Mulanya aku memberitahu sahabat, aku tidak mahu mengulas mengenai filem Lagenda Budak Setan yang aku tonton semalam. Tetapi bila difikirkan balik, adalah tidak adil aku berbuat begitu, sedang filem barat aku ulas panjang lebar. Kalau Lagenda Budak Setan ini aku ulas satu dua perenggan, sudah okay juga, bukan?
Kamu sendiri tahu, filem ini diangkat dari koleksi novel popular karya Ahadiat Akashah. Aku tidak pernah membaca satu pun daripadanya. Jadi aku datang menonton dalam keadaan tidak tahu apa jalan cerita sebenarnya. Tiada ekspektasi yang tinggi seperti orang lain, mungkin.
Terus terang, lakonan paling berbaloi ditonton dalam filem ini adalah lakonan aktor Que Haidar. Emosi dan 'torment' hidup yang dipapar di setiap babak begitu hebat dan berkesan. Adegan memukul Ayu dibuat dengan penuh penghayatan sebagai seorang manusia yang marah dan kecewa. Dalam aku menonton, sempat aku berbisik kepada sahabat dan berkata, "mungkin si mamat tu gila".
Kalau hendak dilawan 'setan' Ali dalam filem Ali Setan dan Kasyah dalam Lagenda Budak Setan, Kasyah dalam filem ini nampak macam amatur. Ali jauh lebih 'setan' dari Kasyah. Full Stop! Maksud aku, kalau setakat masukkan cicak dalam tin Coca-Cola, apa kelas. Jadi, taraf 'setan' masih dipegang oleh Ali dari filem Ali Setan.
Farid Kamil sebagai Kasyah adalah lakonan seperti Keanu Reeve dalam kebanyakan filem. Semua emosinya seperti plastik. Farid Kamil sepatutnya belajar daripada Que Haidar, bagaimana meluahkan emosi di memek muka. Pelakon perempuan aku tidak kenal sangat tetapi hampir semua mereka fail terutama yang tidak boleh membunyikan huruf 'R' dengan betul. Bukan aku mengutuk tetapi adegan sedih menjadi kelakar kerananya. Lakonan pada aku hampir semuanya gagal. Paling gagal adalah watak sahabat-sahabat Kasyah dan doktor di hospital. Eh, mana punya pelakon kamu ambil ha?
Sinematografi, aku bahagi dua; sangat mengkagumkan dan pelik.
Permandangan sepanjang filem; mashaAllah. Tuhan saja tahu bertapa cantiknya permandangan yang dirakam dari lensa kamera. Dalam hati mendesak mahu tahu di manakah di seluruh Malaysia punyai permandangan yang begitu hebat? Adegan Kasyah pergi ke pendalaman, menakjubkan. Pokok di atas bukit di tengah padang itu aku sudah tahu di mana. Kalau ada peluang aku ke sana, akan aku rakamkan suasananya sepuas hati aku.
Sinematografi pelik pula adalah bilamana close-up shot dengan penuh mengelirukan, telah mencatas hampir separuh kepala watak. Apa motif? Teknik perfileman apa yang mereka guna? Babak dalam filem terutamanya adegan berbicara, perlukan memek muka untuk ditafsirkan. Tetapi kalau ianya tidak nampak dek kerana fokus kamera yang terlalu dekat, rugi.
Sempat semasa dalam pawagam menonton, ada yang menghantar SMS, bertanyakan mengenai kualiti filem Lagenda Budak Setan. Aku mengambil masa agak lama untuk menjawab. Aku pecahkan dulu; Sinematografi aku beri 4.5 bintang. Aku sangat kagum dengan permandangannya. Lakonan: 2 bintang. Dua bintang itu milik Que Haidar, selebihnya mereka gagal membantu. Keseluruhan, aku boleh beri cuma 2.5 bintang. Percubaan yang baik tetapi hasi kurang memuaskan.
4.6.10
2.6.10
Datang Ribut Taufan, frossonice.com Tetap Di Sini
Kadang-kadang kita baca penyataan orang di laman web atau di dinding Facebook mereka, memberitahu bahawa mereka tidak akan menulis lagi, akan menutup laman web atau membatalkan akaun web rakan sosial mereka. Ada pelbagai sebab yang mereka utarakan; rimas, bosan, sudah mencapai matlamat, sudah langgar dinding, berjuang demi agama, berubah kepada yang lebih baik, menggunakan produk halal berbanding sekarang.
Apa jua alasan mereka, kadang-kadang boleh buat aku tersenyum sendiri. Suatu masa dulu, mungkin lebih lima tahun dulu, aku akan buat seperti mereka buat. Tutup blog kerana kononnya rimas dengan gangguan orang atau tidak menarik.
Seorang rakan mahu menutup akaun Facebook dan menggunakan sistem laman web rakan sosial milik Malaysia. Alasan yang ditulis, menyokong produk tempatan berbanding produk USA. Rugi sikit kerana selepas ini tidak boleh berbual di Facebook. Aku puji usaha beliau. Tetapi aku ada 280 lebih sebab untuk tidak berhijrah ke sana. Orang lain mungkin ada lebih sebab. Cuma aku tahu 280 lebih orang kawan aku tidak akan turut berhijrah ke laman web rakan sosial buatan Malaysia. Mereka akan terus kekal di Facebook. Jadi, aku juga akan kekal di sini. Aku masih boleh baca blog beliau yang sentiasa menarik. :)
Aku sendiri pernah tutup dua akaun laman web rakan sosial. Satu di Tagged, kerana ianya menyusahkan aku. Satu lagi di Friendster kerana aku tidak nampak apa motif aku berada di situ. Sekarang aku cuma aktif di Facebook.
Setakat ini juga, sudah beberapa orang kenalan yang menutup atau berhenti menulis blog. Ada seorang yang aku kenali berhenti tiba-tiba kerana rasakan dirinya diperhatikan (bukan alam ghaib!). Ada yang berhenti kerana malas menulis dan ada seorang yang berhenti kerana sudah berkahwin. Mungkin tidak ada apa cerita yang menarik untuk ditulis sesudah berkahwin.
Blog ini, usia sebenarnya sudah lebih 10 tahun. Aku menulis di blogger.com sejak 2004, walaupun akaun ini dibuka pada tahun 2002. Sebelum itu aku menulis di Diaryland, uJournal dan laman web buatan sendiri. Lebih 10 tahun; suatu jangkamasa yang lama. Aku tidak mahu berkata aku adalah orang lama menulis blog. Aku sedar ada orang di luar sana yang baru setahun dua menulis blog, sudah mengaku otai atau veteran. Ye lah tu.
Aku pernah berjanji, aku akan terus menulis di sini selagi mampu. Aku tidak akan berhenti atau tutup tanpa sebab yang paling kukuh. Aku tidak akan berhenti kerana didesak oleh orang lain supaya berhenti. Aku cuma akan ubah sedikit supaya tidak menyinggung orang itu. Selebihnya, aku menulis mengikut kehendak aku sendiri.
Sebab itu juga, berbanding orang lain yang ada dan menulis di beberapa blog, aku cuma boleh menulis di sini,di frossonice.com. Aku rasa frossonice.com sudah cukup matang untuk disumbat apa saja kedalamnya. Tidak perlu imej, konsep atau genre. frossonice.com adalah ruang yang luas, tetapi kadang-kadang ianya cuma satu alur yang kecil. Jarang bersimpang-siur. Lebih banyak padang luas. I write whatever I want.
Jangan kamu risau, sahabat. Aku akan sentiasa berada di sini. Kamu sentiasa boleh datang sebagai tetamu dan duduk menikmati suasana di sini. InshaAllah.

Carpe Diem Meminta Aku Memberi Jawapan
Dua petang aku menunggu waktu yang sesuai untuk berbasikal tetapi sehari dua ini hujan sentiasa membasahi bumi. Jadi, dua hari ini aku berehat daripada bersukan. Hujung minggu tempohari juga aku tidak bersukan. Lebih sibuk bekerja menyiapkan tugasan dan bersiar-siar menenangkan fikiran yang tepu.
Lewat senja Ahad lalu, aku sempat merakam foto di atas, sambil memandu. Hati menjadi tenang. Ada perkara yang bermain-main di fikiran. Ada yang perlu dibuat perhitungan. Aku diberi pilihan dalam hidup dan aku mesti membuat pilihan. Dulu, aku ada peluang ini tanpa aku sedari. Apabila ianya terlepas, barulah aku tahu ianya wujud dan aku menyesalinya. Sekarang, ianya aku tahu dan sedar.
Tunggu aku sendiri mulakan langkah.
...dan aku masih terpaku tidak bergerak dari tempat aku berdiri sekarang.
Mungkin kerana aku sudah berasa selesa sejak beberapa tahun ini, maka apa yang mendatang ini dirasakan janggal dan mengelirukan. Ianya perkara baik yang mengelirukan dan aku perlu membuat keputusan. Cuma aku tidak mahu membuat keputusan, kemudian aku menyesalinya kemudian hari serta akhirnya menyusahkan orang lain di sekeliling aku.
Sebenarnya satu perkara saja; Am I willing to seize the day (Carpe Diem)?