30.4.10

Dalili

Ini Dalili, anak bos di pejabat. Baru berusia 2 tahun 7 bulan dan berat 18kg! Berat tu. Aku sendiri pun letih nak dukung budak ni.

Tempohari, semasa kejohana badminton pejabat, Dalili datang dengan ibunya ke dewan untuk menyibuk. Entah kenapa, Dalili memang baik dengan aku. Nampak aku seperti dia sudah lama kenal.

Hinggakan sewaktu di dewan tersebut, aku yang sedang berada di tingkat atas mengambil gambar aksi pertandingan, aku terdengar jeritan si Dalili memanggil nama aku,

"Shidannnnn!!!!"

Dia menjerit berkali-kali dengan penuh perasaan. Kami yang ada di dewan ketawa melihat telatah Dalili.









Aku tidak kisah budak panggil aku dengan apa nama sekali pun. Aku tetap suka. Malah di pejabat, kadang-kadang jeritan Dalili itu menjadi ajukan kawan-kawan kalau memanggil atau bergurau dengan aku.

Inilah budak umur 2 tahun 7 bulan paling cute sekarang. Hehehe.

p/s: Ini post ke 40! Yay!

Badak Air Sudah Berpindah Ke Miri, Sarawak!

Akhirnya si badak air sudah berpindah ke Miri, mengikut tuan barunya. Pagi tadi hari terakhir badak air di pejabat. Khaty (yang berbaju biru dalam gambar di bawah) manusia paling sedih melihat badak air dibawa pergi. Adalah adegan menghentak-hentak kaki tanda tidak setuju.


Walaupun seketika berada di pejabat aku, si badak air sudah menarik perhatian ramai orang. Ada saja yang bertanya dan mahu memegangnya. Si badak air bukan peduli pun semua itu.


Sekarang si badak air sudah ada tuan baru dan rumah baru, di Miri, Sarawak! Apalah ceritanya nanti ya. Dengar tadi tuannya beritahu kotak kandang badak masih tersangkut di KLIA dan cuma akan tiba di Miri, jam 11 lebih nanti.

Itulah akibat membawa badak air bersama dalam penerbangan. Sudah kena bayar cas lebih RM800! Hahaha. Nasib la kau Hani. Jaga badak air baik-baik okay. Dia suka makan McDonald's McFlurry Mudpie dan juga suka melihat Khaty ketawa terbahak-bahak setiap kali orang lain buat lawak.

Have a pleasant new life, badak air. We in the office will miss you (Not you, Hani!).

Politik Lain, Kerjaya Lain. Harap Kamu Pandai Bezakan Juga

Ada orang pernah bertanya kepada aku,

"Idan, kenapa kau tak sokong BN?"
"Kenapa perlu aku sokong BN?"
"Kau kan kerja kerajaan. Kau patut sokong BN. Baru betul."
"Tidak. Kerja kerajaan tidak ada kena mengena dengan menyokong mana-mana parti politik."

Itu jawapan aku. Lagipun, aku bukan anti BN. Aku cuma tidak menyokong idealisme politik mereka.

Bagaimana pula dengan Gagasan 1Malaysia?

Aku sebagai penjawat awam menyokong dan mendokong penuh gagasan 1Malaysia. alah, aku design logo 1Malaysia jabatan aku, yang sekarang tersemat di kolar baju ramai kakitangan. Aku mahu minta royalti 10 sen setiap orang yang memakainya setiap hari selama 365 hari. Hehehe. Cerita lain.

Apa saja agenda kerajaan (kalau aku, kerajaan persekutuan), aku akan laksanakan kerana itu tanggungjawab aku sebagai penjawat awam. Kerana kamu perlu tahu, kerajaan bertindak atau berfungsi untuk semua rakyat Malaysia, tidak kira apa fahaman politik mereka. Duit yang digunakan untuk menjalankan fungsi-fungsi kerajaan adalah duit rakyat, bukan duit mana-mana parti politik. Kerajaan buat sekolah untuk semua orang boleh hantar anak-anak mereka ke sekolah. Begitu juga hospital, MyKad dan banyak lagi. Kerajaan tidak wajib tanya apa fahaman politik individu sebelum sesiapa pun boleh terima perkhidmatan kerajaan.

Idealnya, kerajaan berfungsi untuk semua rakyat Malaysia.

Maka bagi aku, tidak wujud apa yang dinamakan seperti "Kerajaan Barisan Nasional" atau "Kerajaan PAS Kelantan". Apa yang wujud cuma "Kerajaan Malaysia" atau Kerajaan Kelantan". Itu contoh mudah. Sebab itu aku tidak bersetuju jika papan tanda projek milik kerajaan ada juga memaparkan logo parti politik. Kalau parti politik itu keluarkan duit untuk membiayai projek tersebut, itu tidak mengapa. Tetapi yang digunakan adalah duit rakyat yang kita sendiri tidak tahu apa pegangan politik mereka.

Aku juga tidak bersetuju jika Gagasan 1Malaysia diusung sana sini bawah panji-panji parti politik. Aku tidak mahu ianya dijaja sebagai matlamat politik. Sebaliknya ianya perlu diangkat sebagai agenda Nasional, dibawah panji-panji Jata Negara dan Bendera Malaysia. Kalau semasa berkempen politik di waktu pilihan raya, pihak yang BN mahu gunakan Gagasan 1Malaysia ditunjuk kepada rakyat sebagai hasil pencapaian mereka, itu tidak mengapa. Mereka boleh ambil "kredit" sebagai pencetus dan pembawa agenda yang positif sebegitu. Tetapi untuk gunakan Gagasan 1Malaysia sebagai bahan berpolitik atau gula-gula politik, aku tidak bersetuju. Kamu perlu ingat, duit untuk melaksanakan 1Malaysia adalah duit semua rakyat Malaysia.

Jadi BN tidak boleh guna anggota kerajaan untuk menggerakkan jentera politik. Begitu juga dengan mana-mana parti yang berkuasa. Jentera kerajaan adalah untuk rakyat keseluruhan.

Lalu, apa pegangan politik aku? Sekarang aku bersifat Non-Partisan; tidak menyebelahi mana-mana pihak. Aku tidak nampak apa faedahnya menyokong mana-mana parti politik di Malaysia kerana agenda perjuangan mereka terlalu sempit.

Aku bukan sentiasa bersifat Non-Partisan. Sebelum 1998, aku adalah penyokong BN. Role model aku adalah Tun Dr. Mahathir yang masih aku sanjungi hingga kini (dari segi leadership beliau). Dari 1998 hingga lebih kurang 2003, aku adalah orang yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim. Aku tidak pernah pergi reformasi. Aku cuma pernah terperangkap sewaktu orang sedang bereformasi.

Aku berhenti menjadi orang yang bersimpati dengan Anwar Ibrahim setelah aku lihat agenda beliau tidak lebih untuk kepentingan diri sendiri. Tetapi aku masih sanjungi beliau sebagai seorang orator yang hebat. Selepas 2003, aku sudah semakin jelak dengan politik. Politik yang ada ketika itu dan semakin parah sekarang tidak lebih daripada politik kucar kacir dan bersifat dendam kesumat.

Aku sebagai penjawat awam, tidak boleh letakkan agenda politik parti sebagai asas bekerja. Aku letakkan rakyat sebagai asas bekerja. Aku berkhidmat untuk rakyat Malaysia secara keseluruhan, tidak kira siapa mereka.

Aku harap kamu faham haluan politik dan kerjaya aku bagaimana. Ianya berbeza dan tidak akan mungkin sama. Tidak wajar disamakan oleh sesiapa pun. Kita bukan komunis atau fasis atau diktator. Fungsi kerajaan adalah untuk rakyat. Itu adalah demokrasi.

Politik + Blog (Di Malaysia) = Jijik

Aku sebenarnya sudah semakin membenci suasana politik di Malaysia. Ianya sudah keterlaluan dalam menggerakkan fahaman "matlamat menghalalkan cara". Politik itu sendiri tidak kotor. Demokrasi itu sendiri pun tidak kotor. Tetapi manusia yang berjuang dalam arena politik, baik mereka yang berjuang demi kuasa atau mereka yang berada di bawah yang sentiasa menyokong, mereka inilah yang mencorakkan suasana politik di Malaysia hingga menjadi sebegini rupa.

Aku tidak perlu ulas peranan media arus perdana kerana semua orang ianya milik parti pemerintah sekarang dan usaha mereka menyebarkan propaganda politik tidak langsung bertapis lagi. Aku mahu tunjuk kamu di dalam internet, bagaimana saban hari kamu akan temui blog-blog dan laman web yang begitu jijik dengan cerita politik tanpa tapisan dan sempadan. Sekarang, siapa saja boleh membuka cerita dan ianya tersebar sekelip mata.

Anehnya pula, blog sebegini dijadikan pilihan oleh media arus perdana sebagai sumber rujukan. Blog sekarang lebih berkuasa daripada media arus perdana sendiri. Kalau hari ini kamu baca ada desakan di blog-blog tertentu supaya seorang ahli politik disiasat atau dikritik, esok akan keluar desakan yang sama di media arus perdana. Bertambah aneh juga, pihak berkuasa sedia mendengar mereka. Apabila di blog mereka mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat tentang sesuatu perkara, tidak lama kemudian pasti pihak berkuasa akan melakukannya.

Seperti yang aku katakan, ada blog tertentu sekarang yang lebih berkuasa dan boleh menentukan arus suasana politik di Malaysia. Aku yakin, mereka ini sebenar dibayar atau ditaja oleh sesetengah pihak untuk melakukannya. Sumber informasi mereka juga kadang-kadang seperti tidak masuk akal. Ada informasi yang sebenarnya sulit atau rahsia (siap ada label di kertas yang mereka scan), bagaimana boleh mereka perolehi maklumat sebegitu?

Ada juga artikel yang mereka tulis tidak lain sebagai menghina malah mencarut kepada musuh politik mereka. kalau dulu, blog sebegini akan dilaporkan kepada pihak berkuasa dan akan dikenakan tindakan. Sekarang, mereka bukan saja dilindungi, malah dijemput makan bersama pemimpin (yang aku rasa dialah yang menaja golongan bloggers ini).

Ada beberapa ciri blog dan penulis blog yang kamu boleh tahu, mereka ini ditaja oleh parti politik dan bekerja sama rapat dengan parti politik tertentu. Kalau mereka menggunakan perkhidmatan blogger.com, bar blogger.com di atas pasti akan dibuang dengan kod javascript mudah (dulu aku buat juga) bagi mengelakkan blog mereka di'flag' oleh orang ramai dan seterusnya memungkinkan blogger.com menutup blog mereka. Biasalah, manusia dayus dan penakut mana berani hadapi realiti.

Kemudian, tulisan mereka akan berkait rapat antara satu sama lain (beberapa blog lain) dan biasanya blog mereka ini akan copy paste isi cerita dari blog lain. Sumber mereka selalunya dari sumber yang sama, mungkin kita boleh anggap sumber ini sebagai "Master" yang disuap dengan informasi sepanjang masa oleh agen-agen perisik mereka. "Master" ini kemudian akan mencipta cerita yang menarik untuk dibaca. Blog lain yang lebih ekstrem dari sudut penggunaan ayat dan perkataan akan copy dan paste di blog mereka. Sedikit ulasan (biasanya berupa caci maki pihak lawan) dan mereka post.

Mereka tidak pentingkan komen yang diperolehi. Sekali sekala akan mereka 'tadbir' sebagai menunjukkan blog mereka bersifat terbuka dan boleh menerima komen sesiapa saja. Apa yang pasti, 90% daripada komen yang mereka perolehi pastinya berbaur baik (pro terhadap tulisan mereka) dan selebihnya seperti menentang. Mereka cuma mahu mewujudkan perasaan berbelah bagi dan ragu-ragu terhadap pembaca mereka. Kalau yang datang adalah dari parti lawan dan kemudiannya membaca aktikel di blog sebegini, harapannya pembaca dari parti lawan akan dipengaruhi sedikit demi sedikit.

Tiada bezanya "perang saraf" yang sedang berlaku dalam internet dengan "perang saraf" sewaktu zaman persengketaan dengan komunis dulu. Tujuan utama adalah untuk memberi tekanan psikologi kepada lawan. Matlamat menghalalkan cara. Maka apa saja informasi negatif mengenai parti walau sebesar zarah akan dikorek, dibalut dengan lapisan demi lapisan kritikan dan tulisan yang menghentam hingga ianya menjadi besar dan boleh dilihat oleh orang ramai seperti berita besar!

Aku percaya majoriti 'keyboard cowboys' ini adalah sebenarnya 'mercenaries'. Mereka yang diupah untuk menyebarkan propaganda politik. Launglah sebebas mana pun mereka, kalau jalan/konsep blog hampir sama saja, tiada faedahnya.

Dan kita sebagai orang Malaysia yang suka sangat bergossip dan menjaga tepi kain orang dan juga mencari kelemahan/keburukan orang pasti akan teruja membaca tulisan bloggers sebegitu. Maka tidak hairan kalau semakin hari semakin banyak blog berusur politik (blog propaganda) dan tidak hairan juga blog sebegitu menerima kunjungan jutaan orang. Manusia akan sentiasa mahu membaca tulisan sebegitu. Alasannya konon untuk melihat apa pula telatah penulis blog tersebut hari ini. Apa pula cerita yang mereka akan bongkar. Kononnya kita cuma memerhati, tidak berminat. Tetapi sudah dasar manusia, lama-lama akan terpangaruh juga.

PRU13 yang akan datang nanti, aku lihat medium informasi internet akan mengatasi media arus perdana sebagai sumber/wadah utama propaganda politik. Siapa dapat menguasai internet dalam berpolitik, mereka yang boleh menguasai dunia politik semasa.

Uprising



Uprising - Muse


The paranoia is in bloom, the PR
The transmissions will resume
They'll try to push drugs
Keep us all dumbed down and hope that
We will never see the truth around
(So come on!)
Another promise, another scene, another
A package not to keep us trapped in greed
With all the green belts wrapped around our minds
And endless red tape to keep the truth confined
(So come on!)

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Interchanging mind control
Come let the revolution take its toll if you could
Flick the switch and open your third eye, you'd see that
We should never be afraid to die
(So come on!)

Rise up and take the power back, it's time that
The fat cats had a heart attack, you know that
Their time is coming to an end
We have to unify and watch our flag ascend

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Hey .. hey ... hey .. hey!

They will not force us
They will stop degrading us
They will not control us
We will be victorious

Hey .. hey ... hey .. hey!

29.4.10

Buka Luas Mata Untuk Melihat Debu

Kita sebagai manusia sering melihat alam sebegini rupa, seperti gambar di bawah. Alam yang luas terbentang dan menghampar segala cerita buat kita. Kita nampak secara keseluruhan dan kita andai (membuat kesimpulan); gambar ini sewaktu senja.



Aku sering berkata kepada sahabat, buka mata luas sedikit dan cuba lihat dengan lebih teliti.


Lihat apa yang ada di sekeliling kita dan cuba fahami mereka. Bukan medesak mereka untuk menerima idealisme kehidupan kita. Berfikir lebih jauh dan berfikir lebih mendalam sebelum kita mendesak apa-apa terhadap diri kita dan orang lain.

Hidup sepatutnya lebih indah begitu.

Si Badak Dan Basikal


Badak air aku memang suka merayau. Setiap hari ada saja tempat yang hendak dikunjungi. Kelmarin (sebenarnya minggu lepas), si badak terjumpa basikal aku.


Awalnya si badak cuma memerhatikan dari jauh. Pada fikiranya, siapalah yang bebal sangat simpan basikal di dalam pejabat.  Namun lama-kelamaan si badak semakin teruja dengan basikal tersebut. Lalau dia memanjat naik ke pelana dan duduk di atasnya.


Tempat duduk gel, jadi amat lembut dan selesa. Lama si badak duduk tanpa melakukan apa-apa. Akhirnya si badak mengeluh,

"Seat ni tinggi sangatlah. Kaki aku tidak sampai ke pedal!"


Lalu si badak turun dari basikal cuba dengan kudrat yang ia ada menggerakkan basikal tersebut. Si badak mungkin perasan bagus tetapi ia tidak sedar bahawa roda belakang basikal sudah berkunci. Basikal tidak akan ke mana.


Penat si badak cuba menggerakkan basikal, akhirnya ia berputus asa. Dalam keadaan keletihan, si badak berlalu pergi dari basikal. Kecewa mungkin.


Dan terdampat di tempat pembaringan, kepenatan.

Sejak hari tersebut, si badak lebih suka menunggang anak zirafah milik Khaty saja. Tetapi itu cerita lain.

Badan Kata Berhenti Sebentar Untuk Berehat

Aku tidak mungkin boleh tunaikan 40 post untuk bulan ini. Esok hari terakhir dan aku masih ada enam post (tidak termasuk ini) yang perlu aku hasilkan. Agak sukar, tetapi aku akan cuba esok.

Badan sedang kurang sihat sekarang. Petang tadi sepatutnya aku bermain badminton bersama-sama rakan pejabat, tetapi aku batalkan niat. Aku pergi ke The Mines untuk mencari kertas berwarna perak atau brush-metal untuk dijadikan latar kepada carta organisasi bahagian. Aku tidak menemuinya.


Rakan sepermainan badminton

Tetapi kebetulan pula rakan-rakan daripada bahagian lain juga datang ke The Mines untuk bermain boling sempena pertukaran salah seorang kakitangan bahagian tersebut. Aku cuma duduk dan memerhatikan telatah mereka. Selesai mereka bermain, aku turuti mereka pergi makan di Bangi.

Bihun tomyam menjadi santapan tetapi rasanya agak kurang menyelerakan.

Balik dari makan, aku masih terasa badan agak lemah dan batuk semakin memeritkan. Malam ini aku perlu tidur awal. Jadi, sudah aku katakan bahawa agak sukar untuk aku memenuhi matlamat menghasilkan 40 post untuk bulan ini.

Tetapi aku masih belum berputus asa.

Suatu Penghargaan Daripada Bos

Kelmarin apabila aku menyiapkan slaid persembahan majlis perpisahan untuk bos, aku tidak jangka kesan daripadanya begitu mendalam bagi sesetengah orang.

Petang tadi semasa aku berikan salinan animasi flash tersebut kepada bos yang diraikan kelmarin, aku lihat dia begitu teruja. Kemudian, sempat juga aku mainkan flash tersebut di komputer pembantunya. Bos turut menonton. Aku nampak lihat sebak di wajahnya. Itu kesan yang aku mahukan. Bukan dari orang lain, tetapi dari dia sendiri.

Aku teruja juga melihat sebuah lukisan yang begitu besar di dalam biliknya, hasil karya seorang kakitangan pejabat yang berjiwa seni. Lukisan alir sungai yang sungguh menawan, mengingatkan aku alir sungai yang sama di Hulu Langat yang setiap bulan kami kunjungi tahun lepas. Kemudian bos bersuara.

"Dan, lukisan kalau saya nak letak harga, lebih kurang RM10,000"
"Wah, mahalnya. Tapi memang berbaloi" aku teruja.

"CD ini pula..." Sambil menunjukkan CD yang mengandungi animasi flash yang aku berikan.
"CD ini harga lebih kurang RM20,000"
"Hah? Takkan sampai begitu sekali mahal?" aku tersentak.

"Betul. Semasa di JPA dulu kami buat benda yang sama, orang cas harga lebih kurang RM20,000."
"Mahalnya..." Jawab aku ringkas. Begitu mudah buat duit sebenarnya.

"Kau ada kemahiran buat benda ni, Idan. Guna betul-betul."
"Ya."

Sungguh senang rasa hati apabila ada orang yang menghargainya. Terutama bos sendiri.

28.4.10

Ringkas

Aku sedang bekerja keras menyiapkan Laporan Tahunan 2009. Tahun ini ianya menjadi dua kali lebih sukar kerana perlu dibuat dalam dwi-bahasa di samping tiada pedoman khusus daripada pengurusan. Kali ini hasil kerja tidak dapat dijangkakan bagaimana. Satu sebabnya kerana aku sendiri seperti sudah kehabisan idea.

Sebentar lagi aku akan berbasikal, inshaAllah. Itu pun kalau keadaan cuaca baik. Sudah lama tidak berbasikal; empat hari. Ini hari ke lima. Seperti aku perlu mula balik dari titik A. Berkayuh perlahan untuk mencari mood dan tenaga.

Minggu depan aku akan ke Perlis. Ada projek di sana. Ini permulaan perubahan ke dua aku, dari segi ekonomi pula. Harapnya ia bergerak seperti yang aku sedang lakukan dengan kesihatan dan fizikal. Maksud aku bergerak dengan baik.

Selebih dari itu, biar Tuhan tentukan arahnya.

27.4.10

36 Jam Terbeban Tugas

1.30 pagi. Lebih awal daripada semalam, tetapi kerja yang sama. Aku selesai menyiapkan slideshow perpisahan bos setelah siang tadi mereka bertindak membatalkan nyanyian latar dan mahu biarkan saja muzik bermain secara instrumental. Lagu asal yang digunakan tidak sesuai sekiranya dimainkan secara instrumental.

Lalu aku terpaksa cari lagu lain yang bersifat instrumenal dan mengubah kembali susun atur persembahan. Nampak mudah kalau sekadar melihat. Orang yang membuat saja tahu betapa sukarnya untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dihayati orang.

Harapnya apa yang telah aku hasilkan berbaloi walaupun masa yang diberikan amat singkat.

Aku kepenatan dan aku amat mengantuk. Selepas ini aku akan terus tidur dan bersedia esok pagi untuk majlis nanti. Sudah lama aku tidak melakukan sebegini, berjaga hingga lewat malam. Tidak sihat. Tidak bagus untuk aku.

Selamat malam untuk kamu semua.

26.4.10

Sibuk Di Larut Malam

2.45 Pagi. Aku masih berjaga di penghujung minggu dan esok hari Isnin, hari kembali bekerja.

Aku berjaga kerana ada kerja pejabat yang perlu disiapkan. Jumaat tempohari ianya diberi sebagai tugasan, secara ad-hoc. Seperti biasa, itulah yang berlaku. Sukar untuk menolak permintaan (arahan?) sebegini. Jadi aku lakukan juga dalam masa sehari, sekadar mampu. Maklum saja hari Sabtu lepas aku ada program lain (juga berkaitan dengan tempat kerja), maka aku cuma ada hari Ahad untuk melakukannya. Mengumpul data sepanjang siang dan malam hingga sebentar tadi, aku sudah siapkan 50%.

Aku perlu siapkan slideshow berbentuk Flash sempena majlis perpisahan seorang bos di pejabat. Ianya akan diadakan pada pagi Selasa. Esok ada rehearsal. Harapnya ia dilakukan di sebelah petang. Jadi pagi esok bolehlah aku siapkan baki slide tersebut. Kerja terkejut, hasilnya tidak seberapa. Aku cuba, sekadar mampu. Itu yang aku beritahu awal-awal kepada mereka.

Tambah tepu otak apabila muzik latar yang dipilih begitu janggal untuk sebuah slideshow. Aku terpaksa sesuaikan mood slideshow dengan lagu yang dicadangkan. Cukup sukar. Lebih baik aku saja yang pilih lagu yang bersesuaian agar mudah kerja menghasilkan slideshow. Tetapi bila sudah ditentukan, ruang kreativiti agak terbatas.

Tidak mengapa, aku akan cuba lakukan sebaik mungkin. Esok aku akan sambung kerja. Aku perlu hasilkannya kerana bos ini begitu baik dengan aku selama ini. Jadi slideshow ini walaupun ada cacatnya nanti adalah dedikasi aku terakhir buatnya.

Esok siang aku akan pastikan kerja ini siap.

25.4.10

DSLR Semakin Popular

Siang tadi bos besar yang bakal bertukar Mei nanti membelek-belek kamera Canon G10 milik pejabat. Aku sedar dia sungguh berminat dengan kamera tersebut. Maklumlah, nampak sedikit canggih berbanding kamera digital biasa.

Aku beritahu bos besar, G10 bertaraf semi-profesional. Fungsi-fungsi kamera DSLR lengkap terdapat dalam kamera tersebut tetapi struktur dan bentuk, sama seperti kamera digital biasa.

Aku sedari satu perkara. Ramai orang di pejabat sudah mula menggunakan kamera DSLR. Sama ada mereka ada pengalaman menggunakannya sebelum ini, aku tidak tahu. Tapi kalau melihat dari gaya memegang kamera dan sudut fotografi, aku sedari mereka masih 'baru'.

Anehnya, aku kini lebih selesa dengan kamera digital Sony Cybershot. Ianya jauh lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana tapi perlu membebankan diri.

Aku harap mereka yang baru berjinak-jinak dengan kamera DSLR supaya pergi mencari sumber/bahan untuk belajar menggunakan kamera DSLR dengan lebih baik dan efektif. Tahu pegang dan merakam gambar saja tidak mencukupi. Mereka mesti belajar mengenai sudut rakaman, komposisi dan lain-lain.

Apabila aku memberi sedikit tip-tips yang menarik, mereka seperti pelik dan tertanya-tanya; kenapa aku bersuara kepada mereka. Mungkin begitu sifat manusia yang tidak tahu.

24.4.10

The Ballad of Badak Air and Idan

Kisah badak air lagi. Kamu jangan harap aku akan berhenti. Kamu juga boleh salahkan Khaty, si budak yang suka gelak kuat di pejabat ini. Dapat saja BlackBerry aku di tangannya, badak air akan jadi mangsa modelnya. Mungkin kerana bosan akibat suami dia yang berada jauh di Sarawak, badak air aku dikacau Khaty.

Dia suruh aku melakarkan cerita dari rakaman gambar-gambar badak air.


Si badak air baru bangun dari tidur, di dalam kotak penuh berisi folder kosong. Macam sudah tidak ada tempat lain untuk dijadikan tempat tidur. Dengan dagu sebagai tongkat di pintu kotak, si badak air mengeluh;

"Idan, aku dahaga air..."
"Itu, satu tasik Putrajaya kau boleh minum. Jangan kacau aku buat kerja!" bentak aku.

Mungkin kerana kemalasan, si badak air tidak mahu terjun ke tasik Putrajaya. Badak air terpandang labu sayong yang terletak di atas kabinet besi, belakang kubikel aku.



"Arrghhh.. macamana aku nak buka penutup labu ni?" keluh badak air. Dia cuba membukanya dengan mulut. Masih tidak boleh. Akhirnya gigi si badak air tersangkut di celah penutup labu sayong itu.

"Idan, tolong aku! Mulut aku tersepit!" Jerit si badak air dengan nada pelat.



"Kau ni menyusahkan aku sajalah, badak. Cuba duduk diam-diam kacau Asyikin ke, kacau Rahman ke..." Aku merungut sambil menolong si badak air melepaskan mulutnya dari penutup labu sayong.



"Sudah. Duduk diam-diam tengok aku buat kerja"
"Baiklah..." jawab badak air, lesu. Dia duduk di sebelah aku sambil memerhatikan aku bekerja.

Selang 30 saat.

"Idan..."
"Apa dia badak?"
"Aku bosan"
"Duduk diam-diam!"

Diam kembali.

30 saat kemudian.

"Idan..."
"Apa lagi badak?"
"Kenapa perut kau buncit macam aku?"
"Bodoh punya badak! Takde kerja lain ke?"
"Hahahaha!"
"Diam!"

Selang 30 lagi.



Si badak mula berbisik di dalam hati.
"Apa saja si Idan ni buat? Aku rasa ini bukan kerja. Ini macam internet je. Memang sah!"




"Aku ingat kau buat kerja. Rupanya kau surf internet ya Idan!"
"Habis tu apa masalahnya?" Aku bertanya.
"Buat kerjalah!" Tegas si badak air.
"Hello badak, ini time rehat tau tak" Jawab aku.

Si badak terpinga-pinga.

"Eh, sekarang pukul berapa?" tanya si badak kepada aku.
"1.20 tengahari." jawab aku, ringkas.
"Aku ingat pagi lagi. Rupanya dah tengahari. Patutlah kau rehat saja." 
"Kau tu yang tidur tak ingat dunia."
"Hahaha... ye lah." Si badak air ketawa, malu agaknya.

Selang beberapa ketika.

"Idan..."
"Nak apa badak?"
"Pinjam majalah baru kau ni, TopGear."
"Nak buat apa?"
"Bacalah... Takkan nak buat makan pula!"
"Ambillah!"

Si badak air pun membelek sehelai demi sehelai muka surat majalah.




"Hmm... Ford Forus RS, warna putih... Menarik. Idan, beli satu!"
"Kau ingat harga kereta tu sepuluh ringgit ke?"
"Hehehe..."



"Oh.. Ohh! Handphone ini canggih la Idan. Beli satu!"
"Kau tak nampak aku dah ada dua handphone?"
"Aku yang nak la..."
"Kau nak telefon siapa?"
"Aku nak mengorat Khaty."
"Dia dah kahwin la Badak oi..."
"Sudah tukar status ke?"
"Ye..."
"Malangnya..."



"Idan, TopGear ni takde cerita pasal sungai atau rumput ke?"
"Itu majalah keretalah, Badak."
"Oh ye?"
"Ya!!!"

"Argghhh... bosannya aku, Idan!"
"Pergi buat benda lain."
Argghhh... kau ni amat membosankanlah, Idan!"
"Kau tau pun..."



"Arrgghhh... mati kejang aku!"

23.4.10

The Art Of Badak

Jangan salahkan aku kalau aku cuma bercerita mengenai si patung badak air. Setiap hari ada saja yang hendak dilakukan oleh orang di pejabat terhadapnya. Tadi, aku fotostat badak air di mesin fotostat. Beginilah hasilnya;








Cool saja gayanya.

Ada yang mungkin mempersoalkan apa motif bermain dengan patung badak air seperti budak perempuan. Ini adalah satu konsep brain simulation. Kita mencipta kreativiti dan juga mencari idea berdasarkan objek yang sedia ada. Kita berfikir dan ini akan menyebabkan otak dan fikiran kita sentiasa aktif.

Kita cuba cari positif dalam setiap keadaan yang ada. InshaAllah perkara remeh seperti patung badak air boleh meluahkan hasil yang menarik.

22.4.10

Badak Air Bersiar-Siar

Siang tadi kata seorang staf di pejabat, badak air aku merayau sana sini.


Ada ketika dengan selamba, si badak air duduk di atas iMac. Konon hendak memantau. Kaki lembik si badak memang mengganggu tumpuan aku buat kerja.


Badak air sedang memberi motivasi kepada aku supaya tidak menguap untuk ke seratus kali dalam sejam. Selepas itu aku menonton video lagu hindustan di YouTube.


Macam tahu sangat apa yang sedang aku buat. Siap pijak sipi-sipi telefon bimbit aku.

"Apa kau buat ni, Idan?" tanya si badak air kepada aku.
"Tengah siapkan Laporan Tahunan la" jawab aku ringkas.
"Apa lembab la kau buat kerja ha? Bila nak siap?" si badak air mula bersuara lebih serius.
"Banyak nak kena ubah ni!" tegas aku.

"Eleh Idan, bukan aku tak tahu kau asyik dok berbalas mesej dengan awek baru kau!" si badak menjawab sinis.
"Kurang asam! Pergi kacau Kathy!" bengang betul aku.

Hahaha.

20.4.10

Aur Dan Tebing

Aurnya adalah tasik Putrajaya yang sentiasa tenang. Sekali sekala ianya berombak kuat akibat bot pelancong yang melayari sepanjang tasik sehingga ke tepi empangan di penghujung Putrajaya.

Tebingnya pula adalah tangga batu beralas jubin dan dipenjurunya dihias dengan bola batu (tanpa aku fahami motifnya), di belakang Masjid Besi.





Sesekali bila ombak kuat, air akan melimpahi tebing ini. Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku menari-nari di penjuru itu sewaktu air tasik melimpahi tebing.

19.4.10

Enjoy Berbasikal

Siang tadi semasa berkayuh, aku terdengar bunyi yang kurang menyenangkan pada basikal. Aku masih belum pasti bunyi apa, aku masih mencari punca. Kalau dulu sewaktu aku miliki sebuah basikal lumba, segala kerosakan aku baiki sendiri. Sekarang, aku akan lebih senang hantar ke kedai saja. Biar mereka yang mahir melakukannya.


Di bawah jambatan Seri Saujana

Namun, aku fikir ianya mungkin masalah kecil. Mungkin ada part yang sudah lama diminyakkan. Kalau kamu lihat posisi pelana duduk di dalam gambar di atas, nampak biasa. Sebenarnya untuk orang yang lebih kurang tinggi aku, ianya agak tinggi. Kamu terpaksa berjengket apabila basikal berhenti. Namun kedudukannya masih rendah. Aku akan naikkan lagi seat hingga tahap maksima kaki aku boleh menyentuh pedal basikal.


Di tepi padang bola sepak di Presint 5.

Aku amat berpuas hati dengan basikal ini. Walaupun ada kekurangan, tetapi aku tidak ada masalah menggunakannya setakat ini. Kayuhan lancar dan sistem gear sentiasa dalam keadaan baik. Untuk basikal awal orang yang serius mahu berbasikal, aku boleh cadangkan basikal ini. Harga yang kurang daripada RM1500 aku fikir sudah cukup okay untuk permulaan. Tidak perlu basikal yang mahal. Basikal ini cukup ringan dan selesa. Cuma saranan aku, beli seat (pelana duduk) yang lebih besar dan selesa sekiranya kamu baru hendak bermula berbasikal. Cari yang seat yang ada gel, kalau boleh. kamu akan lebih selesa. Harga agak mahal tetapi berbaloi.

Juga, kamu tidak perlukan basikal yang mempunyai absorber depan belakang. Basikal asas tanpa absorber pun sudah cukup. Tetapi kalau tulang belakang kamu kurang elok, lebih baik ambil yang ada absorber. Tidak perlu brek cakera. Brek getah biasa sudah cukup. Paling penting, mesti pakai helmet. Tiada alasan. Itu untuk keselamatan. Member aku menunggang motosikal tanpa helmet dengan kelajuan 20km/j dan dia terjatuh dan kepalanya terhantuk bahu jalan. Terpaksa bedah dan buang tulang tengkorak yang pecah. Memang 20km/j tidak laju. Aku sendiri mengayuh basikal dengan purata kelajuan 25km/j.  Risiko tetap ada.


Pakaian berbasikal aku yang standard. Juga pakaian bermain badminton.

Pakaian ikut keselesaan tetapi kalau boleh cari baju yang cerah supaya orang boleh nampak. Satu kelebihan bila berbasikal di Putrajaya, sepanjang jalan angin yang bertiup sungguh selesa. Tidak panas dan berasap. Jadi kalau kamu berpeluh, peluh kamu akan cepat kering. Namun begitu, pakaian untuk berbasikal yang rasmi adalah mahal. Ratusan ringgit. Jadi aku cadangkan kamu cuma beli jersi bola sepak (pelbagai warna) dan seluar trek 3/4. Kamu boleh dapat murah di mana-mana kedai sukan. Aku pakai seluar trek 3/4 kerana sedikit faktor keselamatan. Aku tidak mahu seluar trek tersangkut di rantai basikal. Aku pakai Crocs untuk hiking kerana ianya melitupi keseluruhan kaki. Aku tahu ianya mahal. Kamu boleh pakai apa saja kasut asal selesa dan melindungi kaki.

Jangan lupa botol air. Kalau kamu beli botol air di kedai basikal atau pasaraya, harganya mungkin dalam lingkungan RM20, mungkin lebih murah. Isi air apa yang kamu suka. Kamu perlukan air sewaktu berbasikal. Itu penting. Kalau macam aku, aku cuma letak air mineral botol plastik 500ml dan ianya sudah mencukupi.

Selebihnya, enjoy berbasikal. Itu paling penting.

Teh O Ais (Earl Grey) Madu


Sebelum aku terlupa. Aku mahu ceritakan kenapa kebelakangan ini aku sering minum air Boh Teh-O-Ais. Ini bukan promosi produk sebab aku tidak dapat apa-apa bayaran pun.

Aku minum kerana aku sebenarnya mahu membancuh sendiri teh o dengan madu sebagai manisan. Kebetulan sewaktu aku mencari air teh o ais dalam tin, aku terjumpa teh o air Boh yang menggunakan madu sebagai pemanis (juga dicampur gula). Rasanya agak berlainan daripada rasa teh o yang ditinkan oleh syarikat lain. Ianya ada rasa madu (walaupun mungkin sedikit). 

Aku mahu mereka bagaimana teh o air yang dimaniskan dengan madu rasa. Aku mahu kurangkan penggunaan gula dalam pemakanan aku. Sekarang aku sudah tahu bagaimana rasanya (secara umum). Tadi sebelum tidur, aku bancuh teh o yang dimaniskan dengan madu. Aku simpan dalam bekas air yang besar dan dimasukkan ke dalam peti ais.

Esok aku akan bawa ke tempat kerja. Teh O ais madu yang sedap. Cuma aku guna Teh Earl Grey kerana aromanya yang sungguh menawan. Ia bagi aku adalah minuman yang sihat. Teh boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Madu sudah diketahui ramai mempunyai begitu banyak khasiat. Kos tidak berapa mahal tetapi berbaloi. Kamu tidak perlu turun ke kafe untuk membeli teh o ais yang dimaniskan dengan gula biasa setiap masa.

Ini baru bancuh air teh. Janganlah pula kamu suruh aku masak makanan yang sedap-sedap. Kamu akan dapat makanan hangus saja nanti.

Putrajaya Dari Sudut Presint 7

Siang tadi sewaktu aku berbasikal, sempat aku rakamkan suasana petang yang cerah dan damai. Mulanya aku berkayuh ke Presint 9, melihat rakan-rakan berlatih badminton di dewan tertutup sana. Dalam perjalanan balik ke Core Island, aku membelok ke Presint 7, di mana terletaknya Bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Jalan ke bangunan tersebut agak jauh dan di sepanjang jalan agak lengang, seperti terbiar. Tetapi, aku perolehi permandangan ini semua.


Masjid besi yang sentiasa kelihatan gah dari sudut mana sekalipun ianya dirakam.


Pejabat aku, dua dari kiri tersergam di samping pejabat-pejabat lain.


Jambatan Seri Gemilang di jauh sana dan langit petang bersama awan melakarkan keindahan alam.


Suasana di sebelah barat Putrajaya sebenarnya mendung dengan awan tebal menyelubungi langit.

Damai sungguh hidup ini sekarang. Terima Kasih Tuhan.

18.4.10

Siang Tadi Aku Berlawan Dengan Nafsu; Aku Kalah

Siang tadi punya cerita.

Awal pagi aku bergerak ke pejabat untuk menghadiri kursus. Aku berhenti di stesen minyak untuk membeli sarapan pagi; sanwich tuna dan telur bersama setin air teh boh madu (nanti aku ceritakan kenapa aku minum air ini). Dua benda itu sudah berjumlah 460 kalori, lebih kurang. Cukup untuk sepanjang pagi, kononnya.

Sewaktu rehat pagi, aku menjamah dua biji kuih. Aku pasti dua biji kuih itu pun sudah beratus kalori. Rehat tengahari dengan niat aku tidak akan makan, seperti hari semalam. Tetapi apabila melihat menu yang menarik; kari ayam dengan kentang dan daging (aku rasa rendang tok. entah), aku makan sepinggan. Sudah pasti beribu kalori aku suap ke dalam badan.

Selepas habis kursus petang tadi, ada jamuan. Aku menjamah dua tiga ketul (aku rasa lima ketul) kuih. Tidak perlu aku beritahu berapa kalori. Banyak.

Naik ke pejabat untuk menukar kasut dan di dalam fikiran aku mahu terus balik rehat. Ketika itu juga hati berkata, aku perlu berbasikal. Hari ini aku makan dengan banyak. Aku bergegas ke kereta, tukar pakaian sukan, naik semula ke pejabat, buka kunci basikal, simpan kamera dan wallet di dalam beg, pakai topi kaledar, turun ke jalan.

Aku berbasikal.

Kamu tahu betapa seksanya berbasikal dengan perut yang penuh makanan? Amat. Sekilometer aku berkayuh, aku sudah tercungap-cungap. Aku gagahkan juga kerana aku mahu kalau berbasikal, aku akan bakar sekurang-kurangnya 200 kalori (sepatutnya 300 ke atas). Aku berjaya lakukannya. Tetapi aku tahu ianya tidak membantu mengurangkan penangan makanan siang tadi.

Tapi cukup aku tahu bahawa aku sekurang-kurangnya melakukan sesuatu untuk menjaga kesihatan aku. Itu yang penting. Berbasikal ini amat baik untuk jantung dan boleh membantu mengurangkan kandungan gula dalam darah. En. Malek, ex-staff pejabat aku, selepas dia bersara dia cuma duduk di rumah dan berehat. Bila tiba pemeriksaan doktor, kandungan gula dalam badan dia meningkat jadi 15. Sangat tinggi untuk warga emas. Lalu anak-anaknya menghadiahkan sebuah basikal.

En. Malek menggunakan basikal ini dan berkayuh setiap malam selama sejam di sekeliling kawasan perumahan, di samping melakukan senaman. Sebulan kemudian, kandungan gula dalam darahnya berkurang kepada 7, kalau tidak salah. Itu buktinya. Tidak perlu makan apa-apa pil kimia. Cuma senaman.

Jadi aku sedang lakukan perkara yang sama. Senaman dengan berbasikal. Ianya sudah menjadi hobi aku dan aku obses dengannya. Setiap hari bila tiba petang, fikiran aku sudah set bahawa aku perlu berbasikal. Sebab itu bila aku nampak awan mendung, aku sedikit kecewa. Jangan salah faham, bukan aku salahkan keadaan. Aku kecewa kerana tidak boleh berbasikal. Itu saja.

Petang tadi aku berjaya berkayuh lebih kurang 15km. Cukuplah untuk membuang lebih kurang 200 kalori.

Senja tadi aku ke Jusco berhampiran rumah. Aku mahu beli sabun mandi dan buah epal. Kamu tahu, aku bukanlah manusia yang kuat menahan nafsunya. Aku berhenti di sebuah kedai dan makan beef teppanyaki.

Membazir saja buang 200 kalori. Hahaha.

17.4.10

Belajar Untuk Belajar

Sepanjang hari ini dan esok, aku berada di pejabat untuk menghadiri kursus Coaching and Mentoring. Siapa yang beri alasan tidak mahu pergi, kamu sendiri yang rugi. Setakat sehingga tengahari ini, keadaan program penuh dengan keceriaan dan gelak ketawa. Games mudah yang dilaksanakan memikat hati peserta untuk terlibat.

Kebanyakkan daripada peserta kursus ini (lebih 90%) adalah kakitangan lama di pejabat. Kiranya kita boleh gelar mereka 'Otai' dengan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Jadi menghadiri kursus sebegini dengan mereka adalah sungguh istimewa. Mereka yang kebanyakkan berpangkat tinggi pasti mempunyai pengalaman tersendiri bagaimana mengendalikan sub-ordinat mereka. Kursus sebegini boleh membuka ruang untuk mereka perbaiki teknik mereka.

Bagi aku pula, ini peluang aku untuk belajar sebanyak mungkin teknik, panduan dan cara-cara yang berkesan untuk memberi motivasi, galakan dan berkongsi ilmu dengan sub-ordinat nanti.

Namun begitu, aku datang ke kursus ini bukan dalam keadaan tidak tahu apa-apa langsung. Setakat tadi, banyak perkara yang diajar, sudah pun aku belajar sebelum ini di kursus Team Building yang aku sertai sebagai urus setia, seperti mengenali karakter manusia, membezakan sifat manusia dan jenis-jenis manusia. Cuma di kursus ini, penerangan yang lebih jelas aku perolehi dan ianya banyak membantu aku memahami dengan lebih mendalam.

Kalau kamu ditawar pergi ke kursus sebegini, Team Building, Anjakan Paradigma dan Pemikiran Kreatif serta Coaching and Mentoring, jangan cari alasan untuk tidak pergi. Kamu akan rugi banyak nanti. Peluang bukan datang selalu.

Kamu tahu apa pengajaran paling penting yang aku dapat di kursus-kursus sebegini? Aku dapat belajar mengenali diri sendiri; potensi, kelemahan, kelebihan, matlamat dan lain-lain serta aku boleh mencari jalan untuk sentiasa berfikiran positif.

Sekarang kamu tahu bagaimana aku mampu sentiasa berfikiran terbuka dan positif. ;-)

Trek Berbasikal Santai Sepanjang Presint 5 - 6, Putrajaya

Tiada idea untuk menulis, jadi aku siarkan video.





Sudah lama tidak berkongsi, ya.

16.4.10

Obsesi

Ada orang berkata aku semakin aktif dengan aktiviti, terutamanya bersukan. Betul. Itu pasti. Malah aku dalam perancangan untuk sibukkan lagi diri aku dengan bersukan.

Aku merancang untuk mula berenang. Putrajaya ada dua buah kolam renang awam yang buka hingga jam 10 malam. Jadi selepas berbasikal, selepas senja, aku boleh terus sambung berenang. Kenapa berenang? Ianya satu riadah/sukan yang cukup bagus untuk tone balik badan yang sudah gemuk. Tenaga yang keluar pun banyak. Lagipun berenang nampak cool. Hehehe.

Kemudian aku merancang untuk ke Taman Cabaran dan cuba Wall Climbing. Nampak susah sangat sebab guna hampir semua otot di badan. Jari, tangan, kaki dan semua otot kena kuat. Seperti berenang, panjat dinding pun nampak cool juga?

Apa lagi? Kalaulah Yoga tidak diharamkan, aku sudah pasti akan mencubanya juga. Hahaha. Entah, kata orang Yoga yang tidak ada unsur pujaan agama dibenarkan.

Kalaulah aku mulakan ini semua beberapa tahun lalu atau kalaulah selepas sekolah dulu aku tidak berhenti bersukan, pasti aku tidak risau dengan keadaan badan sekarang dan mungkin, secara teknikal, ada juga awek yang berminat. :D

Satu perkara bila aku bersukan sekarang, aku sentiasa mengambil kira berapa kalori yang digunakan selepas bersukan. Jadi makanan aku dikawal berdasarkan berapa banyak kalori yang dibakar. Kalau kurang, maka aku akan kurang makan. Kalau lebih, aku boleh 'indulge' diri aku dengan sedikit makanan yang aku suka.

Sasaran aku untuk tahap seterusnya adalah untuk membakar sekurang-kurangnya 300 kalori sehari. Aku juga akan pastikan bahawa jumlah kalori dari makanan yang aku makan setiap hari adalah cuma 2000 kalori sahaja. Jadi kalau aku guna 2500 kalori purata setiap hari, aku sebenarnya membakar 800 kalori (lemak dalam badan) sehari. Harap-harap begitulah.

Biar obses bersukan, jangan obses buat kerja merepek.

14.4.10

Arah Tujuan

Aku sedari sesuatu. Semenjak ada BlackBerry di tangan, aku kurang ada idea untuk menulis di sini. Puncanya mudah. Berbanding menulis blog, BlackBerry dengan Facebook dan Twitter yang sentiasa tersedia, aku boleh memberi update sepantas mungkin. Aku boleh rakam gambar dan ketika itu juga upload ke Facebook tanpa bertangguh. Aku boleh maklumkan keadaan yang sedang berlaku di sekeliling aku dengan mudah melalui Twitter.

Jadi bila tiba waktu untuk menulis blog, aku kekeringan idea. Aku sudah tidak ada cerita yang hendak dikongsi. Lagi sukar jika tiada gambar yang boleh dijadikan penyeri cerita. Kalau sekadar tulisan sebegini, aku risau ianya menjadi tawar.

Mungkin, blog ini perlu berubah menjadi blog yang lebih umum sifatnya. Lebih bersifat informasi yang mungkin ada orang yang akan memerlukannya. Bagaimana kata kamu, boleh? Aku mahu saja aku kekal sekali sekala disulam dengan cerita sebegini dan keluhan rasa hati?

Hakikatnya, rasa hati ini sekarang sentiasa ceria. Kalau ada sedih sekalipun, sukar benar hendak aku kongsikan dengan orang lain lagi. Aku mahu pendapat kamu semua sekiranya sudi berkongsi.

12.4.10

Mendengarmu II

Kadang-kadang kamu temui orang yang hidupnya dalam keadaan berputus asa. Kamu cuba bagaimana cara sekalipun, dia tetap kembali ke ruang kecewa dan deritanya. Apa yang boleh kamu buat lagi?

Kamu beri dia ruang. Biarkan dirinya dalam ruang itu untuk sementara waktu. Jangan kamu datang dan berkata kepadanya,

"Sabar ya"

atau

"Harap kamu bersabar dengan dugaan yang mendatang"

atau

"bawalah bersabar"

atau

"Awak, sabar itu separuh daripada iman"

Tidak perlu ucapkan itu kepadanya kerana mungkin orang pertama yang menasihatinya sudah memulakan ayat itu sebagai cara memujuk.

Kamu temani dia bersedih. Masih ingat lagi dengan kata-kata,

'Susah sama susah, senang sama senang'?

Nah, ini masa untuk kamu bersusah-susah dengannya. Temani waktu susahnya. Ratapi hibanya. Biar dia bercerita waktu sedihnya dan berikan 'bahu' kamu untuk dia bersandar, menangis.

Jangan lupa juga untuk ceriakan hatinya. Berikan baris-baris kata-kata semangat. Hiburkan hatinya sekali sekala dengan jenaka kamu. Itu yang sepatutnya kamu lakukan. Kamu lupakan seketika sedih dan nestapa kamu. Simpan untuk kemudian nanti. Buat masa ini, beri ruang untuk mereka bersedih dan kembali ceria.

Itu sebaik-baik sifat seorang sahabat, bukan? Entahlah. Kalau kamu jujur melakukannya, kamu akan berasa puas dan tenang selepas itu. Kamu akan berasa, hidup ini lebih indah begitu.

====

Bila aku menulis sebegini (seperti di atas), aku rasakan ianya seperti 'plastik'. Tiada jiwa di dalam baris-baris ayat yang ditulis. Apa yang aku mahu nyatakan sebenarnya? Tetapi perlakuan itu sendiri jauh lebih menarik dan lebih berbaloi daripada memberi deskripsi sebegini.

Ya, aku sedang lakukannya sekarang. Mendengar hiba seseorang kemudian cuba memberi gembira dan ceria kepadanya, sedaya mampu aku. Amat sukar, itu aku akui. Tetapi sekurang-kurangnya aku tahu dia sedikit ceria daripada sebelumnya.

Biarlah. Aku tidak suka lagi bercerita hal yang suram.

10.4.10

BlackBerry Sudah Dimiliki



BlackBerry 8520 Curve sudah berada dalam genggaman. Oh, sungguh teruja. Jangan minta. Aku sudah jatuh hati dengannya. Juga, jangan minta telefon lama aku. Aku masih guna kerana line Maxis aku masih diperlukan. Tetapi aku tidak pernah suka ada lebih daripada sebuah telefon di dalam poket seluar.

Nanti aku lihat bagaimana jadinya.

9.4.10

Hadiah (Kecil) Blog4FT


Aku sudah terima surat pengesahan aku memperolehi hadiah khas juri pertandingan Blog4FT tempohari. Tidak mengapa cuma sekadar hadiah kecil. Aku sudah cukup puas hati. Hadiah utama adalah sebuah kereta Peugeot 308!

Aku terima voucer Borders sebanyak RM100, sebuah telefon Blackberry 8250 Gemini (? Aku fikir ianya adalah 8520 Curve) dan pakej Celcom Broadband dengan langganan percuma sebulan. Okay juga. Voucer Borders pasti aku akan guna untuk beli buku yang menarik. Blackberry aku akan guna. Broadband aku masih belum tentukan apa yang akan aku lakukan.

Tahniah untuk diri sendiri. Kalau ada lagi pertandingan seumpama ini, inshaAllah aku akan cuba lagi. Kalau menang Peugeot 308, aku tidak akan tawar kepada sesiapa! Hahaha. Oh, esok aku mahu pergi ambil Blackberry dan broadband di Pavilion KL. Jom!

8.4.10

Lagenda Budak Setan Difilemkan


Aku bukanlah peminat filem melayu moden. Amat jarang aku menonton filem melayu di panggung wayang, melainkan kalau diajak oleh kawan-kawan. Aku juga bukanlah peminat novel melayu moden, tambah-tambah kalau ianya ada bau-bau cinta dan remaja. Kali terakhir aku membaca novel melayu, entah bila. Anehnya, aku sendiri sedang menulis novel, berbahasa melayu.

Filem Lagenda Budak Setan yang bakal dipertontonkan di panggung wayang Jun nanti diangkat daripada novel bertajuk sama karya Ahadiat Akasyah. Aku tidak pernah membaca novel ini. Tetapi suatu masa dulu, sewaktu zaman remaja aku, novel ini adalah novel paling popular di kalangan kawan-kawan, terutama kawan perempuan.

Aku suka apabila sebuah novel difilemkan dan aku pasti novel ini adalah novel yang cukup baik untuk difilemkan. Kalau tidak, masakan novel ini begitu laris suatu ketika dulu. Pasti mereka yang dulu cuma sekadar membayangkan adegannya di dalam mainan ilusi mereka akan ternanti-nanti filem ini.

Adakah aku akan menontonnya nanti? Bergantung kepada keadaan, ada atau tidak kawan yang mahu mengajak aku menontonnya. :-)

Jersi Baru Liverpool FC


Jersi Home Liverpool FC 2010/12 sudah keluar. Penaja juga sudah bertukar, Standard Chartered. Quite nice. :-)

Masa untuk kumpul duit dan dapatkan sehelai.

7.4.10

Patutkah Kerajaan Wujudkan Universiti Tadbiran Awam Khusus Untuk Penjawat Awam Malaysia?

Aku sedang sibuk berkira-kira untuk sambung belajar. Tiga pilihan universiti; Open University Malaysia, Wawasan Open University dan Universiti Teknologi MARA. Aku fikir sudah sampai masa aku serius untuk sambung belajar. Tidak ada apa halangan dan rintangan kerja di depan masa buat masa terdekat.

Kemudian aku terfikirkan suatu perkara.

Kenapa Perkhidmatan Awam Malaysia tidak menyediakan sistem pendidikan dalaman (internal) berkonsep universiti bagi kakitangannya yang berjumlah 1.2 juta orang? Maksud aku, agensi pendidikan perkhidmatan awam iaitu Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN) patut dinaik taraf menjadi universiti dalaman khusus untuk semua kakitangan kerajaan. Kursus apa yang hendak disediakan?

Begini caranya, aku beri contoh. Pertama;

Aku kerja di Jabatan Pendaftaran Negara. Banyak akta dan peraturan serta perlembagaan yang berkaitan perlu difahami dan diketahui oleh kakitangan terutama yang bergred KP (Keselamatan dan Pertahanan). Mereka bekerja sebagai kerani (pembantu pendaftaran bergred KP17) mungkin dari umur 20 tahun dan selepas lapan tahun, ada potensi untuk naik pangkat ke jawatan pembantu pendaftaran kanan dengan gred KP22. Faktor utama yang diberi pertimbangan adalah pengalaman kerja dan kemahiran/pengetahuan selain daripada memenuhi syarat lulus periksa dan menghadiri kursus wajib berkaitan.

Kenaikan di sini adalah dari segi gred pangkat dan gaji. Itu saja. Pengetahuan mereka juga banyak tetapi tiada pengiktirafan dari sudut itu. INTAN boleh wujudkan kursus bertaraf diploma, kita namakan Diploma Pendaftaran Negara, contohnya. Untuk memperolehinya, mereka perlu memenuhi syarat kelayakan dan mungkin termasuk ada peperiksaan dan penggredan mengikut tahun (sama seperti penggredan mengikut semester di universiti biasa). Mungkin, dalam masa yang lebih singkat, ada antara kakitangan yang boleh memperolehi diploma ini dan diploma ini boleh dijadikan pemberat untuk mereka memohon kenaikan pangkat kelak.

Selepas mereka memperolehi diploma, mereka boleh terus bekerja untuk mencapai tahap seterusnya dan mungkin boleh diberi diploma lanjutan atau ijazah.

Itu konsep pertama. Konsep kedua begini;

INTAN wujudkan kursus bertaraf diploma dan ijazah hingga mungkin doktor falsafah berkaitan dengan bidang kerja yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan. Setiap kakitangan yang berminat boleh memohon untuk belajar (sambilan sebaiknya) berkaitan dengan bidang kerja mereka. Jadi, kalau seorang itu bekerja di Jabatan Pendaftaran Negara, layaknya dia boleh memohon untuk belajar kursus berkaitan pendaftaran sahaja. Mungkin boleh diwujudkan Diploma Pendaftaran Negara, Ijazah Pendaftaran Negara Dalam Kelahiran, Kematian Dan Anak Angkat (dengan Kepujian) dan Master Pendaftaran Negara. Itu contoh.

Di sini, bukan sahaja seseorang itu bekerja sebagai penjawat awam dan memiliki ilmu yang banyak dalam bidang tugasnya, dia juga diaugerahkan dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Bukankah ini yang dimaksudkan dengan pembelajaran berterusan?

INTAN boleh diangkat menjadi peneraju sistem pendidikan dalaman sebegini, khusus untuk kakitangan kerajaan. INTAN boleh kenakan bayaran dan potongan gaji boleh dilakukan. Bayangkan, ada 1.2 juta penjawat awam di Malaysia. Kalau 1% daripada mereka mahu sambung belajar, sudah ada 12,000 orang pelajar.  Sijil-sijil yang diberikan boleh dijadikan syarat utama kenaikan pangkat.

Contoh lagi di Jabatan Pendaftaran Negara. Kini sudah diwujudkan perjawatan gred KP41 ke atas (taraf pegawai). Syarat sama dengan kemasukan untuk gred 41 ke atas lain. Pada fikiran aku, jawatan sebegini patut diisi oleh kakitangan yang berpengalaman luas dalam bidang tugas di Jabatan Pendaftaran Negara. Tetapi kebanyakkan mereka ini tidak mempunyai kelayakan dari sudut akademik. Maka wajar dipertimbangkan oleh kerajaan supaya diwujudkan kursus bertaraf diploma ke atas berkaitan bidang tugas dalam perkhidmatan awam khusus untuk penjawat awam.

Ia boleh membantu menghasilkan tenaga kerja yang lebih bermutu dan kompeten. Mereka tidak perlu bersusah payah memohon untuk belajar di universiti terbuka dalam bidang kursus yang tidak berkaitan dengan kerja yang mereka lakukan sekarang.

Kalau McDonald's boleh ada universiti sendiri, kenapa perkhidmatan awam tidak boleh? Kita kena lebih terbuka dan jauh berfikir untuk melihat signifikannya. INTAN yang selama ini lebih dijadikan tempat untuk kakitangan awam berkursus patut dinaiktaraf menjadi universiti khusus untuk 1.2 juta kakitangan awam melanjutkan pelajaran dan menambah ilmu di samping memperbaiki kualiti hidup mereka.

Ini cadangan aku. Kalau kamu terjumpa dan rajin hendak usulkan kepada orang yang lebih berpengaruh, silakan. Aku tiada halangan. Malah amat dialu-alukan.

Sekarang aku kena fikir, universiti mana aku perlu pilih untuk sambung belajar. Sigh.

6.4.10

Seronok Berbasikal!

Aku kepilkan di sini potret diri, aku rakam sendiri sekitar aku berbasikal sejak awal Mac lalu. Sudah hampir sebulan aku berbasikal setiap petang (hampir) dan ianya sentiasa memberikan pengalaman dan suasana yang baru.

Hari-hari terawal berbasikal. Kayuh 12km, sesak nafas.

Oh, perut aku. Itu punca utama aku berbasikal. Untuk membuang lemak yang sudah lama bertapa di dalam badan ini.

Gambar atas dan bawah di tempat yang sama, hari berlainan. Di puncak bukit di Taman Wawasan. Kamu perlu pergi di situ untuk melihat keindahannya sendiri.


Gambar atas dan bawah, di trail berhampiran Parcel C - F dan Dataran Putra. Laluan yang landai dan berpinggiran dengan tasik sungguh menenangkan fikiran.


Petang hujung minggu lalu, aku menanti senja berlabuh di tepi Jambatan Seri Saujana. Sungguh indah.

Siang tadi, sementara berehat setelah selesai berbasikal. Awan di kala senja semakin menjelang tiba membuat aku terhenti dan duduk menghargainya.

Oh, hidup ini sungguh bertuah. Terima Kasih kepadaNya.