4.12.07
Pippin's Song
Home is behind
The world ahead
And there are many paths to tread
Through shadow
To the edge of night
Until the stars are all alight
Mist and shadow
Cloud and shade
All shall fade
All shall fade
Lalat
Khamis minggu lepas aku ke Kuala Lumpur untuk mencari baju batik sempena event di KLCC pada hari Jumaat lepas. Aku guna LRT sebab aku fikir ianya lebih mudah dan cepat. Aku turun di Stesen Masjid Jamek. Perkara pertama yang menarik perhatian aku ada peniaga tepi jalan. Lebih menarik perhatian adalah semua mereka adalah orang Indonesia. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa dengan sewenang-wenangnya mereka boleh buka gerai tepi jalan disekeliling KL? Kalau dahulu orang melayu buat macamtu, sekelip mata diserang oleh DBKL, atau polis atau orang melayu sendiri. Tapi sekarang bila orang Indonesia (dan Myanmar, Bangladesh, India, Thai, Nepal, Afrika) buat, tiada sesiapa pun yang ambil tahu? Kenapa ye?
Aku akui aku kagum dengan semangat orang asing ini untuk hidup di Malaysia. Apa saja yang mereka boleh buat, mereka akan buat. Mereka tidak peduli samada ianya melanggar batasan norma atau undang-undang. Paling penting dalam hidup mereka adalah duit. Dan peliknya orang Malaysia ini, mereka amat-amat pemurah dengan duit. Asal saja murah 10 sen, itu yang mereka beli. Tidak kira dari siapa pun yang menjualnya. Walaupun dibelakang mereka tahu dan mereka marah orang asing ini datang dan bermaharajalela di sini, tapi mereka juga yang bertindak menyokong secara duitan keatas orang-orang asing ini.
Mereka seperti lalat. Faham maksud aku dahulu. Lalat membawa erti, berapa banyak kali pun kita cuba tepis dan halau, mereka akan datang kembali. Cuma paling kecewa, ada orang tempatan sendiri yang melindungi orang asing ini atas dasar hak asasi. Hak asasi konon. Hak Asasi my ass! Kalau sudah hampir semua perkara mereka ambil alih, apa yang tinggal pada kita? Sudahlah pula kalau orang tempatan yang melakukannya, cepat saja pihak berkuasa bertindak. Tapi kalau orang asing yang buat, tunggu kawasan itu jadi mini-Jakarta, mini-Dhaka atau mini apa saja baru hendak bertindak. Itu pun sehari. Esok lusa pendatang ini kembali. Tiada apa-apa perubahan. Mungkin bertambah lagi.
Aku bukan anti dengan pendatang (aku tidak mahu spesifik kepada sesuatu negara). Tapi realitinya mereka menyusahkan banyak pihak. Menyesakkan laluan seperti di Stesen LRT Masjid Jamek. Membuat sesuatu tempat itu menjadi kotor tak tentu pasal. Kemudian, cuma korang pergi stesen bas depan hentian komuter Serdang sebagai contoh. Di situ kita boleh rasa yang kita tidak tinggal di Malaysia. Kalau tidak kerana bas Rapid KL yang berhenti menunggu masa untuk bergerak, mungkin kita akan berasa kita berada di Indonesia. Begitu ramai orang Indonesia di situ dan cara perwatakan mereka sebenarnya tidak menyenangkan orang lain di stesen itu. Walaupun mereka tidak mengganggu orang, tetapi mereka duduk (bukan berdiri) di tengah-tengah kaki lima, berkumpul secara berkelompok yang besar hingga tiada laluan untuk orang berjalan dan bising. Kalau naik bas, orang-orang asing ini biasanya akan berebut untuk naik dan langsung (realiti!) tidak menghormati penumpang yang lain terutama orang yang kurang upaya. Malah mereka hanya menjeling melihat orang tua, budak kecil berdiri. Kalau orang Bangladesh atau Pakistan yang melakukannya, mungkin orang faham. Tapi kalau orang Indonesia yang melakukannya, yang tumpang dapat nama buruk, orang melayu juga.
Aku tidak ada apa-apa masalah kalau mereka (pendatang asing) ini datang dengan cara yang sah dan bekerja di sini. Tidak ramai orang Malaysia yang mahu buat apa yang mereka buat. Datang dan bekerjalah. Tapi jangan datang sini secara haram dan buat kerja macam tanah ini mak bapak kamu yang punya. Bukan orang Malaysia yang jahat. Kamu sendiri yang memalukan bangsas kamu sendiri dan juga menjatuhkan maruah bangsa kamu sendiri.

3.12.07
Metallica
Aku mula meminati Metallica pada tahun 1989, iaitu semasa baru masuk MRSM Balik Pulau. Lagu pertama yang aku denga ialah One dari album And Justice For All. Ini beberapa lagu yang aku sempat cari dari YouTube.
Fade To Black - Live. Album Ride The Lightning.
Welcome Home (Sanitarium). Album Master Of Puppets. Ini sebenarnya bukan video muzik kerana Metallica tidak pernah keluarkan video muzik untuk lagu ini.
The Unforgiven. Album Metallica (Black Album). Bagi aku ini adalah salah satu muzik video Metallica yang paling menarik.
The Unforgiven II. Album Reload. Sambungan atau sinambungan kepada lagu Unforgiven di atas. Sejak Metallica keluarkan album Load, ramai yang sudah tidak meminatinya lagi. Over-commercial, soft dan banyak lagi kritikan yang dilemparkan. Cuma bagi aku, ia sebenarnya progresi. Berubah. Ramai takkan dapat menerima perubahan. Well, korang patut dengar album The Beatles, Help dan Abbey Road. Berubah juga...
One. Album And Justice For All. Inilah album paling popular band Metallica. Ianya terletak pada tangga ke-38 dalam senarai muzik video terhebat pernah dihasilkan oleh MTV. Inilah lagu yang sebenarnya mempopularkan Metallica ketika itu.
Enter Sandman. Album Metallica (Black Album). Semua peminat Metallica pasti suka lagu ini.
Until It Sleeps. Album Load. Muzik video Metallica paling pelik.
Master of Puppets. Album Master of Puppets. Cliff Burton masih hidup!
Apa kes? Saja mengimbau kenangan lama.