Aku lihat kaum india berpiket dihadapan Putra Perdana harini. Menuntut pembelaan diatas kemiskinan dan kemunduran hidup mereka. Patutlah jalan masuk ke Putrajaya dipenuhi dengan roadblock dan yang peliknya menahan bas yang membawa penumpang kaum india. Aku ingatkan mereka pendatang dari negara India tau pekerja estate yang buat rombongan tiada permit bas, rupanya ada piket.
Cuma sekarang ni aku lihat ramai orang india yang berjaya. Agak pelik juga ramai kaum india yang suka beli kereta berjenama Nissan. Kenapa ye? Tapi aku perhatikan ada satu masalah dengan anak-anak muda kaum india. Mereka lebih kurang sama dengan orang melayu, suka melepak dan buat bising tak tentu pasal. Tapi yang hebatnya anak-anak muda india ni, mereka mungkin rasa agak kebal. Mereka boleh berdiri di tengah jalan tanpa rasa apa-apa ketakutan. Kalau kereta nak lalu, kereta kena mencelah. Mereka boleh berkumpul depan pintu lift sambil berbual dengan nada yang tinggi dan kalau orang nak guna lift, pandai-pandai la menyelit. Mereka takkan bergerak walau seinci. Apa yang kurang dengan anak-anak muda india sekarang ialah modesty, sopan santun dan budi bahasa. Namun mereka jauh lebih bertimbang rasa berbanding anak muda cina. Atau sesetengah anak muda melayu yang tak fikir mereka melayu lagi. Anak muda india terlebih gah dengan pakaian ala rappers Amerika kerana mungkin warna hampir sama. Aku sudah jarang melihat identiti kaum india dalam jiwa mereka. Well, semasa aku dalam keadaan kebulur dahulu, keluarga india sebelah rumah yang beri aku makanan. Alas perut. Jadi aku tidak ada masalah dengan orang india. Malah jiran aku sekarang adalah orang india yang setiap kali aku balik dari kerja, mereka pasti akan menyapa. Orang melayu sebelah rumah nak nampak senyum sedikit pun susah.
Dan aku tidak juga anti kepada kaum cina. Malah masa kecil dahulu aku pernah bersekolah di sekolah cina dan belajar bahasa cina. Cuma sekarang dah lupa. Aku masih ada member cina yang baik dan kalau berjumpa, mesti ada gurauan fizikal yang berlaku. Mereka selesa berbahasa Melayu tanpa kekok. Aku rasa kaum cina yang berkerja dikelilingi oleh orang melayu atau bangsa selain daripada mereka jauh lebih bertoleransi berbanding dengan yang bekerja sesama mereka.
Cuma kadang-kadang aku agak pelik dengan pemandu cina (tidak semua), mereka agak single minded apabila memandu. Memandang kehadapan sepanjang masa seperti tidak ada apa-apa disekeliling mereka. Namun, sekarang anak-anak muda melayu lebih kurang sama je begitu. Malah lagi besar ekzos kereta, lebih susah mereka nak beri ruang kepada orang lain memandu.
Kenapa perlu perkatakan semua ini? Kerana tidak lama lagi hari ulang tahun ke 50 Malaysia merdeka. 20 tahun lalu aku rasa hubungan antara kaum di Malaysia lebih mesra berbanding sekarang. Kemana perginya semua itu?
No comments:
Post a Comment