24.2.05

Ebay Malaysia

Okay, birthday aku dah lepas, 22/2/2005. Jadi tak payah nak ucap. Tunggu je tahun depan. Terima kasih yang hantar SMS.

Maaf sibuk. Dan takde peluang nak guna internet.

Aku tengah surf Ebay.com.my

Cari laptop murah. Ada offer Dell baru starting price bawah RM500. Aku dah bid RM510. Bukan untuk aku tapi untuk member. Dia tak reti pasal PC. Kalau beli kat luar aku rasa harganya mau cecah RM7000. Cuba je. Kalau tak dapat, tak kisah.

1.2.05

Err... Bau Apa Ni?

Tadi masa dipejabat sedang aku dalam perjalanan ke tandas, tiba-tiba rongga hidung ni tercium suatu bau yang pernah aku rasa suatu masa dahulu. Lantas secara tiba-tiba terbayang dan terkenangkan kenangan lalu sewaktu bekerja di Arab-Malaysian Securities sekitar tahun 1993. Korang pernah alami keadaan macamtu? Bau ni rupanya memainkan peranan yang amat penting dalam daya ingatan atau memori kita ni. Tak sangka la pula ye.



Patut la syarikat minyak wangi kaya. Patut la... patut la.. aku takde idea nak tulis apa sebab dalam CC ni takde bau yang menarik. Awek sebelah aku ni pun takde bau parfume. Pelik pulak. Hahaha. Sesedap rasa je kutuk orang sebelah.



Zura dapat jadi cikgu akhirnya. Baguslah. Dah lama betul dia usaha nak dapatkan jawatan cikgu. Kalau ikutkan, hampir setiap masa dia ngomel nak jadi cikgu. Kali ni dah dapat. Tapi yang terkejutnya tempat latihan punyalah jauh. Miri. Jadi sekarang ni aku dah tak jumpa dia dekat dua minggu. Kesian tak kat aku? Takde member baik sekarang ni. Kalau tu ada gak tempat nak ajak gaduh, bertekak.



Dah.. idea bau aku kena curi time chatting tadi.

20.1.05

Nak Balik Ke?

Harini balik kampung. Esok raya. Petang sikit baru balik. Rasanya nak ikut jalan lama. Tapi tengoklah dulu. Kalau ikut jalan lama kena keluar awal sikit baru best. Kalau ikut highway tengahari rembang nanti panas terik rasanya. Kalau petang sikit baru okay. Tapi takut jam la pula. Nasib aku seorang jadi takde la nak layan karenah orang lain (bukan tak suka). Ikutkan malas nak balik. Dah biasa tak balik time raya haji. Tapi dah ada kereta ni kenalah balik. Nanti orang kata apa pula. Dan rasanya emak ayah mesti nak balik kampung pakai kete aku. Biarkanlah. Aku malas nak kemana. Duit takde.



Sekarang tengah sibuk design logo kompeni ayah. Dia dah jadi kontraktor dan aku kena design logo yang berkait dengan bisnes dia. Eliasmy Enterprise nama kompeni tu. Jadi masa mula aku design logo, aku ambil dua huruf E permulaan perkataan dan aku cantum kemudian aku adjust supaya jadi bentuk macam rumah. Lepas tu aku buat jadi seolah-olah logo tu 3D, ada dimensi. Pakai Macromedia Fireworks MX 2004 la. Takkan lukis kot. Penat la nak masukkan balik dalam PC nanti. Jadi logo ni asalnya 100% digital. :) Harap dia suka. Sementara tu aku selongkar folders PC aku cari logo-logo lama yang aku boleh ubahsuai jadi logo kompeni baru ni. Biar ada choice sikit. Pagi tadi sedang aku asyik main dengan Fireworks (jarang sangat aku guna), aku temui tools yang amat menarik yang boleh aku guna untuk design logo secara instant. 10 minit aku siapkan dekat 10 logo. Menarik.