Aku tangguh dulu sambungan cerita Cuti Musim Tengkujuh. Maklumlah, sudah hujung tahun. Mesti ada cerita-cerita berkaitan penghujung tahun, azam tahun hadapan dan lain-lain yang berkaitan. Seperti tahun lepas, aku senaraikan beberapa perkara yang aku anggap ianya terbaik sepanjang tahun 2011.
Berakhirnya Zaman Bujang
Setelah lebih 36 tahun, aku mengakhiri zaman bujang pada 4 Jun 2011. Hidup ini sesungguhnya sesuatu yang luar biasa. Tiada dalam perancangan atau jadual hidup tetapi tiba-tiba ianya wujud menjadi realiti. Maszura Ahmad menjadi pilihan hati walaupun hanya berkenalan lebih kurang setahun. Betul kata orang, cinta itu buta. Kita meraba-raba cari dan kita genggam apa saja yang kita capai. Tetapi yang paling baik untuk kita saja yang mampu kita ambil untuk meneruskan perjalanan hidup bersama.
Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah membantu menyempurnakan majlis ini. Aku terhutang budi terhadap anda semua seumur hidup ini.
Rumah Sendiri
Setelah lebih 36 tahun dan setelah hampir 10 tahun bekerja di Lembah Klang ini, aku akhirnya memiliki rumah sendiri. Rumah bersama isteri tersayang. Walaupun ianya sekadar pangsapuri sederhana, cukuplah buat berteduh dan membina keluarga. Kami siapkan apa saja yang mampu untuk masa depan dan keselesaan hidup. Ada sedikit wang lebih, kami beli kelengkapan rumah yang perlu. Malah lebih sebulan kami hanya baring di lantai kerana sofa belum dibeli ketika itu.
Sekarang ianya semakin menjadi ruang damai kami.
Bakal Penyeri Hidup
September lalu menjadi cacatan hidup yang paling bermakna buat aku dan Zura. Setelah diperiksa oleh doktor di sebuah klinik, Zura disahkan mengandung anak pertama kami. Syukur tidak terhingga. Setiap hari ianya suatu perjalanan dan pengalaman baru.
Zuriat adalah suatu keajaiban dalam hidup ini. Hanya perlu dilalui untuk menikmatinya. Semoga dipermudahkan segala urusan, InshaAllah.
Filem
Tahun ini agak jarang aku dan Zura menonton di pawagam. Banyak juga filem yang kami terlepas dari menonton.
Bagi kategori filem, aku angkat Mission Impossible: Ghost Protocol (MI4) sebagai filem terbaik tahun ini. Pertamanya kerana pengarahnya, Brad Bird. Filem-filem beliau sebelum ini seperti The Iron Giant dan The Incredibles tidak pernah mengecewakan aku dan MI4 berjaya diangkat menjadi filem aksi yang bijak dan 'cool'.
Bagi kategori filem animasi, aku pilih Rango. Ini disebabkan kerana ada beberapa filem animasi penting yang aku tidak sempat tengok seperti Cars 2 dan Puss In Boots. Tetapi Rango adalah filem anti-hero yang sangat menarik lakonan Johnny Depp.
Ada dua lagi filem yang aku fikir patut disenaraikan di sini. Pertamanya adalah Real Steel kerana Zura sangat suka filem ini dan kedua The King's Speech. The King's Speech adalah filem tahun 2010 yang aku baru tengok di Astro beberapa hari lepas. Sangat menarik.
Muzik
Tahun 2011 juga aku sedikit kurang mendengar lagu-lagu baru. Tumpuan aku di tempat lain, mungkin. Tetapi ada beberapa lagu yang menarik telah aku dengar. Ada antara lagu tersebut merupakan lagu lama dan ada lagu terbaru.
Lagu paling mengusik jiwa aku tahun ini adalah You Belong To Me nyanyian Jason Wade. Lagu ini sebenarnya sebuah lagu lama tetapi dinyanyikan semula oleh penyanyi kumpulan 3 Doors Down yang mempunyai suara yang sangat cool.

Lagu terbaru yang aku suka adalah Jars of Hearts nyanyian Christina Perry. Lagu dan muzik videonya sangat menarik.
Fotografi
Tahun ini, seperti tahun 2010, aku kurang berfotografi. DSLR aku sudah rosak dan kamera kompak aku hilang. Hanya yang tinggal sekarang adalah kamera di BlackBerry yang kabur dan kurang berkualiti.
Aku bercadang untuk membeli sebuah kamera baru di tahun 2012. Aku pasti banyak saat-saat manis dan istimewa yang aku akan rakam sepanjang tahun hadapan.
Bagi aku, foto lanskap terbaik aku pada tahun 2011 adalah foto ini;
Foto ini dirakam di Kuala Kedah beberapa bulan sebelum aku dan Zura berkahwin. Kami berdua mencari lokasi untuk fotografi outdoor perkahwinan kami. Sayangkan ketika hari perkahwinan, cuaca tidak mengizinkan dan fotografi di kawasan ini terpaksa dilupakan.
Fotografi potret terbaik aku pada tahun 2011 adalah foto ini;
Hanya kerana si kecil ini sangat comel!
Itulah sedikit sebanyak perkara yang terbaik dalam hidup aku sepanjang tahun 2011. Semoga 2012 yang bakal tiba nanti akan memberi lebih kebaikan dan kedamaian dalam hidup ini.
No comments:
Post a Comment