3.1.09

Pedulikan

Kadang-kadang dalam hati berfikir, biarkanlah. Setiap orang ada sebab melakukan sesuatu. Sebelum itu, ini tiada kena mengena dengan dia. Ini cerita lain.

Kamu selalu fikir, jika kamu lakukan sesuatu yang baik terhadap orang lain, orang itu sekurang-kurangnya akan hargai, biarpun sikit. Dan kita akan ingat kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Itu yang wajib kita lakukan.

Ahh.. biarlah. Peduli apa aku. Malas hendak bercerita.

1.1.09

Menilai Hidup Ini - Babak 16

Sekurang-kurangnya hari pertama di tahun baru, aku sedikit bahagia. Itu cukup berbaloi daripada merasa sunyi sepanjang hari. Sekurang-kurangnya juga, aku melihat dia yang ikhlas. Tidak dibuat-buat dan tidak hanya sekadar simpati atau terpaksa.

Sekurang-kurangnya sekarang, aku mampu tersenyum seperti orang gila seorang diri dan kamu boleh kata,

"Gila agaknya mamat ni senyum sorang-sorang..."

Sebenarnya, bukan ada apa-apa pun lagi. Cuma sedikit-sedikit meluah rasa. Masih di sudut itu. Aku rasa aku sedang membuat perjudian yang besar. Seperti yang aku kata dulu, jauh sangat antara aku dan dia dari banyak segi. Tapi bak kata kamu juga, itu bukan penghalang. Jadi aku ikut kata kamu dan cekalkan hati kerana, sekurang-kurangnya kalau gagal pun, aku gagal setelah mencuba. Bukan setelah sedar dari mimpi.

Dan bila aku fikirkan balik, setelah melihat dia, aku sedari sesuatu. Aku bukan bermimpi. Kerana orang seperti dia lebih jujur dari yang aku sangka. Aku cuma perlu buka mata lebih luas dan buang apa saja persepsi yang ada di benak fikiran aku.

Orang dah bagi petunjuk, faham-faham sajalah kan... :-)

Harapnya, hati ini tenang dan sabar.

Menilai Hidup Ini - Babak 15

"Selamat tahun baru. Semoga tahun hadapan lebih baik buat awak. Awak dah nampak kurus sikit."
"Saya nampak lagi kurus than that day awak kata kurus? Sukanya."
"Kurus lagi dari haritu. Lagi cantik. Dan awak memang pandai bergaya."
"Tidaklah pandai sangat. Baju lama saja."

"Awak nampak penat tadi. Tapi saya tahu awak happy. Nampak sangat."
"Penat tapi happy sebab awak bagi hadiah cantik. Cuma kesian pada awak, belanja besar beli untuk saya."
"Tak apa, sekali sekala. Saya tak pernah sambut hari lahir awak. Jadi saya bagi yang istimewa sikit."
"Hari lahir awak bila? Saya rasa sudah pernah tanya, mungkin ada dalam diari saya."
"Lambat lagi, 22 Feb."

"Awak rehat la ye. Esok cuti, boleh sambung rehat. Esok petang saya nak sunset di Port Klang."
"Okay. Menarik juga tengok sunset ye."
 "Nak join boleh. :-)"
"Tengoklah macamana keadaan saya esok ye... Menarik juga dapat ikut."

"Muka awak iras Keira Knightley. Baru terperasan tadi."
"Ye ke Keira? Dia tu cantik sangat dan kurus sangat."
"Tadi tengok awak dan tadi tengok filem, baru sedar. Awak secantik dia, malah lebih lagi."
"Tapi saya tak kurus macamtu, awak. Itu kurus kering."
"Ye, awak tak kurus macamtu. Muka awak saja iras dia. Kurus macamtu tak menarik sangat. Macam awak lagi saya suka. Sudah 'sempurna'."