13.8.05

Apa Jadahnya Dengan NTV7?

Memo:

Liverpool vs Middlesbrough malam ni.
Duit OT dan Elaun Perjalanan belum masuk. Miskin dah ni.
Kredit handset dah nak habis. Duit takde la nak top-up.
Belum makan malam.

====

Tadi petang aku menonton NTV7 rancangan Edisi Siasat yang kononnya bagus tu. Cerita perihal bebudak Punk di Bukit Bintang yang katanya tak tahu adab dan merosakkan imej negara. Kemudian diulang berkali-kali klip aksi bebudak Punk ni (agaknya NTV7 tak cukup tape video). Temuramah dengan bebudak Punk ni tersangut-sangut dan penuh dengan potong sana sini. Dan dalam suara pemberita yang cuba mengatakan bahawa bebudak Punk ni anti kerajaan, diselitkan satu perkataan yang keluar dari mulut budak punk (yang blur dikaburkan oleh NTV7), "Kerajaan".

Aku pelik. Ini ke taraf jurnalisme wartawan Malaysia? Klip video yang sama diulang hampir sepuluh kali, kemudian di buat voice over menceritakan teruknya budaya Punk dengan klip yang blur dan tak pasti mana satu budak Punk dan mana satu budak bukan Punk. Tiada langsung padangan dari luar (selain budak Punk), tiada langsung temuramah yang jelas melainkan mencari negatif. Aku bukan sokong bebudak Punk, meluat lagi ada la. Tapi aku kecewa dengan mutu jurnalisme NTV7 yang cuba memperlekehkan mentaliti penonton. Apa ingat orang depan TV tu bodoh sangat ke korang nak sogok dengan klip video berulang-ulang sambil korang mengulas mengenai dogma tatasusila timur korang tu? Kononnya memperjuangkan nasib bangsa. Tapi apa ke jadahnya menggunakan ayat-ayat biadap dalam siaran TV? Yang tu nak letak dimana dengan nilai-nilai timur bangsa?

Kemudian malamnya pula aku menonton Majalah 3. Waktu iklan aku alih siaran ke NTV7 sebab ada cerita Seniman Bujang Lapok. Rasanya dari budak kecil sampai la orang tua, semua tahu jalan ceritanya macamana. Boleh kata hampir semua hafal jalan cerita dan setiap adegan dalam salah satu karya agung P. Ramlee ni. Tapi apa jadi? NTV7 dengan rakusnya memotong dan mencantas hampir keseluruhan jalan cerita dan akhirnya jadilah Seniman Bujang Lapok karya P. Ramlee ala NTV7. Berani sungguh NTV7 menghina mentaliti masyarat hingga sanggup merosakkan seni warisan negara. Tak tahu malu ke dan tak tahu bodoh ke dengan berbuat begitu orang semakin meluat dengan NTV7? Sebab itulah syarikatnya lingkup. Malah Puteri Gunung Ledang pun ditunggang terbalikkan oleh mereka hingga jadi cerita tak masuk akal. Ini kerja jadah orang NTV7. Patutnya mereka yang melingkup, bukan Chanel 9. Dan, apa kes iklan setiap 3 minit?

====

Jadi aku pun keluarlah mencari internet sebab bosan dengan rancangan TV selain majalah 3 tadi. Surf internet mencari hal-hal Liverpool. Membaca blog orang termasuk Rina (kerja apa di Putrajaya?) dan Bayah (nak melompat atas sofa baru, boleh?). Lepas ni aku nak ke laman web Paul Tan melihat perkembangan semasa industri automotif dan membaca kutukan orang terhadap Proton (yang aku berani jamin 90% dari mereka memandu Proton) dan Tom's Hardware untuk melihat perkembangan terkini industri komputer. Itu website yang lazim aku kunjungi.

Selamat Hari Minggu semua. Jerubu di KL dah hilang. Lain kali sebelum jerubu patut isytihar darurat, sah jerubu takkan datang.

9.8.05

PC Galore Continue

Berbalik kepada PC ni, PC Fair pun dah habis. Nak sambung ke hah?

Satu aku perasan bila orang beli PC, mouse dan keyboard ni memang dipinggirkan. Last-last baru nak beli. Aku antara benda paling penting bila aku beli PC ialah mouse. Sebab binatang tu la yang paling banyak aku akan sentuh dan guna sepanjang aku guna PC. Kemudian Keyboard. Aku suka yang lembut tapi tidak terlalu lembut dan responsif. Kalau key jenis macam korang letupkan jari setiap kali ketuk, letih la. Sekarang aku pakai keyboard Microsoft. Puas sebab memang baik dan harga berpatutan. Mouse aku pakai Microsoft Optical. Tapi aku kalau ada duit lebih nak beli optical wireless mouse, mungkin dari jenis Logitech atau Microsoft juga. Kenapa korang tanya? Macam aku kata tadi, dua benda ini ialah alat yang paling banyak disentuh dan digunakan oleh user komputer, jadi kenapa abaikan? Beli mouse RM10 mahu ianya beraksi macam mouse RM50. Mana ada jalan... Baru menaip lima muka surat dah komplen jari sakit. Itu sebabnya kalau beli barang murah dan tidak berkualiti. Jadi jari dan tangan. Nanti dapat sakit, susah (Karpal Tunnel Syndrome - google sendiri).

Lagi satu bila nak berjimat. Beli casing murah. Aku tak kisah kalau nak beli casing yang murah. Tapi satu, kena fikir power supply cukup tak untuk jalankan PC korang dengan baik dan dua, kitaran udara/angin dalam casing baik atau tidak untuk menjamin PC berfungsi dalam keadaan yang optimum. Kalau pakai PC siap dengan prosesor P4/Athlon XP keatas, grafik card yang ada kipas sendiri, sound card sendiri, dua hard disk, CDROM/DVDROM dan CDRW/DVDRW+-, efek lampu dan kolam renang, agaknya cukup ke power 300watt untuk jalankan PC dengan baik? Jangan pelik nanti kalau tengah sedap guna PC, tetiba off sendiri. Tak pun tak menyala langsung. Itu adalah berpunca dari power yang tak cukup. Aliran udara dalam casing pun penting. Tak guna kalau letak kipas depan dan belakang, kiri dan kanan casing kalau alirannya berterabur. Kalau depan masuk, kiri kanan dan belakang dan atas(?) mesti keluar. Fikir macam ni, kita sedut udara sejuk dari luar, tapi kalau kita tak biarkan udara panas dalam keluar, tidak efektif la sistem pengudaraan. Jangan tutup casing dengan segala macam pelapik plastik atau simpan dalam gobok bawah meja. Kononnya nak sorok dari pandangan mata orang la. Kalau rumah tu ada aircond, lainlah. Tapi kalau takde, cuba buka casing dan rasa betapa panas udara dalam casing tu. Ia boleh merosakkan komponen komputer. Letak disudut yang ada aliran udara yang baik. Halakan kipas kalau dirasakan perlu kearah PC. Sistem aliran udara paling mudah, pasang kipas depan dan belakang, depan menyedut masuk udara sejuk, belakang menolak keluar udara panas. Kipas tu boleh dibeli dan dipasang sendiri dengan mudah. Murah pun ye.

Bersambung...

6.8.05

PC Fairest of Them All...

PC Fair datang lagi.

Secara tiba-tiba semua orang yang kita kenal jadi terer mengenai hal komputer.

"Beli RAM Kingston, bagus. Tahan lama!"
"Jangan beli CD-ROM Sony, cepat rosak."
"Beli Apple baru cool!"
"Ala, aku pasang lagi murah dari ni..."

Kalau dalam dewan PC Fair tu, boleh dengar orang tunjuk kemahiran memilih komponen PC. Tapi realitinya jelas. Group bebudak perempuan ditemani orang sorang dua budak lelaki yang kononnya tok guru hal-hal komputer. Itu ini diterangkan kepada bebudak perempuan yang berkira-kira nak beli atau memang nak beli PC untuk buat assignment.

"Nak murah je, takat nak menaip buat assignment."
"Takde hal, bawah RM1000 boleh dapat!"

Suka budak perempuan tu...

Lepas siap nanti, tak sampai setahun terasa PC tu macam kura-kura tua. Nak marah member yang diajak beli, member. Nak marah diri sendiri, bodoh pulak rasanya. Jadi marahlah pada tuan kedai yang kononnya menipu barang semua baik.

Memang la tokey kedai jual semua barang baik-baik je. Larat ke dia nak tanggung kos ganti barang yang asyik rosak? Patutnya cari barang yang berkualiti dan elok. Kalau perhatikan betul-betul, apa yang dibeli oleh golongan ini dipenghujung hari?

Prosesor Intel Pentium IV/Celeron D
Motherboard MSI
256MB DDR400 Kingston Value RAM
Sound card & grafik built-in (nak jimat la ni)
52x CDROM / 52x48x52x CDRW
Floppy Disk Drive
15" / 17" CRT monitor (Samsung, Philips, LG, Likom dll)
Casing 300W
Mouse & Keyboard (RM25)
Printer Canon paling murah.

Tipikal spesifikasi untuk komputer guna setahun, buang dalam sungai kemudiannya. Tak pun bagi adik. Tapi handset sanggup habiskan RM1500 untuk dapatkan yang latest. Cuba bagitau aku, handset mana yang boleh korang guna untuk menaip assignment sesedap rasa? Ada, tapi yang RM1500 memang takde!

Kalau nak beli PC, fikirkan ini.

1. RAM macam kotak pos di rumah pangsa. Kalau rumah pangsa tu ada 100 rumah, kotak pos ada 50, jadi satu dua rumah kena kongsi satu kotak pos. Atau pun ikut queue. Mula masuk surat untuk rumah A, orang rumah A ambil. Baru masuk surat untuk rumah B. Tapi kalau rumah pangsa tu ada 100 kotak pos, semua boleh dapat sekali gus. Cepat bukan? Tapi kalau rumah pangsa tu dalam 100 rumah tu ada 500 penghuni, berat juga nak sumbat 5 surat dalam 1 kotak pos sebanyak 100 kotak tersebut. Jadi ada baiknya pemaju rumah buat 500 kotak pos untuk semua orang dalam rumah pangsa tersebut. Metaforanya begitu. Lagi besar saiz RAM, lagi banyak data dapat dialirkan dalam satu masa. Fikirkan kalau pakai Windows XP, RAM optimum untuk jalankan Windows XP sahaja dianggarkan sebanyak 256MB. Jadi kalau beli RAM 256MB, maknanya habis untuk Windows XP je. Program lain macamana nak jalan? Terpaksalah guna Virtual Memory atau nak senang faham, dekat atas lantai depan kotak-kotak surat rumah tu dilukis kotak-kotak yang kemudian diletak surat sementara waktu. Ambil tempat lain la ni. Dimana? Didalam Harddisk. Sebab itu harddisk jadi slow, sebab sistem asyik nak pergi cari data dalam harddisk. Mengganggu fungsi sebenar harddisk, menyimpan data. Beli RAM besar sikit. Minima 512MB dan tak semestinya Kingston. Apacer ada, Corsair ada, Gael ada, Kingsmax ada. Masa pasang tu, test satu persatu. Ye la, buat cara orang bodoh buat kerja. Janji kita tahu RAM tu okay.

2. HardDisk, kira kalau beli sekarang, 80GB kira standard. Ala, bukan nak simpan banyak data pun kan. Salah! Kadang-kadang sedar tak sedar, koleksi MP3 cetak rompak korang pun dah boleh cecah 5GB. Cuba buat PowerPoint hebat siap grafik, gambar dan effect. Tengok saiz berapa? Korang akan terkejut. Lepas tu mungkin nak install program itu ini. Program sekarang setiap yang baru semakin besar saiznya, bukan semakin kecil. Dulu Windows 98SE tak sampai 250MB untuk instal. Sekarang Windows XP Pro lebih 1GB. Sedar tak sedar, 80GB dirasakan kecil. Makin berat sebab makin banyak data. Beli yang bersaiz besar kalau mampu. Tapi yang penting, beli yang menggunakan SATA, bukan PATA. Lebih laju. Harga tak jauh beza. Bila nak setup komputer, buat sekurang-kurangnya 2 partition. Kalau tak faham, tanya member korang yang korang ajak beli PC tu. Diorang terer kan? Kenapa 2? Sebab satu untuk instal segala mak nenek program (drive C) dan satu lagi untuk simpan segala mak nenenk data (drive D), MP3, hasil kerja, gambar pakwe/makwe korang dan apa saja. Kenapa asingkan? Sebab kalau program rosak, sekurang-kurangnya data masih okay. Kalau hantar kedai suruh baiki, diorang takkan kacau drive D (kalau diorang terer buat la)... Zura baru saja rosak PC dia. Hantar kedai dan mereka jenguk ke drive C saja. Drive D yang penuh dengan data dan lain-lain, selamat tak terusik.

Bersambung...