3.9.05

Laptop on The Way

Nak kemana harini? Agaknya aku kena tawaf Low Yat Plaza lagi sebab nak check harga terbaru Laptop yang bakal dibeli minggu depan. Dua choice yang aku short listed masa mula-mula buat survey, Toshiba dan Acer. Harga bawah RM3000 sebab itu saja yang aku mampu. Toshiba dengan prosesor Celeron, 256 DDR Ram, 40GB HDD, ATi Intergrated graphics dengan 64MB shared memory, Surround sound system dan 15" CVS screen. Acer pula dengan Pentium M, 256MB DDR2 Ram, 40GB HDD, 128MB Intel Extreme II graphics (shared memory), sound system dan 15" XGA screen.

Aku pernah guna Toshiba suatu masa dulu. Memang hebat dan memang dasyat. Pernah suatu masa dibiarkan laptop to on 24 jam tanpa apa-apa masalah. Suatu masa dulu dizaman laptop seberat batu-bata, Toshiba berada di tangga nombor 1 dunia sebagai pengeluar laptop. Sekarang sudah jadi milik DELL.

Aku pun pernah guna Acer. Takde apa masalah tetapi memang dari segi built quality boleh dipersoalkan. Dan aku tak yakin ianya mampu bertahan macam Toshiba.

Cuma yang menarik minat aku terhadap Acer berbanding dengan Toshiba ialah, satu, prosesor. Acer guna Pentium M iaitu salah satu set komponen Centrino. Sesuatu laptop kiranya mahu dikenali sebagai Centrino, perlu ada prosesor Pentium M, motherboard dengan chipset Intel dan sistem wireless (WIFI) Intel juga. Bila ada tiga set lengkap ini, barulah ianya digelar Centrino. Kalau takde salah satu komponen, tak boleh gelar Centrino. Jadi kalau ada Pentium M pun dah cukup menarik sebab berbanding Celeron yang digunakan oleh Toshiba, bezanya besar. Performance berbeza. Satu lagi yang menarik minat aku dengan Acer ialah penggunaan RAM DDR2 berbanding dengan Toshiba yang guna RAM DDR saja. DDR2 lebih bagus performance. Tapi apa pun jenis ram, aku akan upgrade tambah sekurang-kurangnya 512MB lagi. Jadi 768MB. Sesuai dengan Windows XP Pro.

Tapi Toshiba ada kelebihannya juga. Sound System guna Surround. Itu cukup menarik. Tambah lagi guna ATI graphics processor. Lagi baik dari pakai Intel. Paling bagus, screen LCDnya guna CVS (crystal bright), jauh lebih baik dari LCD yang biasa. Paling menarik ialah, Toshiba dah bagi bundle Windows XP Home dan Office One Note. Acer tak bagi apa-apa pun. Tapi tak signifikan bagi aku.

Jadi harini aku kena pergi survey lagi. Nak tengok yang mana betul-betul menarik dan mungkin ada lain jenama/model yang lebih okay.

29.8.05

Anjing Turut Berarak di Hari Merdeka (Serius!)

Sejak seminggu lepas, laluan istiadat depan JPN Putrajaya ni sibuk memanjang. Ye lah, orang sibuk-sibuk bersiap untuk perarakan hari merdeka Rabu nanti. Dah 3 kali aku tengok raptai termasuk harini. Harini kira aku tengok raptai 80% full dress. Kira hari Rabu nanti tak gempak langsung la. Cuma float kereta berhias saja yang belum ada. Setiap hari sesedap rasa saja aku melepak pagi-pagi tengok orang buat persembahan. Peduli apa dengan Ketua Pengarah, setahun sekali je.

Hari ni kira menarik sebab helikopter melintas sambil keluar asap warna-warni (helikopter ni ada siren macam siren bomba dan polis, pelik juga). First time tengok Kereta Kebal Utama (MBT) T91 buatan Poland yang Malaysia akan beli. Besar dan garang! Dan yang garang juga ada gerup Para ATM yang membuat tarian perang mereka dihadapan pentas utama nanti. COOL! Jangan lupa tengok yang itu. Tapi yang paling-paling best ialah lintas lalu kapal terbang pejuang FA-18 Hornet dan MiG-29 Fulcrum. Aku naik di kawasan ruang terbuka tingkat 8 opis sebab kapal terbang lalu betul-betul atas opis kami. Bunyinya MasyaAllah. Boleh pekak telinga. Rupanya tingkat 8 JPN tu begitu strategik sampai RTM pun letak kamera disitu dan TUDM letak tempat kawalan disitu. Jadi seronok jugalah sambutan hari merdeka bagi staf-staf JPN ni. Ada la sebab untuk buang masa tak tentu pasal.

Cuma yang tak bestnya, jalan tutup sana sini. Ye lah, pejabat betul-betul sebelah tempat sambutan hari merdeka. Nasib aku jenis datang awal gila. Masa ada option masuk jam 7.30 pagi dulu, tak nak masuk. Sekarang orang suruh masuk jam 8.00 pagi, aku jam 7.15 pagi dah sampai. Sah aku tengok bingung.

====

Handset aku dah semakin tak betul. Setahun lebih je sempat pakai. Nasib aku bukan dari jenis yang kemaruk handset. Ini tengah berkira-kira nak tukar yang baru. Choice samada Nokia 3230, SonyEricsson K750i, SonyEricsson W800i (+walkman), Motorola E1000 atau O2 Mini. Tengah dok berkira-kira.

====

Juga tengah dok berkira-kira nak beli Laptop. Tapi aku jenis sensitif dengan spec dan setakat ini aku belum jumpa spec yang aku nak dengan harga yang berpatutan. Mana pegi AMD punya laptop ni? Ye aku tahu Centrino bagus, tapi Aku tengah tunggu Mobile AMD 64 (Turion). Lagi menarik.

====

Juga tengah dok berkira-kira nak tukar kereta. Adik aku nak kereta aku sekarang dan aku rasa aku bagi saja dan suruh mereka sambung bayar. Aku tengah fikir samada nak ambil Proton Gen2 1.3, Proton Savvy atau Perodua MyVi. Gen2 1.3 lambat lagi keluar tapi memang bakal keluar. Proton Savvy aku paling tertarik tapi aku takut value takde nanti. MyVi aku rasa selamat kalau beli tapi aku rasa tak kena dengan gaya aku. Dok berkira-kira lagi ni.

====

Huh? Susah nak ajar orang buat website.

17.8.05

Savvy MyVi

Rasanya dah naik letih aku baca blog, website dan komen segala macam manusia mengenai Perodua MyVi dan Proton Savvy.

Kenapa orang bandingkan MYVI dan Savvy? Dua kereta ni memang tak sama dari segi spesifikasi dan konsep. Myvi lebih bersifat mini MPV macam geng Honda Jazz, Suzuki Swift baru dan juga Chevrolet Aveo manakala Savvy lebih bersifat sport mini macam Hyundai Getz, Renault Clio (obviously) dan kalau tak pun, Mini. Beza. Saiz dan spesifikasi pun beza walaupun enjin dekat sama besar. Itu pun beza sebab satu pakai DOHC dan satu lagi pakai SOHC.

Kenapa orang suka Myvi? Besar, terjamin sebab dah setahun lebih dijalan sebagai Toyota Passo dan Daihatsu Boon (kira main tipu la ni ye?), spesifikasi enjin, transmisi dan aksesori lebih meluas dan yang paling penting, ianya bukan Proton. Kenapa orang meluat dengan Savvy (ini berdasarkan kutukan orang di luar dan dalam internet)? Sebab bonet hodoh (bonet kereta mana yang tak hodoh?), enjin Renault (orang kata spare part mahal (pembeli belum pun buat first service lagi agaknya), pilihan tak banyak dan yang paling penting, ianya Proton. Ye lah, semua orang kata, kereta Proton takde kualiti, asyik rosak tingkap, bunyi sana sini, itu ini. Tapi rasanya orang yang kata ni adalah kebanyakkannya orang yang pakai Proton dan mungkin ada yang dah pakai begitu lama. Ye, aku tahu kereta lain mahal. Kalau tak mereka dah lama beli kereta Jepun, Korea dan mungkin, China.

Aku pernah berdebat dengan orang yang selama ini dia pakai Proton Wira Aeroback yang begitu diagung-agungkan olehnya. Katanya best, laju dan semua orang dia boleh potong termasuk Alex Yoong (kalau cakap Alonso nanti tak logik pula rasanya atas jalan Malaysia ni). Tapi bila saja dia tukar Myvi, habis semua Proton tu diantikan oleh dia. Jadi bila aku kata Savvy okey dari segi performance berbanding Myvi dan Savvy berbeza konsep dan kategori dari Myvi, dia suruh aku kerja tempat lain. Katanya aku fikir banyak sangat tapi aku rasa dia tak tau nak jawab apa.

Dua-dua kereta okay. Kalau nak beli kereta sebab nak bawa relax, ada anak dua orang yang masih budak, nak rasa duduk tinggi dari kereta lain, beli Myvi. Kalau rasa nak daring, nak pecut 170KM/J, nak buat corner macam Alex Yoong (aku dah cakap, Alonso tak drive atas Federal Highway!) dan nak bikin sana sini, beli Savvy. Itu memang teritori dia.

Aku tetap kata ada beberapa kelemahan terhadap kedua-dua kereta tersebut.

MyVi. Siapa pernah follow belakang Myvi dan terfikir betapa peliknya design belakang kereta ni. Sekali imbas macam katak. Tengok tayar yang digunakan. Kurus kering macam tak cukup makan. Kemudian driving position, kalau korang suka bawa van, Myvi kira okay sebab tinggi. Seat belakang agak nipis dan ada besi terbonjol keluar dari seat (tengok kalau tak percaya). Dan button di dashboard, masyaAllah, ingat orang ni buta ke? Besar gajah siap dengan tulisannya. Kalau tak nampak juga, korang memang buta.

Savvy. Bonet memang pelik. mengembang tak tentu pasal sebab mungkin nak ikut flow sisi badan, tapi memang pelik la. Tak ikut flow tak boleh ke? ada efek ke dengan cdi? (bukan pasal enjin, pasal drag). Lampu depan besar dan nampak sangat meniru BMW. Dan hood depan aku rasa aneh sebab singkat. Agaknya tak cukup besi. Seat belakang masing problem macam gen.2. Bumbung rendah. Lupa pula, apa hal tiru Alfa dengan styling tepi? Kalau buat line lurus ak boleh ke? Ini mesti sebab cermin sisi belakang ni.

Wish-List Myvi
1. Lampu depan ala Boon dan Passo.
2. Tayar lebih lebar supaya tak nampak macam guna tayar basikal.
3. Sport rim yang lebih menarik (tebal semacam je sekarang ni)
4. Dashboard yang lebih 'mulia' (orang bawa kereta tak buta la enche!)
5. Enjin lebih power, 1.6 ke macam Swift. Member yang bawa sekarang kata dia rasa macam bawa lori.

Wish-List Savvy
1. Lampu signal depan ikut kaler headlight, baru menarik.
2. Bonet belakang dibuat lain (sekali sekala aku meluat juga tengok)
3. Enjin 1.0 tak boleh taruk ke?
4. Kaler lain, silver ke, metalik green ke, putih ke, kuning cengkadak ke.
5. Styling tepi tu kalau boleh diluruskan. Tak payah curve tu, nampak sangat meniru Alfa. Aku rasa akan jadi lebih cantik dan cool.

Aku rasa tak patut korang nak kutuk mana-mana pun syarikat kereta Malaysia. Proton baru 20 tahun lebih dan Perodua baru 10 tahun lebih. Model T yang dikeluarkan oleh Ford awal kurun lepas tu pun penuh dengan masalah dan hodoh teramat sangat. Tak payah cakap pakai kereta Jepun, tanya atuk nenek korang. Takde sapa nak beli Diaorang lagi prefer kereta barat. Ingat, Mercedes ambil masa 100 tahun untuk jadi apa ianya sekarang. Toyota dan Honda ambil masa 60 tahun. Hyundai dan Kia ambil masa 40 tahun. Proton dan Perodua baru masih baru. Tunggu la 10 tahun lagi, mungkin korang dah tak pandang Toyota Corolla Altis dan Honda Civic dah. Proton baru start design kereta sendiri tahun 1997, so masih muda. Perodua masih beli design orang lain. Kia dan Hyundai masih tak sudah-sudah tiru idea orang lain. Mitsubishi pernah menyembunyikan masalah kereta mereka daripada orang ramai. Mercedes punya kereta pun pernah kena recall. Rover dah lingkup. Fiat group tak berapa untung, macam tu juga VW dan DaimlerChrysler. So, sabar. Jangan kutuk tak tentu pasal. Lagi baik korang buat forum dan bagi idea yang lebih menarik untuk Proton dan Perodua. Bagi design kalau terer dan bagi teknologi kalau bijak. Kutuk takde apa-apa result.