30.12.11

Selamat Tahun Baru 2012


Yang Terbaik

Aku tangguh dulu sambungan cerita Cuti Musim Tengkujuh. Maklumlah, sudah hujung tahun. Mesti ada cerita-cerita berkaitan penghujung tahun, azam tahun hadapan dan lain-lain yang berkaitan. Seperti tahun lepas, aku senaraikan beberapa perkara yang aku anggap ianya terbaik sepanjang tahun 2011.

Berakhirnya Zaman Bujang
Setelah lebih 36 tahun, aku mengakhiri zaman bujang pada 4 Jun 2011. Hidup ini sesungguhnya sesuatu yang luar biasa. Tiada dalam perancangan atau jadual hidup tetapi tiba-tiba ianya wujud menjadi realiti. Maszura Ahmad menjadi pilihan hati walaupun hanya berkenalan lebih kurang setahun. Betul kata orang, cinta itu buta. Kita meraba-raba cari dan kita genggam apa saja yang kita capai. Tetapi yang paling baik untuk kita saja yang mampu kita ambil untuk meneruskan perjalanan hidup bersama.

Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah membantu menyempurnakan majlis ini. Aku terhutang budi terhadap anda semua seumur hidup ini.

Rumah Sendiri
Setelah lebih 36 tahun dan setelah hampir 10 tahun bekerja di Lembah Klang ini, aku akhirnya memiliki rumah sendiri. Rumah bersama isteri tersayang. Walaupun ianya sekadar pangsapuri sederhana, cukuplah buat berteduh dan membina keluarga. Kami siapkan apa saja yang mampu untuk masa depan dan keselesaan hidup. Ada sedikit wang lebih, kami beli kelengkapan rumah yang perlu. Malah lebih sebulan kami hanya baring di lantai kerana sofa belum dibeli ketika itu.

Sekarang ianya semakin menjadi ruang damai kami.

Bakal Penyeri Hidup
September lalu menjadi cacatan hidup yang paling bermakna buat aku dan Zura. Setelah diperiksa oleh doktor di sebuah klinik, Zura disahkan mengandung anak pertama kami. Syukur tidak terhingga. Setiap hari ianya suatu perjalanan dan pengalaman baru.

Zuriat adalah suatu keajaiban dalam hidup ini. Hanya perlu dilalui untuk menikmatinya. Semoga dipermudahkan segala urusan, InshaAllah.

Filem
Tahun ini agak jarang aku dan Zura menonton di pawagam. Banyak juga filem yang kami terlepas dari menonton.
Bagi kategori filem, aku angkat Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4) sebagai filem terbaik tahun ini. Pertamanya kerana pengarahnya, Brad Bird. Filem-filem beliau sebelum ini seperti The Iron Giant dan The Incredibles tidak pernah mengecewakan aku dan MI4 berjaya diangkat menjadi filem aksi yang bijak dan 'cool'.
Bagi kategori filem animasi, aku pilih Rango. Ini disebabkan kerana ada beberapa filem animasi penting yang aku tidak sempat tengok seperti Cars 2 dan Puss In Boots. Tetapi Rango adalah filem anti-hero yang sangat menarik lakonan Johnny Depp.
Ada dua lagi filem yang aku fikir patut disenaraikan di sini. Pertamanya adalah Real Steel kerana Zura sangat suka filem ini dan kedua The King's Speech. The King's Speech adalah filem tahun 2010 yang aku baru tengok di Astro beberapa hari lepas. Sangat menarik.

Muzik
Tahun 2011 juga aku sedikit kurang mendengar lagu-lagu baru. Tumpuan aku di tempat lain, mungkin. Tetapi ada beberapa lagu yang menarik telah aku dengar. Ada antara lagu tersebut merupakan lagu lama dan ada lagu terbaru.

Lagu paling mengusik jiwa aku tahun ini adalah You Belong To Me nyanyian Jason Wade. Lagu ini sebenarnya sebuah lagu lama tetapi dinyanyikan semula oleh penyanyi kumpulan 3 Doors Down yang mempunyai suara yang sangat cool.
Lagu terbaru yang aku suka adalah Jars of Hearts nyanyian Christina Perry. Lagu dan muzik videonya sangat menarik.
Fotografi
Tahun ini, seperti tahun 2010, aku kurang berfotografi. DSLR aku sudah rosak dan kamera kompak aku hilang. Hanya yang tinggal sekarang adalah kamera di BlackBerry yang kabur dan kurang berkualiti.

Aku bercadang untuk membeli sebuah kamera baru di tahun 2012. Aku pasti banyak saat-saat manis dan istimewa yang aku akan rakam sepanjang tahun hadapan.

Bagi aku, foto lanskap terbaik aku pada tahun 2011 adalah foto ini;
Foto ini dirakam di Kuala Kedah beberapa bulan sebelum aku dan Zura berkahwin. Kami berdua mencari lokasi untuk fotografi outdoor perkahwinan kami. Sayangkan ketika hari perkahwinan, cuaca tidak mengizinkan dan fotografi di kawasan ini terpaksa dilupakan.

Fotografi potret terbaik aku pada tahun 2011 adalah foto ini;
Hanya kerana si kecil ini sangat comel!

Itulah sedikit sebanyak perkara yang terbaik dalam hidup aku sepanjang tahun 2011. Semoga 2012 yang bakal tiba nanti akan memberi lebih kebaikan dan kedamaian dalam hidup ini.

28.12.11

Politicians And Their Deceptions

**Wednesday Is English Language Day For This Blog**

I am suppose to continue my story from my previous post. Since today is Wednesday which is English Day for this blog, I think it is better for me to write about something else.

I went to the East Coast for about five days. One thing that I can't really stand was the journey. Man, it was long and tiresome. Imagine having to drive the same length of journey from Malacca to Kedah in 11 hours! The problem with the journey is that only half of it was done on highways. The rest of the journey was on public road full of traffics.

Here lies a puzzle. Why Terengganu and Kelantan are so backward in term of transportation infrastructure? To think that this two states have more than 90% of their population from the Malay group of people makes me wonder even more. Why are they so neglected? Why are they being sidelines from development when the biggest political party from both political divide are malay's parties which always scream that they 'take care and protect' malay interest?

All that I can see is that people in Kelantan and Terengganu are being f**ked-up by their politicians. More over, they are being left out in the nation's development so much so that when I went there, I thought that I was in another country!

We are breeding politicians that are taking advantages of the people that support them. These politicians are into the politics for their own interest in expense of people's votes. They makes tonnes of money during their tenure as MPs yet, we public have to bow to them like slave.

I have said many times that it is the politicians who at any moment must respect the people who votes them to power. The must bow to our demand. They are the one who should go around and look for things that can make lives better for the people. They should comes to the people to look after and care for, not the other way around.

One way or another, we must change the way people think about MPs, the politicians and how this country should be rule; equality for all.

27.12.11

Cuti Musim Tengkujuh - Part 1

Lima hari bercuti, meredah Titiwangsa menuju negeri-negeri di timur. Pahang sekadar melintas datang dan pergi. Terengganu menjadi teratak penghilang lelah, penyambung silaturrahim. Kelantan menjadi syurga warna warni kertas-kertas petak bertukar tangan.

Aku patut menulis novel. Ya, aku tahu.

Lima hari bercuti, mengikut saudara mara (sebelah Zura) menziarahi abang mereka di Setiu, Terengganu. Perjalanan lebih 10 jam dengan Proton Exora yang mampat dengan 10 orang penumpang, sedangkan muatan selesa cuma tujuh, dan lapan sudah terasa sesaknya. Aku menjadi pemandu kedua, ternyata lebih tahu jalan di pantai timur dari semua mereka yang di dalam kereta.

Jam tiga pagi bertolak dari Bandar Sunway. Aku menenami biras yang memandu. Kereta dia. Penumpang lain di belakang sama ada tidur-tidur ayam atau sudah lena diulit mimpi. Sekali sekala mereka terjaga melihat suasana sekitar yang kelam. Kami sempat berhenti di Gambang, meregang kaki, merehatkan badan. Aku dan beberapa orang lain menjamah nasi goreng pedas yang disediakan oleh mertua. Memang pedas. Akibatnya aku sakit perut. Beberapa kali terpaksa ke tandas.

Sampai di Kemaman, suasana sudah siang. Kami melefon saudara di Setiu.

Mendung menyambut kami sepanjang masa kami di Pantai Timur

"Siapkan sarapan pagi! Kami akan tiba tidak lama lagi!" Lebih kurang begitu yang kami beritahu kepada mereka di Setiu. Tidak kami sedari dari Kemaman ke Setiu masih ada empat jam perjalanan! Sampai di Marang, biras sudah kepenatan. Mungkin kerana dia masih belum rehat sejak habis bertugas sebagai polis malam sebelumnya.

Menghilang lelah dan mengisi perut di Rantau Abang

Aku menyambung pemanduan dengan lebih berhati-hati (sedia maklum biras adalah pelumba Formula 1).  Tiba di Kuala Terengganu jam sudah menunjukkan 11 pagi. Kami berhenti seketika untuk meregang badan dan menunaikan hajat-hajat yang sudah tersimpan lama sejak dari Kemamang (pun intended).

Aku melihat peta di telefon. Aku melihat tanda arah di sepanjang jalan. Mana ada tempat bernama Setiu? Memang tidak ada. Setiu adalah sebuah daerah di Terengganu. Bandar utamanya adalah Permaisuri, di mana di situ terletaknya premis-premis penting bagi daerah Setiu. Lalu aku terus memandu menuju Setiu. Kali terakhir aku sampai di kawasan itu adalah kira-kira 28 tahun lalu. Aku langsung tidak dapat bayangkan keadaannya ketika itu.

Bandar Permaisuri, Setiu

Tiba di rumah biras, kami semua terkapar keletihan. Aku yang masih belum tidur sejak malam sebelum, lena di atas sofa di luar rumah. Sekali sekala bayu lembut mengusap tubuh badan. Sarapan pagi yang diminta awal pagi oleh kami menjadi makan tengahari. Nasi dagang. Tetapi di Setiu, nasi dagangnya adalah versi Kelantan. Tidak menepati selera aku tetapi tidak mengapa.

Rumah biras tempat kami menginap sepanjang di Pantai Timur

Lewat petang, biras mengajak kami menikmati suasana pantai di Penarik sambil dijamu dengan udang, sotong dan ikan goreng tepung yang katanya begitu popular di kawasan tersebut. Tidak menghairankan. Ketika di kedai, begitu ramai orang yang sedang menikmatinya.

Kedai udang, sotong dan ikan goreng tepung Hasnik, Penarik, Terengganu. Cubalah jika anda tiba di sini. Sedap!
Udang goreng tepung Penarik. Memang sedap.

Ombak musim tengkujuh di Penarik sungguh menggerunkan. Badai yang menghempas pantai dengan bunyi 'amarah'nya memberi amaran agar kami tidak pergi jauh dari daratan. Kami hanya bermain di gigi air, membiarkan sisa ombak membasahi kaki di mana kami berdiri.

Ombak laut musim tengkujuh di Pantai Penarik, Terengganu.

Malam pula sempat kami berkaraoke di sebuah pusat karaoke kampung. Suasana yang panas dan sistem bunyi yang memekak telinga membuat aku lebih senang berada di luar bilik karaoke. Lewat jam 11 malam baru kami pulang. Makan malam sudah sejuk tetapi tetap kami jamah dengan penuh nikmat. Esok perjalanan masih jauh. Kami mahu ke sempadan negara.

Itu hari pertama di Pantai Timur.

19.12.11

Bercuti

Khamis nanti cadangnya hendak berjalan-jalan ke Terengganu dan Kelantan. Keluarga sebelah Zura yang hendak berjalan. Aku ikut saja. Sedangkan aku sedikit keberatan memandangkan sekarang musim cuti sekolah dan musim hujan. Tidak berapa 'seronok' hendak berjalan-jalan. Jika sampai di Kota Bharu mencari barang, mungkin harganya lebih mahal dari biasa.

Kemudian mereka rasanya mengharapkan aku menunjuk jalan. Aku tidak mahir dengan jalan-jalan di sebelah Pantai Timur, itu pasti. Tetapi tentulah ianya tidak begitu sukar, betul? Tanda jalan ada di mana-mana. Mungkin jika tersalah jalan pun, boleh patah balik atau sekurang-kurangnya terambil jalan yang lebih jauh dari sepatutnya.

Terengganu tidak ada apa yang menarik. Pasar Payang dan Masjid Kristal mungkin. Tetapi ada biras di sana jadi biarkan dia saja yang menunjuk jalan ke tempat yang menarik. Kalau di Kelantan, aku mungkin bawa mereka ke Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. Jika mereka mahu ke sempadan, boleh saja. Rasanya aku perlu telefon sahabat-sahabat yang berada di sana supaya mudah sedikit perjalanannya nanti.

Pantai Cahaya Bulan

Pasar Siti Khadijah

Cuma balik nanti yang sedikit merunsingkan. Aku dan Zura mungkin terpaksa menggunakan pengangkutan awam untuk balik semula ke Lembah Klang. Ini kerana saudara yang lain akan meneruskan perjalanan ke Kedah.

Sekarang masih berfikir, mahu naik bas atau kapal terbang.

16.12.11

Kerja Kerja Kerja!

Beberapa hari tidak menulis dek kerana kerja yang perlu disiapkan. Itulah, penghujung November lalu aku sangka di bulan Disember ini akan santai dan tidak dibebani kerja.

Realitinya, beberapa kerja di pejabat dan studio perlu aku siapkan sebelum bercuti panjang Krismas nanti. Syukur juga kerana kerja di studio yang menghasilkan pendapatan yang berpada, sesuai diguna ketika bercuti kelak (atau untuk menampung hidup selepas bercuti).

Ternyata juga aku perlu melabur sedikit duit untuk kerja-kerja sambilan yang aku lakukan. Biar besar harganya di awal ini tetapi pulangannya baik, InshaAllah. Sebulan RM500 hasilnya sudah mencukupi untuk belanja anak dan keperluan lain. Itu yang aku cari, sedikit wang untuk menampung kos hidup dan mengurangkan beban sedia ada.

Dahulu aku pernah cuba menyertai Multi Level Marketing tetapi tidak berjaya. Ada dua sebab paling jelas; aku skeptik dengan perniagaan tersebut dan aku seorang yang introvert, sangat tidak sesuai berinteraksi untuk meyakinkan orang lain. Setelah 'ditemukan' dengan kerjaya editing di sebuah studio rakaman perkahwinan yang 'sudah ada nama', aku rasa ini perkara paling mudah boleh aku lakukan tanpa perlu banyak berinteraksi dengan orang lain. Aku cuma perlu bermain-main dengan kreativiti di benak otak ini.


Tahun hadapan aku perlu tingkatkan usaha. Aku mahu memastikan kerja sambilan ini mampu memberi pendapatan yang konstan setiap bulan. Semoga dipermudahkanNya segala urusan.

13.12.11

Nota Ringkas

Sudah lama aku tidak menulis nota-nota pendek.

Gaji Baru

Kakitangan kerajaan hampir setiap hari berbincang mengenai skim gaji baru. Jumpa sesiapa saja yang dikenali, topik 'SBPA' pasti menjadi salah satu inti perbualan. Aku sudah tahu tangga gaji baru aku nanti. Ianya kenaikan sebanyak RM168++ sebulan, berbanding gaji lama.

Banyak? Bolehlah. Dalam satu komentar di surat khabar online, aku beritahu dengan RM168++ itu mungkin cukup untuk membeli lampin pakai buang anak (yang bakal lahir, inshaAllah), susu formula bayi dan keperluan lainnya. Apa yang anda boleh dapat dengan RM168? Tidak banyak. Itu hakikatnya. Jadi jika ada yang tanya adakah banyak kadar kenaikan itu, aku jawab tidak.

Aku tidak pasti apa yang kerajaan sekarang cuba capai. Pertama, jumlah penjawat awam (PA) terlalu ramai. 1.4 juta pekerja untuk menguruskan 28.3 juta penduduk adalah nisbah yang tidak wajar. Jumlah PA perlu dikurangkan menjadi sekitar setengah juta orang. Belanja mengurus kerajaan sekarang adalah pada kadar 78% belanjawan tahunan. Selebihnya adalah untuk belanja pembangunan. Bagaimana sebuah negara mahu mencapai kemajuan jika sekadar 22% belanjawan diguna untuk pembangunan? Jalanraya baru, jalan kereta api, sekolah baru, infrastruktur baru itu semuanya memerlukan wang. Jika banyak wang untuk pembangunan, maka banyak juga projek pembangunan boleh dilaksana. Mengurangkan separuh tenaga kerja PA adalah langkah baik untuk mengurangkan belanja mengurus dan jumlah yang dijimatkan itu boleh disalurkan untuk pembangunan.

Sudahlah 78% belanjawan diperuntukkan untuk pengurusan, sejumlah daripada wang yang diperuntukkan untuk gaji PA terpaksa dikongsi dalam satu 'pool' yang sangat besar. Akibatnya pai gaji untuk setiap PA mengecil. Hanya tingkat tertentu dalam PA saja menikmati mata gaji yang selesa. Selebihnya hanya sekadar cukup makan. Jangan hairan jika PA ada hutang keliling pinggang.

Jangan suruh aku cerita mengenai 'tali merah panjang' dalam perkhidmatan awam. Aku boleh meleret sampai jadi sebuah novel, mungkin.

Rutin

Balik rumah dari kerja, perkara pertama yang dibuat adalah memegang perut Zura, cuba merasakan denyut gerak bayi dalam kandungannya.

Ada kalanya sunyi sepi. Ada waktu ketika si bayi mahu mengambil hati ayahnya, secara tiba-tiba beliau akan memberi respon.

Kami berdua sekarang sangat berhati-hati dengan perbualan kami. Seboleh mungkin kami tidak mahu mengeluarkan kata-kata yang tidak esok dan cakap perkara yang kurang sesuai didengari. Kami percaya bayi dalam kandungan itu boleh dengar apa yang dibicarakan di luar dari perut si ibu.

Patutlah. Ya, patutlah menjadi ibu dan bapa itu suatu perkara yang 'magical'. Ianya sangat mengasyikkan.

Kerja Masih Ada

Aku fikir di akhir-akhir tahun ini datang ke pejabat tanpa banyak kerja yang perlu dilakukan. Tidak. Ada juga beberapa kerja yang mendesak baik di pejabat, mahu pun kerja sambilan di studio video perkahwinan.

Syukur juga bila memikirkan di hujung tahun begini aku boleh tambah pendapatan sehingga mencecah RM1,000 hasil kerja sambilan yang dilakukan. Orang kata itu rezeki anak. Apa pun jua, syukur kepadaNya.

Harapnya tahun hadapan rezeki aku dan sekeluarga lebih baik.

P/S:
Ingatkan aku supaya sekali sekala dapat aku rakam suasana alam yang indah damai. Sudah lama aku tidak melakukannya.

Sudah lama tidak merakam senja dari jendela pejabat.

7.12.11

Business Talk

**Wednesday Is English Language Day For This Blog**

My office colleague is busy distributing his wedding invitation cards. I took pride for being the one who designed the card. He wanted a simple card which can be send to be printed at print shop or by himself. He came to me asking for some modification on the design to which I told him not to over-do it too much. 

I remember when I first saw my wedding invitation cards which was printed for free by some people close to my wife. While I appreciate their gesture so much, I was really disappointed with the quality and the material they used. To make matter worse, they changed the font that I use because they don't have the exact font to replicate it. 

My Wedding Invitation Card
Nevertheless, I'm grateful for not going mad about it. First of, it was free. A thousand invitation cards printed for free is a good deal. Secondly, unless you're a collector of wedding invitation cards, you will likely throw away the invitation cards right after the event finish. To think that you waste RM1 for each card they throw away, it is wasteful. 

I said the same thing to my colleague. It is just not worth the trouble. People will or will not come to your wedding no matter how cheap or expansive your invitation card is. It is a most just an invitation card. Nowadays, more people use social side on the internet to invite people to their wedding. It cost you nothing and can reach wider audiences than invitation cards can do.

I think I can make a good business designing invitation cards. The only problem is that I don't have the tools to do it. I need to get a Mac, pronto!

6.12.11

Stereogram

Aku rabun warna. Itu pasti. Tetapi aku suka tengok warna-warni yang ada di sekeliling aku walaupun aku ada masalah untuk kenal apa warna yang aku sedang lihat. Jika orang lihat pelangi dengan tujuh warna, aku cuma lihat dengan satu warna, atau kadang-kadang dua tiga warna. Tetapi tidak sampai tujuh.

Itu sebab dulu sewaktu belajar di UiTM, aku paling bermasalah untuk kenal daun kayu dan hasil tindak balas kimia yang berlaku. Bayangkan terkial-kial aku bertanya kepada sesiapa saja yang ada di sekeliling aku mengenai warna apa yang ada di depan mata aku ketika itu. Nasib baik ada beberapa orang sahabat yang sentiasa mahu membantu. Jangan tanya kenapa aku boleh ambil bidang tersebut. Aku minta lain, lain yang dapat.

Kadang-kadang bila difikirkan, sedih juga. Beberapa hari lepas aku tanya bos aku apa warna yang bos besar suka. Dia cakap pink, purple atau warna-warna lembut lain. Aku terpaksa rujuk internet untuk dapat kod warna tersebut supaya aku boleh guna dalam reka bentuk yang aku sedang hasilkan. Kerja lebih sikit tetapi tidak mengapa.

Apa kaitan dengan tajuk di atas, Sterogram? Pernah lihat stereogram? Contoh di bawah ini;



Rujuk kepada link di bawah bagaimana cara hendak melihat stereogram di atas.

http://hidden-3d.com/how_to_view_stereogram.php

Bagi aku ini adalah salah satu cara untuk mengurut mata terutama setelah penat melihat skrin komputer sepanjang masa dan di sekeliling kita tidak ada tumbuhan hijau. Malas pula hendak menulis panjang.

Esok English Day di blog ini, bukan? Hehehe.

1.12.11

Penghujung Tahun 1 - Mencari Arah Baru

Long and winding path of my life...

Sembilan tahun. Lamanya aku bekerja dengan kerajaan. Suatu cabang pekerjaan yang tidak pernah ada dalam pilihan aku suatu ketika dahulu. Tetapi sembilan tahun lamanya aku di sini. Hari-hari dilalui seperti baru semalam aku melapor diri di Petaling Jaya pada suatu pagi di bulan Ogos 2002.

Sembilan tahun. Jujurnya, tidak banyak yang aku perolehi selain daripada kenaikan pangkat pada tahun lepas. Itu saja. Pekerja cemerlang, sekali. Aku percaya aku terima anugerah tersebut kerana mantan Ketua Pengarah lama yang selitkan nama aku. Jika tidak, mungkin hingga hari ini masih belum terima apa-apa penghargaan.

Kerja dalam perkhdmatan awam ini sebenarnya menyiksa diri sendiri. Pulangannya tidak seberapa. Sedang orang lain di luar sana semakin senang hidupnya, kita setiap masa mengharapkan keajaiban, bila mana pemerintah sudi mengambil berat dan sekurang-kurangnya membantu meringankan beban yang ditanggung.

Bak kata orang, jika kita tidak berdiri di tempatnya, kita tidak tahu apa-apa. Aku pernah bekerja di sektor swasta untuk beberapa tahun. Aku tahu keadaannya bagaimana. Jika kita bagus, peluang untuk maju terbuka luas. Sebaliknya jika tidak, kita akan ditinggalkan. Tetapi jangan harap perkara yang sama berlaku di dalam perkhidmatan awam. Susun hirarki kita sudah ditetapkan sejak mula masuk kerja. Kita tidak boleh melompat sesuka hati akibat daripada kemahiran kita. Jadi buatlah kerja sebagus mana, paling bagus mungkin kita boleh dapat anugerah khidmat cemerlang. Jika mahu naik pangkat, mohon dan temuduga seperti orang lain.

Aku selalu fikir, bila umur aku 40 tahun nanti, sekurang-kurangnya hidup ini semakin kurang bebannya, semakin damai dan semakin mudah laluannya. Nampaknya tidak akan terjadi begitu. Banyak ketidakpastian. Banyak yang masih perlu ditempuhi.

Aku sebenarnya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah dilimpahiNya. Kerja yang ada ini, cukup baik buat aku kerana aku tahu ramai orang di luar sana mahukan apa yang aku ada sekarang. Cuma aku fikirkan, aku boleh pergi lebih jauh. Aku boleh buat lebih dari sekarang dan aku boleh capai lebih dari yang telah dimiliki.

Tetapi bagaimana?