31.8.07

Bunga Berapi

Tiga kali aku menonton pertunjukan bunga api di Putrajaya. 3 Kali terperangkap dalam jam. Tapi tidak mengapa. Puas hati dapat menonton sesuatu yang amat menarik. Malam semalam paling menarik hasil persembahan negara Jepun. Memang hebat. Semuanya bergegar dan meletup di atas, tidak ada yang bermain-main di gigi air yang menyusahkan orang yang tidak bertiket untuk menonton. Semalam pertunjukan bunga api Jepun adalah gaya klasik. Semuanya ditembak ke jauh di udara dan meletup dengan gegaran yang amat kuat dan percikan bunga api yang begitu cantik. Tradisional, klasik, simple tetapi menarik.

Mungkin sukar untuk menewaskan pasukan Australia dengan kehebatan teknikal mereka. Namun cukup puas hati melihat bunga api berdentuman di udara. Aku anggar lebih 100,000 umat yang datang menonton malam semalam dalam pertunjukkan selama 25 minit. Ada di antara mereka yang terpaksa tunggu lebih 4 jam kerana tidak sedar yang waktu persembahan telah dilewatkan ke jam 12 malam. Nak pusing balik, jalan dah jam teruk, jadi tunggu sajalah sambil duduk-duduk ditaman sekitar Putrajaya. Nasib malam Putrajaya semalam adalah segar (lepas hujan) dan tamannya cukup luas untuk semua orang. Ditengah boulevard pun ada taman. Ribuan kereta yang berderu masuk ke Putrajaya dengan sebahagian besar darinya tidak tahu selok belok jalan Putrajaya menyebabkan jam bertambah teruk. Waktu balik keadaan lebih teruk sebab kebanyakkan pemandu clueless dengan jalan yang ada depan mata mereka. Jadi terpaksa bawa slow dan belok secara tiba-tiba. Kesian. Tapi lebih elok dari sesak di KL. Sekurang-kurangnya di Putrajaya, jalan besar dan papan tanda arah jelas. Itu yang penting. Tapi bagi orang macam aku yang 3/4 jam dalam seminggu berada di Putrajaya, selok-belok jalannya sudah aku hafal. Aku tahu di mana untuk mengelak jam dan melalui jalan-jalan 'dalam' Presint di Putrajaya untuk keluar. Walaupun akhirnya terpeangkap juga di pintu keluar utama namun sekurang-kurangnya aku tidak terperangkap dalam jam di dalam Putrajaya sendiri. Tapi sampai di rumah hampir 2.30 pagi juga... Puas.

28.8.07

Seterusnya Bermula Dari Sini...

Seterusnya bermula dari sini aku akan ceritakan perkara yang lebih cerah dari semalam. Tidak lagi aku mahu bicarakan perihal kecewa dan seumpamanya. Ianya tidak membawa apa-apa erti.

Seterusnya bermula dari sini aku akan tuliskan perihal bahagia dalam hidup yang tidak derita. Tidak lagi aku mahu perkatakan apa jua mengenai perasaan yang gelap dan seumpamanya. Ianya hanya merugikan saja hidup ini.

Seterusnya bermula dari sini aku akan penuhi ruang ini dengan gambaran indah dari sudut pandanganku sendiri. Tidak lagi aku selitkan wajah suram aku dan seumpamanya. Ianya akan menjadi lebih bermakna dan istimewa.


Floria Putrajaya
Canon EOS350D

27.8.07

Bertukar

Tiga tahun dan akhirnya bertukar...

22.8.07

Meninggalkan Sebentar Tadi

James Blunt - Cry Lyrics

I have seen peace. I have seen pain,
Resting on the shoulders of your name.
Do you see the truth through all their lies?
Do you see the world through troubled eyes?
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

I have seen birth. I have seen death.
Lived to see a lover's final breath.
Do you see my guilt? Should I feel fright?
Is the fire of hesitation burning bright?
And if you want to talk about it once again,
On you I depend. I'll cry on your shoulder.
You're a friend.

You and I have been through many things.
I'll hold on to your heart.
I wouldn't cry for anything,
But don't go tearing your life apart.

I have seen fear. I have seen faith.
Seen the look of anger on your face.
And if you want to talk about what will be,
Come and sit with me, and cry on my shoulder,
I'm a friend.
And if you want to talk about it anymore,
Lie here on the floor and cry on my shoulder,
I'm a friend.

====

Mood kurang ceria. Sehari dua ni memikirkan tentang apa yang telah dilalui dan apa yang bakal dihadapi kemudian nanti. Patutkah aku sangkakan ianya akan menjadi seperti yang selalu aku lalui? Berputar-putar pada paksi yang sama tanpa arah tujuan.

Seperti hari Sabtu lepas. Aku 'sesat' di MidValley dan melilau tanpa arah tujuan. Hasratnya ingin membeli sesuatu tetapi sudah habis. Aku datang dari jauh dengan tren semata-mata untuk dapatkan satu barang itu saja dan ianya habis. Maka aku tiada arah tujuan selepas itu. Tidak tahu kemana lagi harus aku pergi. Aku perhatikan sekeliling dan melihat orang - mereka gembira. Sekurang-kurangnya aku lihat mereka gembira. Aku ketika itu tidak tahu apa yang aku rasakan. Aku mahu hadiahkan sesuatu kepada seseorang, tetapi selepas hari ini aku jadi keliru. Kenapa perlu aku lakukan sebegitu? Menghadiahkan sesuatu kepada seseorang yang aku sentiasa hargai dan kemudiannya tahu aku takkan perolehi apa-apa darinya melainkan sebuah ucapan terima kasih. Selepas itu dia akan mencari damai bersama orang lain, bukan aku.

Adakah aku mengharapkan balasan dengan apa yang telah aku lakukan? Tidak, aku tidak mengharapkannya. Tetapi dalam hati ini ada suatu perasaan, sekurang-kurangnya sebuah penghargaan. Dalam hati menyatakan selama ini aku buat sesuatu yang baik untuk seseorang, sekurang-kurangnya dia pandang aku sedikit lebih dari orang lain. Kalau sama saja pandangannya, apa makna segala kebaikkan yang kita berikan? Terkilan mungkin. Atau kecil hati. Tetapi tidak sehingga menyebabkan benci. Cuma kecil hati kerana tiada penghargaan yang sewajarnya diterima.

Seperti hari ini apabila menghulurkan sedikit juadah untuk rakan-rakan. Hanya dengan mereka mengatakan ianya sedap walaupun hakikatnya tidak sebegitu, sudah cukup untuk menceriakan hati dan perasaan kita. Itu sebuah penghargaan kecil secara tidak langsung yang kita mahu terima. Kita harapkannya dalam kita tidak sedar.

Takpelah. Aku masih sebenarnya bahagia. Cuma kadang kala keliru antara realiti hidup dengan andaian hidup. Mungkin kerana aku rabun warna, aku tidak dapat melihat warna-warna hidup seperti yang orang lain nampak. Pandangan aku pudar dan tidak seindah mereka. Tapi dimata ini tetap indah, dan ianya hanya untuk aku dan aku saja menghargainya.

Aku sudah letih membahagiakan hidup orang. Orang tak pernah minta jadi tak perlu lagi aku beri tanpa disuruh. Kerana aku pasti mereka ada cara dan jalan sendiri untuk sentiasa gembira. Aku mahu hidup tenang dan menikmati segala saat masa ini berlalu. Selebih dari itu, aku biarkan takdir menentukan. Andainya hidup ini dimasa mendatang lebih membahagiakan, ianya aku syukuri. Kiranya hidup ini akan melalui suram di masa mendatang, aku tetap akan lalui seperti hari-hari yang aku lalui.

Cry, oleh James Blunt adalah sebuah penghargaan untuk hidup aku sebentar tadi. Selepas ini aku tidak sebegitu lagi...

19.8.07

Rumah - Pejabat - Rumah - Pejabat - Rumah - Wayang?



Hari ini hari Ahad. Aku masih bekerja di pejabat. Semalam pun kerja. Esok hingga penghujung minggu depan pun akan masih bekerja. Isnin kemudiannya aku akan terus sambung bekerja. Entah sampai bila tapi selagi belum ada yang mampu buat kerja yang aku buat, aku tak fikir aku boleh rehat dihujung minggu.

Apabila tiba dirumah, badan sudah letih. Minum la berapa tin Ali Cafe Tongkat Ali, Livita atau Red Bull, badan akan tetap letih. Ia sudah banyak kali protes. Semalam kaki aku protes habis-habisan. Hingga hari ini masih terasa sakit di tumit kaki akibat berjalan di MidValley tanpa arah tujuan.

Hidup sudah jadi monotone. Makan pun benda yang sama setiap hari. Balik rumah, tidur. Mungkin disebabkan aku telah pinjamkan PC aku kepada seseorang, maka malam aku tidur lebih awal. Kalau tidak mungkin aku akan terus berjaga hingga lewat malam. Aku habiskan masa sebelum tidur dengan games SimCity atau membaca. Itu yang lebih kurang aku lakukan. Sekarang ini lebih banyak membaca. Maka timbunan National Geographic sentiasa ada disebelah tilam. Kadang-kadang aku beli sendiri, yang secondhand. Murah dan masih banyak yang aku belum baca terutama sebelum tahun 2000. Selebihnya aku bawa pulang dari library pejabat. Tidak ada sesiapa selain dari aku yang membaca National Geographic di library tu. Aku boleh ambil edisi yang terbaru dan perap di meja kerja sehingga sebulan dan tiada sesiapa yang akan bertanyakan mengenainya. Mereka lebih selesa membaca majalah Kereta, URTV dan yang berkaitan dengannya.

Entah kenapa aku suka baca National Geographic. Mungkin kerana gambarnya yang menarik. Mungkin artikelnya yang menarik. Tapi pastinya gaya ianya diceritakan. Tidak seperti rencana tetapi lebih kepada suatu perjalanan. Penulis seperti membawa kita bersama dalam pengembaraan mereka. Aku jarang baca novel. Terlalu jarang. Satunya kerana novel mahal dan aku tidak cukup kaya untuk beli. Keduanya novel cuma ada satu cerita... National Geographic ada banyakkkk cerita.

Oh, aku baca majalah. Popular Mechanics, Popular Science, Newsweek, Time, Tempur, Perajurit, Max-It, Top Gear dan beberapa majalah lain. Tapi entah kenapa, aku tidak suka pada URTV, Mangga dan yang serupa dengannya. Tidak menarik untuk membaca perihal artis yang 99% darinya aku tidak kenal.

Tapi aku bukan buta seni. Aku suka muzik, filem dan seni. Cuma aku tidak suka rencah seni ala Malaysia. Tidak sedap. Terlalu masin, terlalu manis dan terlalu tawar. Aku suka lagu yang menyanyikan lirik-lirik yang indah, dan tak ada mengenai tapak sulaiman! Aku suka filem. Malah sejak aku kecil aku dah jadi kaki wayang. Aku sanggup beli tiket RM2.50 untuk menonton wayang cina yang aku langsung tak faham jalan ceritanya. Atau mungkin masa tu aku nak skodeng orang buat projek dalam panggung wayang? Hahaha. Mungkin. Sekarang aku akan pastikan yang aku menonton filem baru yang ditayangkan di pawagam. Cuma aku agak keberatan nak menonton filem melayu. Setakat tahun ini aku cuma menonton Mukhsin, Zombie Kampung Pisang dan Jangan Pandang Belakang saja. Yang lain, tak payah la. Aku nak menonton cerita tikus dah beberapa hari ni. Aku dah book untuk menonton Khamis lepas tetapi terpaksa batalkan. Aku fikir-fikir, mahu saja aku menontonnya petang ni... dan seterusnya...

Menyebabkan aku berfikir kembali mengenai keadaan diri aku. Amat-amat letih dan perlukan rehat yang banyak. Bangun pagi tadi seperti aku tidak mahu bangun. Sudah lama tak tidur sepanjang hari. Sudah lama tak tidur siang. Sudah lama tidak berehat dihujung minggu di rumah. Maka mungkin aku batalkan saja niat aku untuk menonton wayang harini. Ada baiknya aku berehat saja.

Esok-esok pun ada lagi.

18.8.07

Persona Atau Pesona?

Proton dah keluarkan model baru. Model baru ke? Tak juga. Mungkin sepatutnya Proton keluarkan Persona dulu, baru keluarkan Gen.2. Baru nampak sesuai. Tapi kalau Proton Persona keluar dahulu, kemudian baru Gen.2 keluar, aku rasa Proton akan bertambah teruk. Proton Persona ni jauh lebih bagus dan menarik dari Gen.2. Malah jauh lebih baik daripada Waja, mungkin. Aku terfikir nak beli. Tapi banyak perkara yang menyebabkan aku berfikir dua kali.

Kalau nak beli yang base-line, serupa macam beli tong sampah beroda. Tak ada apa yang menarik. Kalau nak beli medium-line, kena pula beli wing kecil belakang yang kosnya RM950. RM950 untuk sekeping plastik yang dilekatkan pada bonet belakang. Aku tanya salesman, takde option ke kalau tak nak? Dia cakap takde dan menambah plastik yang ditampal pada bonet belakang Proton Persona ini membantu kereta ini melekap pada permukaan jalan dengan lebih baik. Berapa laju yang aku nak bawa sehingga Proton Persona boleh terbang kalau tak guna sayap belakang tu?

Kemudiannya speaker. Kalau base-line, ada dua saja. Kalau medium dan high-line ada empat. Berapa harga dua buah speaker yang dikurangkan untuk Persona base-line tu? RM500 sebuah ke? Speaker je pun. Kalau letak empat dengan RMS yang lebih kurang dari medium dan high-line, apa salahnya. Takde la aku nak komplen sebab aku pasti orang akan pasang 3rd party punya nanti. Tapi still, aku bukan suka ubahsuai kereta.

Sport rim tak menarik perhatian aku jadi aku tak kisah kalau dia nak bagi rim besi untuk base line. Boleh tukar nanti. Nasib tak bling-bling macam Satria Neo.

Aku sebenarnya suka Proton Persona. Sedan, nice line dan nice stance. Tak terlalu pelik macam Honda City dan tidak terlalu gedik macam Vios. Aku tak peduli berapa laju ianya boleh pergi sebab aku takkan pandu laju sepanjang hari setiap masa. Aku tak peduli berapa besar bonet atau berapa senang nak letak barang dalam bonet sebab aku takkan penuhi bonet tu dengan durian atau pasir. Aku cuma mahu kereta yang 'reasonable'. Kalau aku nak jimat minyak, baik aku beli kereta elektrik, atau Honda Civic Hybrid atau basikal. Kalau aku nak laju, baik aku beli bugatti Veyron atau basikal. Kalau aku nak ruang yang luas, baik aku beli lori kontena atau basikal. Aku nak kereta yang biasa. Yang bila aku drive, rasa biasa.

Bila nak beli? Nantilah...

12.8.07

Merepek Di Hujung Minggu

Aku lihat kaum india berpiket dihadapan Putra Perdana harini. Menuntut pembelaan diatas kemiskinan dan kemunduran hidup mereka. Patutlah jalan masuk ke Putrajaya dipenuhi dengan roadblock dan yang peliknya menahan bas yang membawa penumpang kaum india. Aku ingatkan mereka pendatang dari negara India tau pekerja estate yang buat rombongan tiada permit bas, rupanya ada piket.

Cuma sekarang ni aku lihat ramai orang india yang berjaya. Agak pelik juga ramai kaum india yang suka beli kereta berjenama Nissan. Kenapa ye? Tapi aku perhatikan ada satu masalah dengan anak-anak muda kaum india. Mereka lebih kurang sama dengan orang melayu, suka melepak dan buat bising tak tentu pasal. Tapi yang hebatnya anak-anak muda india ni, mereka mungkin rasa agak kebal. Mereka boleh berdiri di tengah jalan tanpa rasa apa-apa ketakutan. Kalau kereta nak lalu, kereta kena mencelah. Mereka boleh berkumpul depan pintu lift sambil berbual dengan nada yang tinggi dan kalau orang nak guna lift, pandai-pandai la menyelit. Mereka takkan bergerak walau seinci. Apa yang kurang dengan anak-anak muda india sekarang ialah modesty, sopan santun dan budi bahasa. Namun mereka jauh lebih bertimbang rasa berbanding anak muda cina. Atau sesetengah anak muda melayu yang tak fikir mereka melayu lagi. Anak muda india terlebih gah dengan pakaian ala rappers Amerika kerana mungkin warna hampir sama. Aku sudah jarang melihat identiti kaum india dalam jiwa mereka. Well, semasa aku dalam keadaan kebulur dahulu, keluarga india sebelah rumah yang beri aku makanan. Alas perut. Jadi aku tidak ada masalah dengan orang india. Malah jiran aku sekarang adalah orang india yang setiap kali aku balik dari kerja, mereka pasti akan menyapa. Orang melayu sebelah rumah nak nampak senyum sedikit pun susah.

Dan aku tidak juga anti kepada kaum cina. Malah masa kecil dahulu aku pernah bersekolah di sekolah cina dan belajar bahasa cina. Cuma sekarang dah lupa. Aku masih ada member cina yang baik dan kalau berjumpa, mesti ada gurauan fizikal yang berlaku. Mereka selesa berbahasa Melayu tanpa kekok. Aku rasa kaum cina yang berkerja dikelilingi oleh orang melayu atau bangsa selain daripada mereka jauh lebih bertoleransi berbanding dengan yang bekerja sesama mereka.

Cuma kadang-kadang aku agak pelik dengan pemandu cina (tidak semua), mereka agak single minded apabila memandu. Memandang kehadapan sepanjang masa seperti tidak ada apa-apa disekeliling mereka. Namun, sekarang anak-anak muda melayu lebih kurang sama je begitu. Malah lagi besar ekzos kereta, lebih susah mereka nak beri ruang kepada orang lain memandu.

Kenapa perlu perkatakan semua ini? Kerana tidak lama lagi hari ulang tahun ke 50 Malaysia merdeka. 20 tahun lalu aku rasa hubungan antara kaum di Malaysia lebih mesra berbanding sekarang. Kemana perginya semua itu?

11.8.07

Cerita Mengenai Gambar

Tiga koleksi catatan bergambar sebelum ini adalah ayah dan emak bersama cucu pertama mereka. Anak adik aku yang ketiga. Obviously aku takde anak lagi dan belum berkahwin. Menariknya ayah dan emak adalah tarikan mereka terhadap budak kecil. Walau sesiapa saja pun pasti akan sukakan mereka berdua dan mereka akan layan budak kecil sama seperti mereka layan anak mereka sendiri.

Anak saudara aku yang baru bangun tidur terus mendapatkan ayah aku untuk baring dan merasa senang dalam dakapan datuknya, sementara melihat kelibat aku yang tidak pernah dia lihat sejak beberapa hari dia dilahirkan dulu. Itu kali terakhir dia melihat aku (mungkin dia tidak melihat pun) hingga hujung minggu lepas. Aku balik dengan Canon Digital SLR D350 dengan niat hanya satu, aku merakamkan telatah anak saudara aku yang seorang ini. Aku dapat banyak dan hasilnya adalah seperti yang korang lihat dibawah. Menarik bukan?

How Cute Is Cute - 3

Datuk, Nenek dan Cucunya...





7.8.07

How Cute Is Cute - 2

Datuk dan cucunya...





How Cute Is Cute - 1

Datuk dan cucunya...





2.8.07

Lagu Jahat!

Bahasa Cinta

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak kutunjuk perasaan

O dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hemm... Hemm
Dinda puspa gemala
Mestika kanda

Namun musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda

P.Ramlee - Anakku Sazali

====

Simple tapi begitu indah bahasanya. Ada satu lagi.

====

Berkorban Apa Saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

P.Ramlee - Hang Tuah

====

Menarik bukan ayat dan bahasa yang digunakan dalam lirik lagu melayu lama. Tidak terlalu over dan tidak terlalu menunjuk. Ianya semudah menyatakan sebuah penghargaan dalam bahasa yang jelas. Tidak perlu lautan api untuk direnangi dan tidak perlu perumpamaan tapak sulaiman... Which is weird.

Ada lagi...

====

Bulan Dipagar Bintang

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

P.Ramlee & Saloma (Neng Yatimah) - Pendekar Bujang Lapok

====

Kenapa lagu melayu sekarang tidak boleh mengeluarkan ayat semudah lagu-lagu diatas? Kenapa perlu ada tapak sulaiman? Kenapa perlu ada perkataan yang tidak sedap langsung untuk digambarkan dalam sebuah lagu?

And ths is my favorite song...

====

Nak Dara Rindu

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

P.Ramlee - Bujang Lapok

====

Simple tetapi amat-amat meruntun jiwa kepada yang mendengarnya. Aku tak kata semua lagu melayu sekarang tidak menarik. Ada yang aku selalu dengar sebab ianya menarik. Nyanyian M.Nasir, Nash, Adibah Amin, Hazami dan ramai lagi yang begitu sedap untuk didengari dan kalau dimainkan, ianya menenangkan jiwa. Yang pasti dalam lagu mereka tidak ada yang mereka sebutkan mengenai tapak sulaiman atau apa-apa perkataan yang pelik untuk didengari dalam sebuah lagu yang indah. Apa kes dalam lirik lagu ada ayat "main tarik tali"? Saja nak bagi double meaning ye?

Lepas tu "papa jahat" la.. dan lain-lain perkataan yang aku fikir hanya pada tahun 80an saja orang sanggup menggunakannya. Kalau pun Loloq tulis lirik dengan ayat yang pelik tetapi ianya tidak begitu dominan dalam lagu tersebut. Ini kalau lagu "papa jahat" tu, memang sengaja menekankan ayat "papa jahat" tu. Aneh.