1.7.07

Ugutan...

Kenapa manusia ni kadang-kadang buat sesuatu tindakan yang amat-amat bodoh. Well, tindakan bodoh tu rasa macam dah biasa buat. Tapi yang amat-amat bodoh tu pasti akan kita buat juga nanti, tanpa kita sedari mungkin.

Contohnya mengugut orang lain. Bodoh sangat-sangat. Ini bukan zaman polis duduk di balai polis 30 batu dari rumah. Ini zaman polis ada dimana-mana. Dan zaman orang pandai guna polis. Dulu mungkin kita kata tak payah la report pada polis kalau orang ugut kita walau ugut tu rasanya macam main-main je. Tapi sekarang, sedikit ugut saja, pasti ianya boleh jadi serius.

Adik aku Asyikin kena ugut dengan bekas teman lelakinya. Dari apa yang aku dengar buat masa ini, ianya serius. Aku sendiri yang suruh Asyikin lapor saja pada pihak polis. Tambah pula ada bukti berupa SMS. Aku cakap kalau boleh rakam saja ugutan kalau dia call. Tapi dah ada SMS pun rasanya sudah cukup. Memang lelaki tu buat tindakan yang amat bodoh. Mungkin fikirnya, ugutan dia tidak akan dibalas apa-apa. Tapi bagi aku, ianya serius. Kalau ianya melibatkan keselamatan orang lain, aku patut suruh orang itu buat perkara yang terbaik; report pada polis. Selepas itu, pihak polis saja yang boleh ambil tindakan lanjut.

Kalau dah putus, terima saja dengan hati yang terbuka. Tak perlu terlalu mengikut perasaan. Paling menghairankan aku, mereka dah putus hubungan hampir setengah tahun yang lalu. Kenapa sekarang tiba-tiba bertindak agresif? Kenapa sekarang mahu mengugut? Sementara mempunyai hubungan dahulu, sering kali Asyikin mengadu betapa dia tidak diperdulikan. Lelaki tu lebih mementingkan kawan-kawan. Berjudi dan bersosial. Itukah contoh yang terbaik untuk dia jadikan alasan untuk mempertahankan hubungan?

Aku fikir dia mungkin terdesak dengan keadaan sekarang. Mungkin kawan-kawan yang selama ini menjadi tulang belakangnya, telah pergi. Mungkin hidupnya tidak sesenang dahulu. Tapi apa pun keadaannya, dia tak berhak, tak patut langsung mengugut orang lain. Itu bukan jalan terbaik. Malah itu adalah tindakan paling bodoh seseorang boleh buat. Kerana mengugut orang dah boleh diletakkan di bawah kanun keseksaan. Kes berat. Siapa yang susah? Sendiri susah, dan keluarga, dan orang lain yang terlibat.

Harapnya tiada apa-apa akan berlaku menjelang jam 12 malam ini...

1 comment:

renny said...

has she made the report? its better that she does it immediately. at least there is a record of his threats, it helps a lot if something were to happen to her...good luck to her though

Post a Comment