6.8.10
Ingat Amanah Yang Diberikan Oleh Rakyat Kepada Kamu Wahai Pembesar Negara
Bila SPRM cadang supaya menteri-menteri isytihar harta, menteri kata tidak perlu kerana sudah diisytihar kepada Perdana Menteri dan ianya sudah mencukupi. Cukup sekadar PM saja yang tahu. Sekeh saja kepada menteri yang berfikiran begini. Mungkin dia sudah lupa yang dia berkhidmat untuk rakyat, maka segala apa yang berlaku terhadap dirinya perlu diketahui oleh rakyat. Kalau tidak, bagaimana hendak kita tahu tingkah laku dan latar belakang pemimpin yang kita mahu pilih mewakili kita?
Mereka, menteri-menteri wajib bertanggungjawab mengisytihar harta benda mereka kerana kita sebagai rakyat tidak mahu mereka menyalahguna kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi. Kita lantik mereka sebagai wakil kita dalam kerajaan untuk menyampaikan suara kita. Bukan suruh dia kumpul harta banyak-banyak untuk jadi kaya raya.
Masalah di Malaysia ini, pemimpin bila berkuasa, mereka berlagak seperti raja yang tidak boleh dipersoalkan tindakan dan perilaku mereka. Sebaliknya mereka dengan berani menegur rakyat supaya menerima apa saja yang dicadang mereka, kononnya dengan penuh yakin mereka berkata,
"semuanya yang dilakukan mereka adalah untuk kebaikan rakyat".
Pertamanya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha politik dan segala jawatan yang dipegang oleh wakil rakyat yang menang bertanding di dalam pilihan raya adalah dengan EHSAN dan PILIHAN RAKYAT. Mereka tidak lepas daripada tanggungjawab mereka untuk membela dan berkhidmat 100% semata-mata untuk rakyat. Mereka tidak wajar menyalahkan rakyat, tidak wajar membentak rakyat dan paling tidak wajar menghalang rakyat bersuara rasa tidak puas hati rakyat terhadap mereka.
Ini bukan negara feudal di mana suatu daerah dikuasai oleh pembesar gah dan tanah di bawah jajahannya diduduki dan diusahakan oleh rakyat jelata. Cukai dikutip untuk kepentingan peribadi. Rakyat tidak ada hak untuk bersuara. Itu feudalistik.
Kita sekarang adalah demokrasi.
Demos = rakyat.
Kratos = Kuasa.
Demokrasi = Kuasa Rakyat.
Rakyat adalah kuasa dan kuasa di tangan rakyat, bukan di tangan sesetengah orang yang berkuasa. Ingat baik-baik perkara ini. Kalau kamu mahu menafikannya, maka kamu lebih rela hidup dalam suasana feudalistik yang kolot. Pemimpin politik yang ada tidak lebih kuasa mereka daripada kita semua. Kita benarkan mereka mewakili kita untuk bersuara. Itu saja. Selebihnya pemimpin politik inilah yang sepatutnya menghormati rakyat yang memilih mereka. Mereka WAJIB bertanggungjawab dengan apa saja tindakan mereka.
BN dan PR serta wakil bebas, ini yang rakyat mahu lihat dan mahu alami. Kuasa dikembalikan ketangan rakyat sepenuhnya. Kamu bukan raja yang berkuasa tanpa batasan. Kita sudah ada sembilan orang raja berdaulat. Cukup. Kita tidak perlu ratusan raja wannabe lain untuk disembah dan didaulatkan.
Rakyat mahu suasana hidup yang selesa, ekonomi yang baik, persekitaran yang paling baik untuk anak-anak mereka membesar dan paling penting, kebebasan untuk rakyat bergerak, berfikir dan bersuara.
Apa kata kalau kamu pak menteri dan wakil rakyat buat semua yang baik untuk rakyat dulu sebelum fikirkan mengenai diri sendiri. Kalau tidak mahu, jangan jadi wakil rakyat kami.
Oh, pergi isytihar harta!

2.8.10
Waktu Kerja
Aku dihulur set artikel surat khabar oleh seorang rakan pejabat. Turut dikepilkan bersama, ruang senarai nama untuk ditandatangan selepas membacanya. Artikel berkaitan kewujudan skuad pemantau yang berfungsi untuk memantau kakitangan kerajaan 'curi tulang' sewaktu bertugas.
Pertamanya, memang ada peraturan berkaitan waktu kerja. Itu kita kena sentiasa patuhi. Cuma bila dilihat balik tarikh peraturan itu dikuatkuasa, satu pada tahun 1974 dan satu lagi pada tahun 1993, aku fikir ianya sudah agak lapuk dan tidak sesuai digunakan lagi dalam suasana kehidupan sekarang. Lagipun kenapa kita beria-ia sangat hendak menguatkuasa peraturan sebegini sedangkan kita tahu kakitangan kerajaan sebenarnya berlebihan dan ada yang kadang-kadang tiada kerja hendak dibuat di pejabat.
Perkhidmatan awam sudah tiba di satu tahap di mana ianya perlu di'streamline' dan dibuat perubahan dari segi cara bekerja. Sampai bila kita masih mahu melakukan kerja-kerja separa manual yang penuh birokrasi. Kalau kita asyik hendak meniru suasana kerja di sektor swasta, kenapa tidak meniru sepenuhnya. Ambil yang baik, dan aku rasa ianya banyak. Salah satu contoh adalah bekerja di rumah. Kemajuan komunikasi sekarang membenarkan kita berinteraksi tanpa batasan. Kerja-kerja pejabat boleh diselesaikan di rumah tanpa perlu seseorang individu pergi ke pejabat untuk menyiapkannya. Bayangkan keluarga yang mempunyai anak, mereka dapat memelihara anak sendiri di samping menyiapkan kerja yang diberikan. Mesti ada time-frame untuk menyiapka kerja. Mereka boleh jimatkan kos yang agak banyak seperti kos pengangkutan dan kos penjagaan anak. Malah pejabat sendiri boleh berjimat dari segi bil eletrik dan air, contohnya.
Mungkin pemantauan agak sukar hendak dilakukan terutama dari segi mutu kerja dan keselamatan dokumen. Tetapi kalau ianya boleh dilakukan di tempat lain, tidak mustahil perkara yang sama boleh dilakukan di sini.
Seterusnya waktu kerja fleksibel. Buat masa ini, ianya bererti waktu masuk dan balik kerja yang berbeza sahaja. Ada tiga waktu bekerja; 7.30 pagi - 4.30 petang, 8.00 pagi - 5.00 petang dan 8.30 pagi - 5.30 petang. Secara umumnya ia membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di bandar-bandar besar. Aku fikir ianya boleh ditambahbaik. Waktu kerja fleksibel sepatutnya meliputi 24 jam sehari. Seseorang kakitangan boleh memilih untuk masuk bekerja pada bila-bila masa dan balik setelah tempoh masa kerja harian dipenuhi. Jadi pejabat secara teori boleh berfungsi 24 sehari. Contoh mudah, kalau ada keluarga yang perlu menyelesaikan urusan persekolahan anak mereka di waktu siang, mereka boleh datang bekerja lebih lewat dan pulang setelah jangkamasa kerja harian dipenuhi. Kerajaan berjimat dari segi cuti dan boleh juga membantu meningkatkan produktiviti.
Contoh paling dekat, diri aku sendiri. Majoriti kerja aku adalah melihatkan kerja-kerja grafik yang memerlukan idea. Kadang-kadang idea datang pada waktu malam. Itu waktu paling selesa. Waktu siang biasanya otak menjadi tepu. Jadi biar aku bekerja di waktu malam dan ianya masih menguntungkan kerajaan daripada membiarkan aku datang di siang hari tanpa mendapat hasilnya.
Aku fikir, kita sudah tiba di suatu keadaan di mana kita mempunyai pilihan untuk berubah. Perkhidmatan awam juga wajib berubah demi untuk kebaikan rakyat. Aku berikan perbincangan dan contoh yang mudah. Ada banyak lagi faedah sekiranya waktu kerja 'fleksibel' ditambahbaik. Kita cuma perlu lebih terbuka mengenainya.