25.1.06

Berubah Pertama

Dalam masa terdekat ni, dapatkan Honda Wave 125. Baiki bonet depan Kancil aku. Bayar duit loan belajar sampai habis. Beli Handset Motorola L7 slvr (yang nipis tu), agaknya la. Handset aku sekarang dah rosak pun. Jadi ada alasan nak tukar baru.

Apa guna motor? Letih la drive. Jam dan kos yang tinggi. Jadi ada baiknya aku beli motor. Aku dah try beberapa kali bawa pegi opis dan aku rasa ianya okay. Takde la bahaya sangat. Ikut highway. Aku ni jenis tak malu nak pakai baju reflektor kalau ada. Aku akan pakai tak kira apa orang nak kata. Janji selamat.

Kereta aku dulu accident. Tapi sampai harini belum buat apa-apa lagi. Jadi aku nak perbetul bonet depan yang kemik tu. Mungkin tukar hood baru. Tapi tengok la mana yang lebih murah. Lepas tu nak buat full service. Mungkin aku terus tukar saja timing belt. Senang cerita. Tak payah tunggu sampai putus.

Letih...

24.1.06

Kemana Hari Ini?

Tengok sana, ada api sedang marak.
Tengok sini, ada air semakin melimpah.

Namun begitu sukar untuk mereka bertemu kerana begitu jauh antara satu sama lain.

Mungkin aku biarkan saja. Kerana api itu cuma membakar jiwa yang kosong dan air itu cuma melimpahi hati yang hiba. Jadi tentu takde masalah untuk ianya reda bila sampai masa kelak.

Jauh lagi ke? Aku dah letih berjalan ni. Betul juga, umur aku pun dah setengah dari apa yang sepatutnya aku dapat. Tapi aku tak nampak apa-apa lagi pun. Mungkin aku mencari di jalan yang salah. Atau mungkin ada yang menutup papan-papan tanda supaya aku tersesat. Atau aku sengaja sesat. Entah. Sekarang aku sedang keliru, kemana lagi harus aku pergi...

Tapi bila sampai nanti, apa pula aku perlu lakukan seterusnya?

23.1.06

Tunggu Apa Lagi?

Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.

Aku nak minta dari sesiapa kalau sudi bagi, tapi tiada sesiapa yang sudi. Balik-balik kena tinggal kat tepi jalan ni sambil mereka terus berlalu pergi. Kalau ada pun yang menoleh kemudian berkata mereka akan kembali balik nanti. Ataupun ada yang berkata aku boleh ikut kalau nak, tapi mereka takde la nak peduli sangat nanti. Tak kisah la semua tu. Yang pasti, mereka nak berlalu pergi dan aku kena tumpang orang lain pula.

Kenapa aku pula yang kena tumpang orang lain? Kenapa aku tak boleh bawa diri sendiri? Sebab takde orang yang nak ikut aku bila aku pelawa. Kalau ada yang ikut pun, mereka akan turun balik tepi jalan kemudian tahan orang lain. Agaknya aku tak pandai bawa mereka.

Takpelah, aku boleh pergi sorang-sorang tapi aku tak pasti mana arah yang aku perlu tujui. Nanti sesat, susah pula.

Ikut kalau aku nak jalan sendiri. Tapi aku pernah tunggu begitu lama kat tepi jalan ni. Dari tahun 1998 sampai 2002. Lama tu. Kalau tunggul kayu, dah reput mati agaknya. Tapi aku tetap tunggu juga. Bila ada orang bagi tumpang, rupa-rupanya orang tu ada orang lain yang ikut dia (atau yang bawa dia). Agaknya dia bosan asyik sembang dengan orang tu je kot. Sebab tu dia ajak aku naik sekali. Jadi, aku pun naik ikut dia (dan mereka) sampai sekarang. Semalam tiba-tiba dia bagitau, dia nak teruskan perjalanan dengan orang tadi tu. Jadi aku kenalah turun. Takkan nak kongsi lagi kot. Takkan tak sedar orang dah sudi. Haha.

Jadi sekarang kiranya aku perlu turun dan menunggu lagi. Entah berapa lama pula kali ni. Mungkin lebih lama lagi. Agaknya nanti kalau lama sangat aku menunggu, akhirnya nanti aku tinggal sorang-sorang sini. Padan muka aku.

Agaknya kalau aku tulis begini, berapa ramai yang faham?