1.5.05

Memenggal Perokok Dengan Lightsaber

Sepatutnya aku balik kampung. Nak beli tiket bas, dah habis. Jadi nak drive. Entah apa malang, kereta ditimpa problem. Enjin bergegar. Agaknya mounting enjin dah rosak. Bukan tak boleh drive. Tapi tak best nak drive dengan enjin bergegar 200km. Risiko. Jadi tersadailah aku di Kuala Lumpur dihujung minggu tanpa arah tujuan.

Petang Ahad aku merayau ke Pesta Buku Antarabangsa KL yang dah lama aku nak pergi. Kalau aku pergi hari biasa takde la aku lemas dengan orang yang ramai. Tapi ini masalah kalau tunggu last minute. Ramai orang. Ramai budak-budak. Aku beli 2 buah buku dengan 10% diskaun. Okay la tu. Banyak buku yang menarik. Kalau ada duit banyak, aku rasa borong sampai boleh jadi library.

Cuma, ralatnya bila aku datang masuk ke PWTC dan keluar. Perokok. Sudah jelas ditampal pada dinding tak sampai 2 meter, DILARANG MEROKOK! Tapi ada la makhluk yang agaknya tak sekolah sanggup juga merokok. Kalau orang tu betul tak sekolah, takpe. Ini AHLI UMNO merokok didalam bangunan milik UMNO yang jelas menampal arahan larangan merokok. Pelik juga aku. Agaknya sebab macam ini la, banyak orang UMNO yang suka buat sesuka hati. Siap ada orang yang berjalan mencemuh,

"Ini ke nak jadi pemimpin! Tak nampak ke orang kata jangan merokok!"

Kalau nak jadi orang politik, kena sentiasa sedar dengan tingkah laku. Sebab mata orang sentiasa memandang. Aku ni dari golongan mereka yang digelar ATAS PAGAR. Jadi apa aku fikir? Mestilah negatif. Merokok diluar dewan yang sedang menjalankan mesyuarat UMNO dan ditampal arahan larangan merokok disebelahnya, BAD IDEA!

Aku tak kisah orang nak merokok. Tapi aku benci perokok yang tak hormati orang lain, terutama orang yang tidak merokok. Nak bakar paru-paru, bakar paru-paru sendiri. Aku nak guna paru-paru aku.

====

Aku baru mula membaca novel "Da Vinci Code" oleh Dan Brown. Baru mula. Ye, aku ketinggalan. Tapi lebih baik aku baca dulu sebelum diwayangkan tahun depan. Macam LOTR, aku tengok semuanya tapi buku masih belum dibaca. Harap aku boleh baca LOTR dan The Hobbits dan Similirian sebelum diwayangkan juga. Tapi aku pasti takkan baca buku Gerak Khas (kalau pun ada) sebab aku tak tengok pun Gerak Khas The Movie. Aku dah tengok Sepet. Pontianak Harum Sundal Malam pun dah!

Aku cuma tunggu 19 Mei 2005. Conclusion Star Wars Prequel. Ye, aku dah tahu ceritanya macamana. Tapi aku nak tengok wayang. Harap selepas dari itu, keluar lagi cerita selepas episod 6 seperti Truce At Bakura dan The Courtship of Princess Leia dimana akhirnya Leia dan Hans Solo kahwin (Hans Solo siap culik Leia!) Dan seterusnya mungkin cerita seperti Luke membuka kembali Jedi Academy di Yavin 5, Luke jumpa Mara Jade (The Emperor's Hand) yang akhirnya menjadi isteri Luke. Anak Hans Solo dan Leia kena culik (Jacen, Jaina & Anarkin) dan kematian Chewbacca. Menarik tu kalau dibuat movie atau dijadikan animasi digital atau dibuat siri TV.

Ye, aku peminat Star Wars (members lagi tu!). Tapi aku masih takde sut Storm Trooper atau lightsaber.

====

Siapa yang ramai sangat masuk web aku ni?

24.4.05

Weekend Summary...

Susah kalau kenal seseorang yang begitu mudah menarik perhatian orang lain. Terasa begitu banyak cabaran dan dugaan. Terasa begitu banyak saingan. Ditambah kalau orang itu sendiri begitu terbuka menerima sesiapa sahaja dalam hidupnya.

====

"Wah sudah lama tak nampak?"
"Ada, lu saja yang sudah pindah atas"
"Kawan, RAM sudah turun banyak woo"
"Aiya, saya cari LCD la"
"RM700 Viewsonic"
"Minggu depan beli. RAM murah?"
"Ya la, DDR 512 sekalang sudah RM169 saja"
"Mak aih, murahnya!"

Aku dok berkira, kalau beli dua keping, dapat 1GB RAM. Besar tu. Main dengan graphics ni best. Harap tak naik balik. Sayang PC aku tak support DDR2, kalau tak aku dah beli yang tu. Murah juga.

====

"Saya gaduh dengan orang tu"
"Orang tu? Aik, ingat pegi seminar?"
diam...
"Awak okay ke?"
diam...

Telefon...
"Saya dalam kereta"
"Kereta?"
"Pinjam kereta orang, nak beli kek sambung birthday member"
"Okay"

Semakin jauh semakin terpinggir...

====

"Saya nak ke Bukit Bintang cari monitor untuk awak. Lepas tu ke pesta buku di PWTC cari buku untuk awak."

====

MRSM Balik Pulau vs MRSM Taiping. Piala Salam, jam 5 Ptg, 24 April 2005. Padang Mardi 1, Serdang. Nak Pergi ke? Lama tak jumpa member.

====

"Bos, lama tak nampak"
"Saja jalan-jalan"
"Jalan-jalan saja ahh, mau beli datang sini saja!"

Macam dah kawan lama.

====

Hujan lebat semalam disulami dengan dengan petir sabung menyabung. Aku tutup semua pintu dan tingkap rumah kemudian menyorok antara dinding tandas dan bilik. Pernahkah aku bagitau yang aku penakut dengan kilat?

====

Pakcik bagi tayar kereta 12 inci sebab tayar aku dah pecah satu (rabak dikoyak skru). Rupanya walaupun 12 inci tapi tak muat sebab tayar tu tayar van. Agaknya 13 inci kot. Pakcik suruh aku jualkan saja di kedai tayar, trade in. Masalahnya aku dah beli tayar second-hand sebagai tayar spare aku kelmarin, RM30. Siapa nak tayar? Rasanya van Subaru EN punya kot. Mungkin boleh muat. Nanti aku tengok balik saiz berapa. Tayar baru tak pernah guna siap dengan rim.

====

Besar betul CC ni...

19.4.05

Lagenda MyKad...

Maka pada hari ini berakhirlah stok MyKad. Tak habis tapi belum ada stok. Jadi rilekslah staf-staf yang berhempas pulas siang malam menyiapkan MyKad untuk jutaan rakyat Malaysia (yang tak sudah-sudah komplen). Sekarang tengah tunggu stok baru sampai. Bukan jauh pun. Kompeni Malaysia juga yang buat. Tapi kualiti sedang menjadi persoalan. Sebab itulah jadi lambat pengiriman stok baru. Mula-mula Sirim mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Kemudian staf persoalkan sebab begitu mudah rosak. Akhirnya pengguna mempersoalkan sebab begitu mudah rosak. Agaknya mereka masih tak nampak rasional institusi piawaian beri respon negatif. Mereka hendak letakkan salah kepada kerajaan kerana tidak menyediakan kad yang bermutu. Kemudian bos-bos dalam kerajaan pula letakkan salah kepada anak-anak buah kononnya mereka tak buat kerja dengan baik, akibatnya kualiti kad tiada. Dimana agaknya staf-staf yang bersengkang mata dari jam 7.30am - 9.00pm Isnin sampai Jumaat dan 8.00am - 4.00pm Sabtu dan Ahad bercuti untuk menyiapkan MyKad tersebut? Nasib tingkap pejabat terkunci rapat. Agaknya kalau letak beranda, setiap hari boleh dengar orang gila menjerit.

Mitos: MyKad yang dikeluarkan oleh kerajaan bermutu rendah menyebabkan ia mudah rosak dan tidak berfungsi.
Realiti: Harga sekeping MyKad kosong yang dibeli oleh kerajaan dari syarikat swasta lebih mahal dari harga yang pengguna kena bayar (sebelum free sekarang). Lebih dari itu, plastik cover depan dan belakang dan semua bahan mentah adalah diimport dari syarikat yang begitu terkenal didunia sebagai syarikat penyedia perkhidmatan pembuatan kad pintar tersohor. Mesin yang digunakan sama seperti mesin yang ada di bank-bank mahupun di pusat pengeluaran kad pintar diseluruh dunia. Proses pembuatan dilakukan dengan penuh kawalan kualiti dan terkawal.

Ye, korang boleh kata, aku orang kerajaan bolehlah pertahankan semua ini. Tapi kalau dah betul sebegitu, kenapa aku mahu menipu? Ianya diiktiraf oleh Proton World (bukan syarikat buat kereta tu), satu badan sedunia yang membuat pengiktirafan pusat-pusat pengeluaran kad pintar.

Puncanya aku boleh jelas dengan mudah. Kepingan kad itu sendiri. Kad yang tidak bermutu yang menjadi persoalan tadi oleh Sirim, staf dan orang ramai. Sekeping kad itu sendiri. Kerajaan dengarnya hendak tukar syarikat pembekal. Muak sudah dengan sikap angkuh mereka yang tak sedar, tak semua orang kerajaan ni bodoh (ramai ye..) Kad telah dihantar ke USA, kesyarikat yang membuat mesin itu sendiri untuk mengkaji masalah yang dihadapi. Pada awalnya dituduh mesin yang tidak berfungsi dengan baik. Namun setelah kajian kimia dibuat, ternyata kandungan bahan dalam kad yang mempengaruhi kualiti kad itu sendiri. Dahulu, masa awal buat, kad begitu berkualiti. Ketuk tepi pun tak kemik. Sekarang cuba ketuk (tapi rugi kalau rosak). Lapisan plastik ber hologram itu amat berkualiti dan mahal. Sekeping lebih mahal dari setin Coca Cola.

Aku tak mahu menuduh, tapi realiitnya begitu. Kualiti kad akan bagus sekiranya pembekal menyediakan kad yang bagus. Bukan tau kutip untung saja.

Ini lagi satu hal. Orang komplen apply MyKad seratus tahun lepas, masih belum dapat. Okay setahun...
Kalau rajin baca piagam pelanggan JPN, ada menyatakan bahawa MyKad akan diproses dan disiapkan selewat-lewatnya 3 bulan. Kalau baca la. Tapi kalau tak baca pun, kenapa tunggu sampai setahun baru nak komplen.
"Aku dah buat MyKad, settle..."
Setahun kemudian,
"Apahal tak dapat-dapat lagi MyKad aku ni, lembab betul JPN!"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata masih dalam proses"
"Aku dah tanya dikaunter, dia kata application ada masalah. Patut bagitau awal-awal!"
"Peduli apa aku, janji aku dah buat!"

Biasa kita jumpa jawapan sebegitu. Tetiba marah di akhbar. Lepas setahun baru nak marah? Pergilah ke kaunter dan tanya betul-betul. Minta kepastian. Kalau orang kaunter tu marah, report saja pada pegawai dia. Atau marah dia balik. Dia memang tak patut marah. Kalau dia kata masih dalam proses, tanya kenapa lambat sangat. Kalau dia kata ada masalah dengan cap jari, contohnya, tanya dia samada kena buat balik atau tidak. Kalau dia kata tak tahu, minta dia buat kepastian dengan segera. Orang kaunter tu dibayar untuk jaga kaunter. Kalau taknak duduk situ, pegi cari kerja lain.

Katakan harini korang apply MyKad. Lepas dua minggu, kalau rajin masuk website JPN



Semak status permohonan korang. Kalau takde situ, telefon khidmat pelanggan JPN,

03-8880 7000

Kalau susah nak dapat, tunggu sebulan kemudian datang ke cawangan dan jangan lupa bawa resit putih yang korang dapat masa apply dulu. Tanya dah siap ke belum atau kalau belum siap, tanya apa masalahnya.

Lepas tu kalau dah setahun tak dapat juga, baru masuk surat khabar. Itu yang patutnya...