20.1.05

Nak Balik Ke?

Harini balik kampung. Esok raya. Petang sikit baru balik. Rasanya nak ikut jalan lama. Tapi tengoklah dulu. Kalau ikut jalan lama kena keluar awal sikit baru best. Kalau ikut highway tengahari rembang nanti panas terik rasanya. Kalau petang sikit baru okay. Tapi takut jam la pula. Nasib aku seorang jadi takde la nak layan karenah orang lain (bukan tak suka). Ikutkan malas nak balik. Dah biasa tak balik time raya haji. Tapi dah ada kereta ni kenalah balik. Nanti orang kata apa pula. Dan rasanya emak ayah mesti nak balik kampung pakai kete aku. Biarkanlah. Aku malas nak kemana. Duit takde.



Sekarang tengah sibuk design logo kompeni ayah. Dia dah jadi kontraktor dan aku kena design logo yang berkait dengan bisnes dia. Eliasmy Enterprise nama kompeni tu. Jadi masa mula aku design logo, aku ambil dua huruf E permulaan perkataan dan aku cantum kemudian aku adjust supaya jadi bentuk macam rumah. Lepas tu aku buat jadi seolah-olah logo tu 3D, ada dimensi. Pakai Macromedia Fireworks MX 2004 la. Takkan lukis kot. Penat la nak masukkan balik dalam PC nanti. Jadi logo ni asalnya 100% digital. :) Harap dia suka. Sementara tu aku selongkar folders PC aku cari logo-logo lama yang aku boleh ubahsuai jadi logo kompeni baru ni. Biar ada choice sikit. Pagi tadi sedang aku asyik main dengan Fireworks (jarang sangat aku guna), aku temui tools yang amat menarik yang boleh aku guna untuk design logo secara instant. 10 minit aku siapkan dekat 10 logo. Menarik.



17.1.05

Cari Hadiah Dalam Semak!

Mouse pada PC ni gila. Tak menurut perintah langsung. CC ni memang pelik. Dia bukan peduli sangat keselesaan pelanggan. Kalau dengar cara dia cakap pun berlagak habis macam semua dia tahu. Tapi nak maintain PC dalam CC sendiri pun susah. Space bar pula boleh langkau dua kali dengan hanya sekali tekan. Jadi tak boleh nak taip laju sebab nak control space. Takpelah, menaip tak pakai mouse tapi pakai banyak ketukan space bar. Susah juga. Masa aku jaga CC dulu, semuanya aku ambil berat. Ye la, kita nak selesa bila guna perkhidmatan dan semestinya juga perkhidmatan kita untuk orang lain guna mesti okay selalu. Bukan main sedap rasa je.



Aku sebenarnya nak check keputusan KPLI mod J-Qaf. Tapi keputusan cuma keluar pada 19 Januari 2005. Lagi dua hari. Bukan untuk aku tapi untuk member yang akan menyambut birthday pada 19 Januari 2005. Ironinya hidup. Sedang orang sibuk nak ucap selamat hari lahir dan semoga bahagia dan panjang umur, dia pula saban hari risau menunggu keputusan. Kalau gagal, pasti dia akan begitu kecewa. Kalau berjaya, hidupnya akan berubah dan dia bakal mengecapi cita-cita yang diidamkan selama ini. Agaknya bila 19 Januari nanti semua orang disekelilingnya akan gembira sedang dia resah. Takpelah, berat hati ini merasakan dia bakal berjaya.



Yang meresahkan aku pula ialah tentang hadiah. Apa yang patut aku bagi pada dia? (okay cluenya dia perempuan). Aku nak bagi jam tangan sebab dia memang takde jam tangan. Tapi aku tak pernah tengok dia pakai jam tangan sebelum ni (sebab dia memang tak pernah pakai - dulu pernah tapi aku tak jumpa lagi dia). Jadi aku tak pasti apakah taste dia. Cuma yang aku ingat dia pernah kata dia ada jam jenama Citizen dan cukup sukakannya sampailah jam tu hilang (seingat aku). Jadi tadi aku merayau la cari jam. Yang cantiknya ada tapi over budget aku. Jenama Bonia dengan muka bentuk bujur disaluti 'mother of pearl' dan cermin sapphire tahan calar. Harga RM278.00. Diskaun mungkin boleh dapat RM250. Over budget dah tu. Aku nak bawah RM150 je. Itu pun lebih sebab dia kata jangan lebih RM20. Gaji aku bukan besar! Aku masuk Carrefour jalan-jalan dan tak sangka jumpa jam jenama Citizen yang cukup molek dan cantik tapi ralat sebab jual di Carrefour. Tak boleh nak diskaun. Cari balik jam tu di kedai luar, takde. Pelik. Tu yang pening tu.



Kemudian terfikir nak bagi pen sebab dia bakal jadi guru nanti (telahan aku la). Tapi pelik pula nak bagi pen. Lagipun semua pen yang aku jumpa bentuk dan saiz lebih maskulin dari apa yang aku harapkan. Takde ke pen kecil tirus yang sesuai untuk perempuan? Susah juga nak cari ye. Entahlah, tiap kali aku survey pen, tiap kali tu aku hambur kata "Yuck!". Takde taste.



Jadi sekarang aku still blur tak tahu apa nak bagi walau birthdaynya cuma 2 hari lagi. Malas dah nak bagi teddy bear sebab 2nd birthday dia yang aku sambut, aku bagi Pooh sebab budak 3 tahun. Itulah bantal dia tidur, itulah dia usung kesana kemari. Ayah dia siap tolong basuh lagi Pooh tu. Err.. Mata si Pooh tu pun dah buta sebelah katanya. Sebab tu aku ganti lagi satu Pooh original (yang dulu beli di Padang Besar) kaler coklat besar baby 1 tahun. Okay dia ni kawan baik. Jangan salah faham. Nak bagi frame gambar, dah bagi dah. Nak bagi mug (dia suka kumpul mug), dah bagi dah. Nak bagi cincin, dah bagi dah! Heh! Apa lagi nak bagi? Ada satu benda yang aku nak bagi tapi aku tak berapa 'berani' nak beli. Takut pelik jadinya nanti.



Jadi ni blur tahap kritikal. Tak tahu apa nak buat. Harini tak pergi kerja sebab perut meragam. Entah apa la sakit perut ni. Udah, nak sembang ngan Angel. Adik aku dah..

4.1.05

Idea Kena Block!

Selamat Tahun Baru 2005. Tahun ni umur aku dah masuk 30 tahun! Tua dah kan? Tapi perangai 50% masih macam budak. Azam tahun baru? Takde. Macam la aku pernah nak ikut azam aku.



Err.. Takziah diucapkan kepada mangsa Tsunami. Zabidi member aku di Kuala Muda, Kedah pun kena. Habis semuanya. Wardina isteri Ikhwan (artis) tu la, hilang ramai saudara di Acheh. Apadia? Ala, Ikhwan tu dulu sama batch dengan aku la.



Argh. Takde idea.