12.7.07

Indian Spices, Indonesian err.. Dangdut.

Ada naik bas awam tak kebelakangan ni? Terutama kalau dari Mines ke Putrajaya waktu awal pagi orang sibuk nak masuk kerja. Ramai betul pendatang asing. Dari pekerja tapak projek binaan sampai makcik cleaner. Semuanya pendatang asing. Indonesia paling ramai. Pakistan, Nepal, Myanmar... Kenapa ye? Tak tak cukup ke orang Malaysia nak kerja di Malaysia?

Aku tak kisah kalau mereka nak datang kerja sini. Kerja. Tapi aku letih menghadapi karenah budaya mereka. What is wrong with Indonesian male workers? Perasan tak ramai antara mereka yang berkuku panjang. Aku ingatkan orang perempuan saja yang suka berkuku panjang walau hakikatnya sekarang aku jarang nampak senario begitu. Mesti first impression bila kita nampak lelaki indo yang berkuku panjang, sure fikir; nak gaduh, nak pertahan diri... Begitu kan?

Dan orang Pakistan, India... semua yang dari Asia Selatan. Kemaruk perempuan ke mereka ni? Mereka tengok perempuan macam nampak emas berbungkal-bungkal. Sengih sepanjang masa. Kalau boleh nak bersandar tepi dengan perempuan yang mereka usha tak sudah-sudah tu. Well, mereka hensem (tak semua la). Maka mungkin dengan itu mereka rasa ada peluang untuk menarik minat perempuan Malaysia. Tapi mereka usha orang cina jugak? Huh. Pelik juga lelaki belah sana ni. Mungkin mereka jarang nampak perempuan disana. Atau mungkin pakaian sana terlalu erm... tidak menarik berbanding disini menyebabkan mereka lebih tertarik dengan keayuan gadis melayu yang berbaju kurung, yang berkebaya atau sang perempuan cina dengan skirt pendek dan baju body hugging. Mungkin begitu.

Aku tak tahu apa perasaan orang perempuan bila dalam situasi ditenung begitu, tapi ada sekali sekala yang aku nampak mereka tidak selesa. Tapi takkan aku nak pergi marah mamat-mamat ni pulak kan?

Apa yang aku maksudkan? Terlalu ramai mereka dan terlalu menjengkelkan. Mana pergi Imigresen dan Rela ni? Aku takde kad kuasa walau aku boleh buat. Tapi aku takkan guna. Buat susah diri nanti...

1 comment:

Dahlia said...

Hmm.. saya ada 9 Indonesian ladies yang bekerja dgn saya. Nak kena ingatkan dia org potong kuku kemas2 sentiasa...

Post a Comment