2.4.10

Petang Mendung Dan Berbasikal

Tadi, lebih kurang jam 6.00 petang, aku keluar berbasikal. Hujan lebat yang sebelumnya membasahi Putrajaya sudah reda. Laluan penuh dengan air yang bertakung. Seperti yang aku kata, kalau jam 6.00 petang cuaca hujan menjadi reda, aku akan tetap berbasikal. Akibatnya, di penghujung kayuhan, badan basah dipercik air dari lopak-lopak di sepanjang laluan berbasikal.

Kemudian aku berhenti di sudut menghadap Masjid Putra. Sudah lama aku tidak merakamkan suasana di sini. Aku masih belum pernah?

Selepas hujan, suasana alam lebih damai. Cuacanya sejuk dan udaranya bersih. Mahu saja aku biar masa berlalu tanpa perlu aku lakukan apa-apa.

Aku juga sedari bahawa seni bina di bawah Jambatan Seri Wawasan sungguh menarik. Strukturnya dibina elegan dan simple. Tidak perlu ada kerawang untuk mencantikkan suasana. Cukup dengan seni bina yang 'simple' sebegini.


Menarik, ya?

Aku rakam juga basikal aku di sudut ini. Nampak sangat cool dan menarik.

Esok kalau diizinkan, aku mahu berbasikal sesi pagi. Sebelum bergerak ke Johor Bahru. InshaAllah. Tunggu dan lihat bagaimana.

No comments:

Post a Comment