Posts From Diaryland


**Koleksi tulisan aku di beberapa blogsite lama**

Dari Diaryland

16.07.2002 - 21:45
Sebenarnya satu kerja pun aku tak buat harini. Memang aku hilang mood terus. Pagi-pagi dah direndahkan keupayaan diri ni oleh orang lain. Kalau takat kawan-kawan atau orang yang tak dikenali takpe la. Tapi keluarga sendiri. Keluarga sendiri. Rasa lemah abis semangat. So, dari pagi sampai kepetang aku duduk depan PC ni sambil menaip kertas kerja orang pesan dan main kuiz di chanel ipoh webnet. Puas hati aku harini buat menda camtu je. Sampai naik kebas bontot ni. Hahaha.
Sambil-sambil tu jugak aku dok baca jurnal sorang member baik aku. Kadang-kadang kita bayangkan hidup orang lain gembira dan damai. Tapi kita tak sedar yang mereka sedang memberontak dan dibelenggu dengan konflik dan masalah yang mungkin lebih sukar dari apa yang kita alami sendiri. Itu yang aku rasakan. Aku lihat kawan aku sorang ni dan aku jadi simpati. Tapi apa boleh aku buat. Aku bukan rapat benar dengan dia.
Jadi buat kawan, tenangkan fikiran. Lupakan dia kerana dia begitu damai dengan apa yang dia ada sekarang. Ada lebih ramai yang mengharap. Beri mereka peluang. Kurang-kurang mereka lebih ikhlas dan jujur.


15.07.2002 - 22:42

Okay.. dah pun bayar deposit RM500.00 kepada COMTRAIN, tempat yang aku nak blaja MCSE+CCNA nanti tu. Lepas ni aku kena isi borang untuk apply loan dari Bank Rakyat. InsyaAllah dapat nanti. Jadi 25 ni aku pun start la blaja menda-menda merepek dalam hal ehwal Windows 2000, Windows 2000 Advance Server, SQL, Administrator, Cisco Network dan lain-lain yang aku sendiri tatau pebenda.
Tak kira, aku nak blaja jugak. Korang kata aku apa pun, aku tak peduli. Bukan duit korang. Hahaha.
Aku serik sebenarnya. Potensi ada tapi tak dapat nak keluarkan dan buktikan pasal takde apa2 yang dapat aku buktikan. Lepas ni kalau aku tak leh nak buktikan lagi, aku nak tanam padi jek. hehe. Serius. Erm.. kena buktikan aku boleh tanam padi pulak ye.
Terima kasih pada sahabat yang sentiasa memberi dorongan dan semangat untuk aku terus berjaya. Terima kasih pada Bob, Rosul, Melur, Lily, Yellow, Ida dan Ikin. Terima kasih ada segala-galanya..



13.07.2002 - 00:20

AN ANGEL ALWAYS SMILE
----
Okay, keputusan telah dibuat. Aku bakal belajar bermula 26/7 ni di sebuah kolej professional dalam course MCSE + CCNA. Tak payah tanya apa maksud semua tu. Cukup aku kata semua tu just sijil tapi yang diiktiraf seluruh dunia.
Aku penat dan aku nak balik.




11.07.2002 - 23:31
Ramai dah mula buat jurnal. Bukan ramai sikit demi sikit tapi ramai berlambak-lambak. Sampai kadang-kadang aku pening nak baca semuanya. Tapi kalau dibaca pun kadang-kadang tu aku rasa tak berbaloi dengan apa yang mereka nak buat.
Aku taknak merujuk kepada mana-mana jurnal atau pada sesiapa. Tapi kebanyakkan jurnal yang baru takde identiti tersendiri. Tiada yang menarik yang membolehkan orang datang kembali untuk terus membaca. Takde apa orang kata "seni".
Kenapa orang terus menerus membaca jurnal Blue Hikari? Sebab gaya bahasanya yang menarik mungkin. Atau cerita-ceritanya yang sentiasa unik. Kenapa orang sering membaca jurnal-jurnal mereka yang belajar diluar negeri? Kerana jurnal mereka mengisahkan kehidupan seharian yang begitu berbeza berbanding kita di tanahair.
Apakah betul jurnal tu bermaksud diary peribari atau jurnal membawa maksud yang lebih luas? Entah. Carilah idea yang bebetul menarik. Jurnal aku ni pun tak semenarik mana. Tak semenarik jurnal Blue Hikari. Tapi aku tahu aku ada pengikut tersendiri.
Terima kasih kepada mereka yang sudi membaca bebelan aku ni. Terima kasih seperti pasir dipantai.

11.07.2002 - 00:00
Bidadari tak selamanya bersama diri aku. Tapi aku sedar yang bidadari ini sentiasa mengingati aku seperti mana aku mengingati dirinya. Aku akui yang begitu sukar untuk aku melupakan sesuatu yang begitu indah. Aku juga akui yang aku masih melihat damai dan sejahtera disebalik suram wajah bidadariku. Mungkin sudah begitu lama aku tercalar hati dan kemudiannya bidadari ini datang membalut luka walau hanya untuk sementara waktu.
Aku juga sedar bidadari ini bukan milik aku semata-mata. Bidadari ini bebas terbang kesana kemari tanpa halangan. Jadi aku tak berdaya mengunci langkahnya dengan hasrat hati aku.
Yang terbaik aku boleh lakukan adalah dengan menghargai segala budi yang telah diberikannya. Biar apa orang lain kata, aku tetap menghargai bidadariku ini. Kerana dia datang dalam keadaan yang tidak aku sedari lantas memberikan senyuman sepanjang masa kepadaku. Memberi rasa tenang dan memberikan harapan untuk aku menghargai diri aku sendiri. Aku begitu terhutang budi kepadanya.
Jadi jika ditanya, adakah aku lebih senang hidup sendirian? Jawapannya tidak. Aku perlukan bidadariku untuk menceriakan hidup ini. Biarpun hanya bayang-bayangnya yang dapat aku lihat, itu sudah memadai.
----
Cari kawan yang betul-betul kawan. Jangan cari kawan yang ingin mengambil kesempatan.
Cari kawan yang menghargai kawan. Jangan cari kawan yang menyusahkan kawan.
Cari kawan yang ikhlas berkawan. Jangan cari kawan yang lari diwaktu susah.
Sebenarnya kawan sebegitu ada. Malah mungkin telah ada disisi kita tanpa kita sedari. Kerana selama ini kita mencari kawan dalam gembira. Kita tak nampak realitinya. Kita tak nampak kawan yang sanggup susah bersama dan sedih bersama yang telah ada lama disebelah kita. Kerana kita tak anggap dia sebegitu. Kita anggap kawan adalah seorang yang menghiburkan dan sentiasa gembira. Kita tak nampak kawan yang akan mengalir air mata dan bersimpati diwaktu susah kita nanti. Kawan itu ada..
Lihat baik-baik disekeliling kita. Kenali betul-betul setiap seorang dari mereka dan nilai hati mereka. Pasti kita akan temui 'kawan' yang sebenarnya.

09.07.2002 - 21:43
Sorang pun aku tak nampak. Lama jugak diorang menghilang diri ni. Aku tunggu dari hari ke hari tapi masih belum ada yang sudi datang. Takpe, aku tunggu lagi. Mana tau kot-kot ada yang sanggup bersusah payah untuk singgah menemui aku kembali. Ala, kalau takde pun aku tak sedih sangat. Cuma rasa agak terkilan. Aku seorang je ke yang ingat pada mereka?
Awal tadi aku duduk bersama sahabat menikmati cendol yang cukup popular dibandar Kuala Kangsar ni. Sembang-sembang dan menceritakan hal masing-masing. Aku dan sahabat aku bertekad untuk sambung belajar. Tapi bila dan dimana aku tak tahu. Cuma dia mungkin lebih dulu belajar dari aku nanti. Aku masih tercari-cari tempat yang sesuai. Pada ketika itu aku mahu hidup seperti mana aku tidak pernah mengenali sesiapa pun sebelum ini.
Okay, dah le. Penat nak tulis panjang-panjang. Takde sapa baca pun.

02.07.2002 - 20:35
Aku kalau diberi peluang ingin kembali kemasa itu dimana aku tak sepatutnya mengirim kata-kata yang menyebabkan semua ini pudar. Sepatutnya aku menghargai setiap detik dan ketika dan tidak mengungkit rasa sukar diriku ini menahan hasrat dihati yang begitu mendalam. Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki dan tidak mempersoalkan hak orang lain.
Sepatutnya aku lebih bersabar dan menghargai setiap detik yang ada bersama-sama. Kini aku begitu menyesali ketelanjuran kata yang pernah aku ucapkan suatu masa dulu. Kini aku begitu merasakan kehilangan yang sepatutnya aku dapat terima. Begitu sukar rasanya dihati ini untuk aku menerima hakikat yang semua ini perlu berakhir begini saja.
Aku akui yang aku masih takkan lupakan sesuatu yang indah dan menawan seperti yang pernah aku alami sebelum ini. Jadi biarkan aku sementara waktu disini, kawan. Aku ingin mengenang kembali waktu-waktu lama yang pernah aku lalui. Aku ingin menikmati saat-saat bahagia aku ketika itu.
Aku mengharapkan kepulangan. Aku mengharapkan suatu masa nanti apabila tenang dan damai keadaan gelora ini, semua akan kembali seperti mana yang pernah aku alami sebelum ini.
Aku masih mengharap.



29.06.2002 - 20:34
Jauh dalam hati ini tersimpan suatu harapan yang begitu aku mahu ianya menjadi suatu kenyataan. Begitu aku mahu ianya kembali menjadi nyata. Dan begitu aku mahu ianya diketahui dan dilafazkan.
Namun aku tiada daya untuk meluahkannya kerana aku sedar aku tiada apa-apa kelebihan untuk dipersembahkan. Malah aku rasa begitu tidak signifikan hidup aku ini berbanding begitu hebatnya keadaan realiti yang sedang aku hadapi.
Hari ini aku bangun menerima SMS dari seseorang yang begitu aku harap-harapkan dia berbuat begitu. Sungguh aku terasa diri ini sekurang-kurangnya dihargai walau hanya secebis rasa.
Terima kasih atas penghargaan tersebut. Aku sentiasa menghargainya.


27.06.2002 - 12:58
Suatu masa dulu, aku sangkakan bidadari turun dari kayangan melemparkan senyuman damai kepadaku. Kusangkakan bidadari itu adalah dia yang aku begitu hargai. Aku tak memperdulikan orang lain selain dia kerana aku sangkakan bidadari ini akan terus kekal bersamaku untuk selama-lamanya.

Namun dengan tiba-tiba dia menghilang diri kerana silap kata-kata aku terhadapnya. Dengan begitu saja, dia pergi...

Aku bersedih dan aku menyesali tindakan aku terhadapnya. Orang lain yang selama ini aku ketepikan kerana dia datang dan memujuk hati aku supaya tabah. Mereka menceriakan hidup aku dan menjadikan aku kembali gembira. Dan kini aku gembira. Walau dalam waktu sepi aku rasa sedih namun aku rasakan aku tetap gembira.

Aku sedar yang sebenarnya bidadari sentiasa ada bersama-sama aku. Telah ada bersama aku sejak sekian lama. Mereka tak menunjuk baik terlampau baik dan tak menunjuk manja terlalu manja.

Sahabat sekeliling aku adalah sebenarnya bidadari aku. Mereka bersama-sama dengan diri ini tak kira dalam gembira atau kesedihan...

Terima kasih sahabat.


24.06.2002 - 23:10
Aku menyiapkan sesuatu yang begitu istimewa untuk seseorang. Tak pernah aku buat kerja gila macamni. Aku sedang meneroka kebidang yang aku fikir begitu sukar untuk aku selami.

Semalam aku berjaya sekurang-kurangnya menghapuskan keraguan diri aku terhadap keupayaan aku sendiri. Hari ini aku bertambah yakin aku dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik dan bermutu lagi. Aku pasti segalanya mungkin kiranya kita betul-betul berniat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Aku ditanya seseorang kenapa aku tak jalankan perniagaan sendiri. Aku jawab aku takde modal. Dia tempelak aku. Dia cakap modal boleh dicari. Aku cakap aku takde keupayaan nak carik modal. Dia tempelak aku lagi. Katanya kalau tak berusaha, camana nak dapat hasilnya. Aku cakap aku dah usaha tapi aku takde kabel. Dia diam.. Kemudian dia bising balik. Katanya aku kena bersemangat dan terus berusaha.

Ya, terima kasih atas kata-kata perangsang korang tu. Sekurang-kurangnya senang sikit hati aku yang hiba ini. Aku kurang memikirkan hal-hal dia lagi. Tak lagi terlalu emosional. Aku lebih memikirkan hal-hal kerja.

Suatu masa nanti aku harap aku lebih tenang dan damai.


23.06.2001 - 22:04
Semalam sepanjang perjalanan pulang aku termenung sendirian. Bukan memikirkan masalah diri tetapi membayangkan keadaan hidup orang lain.

Aku bayangkan bagaimana mereka melalui hidup-hidup mereka tanpa aku melihat keadaannya. Aku bayangkan bagaimana perjalanan yang mereka lalui penuh dengan warna-warna yang ada kalanya ceria dan ada kalanya pudar.

Kenapa agaknya aku berfikiran sebegini? Kalau hendak dikatakan aku terkenangkan kawan-kawan tak sangat. Aku kebelakangan ni begitu tersinggung rasa dengan kawan-kawan. Aku temui kawan-kawan baru di KL yang lebih bersifat open dan lebih bersifat matang.

Aku pergi KL dan aku lihat perkara-perkara yang sudah begitu lama aku tidak melihatnya. Aku menjadi begitu pasif dan tersinggung dengan apa yang aku lihat. Bagaimana, kita sebagai manusia yang mencari ketenangan dalam jiwa dapat mencari tenang dan damai di KL? Aku pun tatau dan aku tamau tau. Aku hidup selama 9 tahun di KL dan aku rasa cukup serik. Biar aku dibuang diceruk kampung mana pun aku masih boleh damai. Tapi di KL semuanya begitu palsu dipandangan mata aku.

Kemudian aku ditawar kerja sebagai Technician disebuah kedai komputer. Di Danau Kota. Kalau diberi pilihan aku memang hendak pergi. Tapi aku rasa aku ada perkara yang perlu diselesaikan. Lagipun aku tahu tak ramai yang suka kehadiran aku disana. Mungkin mereka bakal mengeluh panjang nanti. Jadi jangan korang risau. Aku takkan kesana. Biar korang bahagia dengan hidup korang disana. Aku dapat lihat dan bayangkan dari jauh ini saja.


20.06.2002 - 10:38
Kita semua akan berkata, "Aku begitu menyesali tindakan aku suatu ketika dahulu. Tidak mendengar nasihat yang diberikan dan tidak mengendahkan bahaya yang bakal diundang dari perbuatan yang aku lakukan".

Kenapa perlu mengeluh menyesali perkara yang sudah berlaku sedang diwaktu ia berlaku kita langsung tidak menyedarinya; atau tidak mahu menyedarinya?

Kita semua akan berbisik, "Aku begitu bencikan keadaan yang aku hadapi kini dan kiranya aku dapat pulang kemasa lampau, alangkah senangnya hati aku ini".

Perkara lama menjadi kenangan. Bila kita menolak kenangan kita menolak apa yang telah kita kecapi sebelum ini dan ini bermakna kita tidak menghargai diri kita sendiri.

Entahlah, kalau difikirkan terlalu banyak penyesalan dalam hidup manusia ini. Kita terlalu banyak berfikir kehadapan dan memikirkan kenangan yang begitu jauh ditinggalkan.

Kita begitu jarang berfikir dan berpijak dibumi yang nyata. Jarang nak berfikir diwaktu dan masa kita berdiri ini. Kerana apa yang kita lakukan kini bakal menjadi refleksi diri kita dalam kenangan dan apa yang bakal berlaku masa hadapan.

Korang, aku selalu menyesal. Aku selalu kecewa. Aku selalu menyesal dan aku terlalu banyak kecewa sampai aku dah naik muak dengan semua tu. Aku bosan dengan semua yang aku pikir aku susahkan mereka dahulu. Aku tahu kalau mereka takde dulu, aku senang sampai sekarang.

Tapi kalau mereka takde dulu, aku tak segembira mana pun. So terima kasih kerana datang sekejap pada aku dan terima kasih kerana pergi jauh dari aku.


19.06.2002 - 12:06
Mereka cakap, aku jangan sibuk-sibuk hal mereka. Terpulang pada mereka jenis kawan macamana yang mereka mahu pilih. Terpulang pada mereka juga untuk ikut kawan mereka enjoy dan menikmati dunia. Terpulang pada mereka juga kiranya mereka mahu turut serta kawan mereka didunia fantasi. Aku diam membisu.

Mereka cakap, ilmu yang mereka cari ada dimana-mana dan boleh ditimba bila-bila masa. Tak perlu aku menyedarkan mereka betapa pentingnya mencari ilmu diwaktu muda ini. Ilmu, kata mereka sampai bila takkan habis dan masih ada masa bagi mereka untuk mengejarnya diwaktu mendatang. Aku diam membisu.

Mereka cakap, mereka juga tak akan buang masa dengan kesedihan aku. Kalau aku tak hargai mereka, mereka juga takkan hargai aku. Mereka kata yang mereka tidak pernah melihat apa pentingnya aku berada disisi mereka. Dan mereka juga takkan menanti aku dimasa terubatnya kesedihan aku nanti. Aku diam membisu.

Mereka cakap, tak perlu memikirkan lagi hal mereka kerana mereka boleh hidup tanpa aku. Kerana aku bukan menjaga mereka dan aku jugak tak memiliki hati mereka. Aku diam membisu.

Terima kasih, teman.


18.06.2002 - 17:04
Aku cakap, pilih kawan yang betul-betul kawan. Pilih kawan yang menghargai kawan. Jangan pilih kawan yang selalu mahu enjoy dan selalu mahu kesana kemari. Pilih kawan yang berpijak didunia realiti. Jangan pilih kawan yang bermain dengan fantasi diri.

Aku cakap, pengorbanan masa untuk seketika ini demi untuk masa depan yang lebih panjang. Tumpukan hidup sepenuhnya untuk ilmu dan bila berjaya kelak, hidup dan masa depan akan terjamin.

Aku cakap, jangan buang masa dengan orang yang tak menghargai diri kita. Jangan susah payah bersedih melihat sikap mereka yang tidak menghormati kita. Apabila berlaku kesedihan dalam hidup kita kerana orang lain, perlu kita biarkan sedih itu terubat dengan masa. Kerana kita sendiri tak mampu mengubatinya begitu saja.

Aku cakap, aku ini tiada apa-apa pun dikalangan kamu semua. Aku bagai bayang-payang yang pudar. Aku berharap agar kamu tidak pedulikan aku kerana aku tidak pernah membahagiakan kamu semua dengan kata-kata aku.

Aku cakap, cukup sampai disini bebelan bebal ini. Cukup sampai disini sindiran sinis ini. Cukup sampai disini keluhan hati ini kerana aku pasti tiada sesiapa pun yang mahu memperdulikannya.

Semoga damai hidup kamu, teman.


15.06.2002 - 22:53
Okay, aku sedih sikit harini. Kupu-kupu putih yang selalu aku nampak dah mati. Tapi aku tak pasti itu kupu-kupu yang sama. Dah le mati depan aku time aku nak makan something. Kesian pulak rasanya. Sedih pun rasanya. Tapi lepas tu aku nampak lagi kupu-kupu putih yang lain yang masih hidup. Agaknya di Kuala Kangsar ni musim kupu-kupu putih kot. Mungkin ahli pengkaji serangga berminat nak tau fenomena kupu-kupu putih yang aku sering nampak hampir setiap malam.

Aku kesiankan adik aku sorang ni. Hati dan perasaannya tak tenang. Hidupnya agak kelam kabut kebelakangan ni. Dia perlukan seseorang yang boleh buat dia rasa dihargai dan di'jaga' perasaannya.

Mungkin ini kali pertama dia jauh dari keluarganya seterusnya membuatkan hidupnya agak bebas. Mungkin dia masih belum faham dengan erti kebebasan yang ada pada dirinya. Itulah yang aku risaukan. Ramai yang sedang cuba mengambil peluang terhadap keikhlasan hatinya. Terus terang aku katakan, aku salah seorang darinya.

Aku sedar kini yang dia sebenarnya perlukan perhatian. Perlukan seseorang yang boleh membawa dia berjalan dilandasan hidup yang betul. Aku bukanlah orang yang sesuai tapi aku yakin aku mampu menolong kiranya diperlukan.

Aku harap dia dapat bersabar. Bukan senang untuk menerima kebebasan dan keterbukaan hidup dengan keadaan yang begitu mengejutkan. Aku tak boleh nak nasihat dia begitu saja. Aku perlukan hatinya menjadi percaya dengan kata-kata aku. Aku telah melukakan hatinya sebelum ini. Aku perlu membuat dia yakin dengan aku kembali sebelum aku boleh memujuk hatinya supaya menjadi tenang dan damai.

Aku berharap agar dia sedar yang aku begitu mengambil berat terhadap dirinya. Lebih dari apa yang dia bayangkan. Aku berharap agar dia tahu aku ingin melihat dia damai dan bahagia. Aku ingin melihat dia tersenyum selalu. Aku berharap agar dia menerima aku seperti dia terima aku suatu masa dulu.

Jangan ada salah faham dengan maksud aku ini. Aku tidak suka bermusuhan. Aku mahu semua orang tahu yang aku menghargai setiap insan yang sudi berkawan dengan aku.


14.06.2002 - 19:21
Girl - The Beatles Is there anybody gone to listen to my story
all about the girl who came to stay?
She's the kind of girl you want so much it makes you sorry
Still, you don't regret a single day...
Ah girl... girl... She's the kind of girl who puts you down
when friends are there, you feel a fool...
When you say she's looking good she acts as if it's understood...
She's cool, cool, cool, cool,
girl... girl... When I think of all the times I've tried to leave her
She will turn to me and start to cry
And she promises the earth to me
and I believe her
After all this times I don't know why...
Ah, girl... girl... She's the kind of girl who puts you down when friends are there,
You feel a fool.
When you say she's looking good,
she acts as if it's understood.
She's cool, cool, cool, cool
girl... girl... Was she told when she was young the fame
would lead to pleasure?
Did she understand it when they said
That a man must break his back to earn
his day of leisure?
Will she still believe it when he's dead?
Ah girl... girl... girl...


13.06.2002 - 23:01
Hey pelik betul la.

Aku ceritakan pasal kupu-kupu warna putih sebelum ni. Sudah dua kali berturut-turut aku terserempak dengan kupu-kupu warna putih dalam masa dua hari. Tadi, untuk kali ketiga dalam masa tiga hari, aku bertemu lagi dengan kupu-kupu putih.

Kalau hendak difikirkan, mungkin kupu-kupu yang sama. Tapi kalau dua hari yang terakhir itu sama memang aku percayalah pasal ianya berlaku di kedai aku bekerja ni. Agaknya kupu-kupu nak berbisik sesuatu kepada aku. Cuma suaranya terlalu halus untuk aku dengari.

Kupu-kupu putih tadi hinggap ditengah-tengah laluan orang berjalan keluar masuk ke kedai ini. Kiranya tengah 'highway' la. Jadi aku halau kupu-kupu tu ketempat yang lebih selamat. Entah mana dia hinggap lepas tu, aku pun tak tau.

Agaknya kupu-kupu tu tersinggung sebab aku menghalau dia lantas terus terbang keluar dari kedai ini. Itu yang aku nampak. Atau mungkin hanya ilusi aku. Korang pikir aku buat cerita? Entahlah, mungkin orang lain tak nampak. Aku nampak kupu-kupu putih tu.

Okay, kupu-kupu tu tak sepenuhnya putih. Ada belang kelabu (aku buta warna, aku agak aje ni) disayapnya. Itu pun aku terpaksa tunduk melihat dengan lebih jelas dari dekat.

Kelmarin aku menonton 'Good Will Hunting' untuk ke 50 kali aku rasa. Aku cukup suka cerita tersebut. Kalau korang hayati korang dapat lihat realiti kehidupan manusia. Realitinya manusia ni sentiasa tersepit dengan ego diri dan sentiasa terdesak untuk mencari identiti diri sendiri. Nyata sekali kadang-kadang manusia bersifat cukup defensif mempertahankan hak dan keadaan dirinya.

Entah. Aku kadang-kadang terfikir adakah aku bersikap defensif dengan keadaan aku. Aku begitu merendah diri (kenyataan dari sahabat-sahabat) dan begitu pasif dalam banyak keadaan. Sebenarnya aku boleh ubah semua tu. Tapi tiap kali aku mahu ubah, tiap kali itu juga timbul kegagalan.

Aku paling tersinggung jika kehilangan sahabat. Terutama sahabat yang begitu rapat. Aku akan jadi begitu sedih, begitu kesunyian dan begitu takut untuk menghadapi realiti diri.

Untukmu kawan, tahulah yang aku masih disini ingin bersama engkau. Jangan fikir aku melarikan diri kerana itu bukan niat aku. Aku cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang dirimu kerana aku takut hati ini tak dapat membendung perasaan.

Maafkan aku.


13.06.2002 - 20:42
Steam - Na Na Hey Hey Kiss Him Goodbye

Na na na na, na na na na, hey hey-ey, goodbye

He'll never love you, the way that I love you
'Cause if he did, no no, he wouldn't make you cry
He might be thrillin' baby but a-my love (my love, my love)
So dog-gone willin'
So kiss him (I wanna see you kiss him. Wanna see you kiss him)
Go on and kiss him goodbye, now

Na na na na, hey hey-ey, goodbye
Na na na na, na na na na, hey hey-ey, goodbye

Listen to me now

He's never near you to comfort and cheer you
When all those sad tears are fallin' baby from your eyes
He might be thrillin' baby but a-my love (my love, my love)
So dog-gone willin'
So kiss him (I wanna see you kiss him. I wanna see you kiss him)
Go on and kiss him goodbye, na-na na-na-na na na

Na na na na, hey hey-ey, goodbye

Hey hey-ey, goodbye
Na na na na, na na na na, hey hey-ey, goodbye
Na na na na, na na na na, hey hey-ey, goodbye
Na na na na, na na na na, hey hey-ey, goodbye


13.06.2002 - 13:12

Kelmarin aku terserempak dengan kupu-kupu warna putih didalam bilik tidur aku. Waktu tu aku tengah sibuk bergomol dengan PC aku. Heran jugak apa yang kupu-kupu warna putih tu cari dalam bilik aku. Dah le tu, memandai je hinggap di kaki aku pulak. Rimas, geli dan errr geli. Hahaha. Apa ingat orang laki tak boleh ada perasaan geli ke? Aku cukup rimas dengan serangga.

Kemudiannya semalam aku bertemu lagi dengan kupu-kupu warna putih. Juga pada waktu malam. Tapi kali ni ke kedai ni. Kedai tempat aku mencari rezeki ni.

Kejap, mula-mula soalan yang signifikan dengan kupu-kupu putih tu:

1. Apa maknanya? (ini untuk orang yang percayakan perkara-perkara camni)
2. Aku tak pernah tengok kupu-kupu warna putih. Pelik jugak. Macam ada pulak kupu-kupu albino ye.
3. Yang betul aku tengok tu kupu-kupu ke rama-rama? Orang kata rama-rama tak terbang malam.
4. Erm.. Takde soalan dah.

Takde le. Kadang-kadang hidup kita ni diselubungi dengan beberapa perkara yang aneh dan pelik yang kita sendiri sukar nak jelaskan.

Aku tak fikir hal kupu-kupu tu membuat aku rasa aneh. Aku lebih tertarik dengan warna kupu-kupu tu yang putih bersih. Putih. Tu aku rasa kupu-kupu tu kupu-kupu albino. Heh.

Bukan aku tak percaya pada paranormal. Aku percaya. Tapi aku tak rasa kupu-kupu tu membawa apa-apa makna pada aku. Semua tu mungkin kebetulan je. Itu yang aku rasakan.

Jadi apa yang aku nak ceritakan ni? Citer pasal aku jumpa kupu-kupu warna putih dua kali dalam masa dua hari. Harini mungkin jumpa lagi. Kalau tak jumpa aku akan carik dalam internet sampai jumpa. Heh.

Kurang-kurang korang tak baca benda yang sama sepanjang masa. :)


12.06.2002 - 17:21
With Arms Wide Open - Creed

Well I just heard the news today
It seems my life is going to change
I closed my eyes, begin to pray
Then tears of joy stream down my face
With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything
With arms wide open
Well I don't know if I'm ready
To be the man I have to be
I'll take a breath, take her by my side
We stand in awe, we've created life
With arms wide open
Under the sunlight
Welcome to this place
I'll show you everything
With arms wide open
Now everything has changed
I'll show you love
I'll show you everything
With arms wide open
If I had just one wish
Only one demand
I hope he's not like me
I hope he understands
That he can take this life
And hold it by the hand
And he can greet the world
With arms wide open...


11.06.2002 - 21:03
Kenapa perlu berdiam diri sedang dalam hati itu ada keinginan untuk berbual bicara?

Kenapa perlu berpegang pada ego sendiri sedang dalam hati itu ada kemahuan untuk gembira bersama.

Kenapa perlu tersinggung sedang ianya hanya satu kenyataan yang benar dari diri aku.

Apabila saja aku menyatakan sesuatu yang kurang menyenangkan orang lain, mereka akan bertindak berdiam diri, tidak pedulikan aku dan tidak mahu bertegur sapa dengan aku sedang sebelum ini begitu rapat dan mesra.

Aku sendiri tak paham. Kenapa? Begitu teruk sekalikah aku menyinggung perasaan orang lain hingga aku ini tidak lagi dilihat sebagai seorang 'kawan'? Tak pernah gambarkan bagaimana aku pula yang tersinggung?

Aku masih disini. Aku tetap cuba berkomunikasi. Aku tetap cuba berbual. Nyata aku ingin kekal seperti biasa.

Tapi aku tahu itu semua tidak penting lagi buat mereka. Kerana mereka ada orang lain sebagai pengganti. Orang lain lebih hampir dan lebih menggembirakan hati. Mereka ada orang yang sanggup bersama-sama diwaktu perlu.

Aku disini amat jauh. Amat tidak signifikan. Amat tidak diperlukan lagi.

Jadi aku biarkan masa berlalu dan lihat apa yang berlaku. Aku pasti sampai masa nanti, aku akan terus dilupakan. Aku tak kisah. Aku dah memang biasa begini. Aku tak kisah sebab aku tahu hanya aku seorang yang sentiasa berdiri disini, menanti.

Sampai jumpa lagi... Sahabat.


11.06.2002 - 20:55
Two Of Us - The Beatles

Two of us riding nowhere
Spending someone's
Hard earned pay
Two of us Sunday driving
Not arriving
On our way back home
We're on our way home
We're on our way home
We're going home

Two of us sending postcards
Writing letters
On my wall
You and me burning matches
Lifting latches
On our way back home
We're on our way home
We're on our way home
We're going home

You and I have memories
Longer than the road that stretches out ahead

Two of us wearing raincoats
Standing so low
In the sun
You and me chasing paper
Getting nowhere
On our way back home
We're on our way home
We're on our way home
We're going home

You and I have memories
Longer than the road that stretches out ahead

Two of us wearing raincoats
Standing so low
In the sun
You and me chasing paper
Getting nowhere
On our way back home
We're on our way home
We're on our way home
We're going home

We're going home
Better believe it


10.06.2002 - 22:04



When arms wide open...
Welcome to this place...
Agaknya jurnal ni dah mati. Regulars pun dah jarang masuk. Ini akibat melangkah kebelakang. Ini akibat aku mengubah benda yang dah sememang elok sebelum ni kepada benda yang betul-betul merimaskan orang lain. Tapi ada jugak yang suka, cuma tak ramai. Kebanyakkan mempersoalkan tindakan aku mengubah website aku. Ntahla, rasa malas nak buat lagi. Biar ia beku sementara waktu.
Aku pun dah makin kehilangan idea untuk menulis diruang ini. Sumber inspirasi dah lama menghilang diri. Bidadari dah kembali ketempat asal beliau. Rutin hidup seharian sebegitu bosan hingga aku cukup malas untuk memikirkan tentangnya. Jadi, apa lagi yang perlu aku tulis?
Aku rasa tiba masa nanti aku langsung takkan update lagi jurnal ni. Malas rasanya.
Aku mempunyai niat dan azam yang lain mengenai website ni. Aku ingin mem'Flash'kan 100% website aku. Alah, peduli apa orang yang takde access broadband atau connection dia lembab. Aku nak buat perkara yang menarik dan bagi aku biar aku seorang sekali pun yang suka mengenainya takpe. Aku tau aku memang tak pernah orang peduli sangat pun.
Okay, makin lama makin merepek.



10.06.2002 - 19:11
Dulu, masa damai dulu apa saja yang menarik pasti akan dibicarakan bersama. Diwaktu itu perkara yang remeh pun boleh dijadikan cerita. Hari-hari timbul perasaan ingin berbicara antara satu sama lain. Dalam hati ini begitu rapat dirasakan.

Salahkah kalau ianya terus begitu? Perlukah ianya berakhir atau pudar begitu saja?

Tapi seharusnya aku sedar ianya lambat laun pasti akan berlaku. Telah aku katakan dan aku katakan sekali lagi disini. Bila tiba waktu itu nanti, semua kenangan lalu akan pudar.

Dulu aku katakan bahawa diwaktu mendatang nanti, aku ini pasti akan dilupakan. Kalau tidak sepenuhnya, mungkin sebahagian besar dari kenangan lama tidak lagi penting.

Takpe. Maka jadilah aku seorang yang memerhati dari jauh dalam kesedihan dan sepi. Aku biarkan masa berlalu dan pasti akan aku temui keadaan yang sama lagi nanti.

Mereka yang datang dan pergi. Mereka yang gembira denganku kemudian melupakan aku. Mereka yang mengadu masalah padaku dan lama-kelamaan ianya tidak penting lagi.

Apa yang jadi sekarang sama seperti apa yang terjadi sebelum ini. Aku tersenyum sendirian. Aku faham sudah kenapa.

Terima kasih sahabat untuk damai yang sementara itu. Aku tahu engkau ada yang lain untuk bersama engkau ketika ini. Takpelah. Aku tidak penting lagi kini. Aku hanya mampu melihat dari sudut sepi ini.

Terima kasih sekali lagi, sahabat.


09.06.2002 - 23:35
Aku fikir-fikirkan balik, rimas kalau aku terus mengharapkan keadaan aku berubah dengan pemikiran dan pendapat aku jek. Tak pernah aku cuba bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan hidup aku ni. Akibatnya aku selalu tersadung dan terjatuh dipertengahan jalan. Sakit teramat sangat bila terjadi begitu. Mungkin sebab pemikiran aku terlalu mengharap. Tambah pula tanpa usaha. Jadi seperti mengharap bulan jatuh keriba. Mana mungkin berlaku begitu.
Kemudian tadi aku melihat adik aku masuk kolej swasta untuk meneruskan pembelajarannya. Timbul keinginan yang amat sangat untuk aku sambung belajar balik. Aku bosan dengan kerja yang tak memberi apa-apa makna ni. Aku bosan dengan kerja yang tak menguntungkan dari segi keupayaan aku. Sepatutnya aku wajar dapat lebih dari ini. Keupayaan aku memang lebih dari pendapatan aku sekarang. Sayang aku takde sijil atau apa2 bukti yang mampu memperjelaskan kebenaran.
Entah. Aku rasa aku bosan dengan segalanya. Korang tau. Ni aku bebetul ikhlas. Aku bosan dengan perempuan jugak. Tapi bukan bermakna aku gay. Aku cuma bosan dengan perempuan yang kebanyakkannya hipokrit. Kebanyakkan, tak semua. Jangan melenting dan jangan marah aku. Ini hak aku untuk berasa apa-apa sekalipun.




09.06.2002 - 22:59
Iris - Goo Goo Dolls

And I'd give up forever to touch you
'Cause I know that you feel me somehow
You're the closest to heaven that I'll ever be
And I don't want to go home right now

And all I can taste is this moment
And all I can breathe is your life
'Cause sooner or later it's over
I just don't want to miss you tonight

And I don't want the world to see me
'Cause I don't think that they'd understand
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am

And you can't fight the tears that ain't coming
Or the moment of truth in your lies
When everything feels like the movies
Yeah you bleed just to know you're alive

I just want you to know who I am


09.06.2002 - 22:45
Apa rasa kalau perkara yang sama berlaku lagi pada kita berulang kali? Kita mengharap ia takkan berlaku lagi tapi ia tetap berlaku.

Entah la, itu yang aku rasa sekarang. Aku sedar yang ianya berpunca dari aku sendiri. Niat aku yang tidak ikhlas. Tutur kata aku yang tidak sempurna.

Tapi takpe. Jangan susah-susah terasa. Aku tak merujuk kepada siapa pun. Aku mengungkit hal aku sendiri. Kalau ada yang terasa, aku minta maaf.

Aku sedar diri aku tak ada apa-apa yang baik untuk diperlihatkan kepada orang lain. Diri aku begitu jauh. Aku berdiri disuatu sudut yang begitu terpinggir. Aku hanya mampu bergema. ORang lain lebih jelas kelihatan dan lebih nyata. Aku tidak sepenuhnya nyata. Aku lebih bersifat angan-angan aku sendiri.

Jelas juga dalam diri ini tidak ada apa-apa untuk dihargai. Tidak ada apa-apa untuk dikenangkan. Aku lebih bersifat bayang-bayang hanya akan pudar bila hilangnya cahaya. Betul. Aku merendah diri dan meletakkan paras diri ini terlalu rendah.

Aku pasti suatu masa nanti, bila aku mati tiada siapa yang akan tahu. Tiada siapa yang sedar dan tiada siapa yang peduli.

Aku harap begitu.


07.06.2002 - 20:06
Aku kembali menjadi aku yang dahulu.
Aku kembali menjadi sepi.
Aku kembali menjadi bisu.
Aku kembali menjadi sedih.
Aku kembali menjadi Kecewa.

Aku takkan kembali seperti biasa lagi.

Aku mahu begini dan terus begini.


06.06.2002 - 19:32
One Day In Your Life - Michael Jackson

One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll . . .

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you're always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .

One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there.


06.06.2002 - 11:57
Ada yang menyatakan aku sudah berubah. Dari seorang yang kelihatan gembira dan ceria kepada seorang yang pendiam dan bersifat putus asa.

Aku tidak putus asa tapi aku akui, aku memang lebih berdiam diri kini. Hanya disini aku mampu bersuara dengan kata-kata yang aku tulis untuk diri aku sendiri.

Terasa diri ini kembali kesaaat-saat dahulu dimana aku tak tahu bagaimana untuk berasa gembira dan ceria. Hanya aku rasa dalam diri ini tak perlu untuk meluahkan lagi isi hati. Tak perlu berkongsi kata dan tak perlu menerangkan segala sesuatu kepada orang lain. Aku rasa ianya semua tidak penting lagi.

Aku senang begini. Aku tak mahu lagi orang lain tahu apa yang aku fikirkan. Aku tak mahu orang lain mempersoalkan kata-kata aku. Aku tak mahu orang nampak aku. Aku tak mahu orang kenang aku.

Jauh disudut hati ini, ada suatu perasaan kecewa yang amat sangat. Kecewa terhadap apa, jangan ditanya. Juga wujud perasaan sedih dan kehilangan. Tapi biar hanya aku tahu kenapa dan kepada siapa.

Kerana semuanya tak penting lagi. Aku tidak mahu memikirkan semuanya. Aku tidak mahu memikirkan apa saja. Aku mahu diam dan terus diam. Kerana itu yang elok bagi orang seperti aku.

Aku pergi kerja dari jam 11 pagi hingga ke 12 malam, kemudian balik mandi dan menonton VCD (biar 100 kali diulang cerita yang sama) dan kemudiannya tidur. Esok bangun akan aku lakukan perkara yang sama.

Kalau boleh biar telefon aku campakkan kedalam sungai Perak agar tiada sesiapa pun yang boleh menghubungi aku, tiada siapa pun yang boleh mesej aku. Kalau boleh biar aku tinggal dalam gua diceruk hutan yang sunyi bertemankan suara alam. Itu yang aku mahukan. Aku mahu tenang tanpa perlu memikirkan hal dunia. Aku dah makin gila agaknya.

Tapi biar gila dari menjadi manusia sedih dan kecewa.


05.06.2002 - 23:07
Don't Go Away - Oasis

A cold and frosty morning there's not a lot to say
About the things caught in my mind
As the day was dawning my plane flew away
With all the things caught in my mind


And I wanna be there when you're...
Coming down
And I wanna be there when you hit the ground

So don't go away, say what you say
But say that you'll stay
Forever and a day...in the time of my life
Cos I need more time, yes I need more time
Just to make things right

Damn my situation and the games I have to play
Wil all the things caught in my mind
Damn my education I can't find the words to say
About the things caught in my mind

Me and you what's going on?
All we seem to know is how to show
The feelings that are wrong


05.06.2002 - 12:13
Bila aku hayati kembali lirik Name nyanyian kumpulan Goo Goo Dolls, aku mengimbau kembali kenangan hidup dimasa lalu. Begitu sunyi dirasakan ketika itu seolah-olah tiada orang lain didunia ini.

Hidup aku diceruk yang aku tidak pasti kenapa dan bagaimana aku terdampar disitu. Yang pasti ianya begitu memeritkan. Begitu sukar bagi aku untuk membayangkan keadaan aku ketika itu. Takut, lapar, dahaga, lemah, bisu dan sunyi. Aku alami semua itu dalam masa yang sama.

Aku bercakap seorang diri bagi menenangkan jiwa yang serba kacau ini. Aku berjalan terhoyong hayang mencari makanan yang kadang-kala terpaksa aku curi demi untuk meneruskan hidup. Aku terputus langsung hubungan dengan orang terdekat aku. Tiada sesiapa pun.

Hingga kini aku masih memikirkan setahun yang derita itu. Aku memikirkan kenapa aku sanggup bertahan disitu dan kenapa aku berkorban masa sedemikian.

Aku sedar tindakan aku begitu bodoh dan begitu lemah.

Aku pasti hingga kesaat ini tiada sesiapa yang akan peduli dengan keadaan aku atau dengan cerita ini. Biarlah, aku senang begini.

Kalau nanti aku mati, biar tiada sesiapa yang mengetahuinya. Biar hilang begitu saja dari kenangan orang lain. Itu yang aku fikirkan.

"Dan, aku rasa aku akan mati muda" Keluh Kak Nor.
"Aku pun rasa macamtu, Kak Nor" jawab aku.

Aku pasti ianya akan tiba sebegitu.


05.06.2002 - 12:03
Name - Goo Goo Dolls

And even though the moment passed me by
I still can't turn away
'Cause all the dreams you never thought you'd lose
Got tossed along the way
And letters that you never meant to send
Get lost and thrown away

And now we're grown up orphans
That never knew their names
We don't belong to no one
That's a shame

You could hide beside me
Maybe for a while
And I won't tell no one your name
And I won't tell em' your name

And scars are souvenirs you never lose
The past is never far
Did you lose yourself somewhere out there
Did you get to be a star
And don't it make you sad to know that life
Is more than who we are

We grew up way too fast
And now there's nothing to believe
Reruns all become our history
A tired song keeps playing on a tired radio
And I won't tell no one your name
And I won't tell em' your name
I won't tell em' your name
Mmm, mmm, mmm,

I won't tell em' your name

Think about you all the time
And I don't need the same
It's lonely where you are come back down
And I won't tell em your name


04.06.2002 - 16:46
Kenapa aku tutup Website aku? Sampai sekarang aku sendiri tak faham kenapa. Ye lah, selama 4 tahun website aku tak pernah lekang dari internet. Tapi kini cuma tinggal jurnal ni.

Jurnal ni pun macam ndak tak ndak je aku buat. Aku sengaja hitamkan semuanya, gelap gelita sebagaimana website aku yang first dulu. Tulisan pun abis simple. Kawan baik menyuruh aku tukar font, aku cakap tak payah.

Kalau ikutkan hati, aku nak guna Blogger tapi terlalu rumit. Akhirnya aku settle dengan Diaryland.com ni. Tak menyusahkan pemikiran aku. Biar orang nak cakap apa pun. Peduli apa aku.

Aku takde lagi nak dengar komen dari orang lain pasal jurnal aku, kecuali kalau korang rajin jugak komen melalui email. Aku takde lagi susah-susah nak maintain. Biar Diaryland.com ni yang update. Aku tau aku boleh taip je. Sudah. Tak perlu lebih-lebih.

Semenjak aku tukar/tutup website aku, takde sapa pun yang komplen. Agak memang takde orang yang ambil tahu pasal semua ni. Jadi kira ok la. Tahulah aku yang sebenarnya aku seorang yang membaca jurnal aku sendiri.

Aku senang menulis sekarang. Tiada lagi tekanan dirasakan. Tiap hari aku boleh menulis apa saja. Tanpa perlu memikirkan hati orang lain. Tanpa perlu memikirkan selera orang lain. Aku menulis apa yang aku suka.

Jadi kenapa aku tetiba tutup website aku dan tinggal jurnal serba tak kena ni? Jawapannya masih entah.


03.06.2002 - 12:35
Lowman's Lyric - Metallica

My eyes seek reality
My fingers seek my veins
There's a dog at your back step
He must come in from the rain
I fall cause I let go
The net below has ride away
So my eyes seek reality
And my fingers seek my veins

The trash fire is warm
No safe from the storm
And I can't bare to see
What life let me be
So wicked and worn

So as I write to you
What is done and to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'Cause low man is due
Please forgive me

My eyes seek reality
My fingers feel for fear
Touch clean with a dirty hand
I touched the clean to the wings

The trash fire is warm
No safe from the storm
I can't bare to see
What life let me be,
So wicked and worn

So as I write to you
What is done and to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'Cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me
Please forgive me

So low the sky is all I see
All I want from you, is forgive me
So you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again

And I cry, to the alley way
Confess all to the rain
But I lie, lie straight to the mirror
One I've broken, to match my face


The trash fire is warm
No safe from the storm
And I can't bare to see
What life let me be
So wicked and worn

So as I write to you
What is done and to do
Maybe you'll understand
And won't cry for this man
'Cause low man is due
Please forgive me
Please forgive me

Solo in the sky is all I see
All I want from is what you made
So, you bring this poor dog in from the rain
Though he just wants right back out again

My eyes seek reality
My fingers seek my veins


02.06.2002 - 22:17
If you can look at my somber face right now. You'll see sadness, dejection and despair. You'll realise I'm deeply in pain from deep of my heart.

Not because of love and not because of friends. But because of the uncertainty of my life. How long can I survive with a punitive salary of RM360 per month working like hell from morning right till midnight? How can you ever imagine a worker with the title of PC technician own that much of money? Really weird but that's my life. My real boring life. I'm feeling so dejected right now that what I was doing just now seem like a slave job for those ignorant supreme leader who spit to you beautiful word of trust and kindess. Ermm.. I don't know.

Gimme some money will you. I want to start my own business. Gimme some money, anybody. So that I can continue my study I've been longing for so long.

I'm tired and I'm feeling so dejected. I've nothing to prove my worthiness. Thus I can't just run away from here. How much more I can bear this ignorant?

I don't know


01.06.2002 - 00:28
When the Children Cry (4:20) - White Lion

little child
dry your crying eyes
how can I explain
the fear you feel inside
cause you were born
into this evil world
where mas is killing man
and no one knows just why
what we have become
just look what we have done
all that we destroyed
you must build again

when the children cry
let them know we tried
cause when the children sing
then the new world begins

little child
you must show the way
to a better day
for all the young
cause you were born
for all the world to see
that we all can live
with love and peace
no more presidents
and all the wars will end
one united world
under god

when the children cry
let them know we tried
cause when the children sing
then the new world begins

what we have become
just look what we have done
all that we destroyed
you must build again
no more presidents
and all the wars will end
one united world
under god

when the children cry
let them know we tried
when the children fight
let them know it ain't right
when the children pray
let them know the way
cause when the children sing
then the new world begins


31.05.2002 - 22:39


This Website Have Come To A Temporary End.

Okay, ceritanya aku dah mula bosan dengan website yang sedia ada. Jadi aku sedang melakukan perubahan.
Kenapa aku tak biarkan saja website yang sedia ada sehingga perubahan yang aku lakukan tu siap? Malas. Itu je jawapan yang aku boleh berikan.
Korang tahu, Jumlah pengunjung website aku mencecah 1500 orang dalam masa 3 bulan saja. Sungguh menakjubkan. Apa yang diorang cari dalam website aku, aku sendiri pun tatau. Tapi aku masih ingat yang aku kena tunggu lebih 3 tahun untuk mendapat 250 orang pengunjung. Sekarang aku dapat 7 kali ganda pengunjung dalam masa yang begitu singkat. Aku panik dan aku bosan.
Itu bukan alasan yang munasabah. Ye, aku tahu itu bukan suatu alasan yang baik.
Sebenarnya ada cerita disebalik ini semua. Ada rasa kecewa, ada rasa sedih dan ada rasa terkilan. Tapi takpelah. Aku tak berniat langsung untuk menceritakan hal itu semua. Biar aku sorang je yang tahu.
Okay, tunggu kemunculan website baru aku nanti.

No comments:

Post a Comment