Beberapa hari tidak menulis dek kerana kerja yang perlu disiapkan. Itulah, penghujung November lalu aku sangka di bulan Disember ini akan santai dan tidak dibebani kerja.
Realitinya, beberapa kerja di pejabat dan studio perlu aku siapkan sebelum bercuti panjang Krismas nanti. Syukur juga kerana kerja di studio yang menghasilkan pendapatan yang berpada, sesuai diguna ketika bercuti kelak (atau untuk menampung hidup selepas bercuti).
Ternyata juga aku perlu melabur sedikit duit untuk kerja-kerja sambilan yang aku lakukan. Biar besar harganya di awal ini tetapi pulangannya baik, InshaAllah. Sebulan RM500 hasilnya sudah mencukupi untuk belanja anak dan keperluan lain. Itu yang aku cari, sedikit wang untuk menampung kos hidup dan mengurangkan beban sedia ada.
Dahulu aku pernah cuba menyertai Multi Level Marketing tetapi tidak berjaya. Ada dua sebab paling jelas; aku skeptik dengan perniagaan tersebut dan aku seorang yang introvert, sangat tidak sesuai berinteraksi untuk meyakinkan orang lain. Setelah 'ditemukan' dengan kerjaya editing di sebuah studio rakaman perkahwinan yang 'sudah ada nama', aku rasa ini perkara paling mudah boleh aku lakukan tanpa perlu banyak berinteraksi dengan orang lain. Aku cuma perlu bermain-main dengan kreativiti di benak otak ini.
Tahun hadapan aku perlu tingkatkan usaha. Aku mahu memastikan kerja sambilan ini mampu memberi pendapatan yang konstan setiap bulan. Semoga dipermudahkanNya segala urusan.

No comments:
Post a Comment