengar rungutan rakyat mengenai masalah hidup yang dialaminya.

Juga, kita perlu kaji kenapa negara-negara di Scandinavia semuanya mencapai tahap top 10 dalam senarai. Apa yang membuat mereka berada di tahap tertinggi dalam ranking dunia. Antara faktor yang dirungkai dalam Forbes.com adalah negara-negara tersebut mempunyai sistem politik dan tahap kebebasan bersuara paling terbuka. Keterbukaan ini yang sering dimomok oleh pemimpin kita sebagai tidak sesuai untuk dilaksanakan di negara yang berbudaya timur seperti Malaysia. Maksud mereka, kita sebagai orang timur tidak boleh menerima teguran dan kritikan secara terbuka? Atau kita tidak boleh berbincang secara 'berkongsi' kerana ianya bukan budaya kita?

Masalah dengan pemimpin kita adalah kerana mereka masih berfikiran secara feudalistik; pemimpin lebih tahu apa yang bagus untuk rakyat yang dipimpinnya. Maka segala pembangunan dan usaha yang dibuat oleh kerajaan jarang sekali melibatkan pandangan dan pendapat orang ramai, iaitu rakyat yang memilih mereka. Pemimpin kita bila dilantik mengetuai kita bertindak seperti tok demang atau orang besar yang hanya tahu memungut cukai dari rakyatnya dan hidup berlandaskan kepentingan diri sendiri dahulu, baru kemudiannya untuk rakyat jelata. Mereka secara halusnya adalah 'raja kecil'; perlu dihormati dan disembah, perlu diusung dan dinobat.

Itu antara kecacatan sistem politik kita. Kita tidak boleh salahkan sistem politik itu sendiri. Kita perlu salahkan pendukung sedia ada dan bakal pendukungnya kemudian nanti. Kita juga perlu salahkan diri sendiri kerana tidak tahu membezakan mana satu politik, mana satu sifat fanatik.

Kemudian dalam ulasan Forbes itu lagi, ekonomi yang mantap dengan sistem yang memudahkan kita mewujudkan usahawan adalah salah satu faktor penting dalam penentuan tahap kebahagiaan. Ekonomi yang kukuh mampu meningkatkan rasa senang di hati rakyat. Norway dengan KDNK per kapita sebanyak $53,000USD adalah yang tertinggi didunia, ianya hampir tujuh kali lebih tinggi dari Malaysia. Singapura dengan kawasan yang sempit dan penduduk yang kecil mempunyai KDNK hampir sebanyak itu juga berada di kedudukan ke 17. Kita tidak boleh semata-mata meremehkan mereka lagi. Pencapaian mereka adalah suatu kenyataan. Jangan dengki tidak tentu pasal. Apa yang kita perlu buat, tingkatkan keupayaan ekonomi kita dengan kadar segera atau kita akan lebih jauh ketinggalan dari mereka.

Perlu kita lihat juga secara spiritual. Penduduk di negara Scandinavia secara puratanya kurang 'beragama'. Secara purata, hanya 13% daripada penduduk mengunjungi gereja. Bukan apa. Semasa zaman kegemilangan Islam dulu pun, tiada penekanan khusus mengenai segalanya mereka islamik. Malah, tiada definisi khusus mengenai perkara islamik yang dilakukan. Perjanjian tetap dilakukan dengan golongan yahudi di Madinah walaupun akhirnya perjanjian itu dikhianati. Kita tidak nampak mereka bina masjid sebesar-besarnya hanya untuk menunjukkan mereka itu Islam. Malah, kalau kita dengar cerita mengenai bagaimana perundangan Islam dilaksanakan, ianya lebih 'ringan' daripada yang sering dirancang oleh kita pada masa kini.

Islam itu sendiri adalah cara hidup. Jadi secara asasnya, bila kehidupan kita seharian itu berdasarkan Islam, perlu apa lagi sebuah negara Islam (untuk dilaungkan kepada dunia)? Adakah kita perlu membuktikan kepada semua orang betapa islamiknya kita di mata orang lain? Itu yang sedang berlaku di Malaysia. Kita berlumba-lumba untuk menunjukkan kita lebih islamik berbanding orang lain. Berbanding dengan negara lain. Kita buat kepompong dan masuk ke dalamnya. Entah berapa lama kita hendak berhibernasi. Orang di sekeliling sudah semakin jauh meluncur. Kita masih tidur.

Sekarang, mahukah kita persoalkan kebahagian orang lain atau mahukah kita turut sama bahagia dengan melaksanakan pendekatan lebih proaktif dalam merancang masa depan negara kita? Kalau kita hendak cari kambing hitam memang senang. Tapi selepas itu, apa? Kita akan terus kekal begitu.

Mungkin ada baiknya kita berubah menjadi lebih baik daripada memperlekehkan 'kebaikan' orang lain.

17.1.11

Saintis Temui Penawar Rabun Warna?

Pagi tadi ketika bangun dari tidur, aku ada sebab untuk tersenyum sendirian.

Semalam ketika menunggu waktu untuk tidur, aku menonton satu rencana di saluran Discovery Science (554) mengenai warna. 15 minit di penghujung rencana, mereka membincangkan mengenai rabun warna dan potensi penawarnya.

Kajian dilakukan ke atas Squirrel Monkey oleh Professor William Hauswirth melalui seekor monyet jantan yang rabun warna (kebanyakkan squirrel monkey betina tidak rabun warna) yang telah disuntik virus yang mengandungi gen tertentu ke dalam biji mata monyet tersebut.

Setelah beberapa minggu, monyet jantan yang pada asalnya rabun warna, telah diuji dan hasilnya, monyet tersebut tidak lagi mengalami rabun warna! Perlu kita ingat bahawa rabun warna pada squirrel monkey jantan ini adalah bersifat genetik iaitu keturunan, bukan akibat kecederaan. Sama seperti aku, rabun warna aku adalah akibat genetik atau keturunan.

Jadi secara teori dan hasil ujian terhadap squirrel monkey, rabun warna dapat diubati. Ini adalah berita gembira kepada lebih 200 juta manusia di seluruh dunia. 1 daripada 10 lelaki adalah rabun warna manakala 1 daripada 200 wanita juga rabun warna. Potensi penawar rabun warna ini mampu memberi nafas baru kepada ramai manusia. Kalau ianya terbukti berkesan, selepas mereka boleh mengenal semua warna yang sepatutnya mereka kenali, ruang hidup mereka pasti akan lebih besar. Orang rabun warna yang selama ini bercita-cita mahu jadi juruterbang boleh melakukannya. Begitu juga jika mereka mahu menjadi tentera, polis atau sekadar mahu memilih warna pakaian yang betul di pasaraya.

Penemuan ini masih di peringkat pemulaan. Professor Hauswirth masih menunggu kelulusan untuk ujian ke atas manusia. Kita masih perlu menunggu beberapa tahun untuk melihat potensi keberkesanannya. Harap-harap ianya boleh menjadi sinar baru kepada ratusan juta manusia rabun warna.

Baca SINI untuk informasi lebih lanjut.

Terminal Bersepadu Bas - Bandar Tasik Selatan

Tempohari semasa dalam perjalanan ke terminal bas sementara Bukit Jalil untuk membeli tiket balik kampung Zura, kami melencong sementara ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan. Terminal bas moden ini terletak bersebelahan dengan stesen ERL, KTM Komuter dan LRT Bandar Tasik Selatan. Pada asalnya, terminal bas ini dirancang untuk digunakan sebagai terminal bas ekspres laluan arah selatan Semenanjung Malaysia iaitu semua destinasi ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Namun kalau mengikut saiz infrastruktur yang dibangunkan, TBS mampu mengendalikan semua perjalanan bas ekspres laluan utara, timur dan selatan untuk jangkamasa sekurang-kurangnya 10 tahun. Jadi kerajaan boleh jimat kos pembinaan terminal arah lain buat masa ini (kalau betul kerajaan kurang dana sekarang) dan satukan terminal arah utara dan selatan di TBS saja. Terminal arah timur masih sesuai digunakan di Terminal Putra berhampiran PWTC. Terminal Puduraya yang sekarang masih dalam proses renovasi aku fikir lebih baik dijadikan terminal regional lembah Klang bagi mengurangkan kesesakan di CBD (Central Business District) Kuala Lumpur.

Berada di TBS seperti berada di lapangan terbang. Papan tanda arah, skrin monitor pemberitahuan ketibaan dan pelepasan bas serta suasana persekitaran yang luas dan selesa membuat aku berfikir dua kali sama ada aku sedang berada di sebuah terminal bas atau terminal kapal terbang. Kemudahan lain yang disediakan juga sangat menarik. Kaunter tiket bersepadu yang cuba dipraktikkan di TBS adalah langkah bijak untuk menghindar ulat tiket yang biasa kita lihat di stesen bas. Kaunter tiket juga berfungsi secara digital sepenuhnya dan ini boleh mempercepatkan proses urus niaga. Ada juga terdapat kaunter tiket khas untuk OKU dan warga emas, dan juga terminal tiket automatik (buat masa ini masih belum beroperasi). Ruang khidmat pelanggan yang berada bersebelahan dengan kaunter tiket adalah lokasi bijak untuk memudahkan pelanggan berinteraksi sekiranya mereka memerlukannya.

Berlainan dengan terminal Puduraya, aras kaunter tiket BTS bukan berfungsi sebagai aras menunggu bas. Sebaliknya, ruang menunggu terletak di bawah aras kaunter tiket. Ada tiga set eskalator untuk turun dan naik ke ruang menunggu dan ianya dikawal oleh polis bantuan. Dalam masa yang sama, petugas bantuan BTS juga sentiasa di sekitar ruang legar untuk memberi bantuan.

Berbeza juga dengan terminal Puduraya, BTS mengasingkan ruang menunggu pelepasan bas dengan ruang ketibaan bas. Ruang ketibaan bas terletak di sebelah selatan, sama aras dengan ruang kaunter tiket.    Konsep parkir bas di TBS adalah bersifat sementara dan segera. Bas hanya dibenarkan untuk berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di lot yang disediakan dalam masa yang terhad. Malah terdapat 'Bus Holding Bay' di luar daripada bangunan terminal untuk bas diletakkan sementara menunggu waktu untuk bergerak. Bagus, kurang asap berbahaya.

Aku dapati, ruang atas dari ruang kaunter tiket telah dikhaskan untuk restoran, kedai makan dan kedai runcit beroperasi. Meja makan yang disediakan cukup banyak dan selesa. Cuma kadang-kadang kita kena faham, orang kita agak ganas. Aku kira sekejap saja nanti semua perabot ini akan rosak.

Ada beberapa kritikan terhadap BTS. Pertamanya tandas. Setakat yang aku nampak, cuma ada dua set tandas bagi setiap aras. Paling penting, cuma ada satu set tandas di persimpangan ruang ketibaan, tepi kaunter tiket dan jalan hubungan antara BTS dan stesen rel lain. Aku fikir set tandas ini akan menerima beban penggunaan paling banyak. Risiko overloading dan breakdown tentu tinggi. Ruang ketibaan bas (unloading bay) yang bersifat terbuka dengan bumbung yang tinggi; kamu boleh bayangkan keadaannya waktu hujan turun. Tempias pasti akan mengganggu keselesaan penumpang yang tiba.

Satu aspek yang perlu diambil perhatian dalam di TBS sendiri walaupun ianya bersebelahan dengan terminal rel (ERL, KTM dan LRT), tiada langsung kaunter atau sekurang-kurangnya mesin tiket automatik yang diletakkan. Pengguna terpaksa pergi ke stesen-stesen rel tersebut untuk membeli tiket dan ini langsung tidak menampakkan ciri-ciri integrasi yang dibangga-banggakan.

Paling aku kecewa adalah penerimaan penyedia perkhidmatan bas ekspres terhadap BTS. Alasan mereka adalah kerana mereka mahu mengendali sendiri kaunter tiket. Itu niat jahat mereka sebenarnya. Kebanyakkan ulat tiket di terminal bas sedia ada berkhidmat dengan penyedia perkhidmatan ini dan mereka berfungsi untuk 'hassle'/mengganggu pengguna dalam membuat keputusan. Harga tiket juga boleh mereka manipulasi apabila kaunter tiket dijaga sendiri oleh mereka.

Adalah tidak adil pengguna perkhidmatan dibuli oleh penyedia perkhidmatan. Kerajaan patut bertindak tegas kepada syarikat bas ekspres yang enggan menggunakan BTS hanya kerana mereka tidak boleh mengendalikan sendiri kaunter tiket. Itu alasan bodoh yang menyusahkan orang ramai kemudian hari.

Sekali lagi aku harapkan agar BTS boleh dijadikan terminal integrasi semua arah, bukan arah selatan saja seperti yang dicadangkan sekarang. BTS ada keupayaan untuk mengendalikan jumlah penumpang yang banyak dalam keadaan yang agak selesa. Jangan membazir projek infrastruktur pengangkutan yang baik seperti BTS. Orang ramai patut bersuara dan menyatakan pendapat mereka. Kita tidak boleh harap wakil rakyat/pemimpin atau pegawai kerajaan untuk bersuara. Jangan harap mereka mahu naik bas ekspres. Naik kereta pun dieskot polis. Redah tol tanpa perlu bayar.

Tahniah kerajaan kerana membina BTS. Sekarang tanggungjawab pihak yang sepatutnya untuk menjalankan operasi dengan baik.

15.10.10

Keselamatan Jalanraya - Kurangkan Kenderaan Di Jalanraya

Sambungan mengenai pandangan aku terhadap Keselamatan Jalanraya. Rujuk post aku sebelum ini DISINI.

Untuk sebuah negara yang kecil seperti Malaysia, jumlah kenderaan di jalanraya adalah terlalu tinggi menyebabkan peratus kemungkinan kemalangan juga tinggi. Tambahan pula, sistem pengangkutan awam kita yang masih berintensifkan penggunaan bas menyebabkan kita memerlukan banyak bas untuk mengangkut pengguna ke sana sini. Hanya baru sekarang kita sibuk membina rangkaian sistem keretapi laju (separa laju sebenarnya) antara bandar-bandar utama di pantai barat. Aku rasa ianya sudah 20 tahun terlewat.

Kita terlalu menumpukan kepada kereta atau kenderaan di jalanraya kerana faktor "kenderaan nasional" iaitu Proton dan Perodua serta mungkin lori Hicom dan motosikal Modenas. Maka jalanraya lebih dititikberatkan kerana ianya berkait rapat dengan skel ekonomi industri kenderaan di Malaysia. Pengangkutan awam lain seperti keretapi dan pengangkutan udara kurang diberi tumpuan sebelum ini kerana ianya tidak membawa pulangan ekonomi yang lebih luas. Itu prasangka sesetengah orang.

Kita tidak perlu lihat jauh. Melalui dasar pandang ke timur kita suatu masa dulu, kita melihat Jepun sebagai contoh. Kita meniru Jepun dalam memajukan ekonomi negara tetapi satu perkara penting yang kita gagal tiru adalah sistem pengangkutan mereka yang cekap dan efisien. Paling penting, ianya jauh lebih selamat daripada menggunakan kenderaan di jalanraya.

Risiko kenderaan di jalanraya adalah manusia sendiri. Faktor manusia sebenarnya penyebab majoriti kemalangan di jalanraya. Manusia diberi 'kuasa' untuk mengawal pergerakan kenderaan dan kita tahu tahap 'sedar' dan 'tumpuan' manusia berbeza-beza. Sebab itu CEO Google pernah berkata bahawa membenarkan manusia mengendalikan kenderaan di jalanraya adalah perkara yang tidak bagus pernah dilakukan. Malah Google dalam usahanya 'membebaskan' kenderaan daripada kawalan manusia telah menjalankan projek Google Streetview di mana mereka menggunakan kereta yang dipandu secara autonomos, tanpa interaksi dengan manusia. Aku setuju dengan usaha ini. Salah satu cara mengurangkan kemalangan di jalanraya adalah dengan 'membebaskan' kenderaan daripada kawalan manusia. Kenderaan di jalanraya pada masa akan datang sepatutnya bersifat autonomos dan manusia akan dibawa dari satu destinasi ke destinasi lain tanpa perlu manusia melakukannya sendiri.

Itu usaha di masa akan datang. Bagaimana usaha dalam masa terdekat?

Ada dua perkara yang kita boleh lakukan tetapi kos masih tetap tinggi.

Pertama, perluaskan pengangkutan awam melalui rel atau keretapi. Kita sudah lihat 'track record' pengangkutan rel di serata dunia bahawa ianya jauh lebih efisien dan selamat berbanding kenderaan di jalanraya. Malah, keretapi boleh membawa lebih ramai orang dalam satu masa dengan kos yang lebih jimat dan mesra alam sekitar. Kerajaan perlu memberi penekanan kepada pengangkutan rel dengan membina secara besar-besaran sistem rel ke seluruh negara, termasuk di pantai timur dan Borneo. Ransangan ekonomi yang dibawa oleh sistem rel ini adalah meluas dan lebih menguntungkan. Kesesakan yang berlaku di Lembah Klang juga dapat dikurangkan dengan meluaskan lokasi 'perumahan' melalui pengangkutan rel yang efisien.

Ini sepatutnya dimasukkan sebagai projek utama dalam membawa Malaysia menuju ke arah negara maju. Infrastruktur pengangkutan yang cekap dan efisien adalah amat penting dalam meransang perkembangan ekonomi.

Kedua, perluaskan pengangkutan udara. Penyedia pengangkutan udara tambang murah seperti AirAsia dan FireFly sepatutnya diberikan lebih kebebasan untuk memperluaskan perkhidmatan mereka di seluruh Malaysia. Kita sedia maklum bahawa pengangkutan udara adalah antara sistem pengangkutan paling selamat berbanding sistem lain.

Syarikat penerbangan perlu diberi insentif yang lebih baik bagi menjamin mereka menyediakan perkhidmatan yang lebih murah dan menyeluruh kepada seluruh rakyat. Kadar cukai di lapangan terbang perlu diturunkan ke paras paling minima. Aku tidak fikir pengendali lapangan terbang akan rugi kerananya. Kadar cukai lapangan terbang yang lebih rendah boleh diterjemahkan kepada kadar harga tiket penerbangan yang lebih rendah menyebabkan lebih ramai orang menggunakan mod pengangkutan udara untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain. Kutipan cukai per orang yang dikenakan juga akan meningkat melaluinya. Aku fikir MAS boleh bergerak sebagai syarikat penerbangan destinasi antarabangsa dan membiarkan AirAsia dan FireFly bersaing merebut pasaran tempatan.

Kedua-dua mod pengangkutan ini, sistem rel dan pengangkutan udara adalah alternatif yang boleh membantu mengurangkan kenderaan di jalanraya. Kalau ianya diberi penekanan yang serius, inshaAllah sekurang-kurangnya boleh membantu mengurangkan kemalangan di jalanraya dan seterusnya mampu menjana ekonomi yang lebih baik di Malaysia. Kos untuk memulakan mungkin amat tinggi tetapi pulangan jangka panjang juga pasti tinggi.

Cuma ingat, kalau di Jepun, takrif 'lewat' itu adalah bila pengangkutan awam tiba lebih 59 saat daripada jadual sebenar. Kita janganlah pula takrifkan lewat itu adalah lebih 59 minit daripada jadual sebenar. Itu menyebabkan orang tidak tahan sabar dan memecut laju untuk tiba ke destinasi. Itu faktor-faktor yang boleh menyebabkan berlakukanya kemalangan.

Aku bukan mahir sangat dengan pengangkutan awam. Mungkin pandangan aku ini salah. Mungkin juga ada konsep yang lebih baik. Kalau ada, sila kongsi bersama.

14.10.10

Usaha1.com

Ini Adalah Iklan. Sila Skip Membaca Jika Kamu Tidak Berminat.

Beberapa hari lepas aku menyertai suatu program bisnes di internet. Sebenarnya aku sertai beberapa program tetapi program ini paling murah. Sudah sampai masa untuk aku cari duit lebih dari internet.

Kalau kamu sedari, di bahagian atas dan sisi kanan blog ini aku letakkan banner/bunting iklan menyertai suatu program di internet yang diberi nama Usaha1.com. Ianya sama dengan mana-mana program MLM yang ada kecuali beberapa 'penambahbaikan'.






Ianya bermula dengan modal yang kecil, cuma RM20 dan itu pun untuk sekali bayar saja. Kerja aku hanya memperkenalkan laman web dan ajak orang menyertainya dengan bayaran RM20. Orang itu akan buat kerja yang sama. Ada fasa seterusnya tetapi kamu bacalah sendiri di laman web yang dibekalkan atau klik saja banner yang aku sediakan. Aku bukan paksa. Kamu tidak berminat, tutup saja laman web tersebut dan teruskan geledah internet di tempat lain.

Sebab modalnya amat kecil (bagi aku), jadi aku rasa kalau setakat dua kali makan McDonald's, tidak mengapalah aku korbankan sikit duit. Kurang-kurang tidak bertambah lemak dalam badan aku. Aku baru dapat seorang rakan niaga setelah beberapa hari aku letak iklan di sini. Kira okaylah sebab aku tidak betul-betul pasarkan. Aku tolong dia sikit dengan memberi cadangan bagaimana dia boleh buat promosi dan ianya boleh dibuat secara percuma di banyak laman web dan laman sosial.

Aku hormati kamu sebagai pembaca di sini. Ada antara kamu yang merupakan pembaca setia. Fahamilah tujuan aku. Sebab itu awal-awal lagi aku letak pemberitahuan. :-)

Oh, Usaha1.com ada beri contoh cara untuk promosi melalui emel/web. Baca bawah. Cheesy bukan? Hehehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Usaha1.com dibangunkan bagi menggabungkan semua usahawan internet seluruh Malaysia. Cuma 1 modal, 1 usaha, 1 laman web, mereka bergabung tenaga memajukan industri pemasaran internet dan status kehidupan masing-masing.
Kami sediakan 2 Pakej utama yang menawarkan komisen hebat untuk insentif kumpulan sehingga 6 level. Hanya kenalkan LAMAN WEB kepada kenalan.


Dengan 1 usaha kecil, anda mempromosikan produk jualan kami melalui laman web Usaha1.com, anda diberikan imbuhan berasaskan jualan anda.
Keuntungan jualan dikongsi bersama. Sebahagian kecil keuntungan anda (Fasa-A), akan digunakan untuk membangunkan perniagaan anda di Fasa-B.
Begitu juga sedikit keuntungan dari Fasa-B akan dikembangkan untuk membangunkan Fasa-C.


Anda berpeluang menyertai Plan B dan Plan C (MLM) TANPA MODAL lagi...


Untuk maklumat lanjut;
http://www.Usaha1.com/frossonice
http://www.Usaha1.com/frossonice
http://www.Usaha1.com/frossonice


Perniagaan ini sungguh MUDAH. Cuma SMS dan EMAIL laman web anda kepada kawan2. Selainnya, kami buatkan untuk anda.


Anda juga di jemput menyertai kami dalam pemasaran produk Usaha1.com kami, sebagai alternatif kepada menambahkan pendapatan anda dalam kemelut kegawatan dan kos kehidupan yang makin meningkat.


Terima kasih
---
AHMAD SHARIDAN BIN MOHD ALIAS
Layari http://www.Usaha1.com/frossonice


Kalau sudi, join sama. Kalau tidak berminat, tidak mengapa.



Keselamatan Jalanraya - Wajibkan Penggunaan "Speed Limiter"

Aku rasa sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan "Speed Limiter" dan mewajibkan semua kenderaan termasuk kenderaan peribadi memasangnya. Kemalangan besar yang berlaku berhampiran Tol Simpang Ampat, Rembau tempohari membayangkan bagaimana bas ekspres dipandu laju dan gagal dikawal menyebabkan ianya terbabas dan merempuh kenderaan lain.

'Speed Limiter' elektronik ini wajib dipasang pada semua kenderaan dan ianya akan menghadkan kelajuan kenderaan secara automatik. Kalau ianya telah lama dilaksanakan di negara seperti Jepun dan negara-negara eropah, kita sepatutnya mewajibkan juga. Tiada alasan mengenai kos pelaksanaan yang tinggi kerana nyawa manusia itu jauh lebih tinggi nilainya.

Juga, kalau sebuah syarikat pengangkutan mampu membeli bas atau lori yang berharga ratusan ribu, kenapa mereka tidak boleh pasang 'speed limiter' yang berharga beberapa ribu saja (mungkin). Atau kerajaan boleh wajibkan semua kenderaan yang hendak dipasarkan di Malaysia ada 'speed limiter' yang sudah siap terbina.

Kalau setakat letak sticker had laju di belakang kenderaan, ianya tidak membawa apa-apa makna. Setiap hari aku lihat lori dan bas memecut laju di jalanraya. Tambahan pula sekarang enjin kenderaan tersebut semakin berkuasa, siap dengan kuasa turbo dan sistem suspensi angin yang unggul, pemandu semakin selesa untuk memecut tanpa berfikir panjang.

Aku juga cadangkan bahawa semua kenderaan peribadi, termasuk motosikal, dipasang 'speed limiter' untuk mengelakkan mereka berlumba di jalanraya. Malah, ada baiknya kita hadkan kelajuan kenderaan pada 110km/j selagi rakyat kita berdegil dengan had laju. Mungkin ianya terlalu perlahan tetapi ianya lebih munasabah memandangkan mentaliti kita yang masih seperti kebudak-budakan bila pegang stering atau handle kenderaan. Negara lain mungkin letak 'speed limiter' pada 180km/j - 250km/j tetapi ianya tidak sesuai di Malaysia. Kalau had limit diletakkan pada 300km/j pun, rakyat Malaysia akan cuba pecut lebih laju daripadanya.

Perlu juga ingat, langkah memasang 'speed limiter' ini adalah langkah sementara atau 'retention' sehingga rakyat kita betul-betul terlatih dan boleh mematuhi peraturan jalanraya dengan lebih baik. Kita juga perlu kaji sistem kelas memandu dan mungkin, keselamatan jalanraya boleh dijadikan subjek dalam pendidikan di sekolah.

Aku ucapkan takziah kepada mangsa kemalangan jalanraya dan semoga kita sentiasa dipeliharaNya.

Ada bahagian kedua nanti.

30.9.10

Lotus Baru

Aku ambil gambar-gambar Lotus baru ini dari laman forum di internet. Aku tidak bertanggungjawab mengenai hak cipta sebab aku tidak diberitahu mengenainya. :-)

Tengok sendiri arah tuju Lotus. Lupakan seketika sengketa Lotus Group/Proton dengan Lotus Racing/Tony Fernandes.

Lotus Elise
Lotus Elise redesign. Nampak lebih kepada street car berbanding track day car sebelum ini. 400 paun Lebih berat berbanding model sebelum.



Lotus Elan
Lotus Elan adalah everyday sport car Lotus yang baru. Mengembalikan nama Elan yang pernah digunakan sebelum ini. Lebih berkuasa daripada Elise.



Lotus Elite
Lotus Elite adalah model GT (Gran Turismo) dengan 2+2 tempat duduk serta berenjin depan. Bumbungnya juga boleh dibuka, ala Ferrari California. Tidak hairan kerana designer Elite adalah orang yang sama design California.



Lotus Esprit
Super car lagenda Lotus Esprit kembali! Lebih berkuasa dan nampak lebih cool. Cuma design sedikit membosankan.



Lotus Eterne
Lotus Eterne adalah model Lotus empat pintu yang pertama. Design hampir sama dengan Aston Martin Rapide dan Porsche Panamera. Bagi aku design ini agak meragukan. Mungkin Lotus boleh touch up supaya jadi lebih menarik.


3.9.10

Pendapat: Adakah Namewee Seorang Rasis?

Sekarang kecoh pasal si cina, Namewee (sebutannya, Name+Wee), bukan?

Maka yang melayu dalam diri kita amat marah kerana ianya menyinggung agama kita. Maka yang hantu berpolitik di kalangan kita amat marah kerana ianya menyinggung parti politik kegemaran kita. Maka yang bebal tidak tahu apa-apa amat marah tanpa sebab kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain mengenainya.

Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mana pergi otak, mana pergi akal fikiran dalam kebanyakan daripada kita? Atau kita lebih mudah dan suka disuap saja oleh orang lain dan bila ianya dirasa masin, maka sahlah ianya akibat garam? Bukan sebab-sebab lain? Kenapa tidak diselidik dulu puncanya?

Maaf, aku bukan hendak mempertahan atau menyokong Namewee. Jauh sekali aku menyukai caranya. Tetapi cuba sekali sekala dengan teliti dengar apa yang hendak dia beritahu. Contohnya mengenai TNB (kes blackout di Muar) dan seorang cikgu sekolah yang disangka rasis. Faham baris-baris katanya dan kamu dapati ianya tidak rasis sama sekali. Biadap dan kurang ajar, ya. Rasis tidak langsung.

Seperti kes TNB. Aku rasa kalau kamu di tempat dia, tahap marah kamu pun akan sampai macam dia. Dia cuba bandingkan bahawa selama enam tahun dia tinggal di Taiwan, tidak pernah terjadi sekalipun blackout walaupun kita tahu Taiwan termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik yang sering dilanda gempa bumi. Apa yang cuba disampaikan adalah mudah. Kita sebagai pengguna ada hak untuk komplen terhadap TNB atau mana-mana pembekal perkhidmatan. Kita ada hak marah kalau perkhidmatan tidak mencapai tahap yang dikehendaki. Paling utama, untuk menjadi sebuah negara yang efisien, dinamik dan maju, sebuah perkara remeh seperti blackout tiga kali setahun di Muar tidak sepatutnya terjadi.

Sekali lagi, aku tidak menyokong dan atau mempertahankan Namewee. Aku rimas dengan bahasa kesat yang dikeluarkannya. Malah aku rimas dengan sifat kurang sabar beliau ketika berurusan dengan pihak TNB. Patutnya sebagai manusia yang bertamadun, beliau lebih bersopan. Cuma kadang-kadang kamu perlu fikir balik, kamu sendiri selalu terserempak dengan keadaan begini, bukan? Keadaan di mana orang marah dan baran akibat masalah yang dihadapinya.

Kes video beliau mengenai cikgu sekolah yang disangka bersikap rasis, aku sudah menonton video tersebut. Kalau tidak ada bahasa kesat dan rangkapnya mengenai puasa, aku rasa sesiapa yang menonton video tersebut akan bosan dan tidak akan berkata apa-apa mengenainya. Betul. Tonton sendiri dan cuba secara virtual, asingkan bahasa kesatnya dan rangkap mengenai puasa dan kamu akan dapati ianya cuma sebuah kritikan keras terhadap rasisme.

Masalahnya mungkin kerana Namewee berkata-kata dengan bahasa yang kurang menyenangkan orang lain. Masalahnya juga mungkin kerana dia seorang cina. Kerana kita tahu, sekarang semakin ramai di kalangan kita yang suka bermain dengan api bangsa. Aku salahkan politik dan ahli politik.

Mengenai rangkap berkaitan puasa. Kamu rasa apa? Kita nak pertahankan apa? Kamu lihat sendiri di luar sana, orang Islam tanpa segan silu makan dan tidak puasa. Bila orang bukan Islam yang tidak faham senario sebenar melihatnya, tentulah pada andaian mereka bahasa puasa itu bukan sesuatu yang suci di kalangan umat Islam. Ianya adalah parodi. Kritikan sosial keadaan kita yang kononnya Islamik tetapi langsung tidak faham bila orang berkata begitu.

Kemudian kita melompat marah. Marah kerana ianya berkait dengan agama kita. Tiada siapa dalam dunia ini boleh mempersoalkan agama yang kita anuti. Entah bila kita benar-benar mempertahankan agama kita? Selama ini yang aku tengok, agama dilacurkan untuk kepentingan diri sendiri.

Kita mudah. Kita cara scapegoat, si kambing hitam untuk ditunding jari dan dijatuhkan hukum. Maka Namewee, si cina berbahasa kesat yang bersuara lantang dengan kritikan pedas adalah boneka paling ideal untuk dikambing hitamkan. Betul, orang kita lebih suka meletakan kesalahan di atas bahu orang lain. Jangan harap kita mahu mengaku salah. Itu pantang larang datuk nenek kita (ciptaan baru-baru ini saja).

Aku saran kamu masuk blog Namewee dan lihat apa usahanya terhadap menjayakan 1Malaysia. Mungkin kamu akan malu dengan diri sendiri nanti. Sekurang-kurangnya dia berusaha untuk menjayakannya.

Kita? Kita kononnya pendokong di belakang Perdana Menteri, DS Najib, sebenarnya adalah manusia bebal yang cuba meroboh idealisme 1Malaysia.

I'm sorry if you still don't understand what I'm talking about. Aku tidak mahu jelaskan lagi. Pointless sebab ramai sangat di kalangan kita yang malas hendak berfikir dan berusaha. Cie la vie.

11.6.10

Piala Dunia FIFA 2010 - Afrika Selatan Bermula!

Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 akan bermula dalam masa lebih kurang 1 jam 30 minit dari sekarang. Kejohan edisi ke-19 ini akan diadakan di Afrika Selatan, pertama kali kejohanan bola sepak terbesar di dunia datang ke benua Afrika.


Seperti biasa, aku sebagaimana manusia lain di dunia ini yang meminati bola sepak, akan turut bersengkang mata dan berjaga di malam buta untuk menonton perlawanan terutama pasukan kegemaran. Anehnya tahun ini, aku tidak ada pilihan pasukan kegemaran. Kalau empat tahun lalu di Jerman, pasukan pilihan kau adalah Brazil, sekarang di Afrika Selatan, aku cuma mahu menonton dan menyaksikan kehebatan pemain terhandal di dunia beraksi.


Aku mengikuti bola sepak Piala Dunia FIFA ini sejak tahun 1982, ketika ianya diadakan di Sepanyol. Aku tidak ingat perlawanan lain dalam kejohanan tersebut kecuali perlawanan akhir. Melihat kelibat Paolo Rossi menjadi wira Itali muncul sebagai juara.


Pada tahun 1986, ketika ianya diadakan di Mexico, aku sudah mula mengikutinya dengan penuh minat. Aku berkesempatan melihat keajaiban Diego Maradona mengelecek separuh pemain pasukan England untuk menjaring gol terhebat dan aku juga sempat melihat gol kontroversi, "hand of God" oleh Maradona. Ya, aku masih ingat walaupun ketika itu aku cuma berumur 11 tahun. Aku juga menyaksikan perlawanan akhir antara Argentina dengan Jerman Barat ketika itu yang akhirnya dimenangi oleh Argentina.


Kejohanan tahun 1990 yang diadakan di Itali sebenarnya agak kabur dalam ingatan aku. Ketika itu aku sedang sibuk menyiapkan diri untuk peperiksaan SRP (kononnya). Cuma aku masih ingat, perlawanan akhirnya adalah antara yang paling membosankan.


Pada tahun 1994, ianya diadakan di Amerika Syarikat. Ketika ini aku sedang belajar di UiTM Shah Alam (ketika itu masih ITM). Kami akan berpusu-pusu ke bilik TV di kolej Perindu untuk menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan. Aku tidak menonton perlawanan akhir (kalau tidak silap aku) kerana terlalu ramai orang di dalam bilik TV. Lagipun ianya berakhir dengan tendangan penalti yang dimenangi oleh Brazil. Kejohanan ini sentiasa diingati kerana kegagalan pemain lagenda Itali, Roberto Baggio menyudahkan tendangan penalti. Oh, fikir-fikir balik, aku menonton perlawanan akhir. Hehe.


Kejohanan seterusnya diadakan di Perancis pada tahun 1998. Kejohanan ini melonjak nama Zinadine Zidane sebagai lagenda bola sepak Perancis. Beliau dengan sendirinya membantu Perancis menjuarai Piala Dunia buat kali pertama. Kejohanan ini juga menonjolkan kelibat pemain yang digelar Phenomenon, Ronaldo. Sayangnya ketika perlawanan akhir, beliau tidak sihat walaupun diturunkan.


Tahun 2002, Piala Dunia tiba di benua Asia buat pertama kali dengan Korea Selatan dan Jepun menjadi penganjur bersama. Aku sempat menonton hampir kesemua perlawanan. Ianya diadakan beberapa bulan sebelum aku diterima bekerja dengan kerja aku sekarang. Ketika itu aku di Kuala Kangsar bekerja di cybercafe. Kejohanan ini mengembalikan kegemilangan bola sepak Brazil apabila menjadi juara buat kali kelima apabila menewaskan Jerman. Seperti tahun 1998, tahun 2002 aku menjadikan Brazil sebagai pasukan pilihan. 


Kejohanan edisi ke-18 telah diadakan di Jerman. Seperti biasa, pasukan pilihan aku adalah Brazil dengan England sebagai pilihan kedua. Tetapi jangkaan aku meleset apabila akhirnya Itali berjaya menjadi juara buat kali keempat setelah menewaskan Perancis. Kejohanan ini juga aku tonton kebanyakkan perlawanan. Ketika ini aku sudah bekerja di tempat kerja sekarang dan tinggal di Kerinchi, Kuala Lumpur. Jadi setiap laungan dan sorakan di sekeliling dapat aku dengar dengan jelas.


Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan ini bagi aku adalah kejohanan yang akan aku ikuti dengan penuh minat tanpa memihak kepada mana-mana pasukan. Betul, dalam hati masih mengharapkan pasukan seperti Brazil dan England berjaya. Tetapi aku lebih mahu melihat perlawanan yang menarik dihidangkan kepada penonton. Aku mahu menonton perlawanan pasukan Itali, Perancis, Portugal, Argentina, England dan Australia. 


Apa pasukan pilihan kamu?

31.5.10

Amalan 5S

Pejabat adik aku di Ipoh sedang sibuk dengan amalan 5S. Pejabat Romlah, seorang setiausaha di Kementerian Kewangan juga sibuk dengan 5S. Pejabat aku baru selesai audit persijilan 5S kali kedua. Nampaknya banyak agensi kerajaan sedang mengejar persijilan 5S.

Seperti biasa juga, keluhan demi keluhan didengari dari mereka mengenai bagaimana begitu sukarnya untuk melaksanakan amalan 5S di pejabat. Aku dan ramai staf di pejabat ini juga begitu suatu masa dulu, di waktu awal pejabat ini berusaha untuk dipersijilkan.

Realitinya, permulaan sememangnya amat sukar. Norma kerja kita yang sudah terpengaruh dengan keadaan yang biasa kita lalui, perlu kita ubah. Paling menyusahkan, bagaimana hendak menyisih barang yang tidak perlu, bagaimana juga kita hendak menentukan apa yang perlu ditanda, apa yang perlu diuruskan.

Perkara yang seterusnya yang paling selalu menjadi masalah adalah komitmen. Tidak semua orang boleh memberi komitmen seperti yang kita mahu. Tidak semua orang boleh didesak untuk melakukan 5S terutama point-point awal seperti sisih, susun dan sapu. Kita sendiri tahu ramai yang tidak suka mengemas. Hahaha. Faham-faham sajalah keadaan manusia.

Semasa persijilan kedua tempohari, aku rasakan ianya jauh lebih mudah berbanding setahun lepas. Tidak perlu bersusah payah untuk sapu, susun dan sisih seperti sebelum ini kerana selepas persijilan pertama, perkara penting yang perlu dilakukan adalah mengekalkan keadaan. Jalan paling mudah, membenarkan agensi lain mengadakan lawatan, melihat hasil 5S yang dilaksanakan. Ini akan mendesak kita untuk sentiasa menjaga persekitaran kita, demi imej di mata orang lain.

Kamu yang mahu melaksanakan 5S juga perlu rajin membuat lawatan dan rujukan dengan agensi lain yang sudah dipersijilkan. Cuma ingat satu perkara, kamu boleh lihat cara dan teknik, kamu tidak boleh meniru kreativiti. Kreativiti patut datang dari kumpulan kamu sendiri. Ada agensi yang bila datang melawat di pejabat ini, tergamam dan mengeluh apabila betapa hiasan dan pelaksanaan 5S nampak begitu hebat. Namun sebenarnya, apa yang mereka lihat bukan 100% 5S, sebaliknya hasil daripada pertandingan keceriaan pejabat yang pernah dianjurkan sejak beberapa tahun lalu. Ianya diintegrasikan dengan amalan 5S dan ditambah dengan kreativiti individu pelaksana, amalan 5S di pejabat aku nampak seperti 'out of this world'.

Mereka yang datang melawat akan mengeluh,

"Bagaimana kita mahu buat begini? Ini kerja yang mengambil masa yang sangat lama!"

Sebenarnya kamu tidak perlu tiru kreativiti. Tiru idea dan konsep serta pelaksanaan. Itu lebih penting. Juga, semasa mengagih tugas, kenali bakat dan keupayaan individu yang diberikan tugas. Kalau ada di kalangan staf kamu yang berjiwa seni, suka melukis, biarkan dia dengan tugas-tugas kreatif seperti menghias sudut 5S. Manakala mereka yang suka membuat kertas kerja, tugaskan mereka untuk menyediakan laporan 5S. Ya, bukan tempat kerja saja kita buat 5S, pekerja kita juga perlu di'5S'kan. Susun staf mengikut kreativiti dan bakat mereka.

Paling penting, sesudah dilaksanakan 5S, pastikan ianya sentiasa diamalkan. Jangan siap bersih kubikel kita hari ini, tahun depan pula kita akan kemaskan kembali. Beri insentif kepada staf seperti hadiah wang tunai untuk perekacipta logo 5S pejabat dan pertandingan kubikel terbaik.

Komitmen pengurusan tertinggi sangat penting. Mereka mesti sentiasa terbuka untuk menerima amalan 5S sebagai agenda utama pejabat. Bukan sekadar mahu buat bila orang lain buat tetapi langsung tidak berminat untuk ambil tahu.

Jangan risau. Selesai kamu dipersijilkan kali pertama, untuk seterusnya kamu akan kurang menghadapi masalah untuk melaksanakannya.

21.5.10

Beruas

Siapa pernah dengar nama tempat, Beruas yang terletak di Perak? Kamu tahu bagaimana Beruas mendapat namanya?

Dari Pohon Beruas.


Inilah pohon beruas yang ditanam di kawasan Muzium Beruas. Pokoknya masih kecil. Aku tidak tahu sebesar mana pokok ini boleh tumbuh. Tetapi kenapa nama pokok ini, beruas?

Ini jawapannya,


Kalau kamu lihat dahan pokok beruas, kamu dapati dahannya mempunyai ruas-ruas seperti yang kamu lihat pada pokok buluh. Kalau kamu tidak faham apa maksud ruas, rujuk kamus DBP.

Mungkin ada jawapan lain daripada asal usul nama Beruas. Aku cuma mahu beritahu mengenai perkataan BERUAS itu sendiri berasal daripada mana. Sekarang kamu sudah tahu. :-)

Nanti aku akan ceritakan pula mengenai kunjungan aku ke Muzium Beruas tempohari.

11.2.10

Transformasi Perkhidmatan Awam; Star Rating Sebagai Justifikasi Pemberian Belanjawan

Kerajaan melalui Ketua Setiausaha Negara (KSN) sekarang sibuk kononnya menjalankan transformasi perkhidmatan awam; usaha-usaha untuk menjadikan perkhidmatan awam lebih efisien, pro-aktif dan dinamik. Usaha yang baik. Harapnya bukan sekadar retorik memancing undi. Paling utama, kalau mahu membuat transformasi, ianya perlu menyeluruh, bukan sekadar mendesak penjawat awam berkhidmat lebih efisien, jujur dan mesra. Itu perkara lapuk yang sudah berkali-kali diperkatakan.

Aku fikir perkhidmatan awam perlu lebih berani berubah. Model kerja organisasi besar di luar negeri patut dijadikan contoh dan asas untuk menjana suasana dan mutu kerja yang lebih baik. Aku sebenarnya kurang menyokong pendapat bahawa model perkhidmatan awam yang terbaik dan patut diteladani adalah perkhidmatan awam Singapura. Walaupun diketahui umum perkhidmatan awam Singapura adalah paling efisien dan bermutu, tetapi ianya tidak lebih daripada 'robot-robot' yang bekerja untuk mencapai suatu matlamat. Lebih daripada itu juga, mereka dibayar jauh lebih tinggi (ada kalanya, setanding dengan agensi swasta di sana) daripada apa yang diterima oleh penjawat awam di Malaysia. Mana mungkin seseorang itu boleh bekerja dengan baik jika imbuhan motivasi kerjanya "seciput" saja.

Kita sendiri tahu, kebanyakkan agensi kerajaan adalah bersifat service oriented (berteraskan perkhidmatan) tanpa matlamat keuntungan. Maka itu masalahnya. Apabila tiada matlamat keuntungan, maka usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan agak sukar dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Agensi tidak melihat usaha memuaskan hati pelanggan dengan memberikan perkhidmatan terbaik adalah cara bagi meningkatkan pendapatan. Kerana kerajaan sudah sediakan belanjawan untuk setiap agensi tersebut berdasarkan permohonan yang diterima daripada agensi itu sendiri. Tiada penilaian khusus dari segi kualiti perkhidmatan yang disampaikan sebagai justifikasi pemberian belanjawan.

Apa kata, selepas ini, belanjawan sesuatu agensi kerajaan diberikan berdasarkan mutu perkhidmatan yang disampaikan kepada orang ramai. Jika mutu perkhidmatan sepanjang tahun agensi A contohnya adalah cemerlang dan sering mendapat pengiktirafan (anugerah dan pujian), maka belanjawan yang diberikan ditambah sebagai bonus. Sebaliknya jika agensi B contohnya sering mendapat kritikan dan menerima reaksi negatif daripada orang ramai, maka belanjawan mereka dipotong atau dikurangkan sebagai 'denda'.

Betul, tidak semua agensi boleh dinilai sebegitu rupa. Ada yang langsung tidak berurusan dengan orang awam. Kaedah lain boleh dicari sebagai pengukur pencapaian perkhidmatan mereka. Kerajaan ada menjalankan penilaian Star Rating. Gunakan Star Rating sebagai asas pertimbangan pemberian belanjawan. Lebih tinggi rating, lebih tinggi bonus belanjawan. Dengan cara ini, agensi diharap akan berlumba untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka bagi mendapatkan belanjawan yang lebih. Bonus belanjawan lebih ini boleh digunakan bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan mereka.

Ianya juga mungkin boleh disalurkan terus kepada penjawat awam yang bertugas di agensi tersebut sebagai insentif terhadap mutu perkhidmatan yang mereka berikan. Bayar dalam bentuk bonus, contohnya.

Aku nampak banyak komplikasi terhadap cadangan ini. Tetapi ianya sebagai permulaan. Aku mahu Star Rating dijadikan asas pertimbangan pemberian belanjawan adalah kerana aku tidak nampak apa rasional Star Rating dibuat. Kalau setakat mahu menilai kemudian diberi 'bintang', buat apa? Agensi tersebut bukan hotel. Ianya tidak boleh membantu dalam banyak segi. Ianya sekadar pengiktirafan kerajaan terhadap kualiti agensi tersebut.

Penjawat awam juga akan lebih rasa bertanggungjawab untuk bekerja dengan lebih efisien demi mengejar 'bonus lebih'. Manusia suka bersaing. Apabila diwujudkan persaingan sebegitu, maka manusia secara automatik akan berusaha untuk melakukannya. Kalau seorang penjawat awam datang ke pejabat dan di benak otaknya tahu, dia hanya sekadar menjalankan tugas, motivasi untuk dia melakukan kerja dengan lebih berkesan dan efisien tidak ada. Sebaliknya jika dia tahu bahawa kerja yang dilakukan bakal menentukan keuntungan agensi (yang juga keuntungan dia sendiri), maka pastinya dia akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya.

Oh, ya. memang ekonomi mudah (simple economics).

Pasti akan timbul pelbagai masalah. Tetapi model ini boleh diperinci dan dikemaskini lagi. Banyak aspek lain perlu dilihat. Cuma, sekurang-kurangnya, orang awam dapat memberi justifikasi apabila mendapat tahu bahawa sesebuah agensi menerima contohnya, 4 bintang berbanding agensi lain yang menerima 2 bintang.

Aku akan sambung lagi nanti.

21.1.10

COLA

Ni email aku petik dari sebuah thread di Carigold.com

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?threadid=123582

__________________________________________

From: POSTMASTER JPA [postmasterjpa@jpa.gov.my]
Sent: Thursday, January 21, 2010 3:38 PM
To: Warga JPA
Subject: Berita pemotongan/pengurangan COLA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Y. Bhg. Tan Sri /Datuk/ Dato’/ Datin / Dr. / Tuan/ Puan,
Untuk makluman bersama.

Kepada semua Warga JPA, berita mengenai pemotongan/pengurangan COLA adalah TIDAK BENAR dan TIDAK BERASAS sama sekali. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain bagi mengelakkan kekeliruan.

KUKK
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia

6.1.10

Bermain Piksel

Seorang member di pejabat berhasrat untuk mencetak gambar digital beliau. Apabila aku periksa fail yang diberikan, aku dapati ianya agak kecil (kurang 1 Megabait). Walaupun di skrin komputer nampak cantik dan kemas, aku pasti apabila dicetak di kedai nanti, hasilnya akan sedikit kabur dan piksel akan kelihatan "pecah". Aku beri cadangan agar dia cari kembali fail asal yang bersaiz besar (lebih 1 Megabait) supaya apabila dicetak nanti, hasilnya lebih sempurna.

Dia cadang agar aku besarkan saja saiz gambar tersebut menggunakan Adobe Photoshop. Namun aku beritahu dia, proses itu masih tidak akan membantu menghasilkan gambar lebih baik. Kamu perlu ingat, format fail JPEG adalah bersifat "lossy compression" atau terma mudah dalam bahasa Melayu, kualiti gambar akan berkurangan setiap kali duplikasi dibuat. Kalau kalau gambar asal bersaiz 1 Megabait kemudian kita kecilkan kepada mungkin 400 Kilobait, kalau kita hendak besarkan kembali kepada 1 Megabait, kita tidak akan dapat kualiti asal gambar 1 Megabait sebelum itu. Pikselnya akan kelihatan "pecah" dan ada noise.

Itulah trade-off format JPEG. Walaupun mudah tetapi agak kurang sesuai untuk digunakan dalam percetakan. Sebab itu jugalah gambar yang dirakam menggunakan DSLR kalau kamera digital mempunyai Megapiksel yang besar, biasanya lebih 3 Megapiksel untuk mendapatkan gambar yang sesuai dicetak pada saiz 4R.

Tetapi memandangkan member tersebut tidak kembali menemui aku (kerana mungkin leceh utuk mencari semula gambar asal), jadi tidak mengapalah. Aku cuma beritahu kamu semua agar kamu tahu apa yang berlaku apabila kita bermain dengan piksel gambar. Jadi jangan percaya sangat dengan skrin komputer kamu. Lebih penting, kekalkan saiz gambar yang kita mahu cetak kepada lebih 1 Megapiksel untuk mendapatkan kualiti gambar yang baik.

Ini cuma pandangan dan pendapat aku. Rasanya ada yang lebih tahu daripada aku. Jadi, cari mereka untuk dapat kepastian lebih lanjut. :D

30.9.09

Penyelesaian Rubik Cube

Ada seorang pengunjung di sini bertanya kepada aku bagaimana cara untuk belajar bermain dan menyelesaikan Rubik Cube. Ini berikutan dengan post aku sebelum ini mengenai minat aku bermain Rubik Cube tidak lama dulu (aku sudah lama tidak bermain).

Aku tidak boleh nak tunjuk secara visual di sini. Tetapi di dalam internet, terdapat banyak laman web dan juga video yang boleh membantu sesiapa saja menyelesaikan Rubik Cube dengan mudah. Malah ada tutorial yang mengajar Speed Cubing, menyelesaikan Rubik Cube dalam masa yang amat pantas. Selalunya digunakan semasa pertandingan Speed Cubing.

Aku senaraikan beberapa website yang aku fikir boleh membantu kamu menyelesaikan Rubik Cube. Juga, kalau rajin, sila cari video di YouTube. Banyak video cara menyelesaikan Rubik Cube di sana.

Laman web yang menyediakan kaedah menyelesaikan Rubik Cube:
  1. http://www.geocities.com/ninjamerah2/rubik/index.html (BM)
  2. http://www.wrongway.org/cube/solve.html (BM)
  3. http://rover1000.blogspot.com/2009/08/penyelesaian-rubiks-cube.html (ENG)
  4. http://www.puzzlesolver.com/puzzle.php?id=29;page=2 (ENG)
  5. http://www.vanderblonk.com/tutorial/ (ENG)
Ada juga software yang boleh membantu kita belajar menyelesaikan Rubik Cube. Kamu boleh download di
Maaf kalau tidak boleh membantu secara langsung. Semoga berjaya!

27.9.09

Google Chrome


Aku rasa pelik sikit dengan web browser aku, Google Chrome sejak sehari dua ini. Rasa agak perlahan dan perlu klik beberapa kali untuk ke laman web yang aku mahu pergi. Mungkin kerana aku tukar theme (seperti gambar di bawah). Atau mungkin internet bermasalah. Atau, mungkin juga Google Chrome sendiri bermasalah.



Aku sudah menggunakan Google Chrome sejak tahun lepas. Aku amat selesa dengannya kerana mudah, ringkas dan ringan. Walaupun ada waktunya berlaku crash, tetapi tidak mengganggu keseluruhan suasana berinternet aku.

Sebentar tadi aku sudah reset theme aku kepada asal. Itu sebenar masalah yang dihadapi. Theme yang menyebabkan Google Chrome jadi lambat. Tidak mengapa. Lebih cepat lebih bagus. Theme kalau sekadar untuk mencantikkan tetapi mengakibatkan ianya menjadi berat dan lambat, terima kasih sajalah.

Apa yang menarik mengenai Google Chrome? Pertama, antaramuka pengenalan apabila kita buka Google Chrome. Ianya merupakan snap-shot lapan laman web yang paling kerap aku kunjungi. Sebenarnya, kalau lagi banyak, lebih baik. Tapi lapan sudah memadai buat masa ini.

Kedua, sistem tab-browsing yang cukup mudah. Memang Internet Explorer terbaru, Opera dan Firefox juga mempunya tab-browsing. Cuma di Google Chrome ianya lebih kemas tersusun di atas menu bar dan kita boleh ubah ke mana kita suka. Baiknya juga, jika salah satu tab crash, ianya tidak akan melibatkan tab lain. Jadi sebenarnya kita membuka beberapa aplikasi Chrome dalam satu masa (jika beberapa tab dibuka). Kalau salah satu crash, ianya tidak mengganggu tab lain.

Paling aku suka guna adalah ruang alamat internet dan search query yang digabungkan. Memang biasa, cuma lebih intuitif. Aku tidak perlu menaip panjang; cukup beberapa huruf, Google Chrome akan memberi beberapa cadangan laman web atau search query yang berkaitan. Menarik. Jadi, contohnya kalau aku ingin menaip www.frossonice.com, aku cuma menaip setakat "fros" dan Chrome akan sambung perkataan sepenuhnya. Jadi kamu tidak letih untuk menaip keseluruhan alamat web yang biasa kamu kunjungi. Aku jenis malas guna Bookmark, jadi kaedah ini lebih senang untuk aku.

Kekurangan Chrome? Seperti biasa, bila browser baru, banyak isu berkaitan keserasian website dengan pelayar web Chrome ini. Ada beberapa site yang langsung tidak memberi pilihan untuk kita menggunakan Chrome, terutama website yang melibatkan urus niaga/transaksi.

Ini adalah siri informasi ringkas yang aku akan tulis dari semasa ke semasa dalam gaya penceritaan paling mudah. Aku menulis mengenai apa yang biasa aku guna saja. Lepas ini mungkin aku akan menulis mengenai Microsoft Windows 7. InsyaAllah.

9.6.04

Macam Pandai Je nak Pomen WinXP Sendiri-Sendiri. Ni Hah Cara Orang Bodoh Macam Aku Buat Kerja. Grrr

Aku dah guna Microsoft Windows XP Professional sejak Oktober 2001. Sekarang di rumah aku masih gunakan WinXP Pro. Aku dah evaluate Win LongHorn dan kesimpulannnya masih terlalu awal nak diperkatakan. Tapi kalau dari gaya yang aku nampak, memang amat menarik dan lebih best dari WinXP. Tapi forsure LongHorn akan memerlukan ruang HDD yang besar dan RAM yang melampau besar.

Berbalik kepada WinXP. Banyak yang aku pernah alami masalah mengenai WinXP ni. Tetiba je timbul 'Blue-Screen-of-Death' yang menandakan secara senangnya korang perlu install balik WinXP. Kalau WinXP tak boleh nak run, ada beberapa sebab. Selalunya samada hardware rosak (Hard Disk, RAM dan lain-lain), Kernel WinXP tu dah korup. Registry dah mabuk dan lain-lain yang sebenarnya korang tak nampak ianya berlaku sebab semua tu banyak berpunca dari segi teknikal. Tapi yang pastinya kalau PC korang tu bila on dan nak masuk WinXP, tapi terus sampai ke skrin biru, itu tandanya WinXP korang problem. Penyelesaian?

Aku tak sepandai yang disangkakan dalam hal nak perbaiki semua ni. Tapi kalau bercakap berdasarkan pengalaman, bolehla sikit-sikit. Aku guna PC yang dipasang sendiri, jadi kalau PC jenis Compaq, HP, IBM, Acer (ni boleh tahan), DELL dan sewaktu dengannya, cara penyelesaian agak berbeza (bukan sikit, banyak!).

Kalau WinXP rosak, ini solution aku. Mula-mula sekali mesti ada CD WinXP, tak kirala pirate ke original. Tapi yang pastinya CD tu kena Bootable, maksudnya kalau start PC, CD WinXP boleh dibaca terus. Start-Up Disk? Betapa punya kuno la idea ni. Korang kena masuk BIOS. Tau ke BIOS tu apa? Kalau tak tahu, tak payah buat. Kalau nak buat juga, meh ikut cara ni. Memula ON PC. Pasti korang akan nampak salah satu ayat dia kata "To Enter BIOS, Press F2" atau F10, atau tekan DEL dan lain-lain lagi. Tekan je button tu banyak kali sebaik saja ON PC tu sampai la masuk BIOS system. Apasal aku suruh masuk BIOS ni? Sebab aku nak suruh korang tukar Boot sequence. Aturan PC membaca maklumat dalam PC. Biasanya kalau setting asal PC akan baca drive A: dulu, kemudian baru drive C: (Hard Disk korang). Cari dalam BIOS tu mengenai Boot Sequence (kalau nak pasti, cari yang ada tulis A:, C: atau D:. Kalau dah jumpa tu, tukar Boot Sequence tu suruh PC baca CD-ROM dulu. Sudah tukar (dan jangan lupa masukkan CD WinXP dalam PC korang tu), restart PC tu balik.

Bila dah restart, tunggu sampai PC baca CD WinXP. Nanti dia cakap, kalau nak start guna WinXP CD, tekan enter, atau F8 (aku dah lupa). Ikut je. Nanti PC akan start guna CD WinXP tu. Tunggu sampai screen yang ada cakap, korang nak install balik ke, nak baiki WinXP tu ke atau ermm... lupa dah yang lain tu. Pilih REPAIR WinXP. Jadi biarlah PC korang tu REPAIR WinXP tu sendiri sampai jadi. Lepas siap PC akan suruh RESTART. Masa RESTART, masuk balik BIOS Setting, tukar balik suruh PC baca Hard Disk (Drive C:). Kalau ianya boleh masuk macam biasa, maknanya WinXP korang dah okay. Kalau tak, maksudnya korang kena INSTALL balik WinXP tu (guna cara atas tapi jangan pilih REPAIR, sebaliknya pilih INSTALL WINXP). Beranikanlah diri anda untuk mencuba. Tapi kalau ada data penting dalam PC korang tu, harap cabut Hard Disk korang kemudian cari rumah kawan yang ada PC, connect HDD korang pada PC dia dan save segala data yang penting tu. Ini aku cakap berdasarkan apa yang aku buat. Cara orang bodoh je ni. Tapi mujarab. Tapi kalau korang tak berani, tak payah buat. Hantar je kekedai PC, sama juga proses dia nanti.

Kalau korang guna PC BRANDED (aku tak tahu kenapa orang sanggup bayar lebih untuk beli nama), ini cara yang korang patut guna. Pastinya setiap PC BRANDED akan disertakan dengan RECOVERY DISK. START PC korang, masuk Recovery DISK, kemudian RESTART (Sebab biasanya orang tak selaju PC nak kejar masa dia boot up). Ikut aje arahan yang dia cakap pada PC tu. Kalau korang tak faham juga, baca BUKU MANUAL yang company sediakan. Kalau semua tu takde, adakah korang membeli PC BRANDED celup? Haha. Kadar keberkesanan? 50-50. Bergantung cara korang ikut arahan. Kalau betul, okay jadinya. Sebab korang mesti ingat, biasanya masa di kilang, PC tu diinstall cara macam tu juga. Takde kerja diorang nak install program satu-satu dalam PC korang. Diorang pakai Ghost atau Disk Clone. Biasanya Recovery Disk yang diberikan itu ialah Ghost yang aku maksudkan. Risiko? Besar. Kemungkinan besar habis data korang akan hilang. Kalau tak sayang data, tak kisah la. Kalau sayang data, macam aku cakap tadi, pergi cari kawan.

WinXP ni tak sesusah Win3.11, Win95, Win98, WinMe dan Win2000 (semua aku pernah guna). Ianya direct dah agak mudah. Jangan panik. Baca manual betul-betul (kalau PC branded). Tapi kalau PC branded yang masih ada waranti, baik guna waranti tu. Jangan bazir. Kalau PC Clone, kalau tak reti buat, ada baik pergi kedai atau cari member yang reti buat.

Aku beri penerangan ni bukan berdasarkan cara yang sepatutnya. Tapi berdasarkan cara yang aku fikir senang dan 'clean'. Satu cara untuk memastikan data korang selamat, buat partition pada hard disk korang. Satu partition install semua software termasuk WinXP (biasanya Drive C:), satu partition lagi save segala data korang (biasanya Drive D:). Jadi kalau WinXP problem, korang boleh install balik tanpa perlu risau data korang hilang. Lagi baik, beli lagi satu hard disk. Itu yang lebih selamat. Tak pun cari CDRW. Burn data korang dalam CDRW sebulan sekali, sebabnya CDRW boleh rewrite jadi takde la merugikan CD. CDRW pun sekarang dah murah, tak sampai RM200. Kalau rasa banyak duit, beli je DVD-RW+-. Itu korang boleh clone satu hard disk. Senang. Sekarang pun dah murah, tak sampai RM500.

Aku tak bertanggungjawab kalau PC korang hancur terus. Tapi rasanya tak. Cuma sebagai kepastian, hantar kedai kalau betul-betul tak tahu buat. Kalau tahu, baiki yang mana patut je. Jangan menggatal pegi solder Mobo atau RAM atau apa yang boleh di solder. Macam terer je.

Macamana nak pastikan WinXP sentiasa okay. Aku dah jalan WinXP yang ada dalam PC aku sekarang ni sejak awal tahun ni walaupun aku sebenarnya takde sebab nak reinstall WinXP tu balik haritu. Sebulan sekali jalankan tools seperti Disk Defragmanter, Scan Disk dan Disk CleanUp. Buat benda tu walaupun WinXP kata tak payah. Install Norton Systemworks sebab dalamnya ada tools yang amat berguna nak jaga PC korang selain boleh protect korang dari virus dan hack. Jangan sesedap rasa download segalanya dari internet. Ada kalanya program dari internet atau data dari internet ni dah tainted atau tercemar. Risiko banyak. Jangan delete program sesuka hati. Kalau nak buang program, guna Uninstall atau Add/Remove Program. Itu cara yang lebih baik.

WinXP ada fungsi Restore. Caranya ialah Masuk START-ACCESSORIES-... SYSTEM RESTORE. Lagi baik setiap tiga bulan buat RESTORE POINT yang baru. Kalau PC korang tak boleh nak masuk WINXP, masuk START PC, tekan F8 sejuta kali. Heh. Tekan F8 sampai masuk ke screen yang ada pilihan samada nak jalan WinXP secara biasa, VGA mode, dan macam-macam mode lagi termasuk SAFE MODE. Pilih SAFE MODE. Kalau boleh masuk, bagus. Pergi balik START... SYSTEM RESTORE. Pilih RESTORE MY COMPUTER TO A SPECIFIC RESTORE POINT. Pilih la yang sebelum tarikh PC korang tu problem. WINXP akan try RESTORE PC korang tu kembali ke keadaan PC korang okay. Harap-harap okay. Cuba yang ini dulu ye (UNTUK INDI). Sejak aku cuba, tak pernah lagi aku ada masalah melainkan aku RESTORE pada tarikh lepas PC aku rosak.

Cubalah ye. Kalau jadi, korang boleh tepuk bahu korang sendiri dan ucapkan tahniah (kalau nak bersorak sorai gembira pun boleh). Kalau tak boleh, buatlah perkara-perkara berikut; tarik rambut, hentak kepala ke dinding, sumpah seranah PC dan aku, bakar PC (pastikan ada bomba dikeliling), beli PC lain, hantar kedai (dan korang akan disumpah seranah oleh tokay kedai), sorok PC bawah katil (anggap ianya harta karun).

Ada juga Website yang boleh membantu, contohnya
TOM'S Hardware

Selain dari itu, aku rasa korang baik la baca journal lain juga. Ada buat kerja korang tu. Atau tido...

6.6.04

Web Design, Product Design and Patent

Cuba pergi ke http://www.govicdesigntech.com dan lihat apa problem website tu.

Website ni claim mereka adalah suatu institusi yang menjalankan R&D tentang teknologi terkini terutama bidang automotif. Bila aku masuk web ni, satu perkara yang paling mengejutkan aku ialah betapa besarnya banner header dia. Lebih kurang 2/3 dari screen yang bersaiz 800x600. Sudahlah begitu, mereka kata web ini sesuai dilayari dengan resolusi skrin 800x600. Apa gunanya buat content kalau kita dapat baca melalui 1/3 skrin je? Itu pun masih ada menu yang mengganggu content sebenar. Jadi terpaksalah scroll kebawah banyak kali untuk membaca teks yang panjang berjela. Dan penggunaan emboss, kaler macam pelangi dan efek tulisan yang begitu 'cheesy', tak ubah macam website budak sekolah yang diajar oleh cikgu yang pun belajar dari buku "Macamana Hendak Membina Sebuah Laman Web Yang Mudah".

Agak memalukan website yang kononnya hebat mengatakan mereka adalah pencipta kenderaan baru, Govic dan claim ada design mereka yang dihantar kepada NASA dan harini aku baca dalam The Star mengenai mereka, tapi website tak ubah macam website budak-budak. Sudahlah The Star promote website mereka. Apa agaknya pandangan orang bila lihat website sebodoh ini?

Tak perlu banner yang besar bapak gajah begitu. Kalau nak buat juga, buang je frame supaya ia boleh scroll keatas dengan mudah. Maksudnya orang still boleh guna 100% screen mereka untuk surf content tersebut. Ini kalau dah diset frame dan kemudian disable keupayaan frame untuk mengubah saiznya, terpaksalah orang bersusah payah scroll 1/3 screen. Hasilnya nanti, orang lari. Berhati-hati kalau guna frame. Kalau ianya dihasilkan cara yang betul, puas hati orang nak surf. Tapi kalau buat macam bagus je sama seperti web yang aku cakapkan ni, baik dia buat 100% skrin tu banner dia je. Mana content? Tak payah.

Pasal content. To prove you did something kemudian kata lagi korang dah pegi patent benda tu without showing any prove, apa guna? Okay, aku boleh kata yang aku dah design apa yang Govic tu design sejak dulu lagi. Aku boleh post dalam web ni design aku, lebih cantik dan lebih menarik minat mat-mat rempit nak beli motor tu. Depan ada satu tayar dan belakang ada dua tayar. Mercedes pun dah buat design macam tu dan kalau tak salah aku ianya diberi nama F300. Dua tayar depan yang boleh tilt dan satu tayar belakang. Lebih cantik dan convertible (bumbung boleh buka). Pakai Enjin A-Class kalau tak salah atau mungkin pakai enjin SMART. Memalukan claim sesuatu yang orang lain dah buat. Satu lagi, SVTOL (Short Vertical Take Off Landing) untuk pesawat pejuang? Hmm, Harrier dah lama keluar dan begitu juga yang Russia buat. Swerving Headlamp (Lampu kereta yang boleh ikut belokan kereta), baru je Mercedes keluarkan E-Class yang boleh buat macamtu. Teknologi lama yang baru nak di implementasi kedalam dunia automotif.

Aku bukan perekacipta mahupun pengkritik tapi kadang-kadang rasa segan tengok perkara yang orang lain dah buat tapi kita besar-besarkan keupayaan kita. Hendaknya kita reka sesuatu yang orang lain belum reka lagi. Masih aku ingat masa di MRSM Balik Pulau dulu. Kami ada pertandingan Saintis Muda. Kalau tak salah geng Tok Siak design Tempat letak ais dalam jag. Jadi, bila ais cair, airnya tidak akan melarut dalam jus, teh atau apa saja air minuman dalam jag. Sejuk dan rasanya tetap sama. Mereka menang tempat pertama sekolah dan tempat kedua kebangsaan. Memang hebat. Tapi sayangnya ciptaan itu tidak dipatentkan. Akibatnya sekarang korang boleh lihat dimana-mana saja rekaan tersebut. Aku percaya geng Tok Siaklah yang pertama design benda sebegitu rupa sebab sebelum dari itu aku tak pernah tengok lagi.

Mr. Chen Fung Woo, seorang pensyarah UiTM Shah Alam telah membuat patent mengenai sistem penyuraian trafik di plaza tol lebuhraya. Dia buat plaza tol berlapis. Maksudnya plaza tol yang dulunya sebaris saja, sekarang ni korang boleh nampak ada beberapa lapis dibelakang dan dihadapan plaza tol utama. Tengok plaza tol Sungai Besi atau Ipoh Selatan dan korang akan faham macamana. Patent dah lama wujud, jadi Mr. Chen pun berjumpa dengan PLUS untuk berbincang hal pampasan, royalti atau yang sewaktu dengannya. Tapi PLUS buat tak tahu sebab katanya mereka yang dapat idea itu dulu. PLUS ada backing kerajaan dan duit yang berbilion jadi mereka tak takut kena saman. Mereka boleh ambil peguam yang hebat. Jadi akhirnya Patent hanya tinggal patent kalau orang lain tak tahu menghargainya.

Aku tengah design sesuatu. Harapnya aku patent benda ni dulu kemudian baru aku bagitau apa dia.