Kereta Api laju Ipoh-KL, cepat sikit siap.
3.5.09
2.5.09
Orang Kampung Semua Sudah Tahu!
Aku balik sebentar ke Gerik kerana menghadiri kenduri.
Setiba di majlis tersebut, aku jumpa beberapa orang yang ingatan aku masih kenal walaupun hampir 20 tahun tidak ditemui. Berjabat salam dan tersenyum. Bertanya khabar. Kemudian, perkara pertama disoal mereka,
"Dan, hang punya website tu on lagi ka?"
What the heck? Orang kampung di hulu Perak bertanyakan blog ini. Orang kampung. Okay, internet sudah ada di kampung ini sejak beberapa tahun dulu. Tapi masih, aku agak hairan.
Kamu ingat iklan Celcom berkaitan budak lelaki balik kampung kemudian tariannya yang dicuri rakam masuk ke dalam YouTube? Aku rasa begitu. Pelik kenapa hampir semua orang kampung tahu. At least, orang kampung yang aku kenal dan jumpa.
Rupa-rupanya blog aku ini memang agak popular terutama kalau mereka yang rajin Google mengenai Gerik, Kampung Hulu Kenderong dan yang berkaitan. Jadi tidak mustahil orang yang mengenali aku turut sama akan jumpa blog ini.
Bila tiba di rumah arwah Tok, pakcik bertanyakan hal yang sama.
Aku tersenyum dalam hati.
Ada faedah juga blog ini.

Santai
Sepanjang hari, entah kenapa, aku tidur dan tidur begitu lena. Mungkin kerana terlalu letih. Aku bangun di lewat petang dan terasa dunia seperti baru. Segar dan nyaman. Ada istimewanya tidur di atas tilum empuk di kampung ini. Aku tidak diganggu dengan hiruk pikuk dunia.
Dan sekarang aku berada di hadapan komputer. Komputer baru sebenarnya yang beberapa jam lalu dibebel oleh aku kerana barangan di dalam komputer tidak berbaloi dengan harga yang dibayar. Ayah diam saja. Aku faham. Benda sudah berlaku tidak guna disalak lagi.
Aku habiskan sepanjang malam ini mengubah segala setting yang ada, termasuk menukar sistem operasi (OS) kepada Windows Vista. Aku tahu, ianya lebih berat. Namun aku fikir ianya lebih sesuai untuk suasana di rumah ini. Sistem keselamatannya lebih bagus. Updates boleh dilaksanakan secara online dengan mudah. Aku pasangkan beberapa aplikasi lain yang percuma dan boleh diperolehi secara legal di internet.
Esok, awal pagi aku akan bergerak ke Gerik. Ada majlis kenduri kahwin di rumah Tok Su. Lama tak jumpa dia. Beberapa tahun, mungkin.
Terasa cepat pula masa berlalu.