12.5.11

Mula Balik Sikit-sikit

Oh ya, aku sudah kembali aktif menulis blog. Gambar belum ada. Kamera belum beli. Kamera lama sudah hilang dicuri bersama MacBook Pro. Itu cerita tahun lepas.

Agaknya itu sebab aku kurang menulis blog? Gambar menjadi sumber inspirasi untuk menulis dan laptop di sisi sepanjang masa menyebabkan tangan senang sengal hendak menulis.

Aku sibuk. Itu pasti. Buat-buat tidak kerana kononnya hendak berlagak cool. Tunggu lagi beberapa hari, pasti berasap kepala. Padan muka suka buat kerja saat-saat akhir.

Ada sebabnya tetapi hidup ini kalau tiada dugaan, bosan. Betul?

11.5.11

Tersepit

Aku rasakan, masih dekat hari, makin sibuk dengan kerja yang tidak berkaitan. Ada saja yang perlu dibuat dan semuanya hendak segera.

Publikasi saja sudah ada tiga yang mendesak. Tiga yang perlu disiapkan dalam masa kurang 20 hari.

Oh...

10.5.11

Sedikit Terkilan

Kad jemputan percuma. Ada sebuah syarikat sudi mencetaknya secara gratis.

Hasilnya amat mengecewakan. Design sudah cantik. Tetapi material yang digunakan langsung tidak sesuai.

Hendak dikesalkan, sudah terlewat. Hendak diadu, ianya dibuat percuma.

Terima saja apa yang ada. Rezeki setakat itu. Aku tidak peduli sangat. Hampir semua kad itu akan dibuang juga nanti oleh penerimanya. Biarlah. Asal ada. Seperti yang aku adukan dalam Twitter, ada yang lebih penting dari komersialisme majlis perkahwinan.

Kalau masih ada orang yang mencemuh di belakang nanti, aku maafkan awal-awal lagi ya.