29.7.07

Something Else

Check this out...

Something Else

22.7.07

Naik Bas Boleh?

Tak dapat juga nak balik hujung minggu ni. Terpaksa mengharungi kerja yang menimbun. Kalau difikirkan, apalah sangat kerja dengan balik kampung kan? Tapi masalahnya kalau aku seorang saja yang tahu melakukannya, ia adalah satu masalah. Bukan tiada yang tahu melakukannya tapi buat masa ini, hanya aku seorang yang betul-betul faham dengan karenah mesin dan keadaan dan juga kerja yang terpaksa dilakukan. Tak apa, bos kata minggu depan aku baliklah ke kampung.

19.7.07

Arrrr...

Sakit kepala. Tapi leganya sebab buku annual report dah pun siap. Cuma tinggal hantar percetakan dan cetak. 2 minggu beberapa hari untuk aku siapkan berbanding hampir 6 bulan untuk mamat sekor tu untuk siapkan draf. Sekarang dia sedang seronok ber'cuti' di Port Dickson sedang aku bakal menyambung tugas seterusnya yang mungkin akan membuat aku sibuk sehingga awal September nanti.

Nampaknya setakat ini hanya aku seorang saja yang mahir menggunakan iMac di pejabat ni. Sedang orang dari bahagian IT sendiri terpinga-pinga mencari kotak CPU yang sebenarnya terbina di belakang skrin LCD 20". Susah sangat ke iMac? Susah sangat ke Apple?

Kalau aku, memang tak susah. Lagi susah rasanya kalau nak operate Linux atau OS/2. Malah aku rasa lebih mudah dari WinXP. Tell you what, beli satu, guna. Aku rasa dalam masa sebulan, korang akan lebih suka Apple dari yang lain. Itu hakikatnya. Tapi kalau susahati juga, buat dual boot dan pasang Windows XP. Jadi boleh guna dua OS dalam satu PC.

Isk... Malas nak menulis. Bye.

13.7.07

Patriotik 101 : Warisan, The Song

Dua lagu yang berbeza maksud dan ceritanya...

WARISAN

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

====

Ne Me Quitte Pas

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut soublier
Qui senfuit dj
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Moi je toffrirai
Des perles de pluie
Venues de pays
Oþ il ne pleut pas
Je creuserai la terre
Jusquaprs ma mort
Pour couvrir ton corps
Dor et de lumire
Je ferai un domaine
Oþ lamour sera roi
Oþ lamour sera loi
Oþ tu seras reine

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Je tinventerai
Des mots insenss
Que tu comprendras
Je te parlerai
De ces amants-l
Qui ont vu deux fois
Leurs coeurs sembraser
Je te raconterai
Lhistoire de ce roi
Mort de navoir pas
Pu te rencontrer

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

On a vu souvent
Rejaillir le feu
De lancien volcan
Quon croyait trop vieux
Il est parat-il
Des terres brules
Donnant plus de bl
Quun meilleur avril
Et quand vient le soir
Pour quun ciel flamboie
Le rouge et le noir
Ne spousent-ils pas

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

Ne me quitte pas
Je ne vais plus pleurer
Je ne vais plus parler
Je me cacherai l
A te regarder
Danser et sourire
Et tcouter
Chanter et puis rire
Laisse-moi devenir
Lombre de ton ombre
Lombre de ta main
Lombre de ton chien

Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas
Ne me quitte pas

-translation di bawah-

Don't leave me
We must forget
All we can forget all we did till now
Let's forget the cost of the breath
We've spent saying words unmeant
And the times we've lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

I'll bring back to you the pearls of rain
From a distant domain where rain never fell
And though I grow old I'll keep mining the ground
To deck you around in gold and light
I'll build you a domain where love's everything
Where love is king and you are queen
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
For you I'll invent
Words and what they meant only you will know
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
There's a story too that I can confide
Of that king who died from not meeting you
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

And often it's true that flames spill anew
From ancient volcano's we thought were too old
When all's said and done scorched fields of defeat
Could give us more wheat than the fine April sun
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren't they joined in the sky
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To look at you and see you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be for you the shadow of your shadow
The shadow of your hand the shadow of your dog
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Lagu: Ne Me Quitte Pas
Nyanyian Asal: Jacques Romain Georges Brel (Jacques Brel) - 1959
Nyanyian Bahasa Inggeris: Nina Simone


====

Kalau korang tertanya-tanya, lagu kedua tu adalah lagu yang dimainkan semasa adegan berdansa dalam cerita Mukhsin karya Yasmin Ahmad. Ntah kenapa aku suka dengar lagu ni. Bila aku semak balik siapa penyanyinya, Jacques Brel. Lagu Peranchis rupanya. Patutnya bunyinya sedap. Dia nyanyi dengan penuh feel walau bila baca balik liriknya dalam bahasa Inggeris, tak la menarik sangat. Boleh kata hampir setiap hari aku akan dengar lagu ni di pejabat. Sengaja aku pasang bila aku sedang beri tumpuan dengan kerja. Macam... Fikir... fikir... Apa la mamat ni nyanyi?

Kemudian aku teringat lagu Warisan yang selaku aku nyanyikan semasa di MRSM dulu. Entah sekarang ada lagi tak lagu tersebut dinyanyikan. Bila besar baru aku tahu ianya adalah lagu propaganda UMNO-BTN. Tapi sebenarnya aku sukakan lagu tersebut. Ada kalanya kalau dihayati betul-betul, boleh mengalir air mata apabila menyanyikannya; tambah-tambah kalau nyanyi ramai-ramai.

Ianya mengisahkan perjuangan orang melayu. Maka mungkin sebab itu, lagu ini tidak dinyanyikan di dalam radio atau TV. Sensitif mungkin. Semasa di MRSM dulu, kami student sentiasa diterapkan dengan semangat bangsa. Semangat cintakan negara dan semangat perjuangan menegakkan maruah bangsa, negara dan agama (tengok betul-betul turutan tu...). Tapi kalau diingatkan balik, ianya bukan berlandaskan perjuangan menentang cina, india dan apa saja bangsa yang ada dalam Malaysia ni. Ia lebih bersifat mencabar bangsa sendiri agar bangun! Buka mata! Berubah!

Jelasnya, Jacques Brel menyanyikan lagu Ne Me Quitte Pas dengan penuh emosi dan perasaan dan ianya membawa kita bersama dalam lagu tersebut. Lagu Warisan itu wajar dinyanyikan sebegitu; penuh dengan emosi dan perasaan. Maka pada waktu itu, tidak hairan apabila melihat ada diantara kami yang mengalir air mata apabila menyanyikan lagu tersebut.

Cuma sekarang, apabila sudah 15 tahun meninggalkan lagu tersebut, aku melihat di sekeliling aku. Mereka yang mengalir air mata bila menyanyikan lagu tersebut mungkin sudah lupa. Mereka yang dalam hati tersemat perasaan ingin membawa perubahan, mungkin sudah tawar rasanya. Mereka yang melaungkan dengan sepenuh perasaan ayat terakhir lagu tersebut,

Melayu Kan Gagah Di Nusantara

...sudah tidak melayu lagi. Aku pun sudah begitu... Sudah tidak melayu di bumi melayu ini.

12.7.07

Indian Spices, Indonesian err.. Dangdut.

Ada naik bas awam tak kebelakangan ni? Terutama kalau dari Mines ke Putrajaya waktu awal pagi orang sibuk nak masuk kerja. Ramai betul pendatang asing. Dari pekerja tapak projek binaan sampai makcik cleaner. Semuanya pendatang asing. Indonesia paling ramai. Pakistan, Nepal, Myanmar... Kenapa ye? Tak tak cukup ke orang Malaysia nak kerja di Malaysia?

Aku tak kisah kalau mereka nak datang kerja sini. Kerja. Tapi aku letih menghadapi karenah budaya mereka. What is wrong with Indonesian male workers? Perasan tak ramai antara mereka yang berkuku panjang. Aku ingatkan orang perempuan saja yang suka berkuku panjang walau hakikatnya sekarang aku jarang nampak senario begitu. Mesti first impression bila kita nampak lelaki indo yang berkuku panjang, sure fikir; nak gaduh, nak pertahan diri... Begitu kan?

Dan orang Pakistan, India... semua yang dari Asia Selatan. Kemaruk perempuan ke mereka ni? Mereka tengok perempuan macam nampak emas berbungkal-bungkal. Sengih sepanjang masa. Kalau boleh nak bersandar tepi dengan perempuan yang mereka usha tak sudah-sudah tu. Well, mereka hensem (tak semua la). Maka mungkin dengan itu mereka rasa ada peluang untuk menarik minat perempuan Malaysia. Tapi mereka usha orang cina jugak? Huh. Pelik juga lelaki belah sana ni. Mungkin mereka jarang nampak perempuan disana. Atau mungkin pakaian sana terlalu erm... tidak menarik berbanding disini menyebabkan mereka lebih tertarik dengan keayuan gadis melayu yang berbaju kurung, yang berkebaya atau sang perempuan cina dengan skirt pendek dan baju body hugging. Mungkin begitu.

Aku tak tahu apa perasaan orang perempuan bila dalam situasi ditenung begitu, tapi ada sekali sekala yang aku nampak mereka tidak selesa. Tapi takkan aku nak pergi marah mamat-mamat ni pulak kan?

Apa yang aku maksudkan? Terlalu ramai mereka dan terlalu menjengkelkan. Mana pergi Imigresen dan Rela ni? Aku takde kad kuasa walau aku boleh buat. Tapi aku takkan guna. Buat susah diri nanti...

11.7.07

Seize The Day

Carpe Diem


Dulu aku selalu anggap segala yang berlaku dalam hidup adalah takdir. Segala yang aku hadapi, aku kena terima. Maka bila aku alami 'kekalahan' dalam hidup, ianya adalah sebuah kekalahan. Bila aku kecewa dalam hidup, ianya adalah kecewa. Dan bila aku putus asa dalam hidup, ianya adalah putus asa. Sedang aku lupa sebenarnya apa yang berlaku adalah sebahagian dari hidup aku. Kalau niat aku untuk gagal, maka aku gagal. Kalau niat aku untuk berjaya, insyaAllah akan pasti berjaya.

Maka
Carpe Diem
dengan hidup ini. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, aku tidak tahu sesuatu perkara, bukan bermakna aku tidak tahu selama-lamanya. Cuba dulu, baru tahu.

Segalanya mungkin, kan? Hehe.

Kenapa menulis pendek sehari dua ni? Erm... Aaa... Tiada alasan.

10.7.07

Iklan Hari Ini

Tidak perlu kecewa. Bersabarlah. Hidup ini tidak selalunya indah. Hidup ini juga tidak selalunya diatas laluan lurus. Bersabarlah. Kerana ini adalah satu perjalanan. Suatu masa nanti kita akan sampai juga kemana yang hendak kita tujui.

Kalaulah semudah begitu ayat yang boleh diluahkan untuk mendamaikan hati sesiapa saja, pasti manusia akan tenang dan bahagia sepanjang masa... Harapnya begitu.

1.7.07

Ugutan...

Kenapa manusia ni kadang-kadang buat sesuatu tindakan yang amat-amat bodoh. Well, tindakan bodoh tu rasa macam dah biasa buat. Tapi yang amat-amat bodoh tu pasti akan kita buat juga nanti, tanpa kita sedari mungkin.

Contohnya mengugut orang lain. Bodoh sangat-sangat. Ini bukan zaman polis duduk di balai polis 30 batu dari rumah. Ini zaman polis ada dimana-mana. Dan zaman orang pandai guna polis. Dulu mungkin kita kata tak payah la report pada polis kalau orang ugut kita walau ugut tu rasanya macam main-main je. Tapi sekarang, sedikit ugut saja, pasti ianya boleh jadi serius.

Adik aku Asyikin kena ugut dengan bekas teman lelakinya. Dari apa yang aku dengar buat masa ini, ianya serius. Aku sendiri yang suruh Asyikin lapor saja pada pihak polis. Tambah pula ada bukti berupa SMS. Aku cakap kalau boleh rakam saja ugutan kalau dia call. Tapi dah ada SMS pun rasanya sudah cukup. Memang lelaki tu buat tindakan yang amat bodoh. Mungkin fikirnya, ugutan dia tidak akan dibalas apa-apa. Tapi bagi aku, ianya serius. Kalau ianya melibatkan keselamatan orang lain, aku patut suruh orang itu buat perkara yang terbaik; report pada polis. Selepas itu, pihak polis saja yang boleh ambil tindakan lanjut.

Kalau dah putus, terima saja dengan hati yang terbuka. Tak perlu terlalu mengikut perasaan. Paling menghairankan aku, mereka dah putus hubungan hampir setengah tahun yang lalu. Kenapa sekarang tiba-tiba bertindak agresif? Kenapa sekarang mahu mengugut? Sementara mempunyai hubungan dahulu, sering kali Asyikin mengadu betapa dia tidak diperdulikan. Lelaki tu lebih mementingkan kawan-kawan. Berjudi dan bersosial. Itukah contoh yang terbaik untuk dia jadikan alasan untuk mempertahankan hubungan?

Aku fikir dia mungkin terdesak dengan keadaan sekarang. Mungkin kawan-kawan yang selama ini menjadi tulang belakangnya, telah pergi. Mungkin hidupnya tidak sesenang dahulu. Tapi apa pun keadaannya, dia tak berhak, tak patut langsung mengugut orang lain. Itu bukan jalan terbaik. Malah itu adalah tindakan paling bodoh seseorang boleh buat. Kerana mengugut orang dah boleh diletakkan di bawah kanun keseksaan. Kes berat. Siapa yang susah? Sendiri susah, dan keluarga, dan orang lain yang terlibat.

Harapnya tiada apa-apa akan berlaku menjelang jam 12 malam ini...