22.9.05

Lily

26/9 ni birthday Lily, adik angkat aku yang paling lama setakat ni. Dari tahun berapa ye? Rasanya tahun 1999. Lama tu. Mula kenal macam IRC dulu, aku ingat dia tua dah atau terlampau garang nak mampos. Ye la nampak berlagak je.

Kalau dia tak tegur aku, jangan harap aku nak tegur dia. Rupanya tak jauh dari kampung aku. Sampai sekarang aku masih rapat dengan budak Lily ni walaupun jarang sangat dah jumpa. Tapi baik macam tu jugak.

Sekarang dia dah jadi cikgu matematik di Kamunting, Perak. Mula dulu punya la bertegas taknak jadi cikgu. Habis dah takde kerja, terpaksa la apply. Sekarang dah dekat 2 tahun jadi cikgu. Bagus la. Dapat sekolah pun dekat kampung sendiri.

Dia dah mintak hadiah, apa hadiah aku nak bagi ni?

20.9.05

Uhhhhh... Aaaaa.... Cantiknya!

Aku tengah sibuk menghias pejabat. Ikutkan kerja orang perempuan yang 3/4 jumlahnya tapi seorang pun tak buat. Pemalas betul. Atau memang mereka mengaku tak kreatif. Ye la, takat nak buat solekan gaya perkahwinan mungkin terer la. Tapi nak buat interior design untuk opis, beku otak kot.

Kemudian ada seorang brader yang diakui memang pandai melukis ditugaskan untuk decorate opis. Ini sebab orang gomen takde kerja la ni. Ye la tu. Sibuk gile dengan kerja tau tak. Ini pun curi-curi masa buat hiasan sebab ada pertandingan keceriaan pejabat. Pelik. Patut la orang awam kata orang gomen takde kerja. Sebab menyibuk ditempat lain.

Jadi brader tadi ajak la aku tolong buat dengan dia decorate opis. Mungkin sebab dia tahu aku mahir guna komputer. Senang tugas dia. Dia design artwork, aku buat guna komputer. Mulanya bos besar (dia ni jenis pilih bulu) memang tak berminat nak ambil tahu atau memang tak minat sebab orang yang buat kerja bukan orang-orang dia. Tapi bila hari semalam dia datang, dia terkejut tengok kami decorate opis dan tunjuk proposal bagaimana carta organisasi akan kelihatan nanti siap dengan laser color print lagi. Tak pasal-pasal dia jadi minat dan tak habis-habis memuji. Kami buat deco bodoh pun dipujinya. Kemudian dia minta tambah itu ini. Agaknya dia dah minat. Tapi masalahnya nak keluar modal tak nak. Duit kelab memang banyak. Bayangkan kalau sekali jual kertas terpakai dan kotak-kotak tak berguna boleh dapat sampai RM200 sebulan. Tambah yuran kelab RM2 sebulan seorang. Memang cecah ribu RM. Tapi nak minta RM50 untuk print poster pun susah. Itu ini ditanya. Keluar duit nak makan senang je. Sebab itu juga korang tengok orang gomen sihat-sihat. Ada saja jamuan makan. Nak pindah bahagian dalam satu bangunan yang sama pun dibuat jamuan makan perpisahan. Nak dapat anak pun buat jamuan juga.

Jadi sekarang masih tengah sibuk mendeco opis. Bila siap nanti sure gempak. Selama ni orang dok fikir bahagian rekod JPN je yang hebat deco opis (ye la, bukan ada kerja pun mereka tu). Nanti tengok unit PC macamana.

====

Aku takde nak komen apa pasal Pengarah Imigresen tu. Realitinya dia memang tahu ada sambutan persaraannya dan mungkin dia tak tahu kos berapa tapi dia tahu dia akan dapat macam-macam. Kalah Mawi dapat hadiah menang AF3.

Itu realiti pegawai atasan kerajaan. Mewah melampau dan kadang-kadang aku rasakan terlampau mewah. Beza antara pegawai atasan dengan pekerja bawahan macam langit dengan bumi baik dari segi pendapatan, taraf dan status. Malah aku berani akui, terdapat gaya-gaya kasta dalam sistem pentadbiran. Pegawai atasan menikmati segalanya. Malah kalau korang pergi tengok Putrajaya, rumah pegawai besar melampau. Tapi rumah untuk kerani dibagi apartment dan itu pun kena tunggu queue sampai entah berapa lama.

Aku bukan anti kerajaan. Aku hargai apa yang kerajaan buat. Tapi kadang-kadang aku rasa kerajaan tidak bersikap adil dengan kakitangan bawahan yang bekerja bertungkus lumus setiap hari. Mereka ini yang berdepan dengan orang awam sepanjang masa; dimaki, dimarah, dikutuk dan macam-macam lagi. Kalau ada kes pun, pegawai memang bertanggungjawab. Tapi akhirnya nanti kakitangan bawah yang akan ditukarkan tempat kerja dan dikena itu ini tindakan. Pegawai tetap pegawai.

Dan memang bahaya kalau melawan pegawai. Senang-senang kita boleh ditukarkan kehulu ceruk mana atau senang-senang dia boleh abaikan kenaikan pangkat kita. Sistem sekarang patut diperbaiki atau dirombak langsung. Banyak aku lihat kenaikan pangkat tidak ikut kemahiran tapi seniority. Ada yang langsung tak reti buat kerja tapi kalau pandai bodek, senang saja dapat naik pangkat. Yang pandai tapi diam, sampai pencen la duduk ditempat yang sama.

Sepatutnya ada jemaah nazir yang pergi keliling dan melihat setiap seorang kakitangan. Mereka menilai secara langsung tanpa gangguan pegawai atasan kakitangan tersebut. Itu lebih adil.

Berbalik pada sambutan persaraan RM5 juta. Apa nak hairan, Kastam memang kaya. Terlampau kaya. Jadi tak perlu nak hairan sangat. Lain la kalau RM5 sambutan persaan untuk Pengarah Hal Ehwal Orang Asli. Itu pelik. Patut siasat habis-habisan. Faham tak?

15.9.05

Yang Membuatkan Aku Tak Tidur Malam

Sambung pasal PC baru aku. Heh.

Aku guna AMD Sempron 2500+ 64Bit Soket 754 dengan motherboard Asrock (cikai gila) yang boleh di upgrade kepada soket 939 untuk akan datang. RAM aku guna Apacer DDR400 512MB. Grafik pula aku cuma guna ATI Radeon 9550 256MB, DVD-ROM Drive Samsung, dan casing Tsunami Pisces Ps-47 Series kaler hitam. Sound card masih guna yang lama, Creative Sound Blaster! Live. Monitor masih pakai Philips 704S 17" Flat Screen. Kalau nak tengok apa benda yang aku beli, klik saja link yang aku sediakan tu. Setakat ni PC aku masih beroperasi dalam keadaan normal.

Observasi setakat ini; Grand Theft Auto San Andreas, gameplay okay dengan screen resolution aku set pada 800x600 dengan setting lain aku set pada medium dan high. Tapi kalau sengaja buat banyak letupan (baling bom tangan sebanyak mungkin), gambar jerking sikit tapi masih boleh main. Unreal Tournament 2004, gameplay okay dengan setting resolution pada 800x600 dan setting lain aku set pada high. Seperti biasa loading ambil masa, tapi masa gameplay, smooth habis. Kira okay la. Aku bukan jenis main games gila-gila dasyat.

Apa yang belum cukup? Aku nak beli speaker baru. Altec Lansing ATP3 aku dah rosak. Hajat dihati nak beli Altec Lansing MX5021 dengan sistem THX. Harga semasa sekarang ialah RM550. Ye, memang cuma 2.1 tapi kesan bunyi lebih baik dari 4.1 atau 5.1 biasa. Dan juga nak dapatkan Logitech™ MX1000 Laser Cordless Mouse dan juga kalau la boleh, AMD 64bit Dual Core. Itu saja.

Nanti la aku ambil gambarnya.

10.9.05

Techno Geek

At last aku beli juga laptop walau bukan milik aku. Tapi puas hati la sebab dapat buat laptop macam harta sendiri. Jenis Acer Travelmate 2419NCLi. Cosnya RM3000 tepat. Aku upgrade RAM 512MB DDR 533Mhz. Itu je yang penting. Nak upgrade hard disk, katanya nanti warantty void. Jadi kansel. Screen 15" dan combo drive. Okay la tu. Nak beli yang lain, aku rasa tak berbaloi. Kalau pandai jaga, tahan lama. Kalau tak pandai jaga, beli IBM ke, Apple ke, Fujitsu ke pun akan rosak juga.

Kemudian aku upgrade PC aku sendiri. Tukar kepada AMD 64 bit yang aku idam-idamkan sejak sekian lama. Baru sekarang dapat. Cuma dapat soket 754 buat masa sekarang tapi motherboard boleh support soket 939 dengan cuma tambah extension card. RAM 512 MB dulu buat masa sekarang. Grafik cuma ATI Radeon 9550 saja. Takpe la buat sementara waktu. Casing tukar kepada Tsunami warna hitam berkilat dengan 4 biji lampu biru yang berkelip-kelip bila hard disk beroperasi. Cool.

Nanti aku cerita lagi.

3.9.05

Laptop on The Way

Nak kemana harini? Agaknya aku kena tawaf Low Yat Plaza lagi sebab nak check harga terbaru Laptop yang bakal dibeli minggu depan. Dua choice yang aku short listed masa mula-mula buat survey, Toshiba dan Acer. Harga bawah RM3000 sebab itu saja yang aku mampu. Toshiba dengan prosesor Celeron, 256 DDR Ram, 40GB HDD, ATi Intergrated graphics dengan 64MB shared memory, Surround sound system dan 15" CVS screen. Acer pula dengan Pentium M, 256MB DDR2 Ram, 40GB HDD, 128MB Intel Extreme II graphics (shared memory), sound system dan 15" XGA screen.

Aku pernah guna Toshiba suatu masa dulu. Memang hebat dan memang dasyat. Pernah suatu masa dibiarkan laptop to on 24 jam tanpa apa-apa masalah. Suatu masa dulu dizaman laptop seberat batu-bata, Toshiba berada di tangga nombor 1 dunia sebagai pengeluar laptop. Sekarang sudah jadi milik DELL.

Aku pun pernah guna Acer. Takde apa masalah tetapi memang dari segi built quality boleh dipersoalkan. Dan aku tak yakin ianya mampu bertahan macam Toshiba.

Cuma yang menarik minat aku terhadap Acer berbanding dengan Toshiba ialah, satu, prosesor. Acer guna Pentium M iaitu salah satu set komponen Centrino. Sesuatu laptop kiranya mahu dikenali sebagai Centrino, perlu ada prosesor Pentium M, motherboard dengan chipset Intel dan sistem wireless (WIFI) Intel juga. Bila ada tiga set lengkap ini, barulah ianya digelar Centrino. Kalau takde salah satu komponen, tak boleh gelar Centrino. Jadi kalau ada Pentium M pun dah cukup menarik sebab berbanding Celeron yang digunakan oleh Toshiba, bezanya besar. Performance berbeza. Satu lagi yang menarik minat aku dengan Acer ialah penggunaan RAM DDR2 berbanding dengan Toshiba yang guna RAM DDR saja. DDR2 lebih bagus performance. Tapi apa pun jenis ram, aku akan upgrade tambah sekurang-kurangnya 512MB lagi. Jadi 768MB. Sesuai dengan Windows XP Pro.

Tapi Toshiba ada kelebihannya juga. Sound System guna Surround. Itu cukup menarik. Tambah lagi guna ATI graphics processor. Lagi baik dari pakai Intel. Paling bagus, screen LCDnya guna CVS (crystal bright), jauh lebih baik dari LCD yang biasa. Paling menarik ialah, Toshiba dah bagi bundle Windows XP Home dan Office One Note. Acer tak bagi apa-apa pun. Tapi tak signifikan bagi aku.

Jadi harini aku kena pergi survey lagi. Nak tengok yang mana betul-betul menarik dan mungkin ada lain jenama/model yang lebih okay.