9.3.06

Makan Udang

Aku selak-selak balik catatan lama, rupanya banyak yang aku janjikan ada sequel tapi aku tak tulis pun. Paling baru pasal Miri. Malas la nak cerita. Takde idea. Kenangan ada la. Tak payah la ye.

Minggu lepas balik kampung. Lama betul tak balik. Rasanya last time hari adik aku kahwin bulan 12 dulu. Lama dah. Seronok dapat balik sekali sekala. Tapi tak seronoknya sebab tak dapat merasa laksa Kuala dan cendol. Kalau korang ke Kuala Kangsar, jangan lupa rasa laksa dan cendol di Lembah, tepi sungai. Tapi sempat aku merasa udang galah yang pakcik aku ternak. Ada 4 kolam besar yang setiap kolam boleh hasilkan dalam 100 kilo udang setiap kali. Tapi malangnya haritu satu kolam yang cuma tinggal 2 minggu lagi untuk dituai hasil, semua udang mati. Bukan sakit tapi mungkin tak cukup oksigen dalam kolam. Tapi itu jadi rezeki kami saudara-saudara pakcik aku dapat la merasa udang galah. Bukan tak pernah merasa dulu. Tapi sekarang dapat merasa balik, puas hati. Emak buat sambal udang, aku baham sampai dekat 10 ekor. Puas hati. Dulu masa mula-mula pakcik aku start, aku selalu pergi tengok di kolam udang dia. Kadang-kadang tolong tangkap lagi. Sekarang dah tak sempat.

Aku kalau ada modal dan kalau dah putus asa hidup dikotaraya ni, mahu saja berhenti kerja dan balik kampung. Aku nak ternak udang galah juga. Hasilnya lumayan dan kerjanya agak mudah. Kena rajin la juga dan kena sabar. 4 bulan nak tunggu hasil pertama. Tapi rasanya boleh sebab ayah pernah pergi kursus menghasilkan benih udang dan pakcik aku sendiri dah beberapa tahun berpengalaman menternak udang. Tapi sekarang ni bukan sesuka hati boleh pergi ternak udang komersial. Kena pergi kursus dulu baru boleh dapat bantuan itu ini terutama dari nasihat dan bantuan teknikal. Lepas tu baru boleh boleh ternak.

Aku nak buat tapi bukan sekarang.

2.3.06

frossonice the website is coming back?

Aku pernah ada full working website siap dengan biodata diri dan cerita-cerita menarik. Itu dulu. Dah dua tahun lebih aku tutup. Tapi file masih aku simpan dalam web. Jadi kalini aku bagi link kalau-kalau korang berminat nak tengok;

frossonice

Itu pun website yang dah akhir-akhir aku buat. Guna 100% Dreamweaver 4. Letih nak buat dan nak update setiap hari. Website tu siap ada guest book dan juga forum board. menarik tapi aku malas dan semakin sibuk dengan kerja sekarang. Tunggu aku masukkan DSL line dirumah, mungkin aku jadi rajin balik.

Kenapa aku buat website? Sebab aku suka dan hobi aku. Aku tak suruh orang pergi puja. Aku punya hasil tak sehebat mana tapi itu hasil usaha aku 100%.

26.2.06

Miri - Babak Pertama

Aku sekarang berada di Miri. Hari terakhir aku melancong ke sini. Cuma Miri. Itu pun letih berjalan kesana kemari. Kalau orang Perlis tak biasa ke Pahang, mesti mereka akan kata Pahang besar dan destinasinya jauh-jauh. Tapi sini, jauhnya memang jauh lebih jauh dari Pahang. Sebab itulah agaknya orang sini ramai yang berkereta besar.

Berbeza dengan cara orang biasa melancong, aku melancong tak pergi ke destinasi-destinasi menarik seperti yang dicadangkan dalam pamplet, tv dan iklan. Sebaliknya aku pergi ketempat orang Miri sendiri suka beristirehat. Semalam aku jumpa tempat istirehat orang Miri tepi padang golf disebuah kampung tepi laut. Cantik sebab permandangannya menghadap bandaraya Miri. Agaknya tak ramai orang luar yang tahu sebab ianya bukan sebuah destinasi perlancongan (nak ke tebing kena redah green padang golf). Kemudian pergi ke Bekenu untuk melihat Tamu istimewa sebabnya gayanya masih kampung. Cuma aku tak jumpa tempat orang berbisik beli daging rusa (sini diharamkan). Entah apa nama aku dah lupa.

Semalam juga aku makan umai. Umai yang aku makan semalam ialah isi daging ikan mentah yang digaul dengan limau. Tak masak. Makan macamtu saja. Ingatkan orang Jepun saja yang suka makan ikan mentah. Kalau masuk pasar ikan Miri, korang boleh tengok ikan yu sana sini. Semua sirip ikan yu dah kena potong. Tinggal badan saja. Udang galah besar gila. Lebih 2 kali ganda besar dari yang biasa aku tengok.

Ada beberapa perkara yang menarik minat aku dengan Miri. Bandarayanya bersih. Jauh lebih bersih dari KL. Orang sini baik-baik. Walau muka garang tapi baik. Pemandu sini amat bersopan santun. Malah aku rasa agak bosan sebab mereka memandu perlahan terutama bila tiba di bulatan. Miri banyak bulatan dan aku rasa orang Miri kurang mahir dengan bulatan atau mereka memang amat bersopan santun. Senang saja nak cilok sana sini hatta dengan Proton Saga sekalipun. Jalanya pula lurus. Kadangkala jauh lebih lurus dari Lebuhraya Utara-Selatan.

Cuma aku kurang selesa sebab susah nak cari kedai makan yang halal. Jangan fikir orang kedai pakai tudung, tulisan khat tergantung sana sini kita boleh percaya ianya halal dimakan. Tidak. Kena tanya dengan member dan orang yang boleh dipercayai. Kemudiannya malam di Miri macam dalam kubur. Sunyi. Jam 8 dah sunyi. Takde apa lagi yang boleh dilakukan.

Kalau ke Miri dan hendak beli tikar Sarawak, cari kedai yang bernama Rong Reng. Situ korang boleh beli dan bayar cas kurier sekali kalau hendak dihantar ke semenanjung. Malah dengan RM160, aku boleh beli tikar besar siap dengan kos hantar.

Nanti aku sambung lagi.