Floria Putrajaya tahun 2010 akan bermula dalam beberapa hari lagi. Seingat aku, ini edisi ketiga. Tahun lepas aku tidak menjenguk langsung ke tapak pesta. Tahun ini ada kelainan sedikit.
Memandangkan aku berbasikal hampir setiap petang dan laluan aku menempuhi tapak Floria, aku berkesempatan melihat pekerja sedang sibuk menyiapkan taman lanskap mereka.
Floria Putrajaya 2010 akan berlangsung daripada 10 hingga 18 Julai 2010. Kalau terasa mahu berada seperti di Belanda (yang penuh bunga-bungaan), datang ke Putrajaya.
7.7.10
5.7.10
Alahan
Aku ada alahan dan ianya perkara yang sangat baru berlaku. Selama ini kalau ada, tidak sebegitu teruk seperti sekarang.
Alahan terhadap apa, aku masih belum tahu. Aku suspek terhadap makanan laut. Anehnya, selama ini aku makan makanan laut, langsung tidak menjadi masalah. Semalam alahan tersebut tidak berlaku kerana seharian aku tidak makan makanan laut. Tetapi siang tadi dengan sengaja aku makan tomyam campur (ada sotong dan udang) untuk mencari bukti. Sekarang, badan aku di bahagian leher dan lengan serta mungkin juga peha sedang membengkak dengan bengkak-bengkak kecil seperti digigit nyamuk. Kemudian ia akan menjadi kemerahan dan terasa gatal.
Jadi, sah aku alah terhadap makanan laut? Mana mungkin. Selama 30 tahun lebih aku makan, tidak jadi begini. Seingat aku dulu, alahan begini pernah terjadi jika aku mandi air di hulu sungai...
Sekejap. Aku baru teringat. Baru-baru ini (hujung minggu sebelum ini) aku mandi di Sungai Congkak. Aku masih ingat, selalunya kalau mandi di sungai sebegini, badan aku akan mengalami keadaan serupa, gatal-gatal. Tetapi tidaklah seteruk apa yang aku alami sekarang.
Sekarang sudah lebih seminggu tetapi alahan masih berlaku. Aku perlu bergantung kepada ubat doktor untuk mencegah gatal dan bengkak. Aneh.
Apa sebenarnya yang sedang berlaku?

Miri - Sekilas Kenangan
Sedang aku asyik menjelajah Google Earth, melihat suasana Brunei dari udara, aku terkenang destinasi perjalanan agak dekat dengan Brunei yang pernah aku sampai; Miri. Aku ke sana pada tahun 2006 menemui seseorang. Tiga hari berada di sana, segenap pelusuk Miri aku jelajah.
Tapi bila tengok balik Google Earth, terkejut juga aku dengan jarak yang aku tempuhi. Maksud aku, Dari Miri ke Bekenu, sebuah pekan kecil di selatan Miri, bukan dekat! Aku ke sana untuk melihat pasar pagi ala pekan kecil dan sempat merasa nasi lemak yang diletak bersama sambal yang sedikit manis dan biji gajus goreng. Kalau ikut Google Earth, perjalanan aku dari Miri ke Bekenu adalah sejauh hampir 70KM. Sejauh itu untuk melihat pasar pagi dan merasa nasi lemak. Gila.
Kemudian aku meninjau jalan dari Miri ke sempadan Brunei di Sungai Tujoh. Lebih kurang 30KM dari Miri. Laluannya agak menarik kerana melalui jalan tepian pantai di Kuala Baram. Aku sempat singgah di pekan kecil Kuala Baram, melihat jeti lama yang menghubungkan pekan Kuala Baram dengan kampung di seberang sungai. Aku lupa apa nama kampung tersebut. Tapi kami sempat memandu ke situ dan melihat keadaannya seperti sudah ditinggalkan dan terbiar. Mungkin kerana kesan pembinaan jambatan yang menghubungkan Kuala Baram dengan Sungai Tujoh, berhampiran sempadan Brunei.
Nanti aku cari gambar kalau ada dan aku boleh ceritakan lebih mengenai perjalanan aku di Miri. InshaAllah. Cuma aku teruja mengimbau kenangan lalu dan bila melihat suasananya dari udara, sungguh aku tidak sangka begitu luas dan jauh perjalanan yang aku lalui.
| www.mdsubis.sarawak.gov.my - Pasar Tamu Bekenu |