31.8.07

Bunga Berapi

Tiga kali aku menonton pertunjukan bunga api di Putrajaya. 3 Kali terperangkap dalam jam. Tapi tidak mengapa. Puas hati dapat menonton sesuatu yang amat menarik. Malam semalam paling menarik hasil persembahan negara Jepun. Memang hebat. Semuanya bergegar dan meletup di atas, tidak ada yang bermain-main di gigi air yang menyusahkan orang yang tidak bertiket untuk menonton. Semalam pertunjukan bunga api Jepun adalah gaya klasik. Semuanya ditembak ke jauh di udara dan meletup dengan gegaran yang amat kuat dan percikan bunga api yang begitu cantik. Tradisional, klasik, simple tetapi menarik.

Mungkin sukar untuk menewaskan pasukan Australia dengan kehebatan teknikal mereka. Namun cukup puas hati melihat bunga api berdentuman di udara. Aku anggar lebih 100,000 umat yang datang menonton malam semalam dalam pertunjukkan selama 25 minit. Ada di antara mereka yang terpaksa tunggu lebih 4 jam kerana tidak sedar yang waktu persembahan telah dilewatkan ke jam 12 malam. Nak pusing balik, jalan dah jam teruk, jadi tunggu sajalah sambil duduk-duduk ditaman sekitar Putrajaya. Nasib malam Putrajaya semalam adalah segar (lepas hujan) dan tamannya cukup luas untuk semua orang. Ditengah boulevard pun ada taman. Ribuan kereta yang berderu masuk ke Putrajaya dengan sebahagian besar darinya tidak tahu selok belok jalan Putrajaya menyebabkan jam bertambah teruk. Waktu balik keadaan lebih teruk sebab kebanyakkan pemandu clueless dengan jalan yang ada depan mata mereka. Jadi terpaksa bawa slow dan belok secara tiba-tiba. Kesian. Tapi lebih elok dari sesak di KL. Sekurang-kurangnya di Putrajaya, jalan besar dan papan tanda arah jelas. Itu yang penting. Tapi bagi orang macam aku yang 3/4 jam dalam seminggu berada di Putrajaya, selok-belok jalannya sudah aku hafal. Aku tahu di mana untuk mengelak jam dan melalui jalan-jalan 'dalam' Presint di Putrajaya untuk keluar. Walaupun akhirnya terpeangkap juga di pintu keluar utama namun sekurang-kurangnya aku tidak terperangkap dalam jam di dalam Putrajaya sendiri. Tapi sampai di rumah hampir 2.30 pagi juga... Puas.

28.8.07

Seterusnya Bermula Dari Sini...

Seterusnya bermula dari sini aku akan ceritakan perkara yang lebih cerah dari semalam. Tidak lagi aku mahu bicarakan perihal kecewa dan seumpamanya. Ianya tidak membawa apa-apa erti.

Seterusnya bermula dari sini aku akan tuliskan perihal bahagia dalam hidup yang tidak derita. Tidak lagi aku mahu perkatakan apa jua mengenai perasaan yang gelap dan seumpamanya. Ianya hanya merugikan saja hidup ini.

Seterusnya bermula dari sini aku akan penuhi ruang ini dengan gambaran indah dari sudut pandanganku sendiri. Tidak lagi aku selitkan wajah suram aku dan seumpamanya. Ianya akan menjadi lebih bermakna dan istimewa.


Floria Putrajaya
Canon EOS350D

27.8.07

Bertukar

Tiga tahun dan akhirnya bertukar...