30.7.05

Lampu Isyarat Putrajaya Menyala 3 Warna Serentak!

Sejak kerja di Putrajaya, tak sudah-sudah aku melihat orang bikin filem/iklan. Tambah-tambah depan bangunan JPN dan 3 buah bangunan lagi disekelilingnya. Kenapa menarik? Sebab rekabentuk 4 buah bangunan ini ala-ala barat terutama paling hampir sama dengan New York. Dengan dekor yang melampau dan tiang yang besar, ianya lebih barat dari sesetengah bangunan di negara Barat.

Baru dua minggu lepas mereka shooting iklan Celcom 3G baru (mamat bawa kete Volkswagen) dan ketika itu aku dan member-member hendak melintas jalan. Tiba-tiba si Volkswagen meluncur laju diiringi motor polis dan trak kamera. Tadi masa tengah buat overtime, penuh krew filem depan jalan besar untuk buat sebuah lagi iklan agaknya sebab ada teksi New York warna kuning. Aku sempat lihat adegan seorang perempuan naik teksi tersebut.

Kiranya jemu juga tengok orang shooting di Putrajaya. Tapi kira okaylah sebab lokasi banyak yang menarik. Senang dapat angle agaknya sebab jalan depan opis aku luas betul. Dari opis nak ke bangunan seberang, rasanya ada dekat 30 meter lebih.

Tapi yang letihnya Putrajaya ni, lampu isyarat. Dalam banyak benda yang canggih dan moden di Putrajaya, aku rasa lampu isyaratlah yang paling bodoh dan tak teratur. Tukar warna ikut sedap rasa dan timing langsung tak kena. Time orang rush nak masuk kerja, lampu hijau yang sepatutnya dibiarkan lama, jadi kejap je. Ada la sempat dua tiga baris kereta kemudian merah balik. Jam tak tentu pasal bila time masuk kerja. Bila time balik pun macam tu. Lampu hijau untuk jalan arah balik pula yang melampau pantas. Lampu isyarat belakang opis aku lagi pelik. Jalan yang kerap ada kereta lalu sepatutnya dibiarkan hijau lampunya hingga simpang lain ada kereta menunggu. Ini tidak, tak pasal-pasal lampu jadi merah walaupun simpan lain takde langsung kereta yang menunggu. Orang dalam kereta rasanya selalu maki hamun dengan karenah lampu isyarat ni.

Sudahlah begitu bodohnya lampu, polis trafik pula cukup suka ambil kesempatan. Biasanya kalau di Putrajaya, jalan dari highway utama dan masuk ke Presint 1 dan 2 termasuk Presint 7 & 8 memang sesak time datang dan balik kerja. Kalau pernah ke Putrajaya, laluan ini korang akan tempuh jambatan yang banyak kabel besi dekat masjid Putra tu. Polis akan tunggu di hujung jambatan dan disebelah hujung satu lagi ada simpang empat. Sini lampu isyarat memang bahaya. Boleh tukar sesuka hati dan tidak peduli masa ada sesak tidak jalan tersebut. Kalau kita asyik nak kejar lampu isyarat, alamatnya dihujung jambatan nanti, kena saman dengan polis. Tapi siapa tahan kalau 2 - 3 baris kereta lepas lampu terus tukar warna? Kalau kita bari yang ke 12, 4 kali tukar warna lampu baru lepas. Setiap pagi akan berderet kereta yang kena saman. Tak adil aku rasa. Ada baiknya polis jaga simpang yang sesak daripada sesedap rasa bagi saman orang yang berkejaran ke tempat kerja. Itu dalam lebih kurang jam 7.30 pagi tau! Staf kerajaan masuk jam 8 pagi.

Aku kadang-kadang tak ikut lampu isyarat ni. Tak masuk akal aku rasa. Harap Perbadanan Putrajaya boleh ubah sistem lampu isyarat mereka.

Kalau dah datang ke Putrajaya hari minggu (Sabtu), dan kalau belum buat MyKad, datang la JPN. Kaunter buka dan tak ramai orang. Kalau tak tahu nak makan dimana (ye la, orang kata makan di Putrajaya ni mahal), pergi di Taman Warisan Pertanian atau Medan Selera Presint 8 Jangan gatal order kopi di San Francisco Coffee di Sauk tepi Masjid Putra tu, nanti ada yang menangis. Itu yang masuk paper seorang makhluk komplen harga kopi di Putrajaya RM7 secawan. Air minuman masih murah di Putrajaya, lebih kurang harga KL je. Di Presint 8 dan 9 ada kedai mamak. Nak makan McD, KFC, PizzaHut atau Chicken Rice, pergi Alamanda. Tapi parking kena bayar dan harga parking mahal (macam bagus je..)

Setiap pejabat kerajaan ada kafetaria sendiri dan harganya agak berpatutan walaupun sebenarnya agak mahal untuk kakitangan kerajaan sendiri. Imigresen di Presint 2, depan JPN je. JPN dan Imigresen di sebelah Palace of Justice. Siapa pernah tengok konsert AF3 buat di Putrajaya, situlah tempatnya. Dari masjid Putra, ada satu jalan besar menjalar lurus hingga ke Putrajaya International Convention Centre (PICC). Ikut jalan ni terus melintasi Kementerian Kewangan (bangunan melengkung) sampai korang tiba di simpang depannya ada 4 buah bangunan dengan tiang tebal-tebal empat segi. Situlah JPN dan Imigresen. Kalau dari KL, naik bas Metro nombor 68. Nak senang naik ERL tambang pergi balik RM15. Disitu ada bas NadiPutra dengan tambah 50 sen. Kalau kaya naik teksi, RM5 saja.

Di Putrajaya kalau tak tahu jalan, boleh sesat. Aku pernah sesat bawa kereta di jalan besar 4 lorong dihujungnya tiba-tiba jalan mati! Lampu isyarat banyak jadi hati-hati. Polis di Putrajaya ni budak-budak mudah jadi semangat masih tinggi, agaknya. Satu paling penting, jangan lupa payung! Cuaca sini tak menenti Sekejap boleh panas terik melampau, tiba-tiba boleh hujan...

p/s: Memang ada dua lampu isyarat di Putrajaya yang menyala 3 warna lampu serentak, konfius gile. Cari kalau terer!

27.7.05

Bos Dan Percutian Hebatnya.

Kerja kerajaan ni satu je kita kena tahan. Tahan karenah bos dan rakan sekerja. Kalau dapat bos yang okay, senang hati kita. Kalau dapat rakan sekerja yang okay, rileks sikit kerja. Tapi kalau dua-dua kita dapat yang rasanya kalau boleh nak hempuk je kepala mereka kedinding, memang susah.

Satu yang aku perasan bila menghadapi bos, jangan tunjuk kita lagi pandai dari dia. Dia takkan suka. Agaknya dalam sektor swasta pun sama. Tapi sekurang-kurangnya di sektor swasta bos take notice dan untung kita, boleh naik pangkat. Tapi kalau kerja kerajaan, sampai berkulat la kita akan duduk ditempat yang sama. Bos dalam sektor kerajaan lebih suka nak jaga tempat duduk dia dari bagi peluang orang bawahannya yang berkebolehan untuk naik.

Idea adalah suatu konsep yang bagus. Tapi tidak bagi bos kerajaan. Mereka selalunya lihat idea adalah suatu yang merbahaya. Kenapa? Sebab bila idea itu direalisasikan, mereka susah sebab banyak kerja kena buat. Kalau boleh, biarlah cara yang sama dilakukan sampai 100 tahun sekalipun. Asal mereka rileks. Mereka lebih rela (tersangat suka sebenarnya) menghabiskan 5 hari seminggu dengan bermesyuarat dari pagi hingga ke petang. Ataupun berseminar. Ataupun berkursus. Ataupun apa saja aktiviti yang membolehkan mereka tinggal di hotel, resort atau yang seangkatan dengannya tanpa perlu bayar sesen pun. Balik nanti, tak perlu risau orang tanya itu ini sebab biasanya orang bawah takkan tanya. Kalau tanya pun, tak perlu jawab. Sebab aku yakin, 99% dari pegawai yang pergi berkursus tentang perkara, teknologi atau teknik baru, balik nanti takkan faham, takkan amalkan atau yang paling sinis, takkan buat kerja tersebut. Semua itu akhirnya menjadi tugas kerani. Bos belajar sistem baru, yang amalkan kerani. Bos bincang untuk buat sistem baru, yang menjalankan sistem, kerani. Siapa yang pandai sebenarnya?

Berkaitan dengan sistem baru, aku rasa sebenarnya salah bila sesuatu sistem itu pada awal proses design, hanya bos, konsultan dan orang atasan saja yang membincangkannya. End user atau kerani (yang sebenarnya) tidak dihiraukan pendapat mereka walaupun merekalah yang sebenarnya nanti akan menggunakannya 100%. Dan yang paling peliknya, bos atau pegawai atasan yang kononnya membantu mereka-cipta sistem baru tersebut, langsung tak faham dan tak tahu untuk menggunakannya. Pelik bukan?

Jadi semenjak aku kerja, banyak sistem baru yang diperkenalkan. Pada awal dulu, masa bos dulu la, aku selalu terlibat dalam proses awal design. Dan hasilnya sistem tersebut lebih senang digunakan sebab aku lebih bersifat end user. Tapi bila sekarang satu lagi sistem baru sedang dibuat, aku hanya dipanggil setelah 70% siap. Akibatnya satu persatu design menjadi kritikan dan diubah sana-sini kerana ianya langsung tidak user-friendly. Itu disebabkan bos baru aku ni rasa dia pandai sangat sampai boleh agak apa yang kami user mahu. Jadi muncung bibir dan merah padam muka dia bila satu persatu idea dia aku kritik.

Lagipun, masa design awal, dia memang minta pendapat. Tapi pendapat itu ditanya dari kroninya saja. Orang yang suka mengipas lipas dia sepanjang masa. Dan mamatnya, rather than asking 2 orang lain yang kerjanya sama saja dengan dia, dia buat keputusan sendiri-sendiri atas banyak hal dalam design awalnya. Akibatnya 2 orang lain lagi tu termasuk aku jadi keliru terutama bahagian yang hanya kami berdua saja yang 90% akan menggunakannya. Mungkin aku rasa dia agak tak puas hati bila sekarang aku ambil alih dan ubah sana sini idea dia. Tapi dia kena faham, nak buat sesuatu, kena fikir persepsi orang lain. Jangan senang untuk dia saja tapi orang lain susah.

Pernah dulu aku reject User Acceptant Test walau pun bos dah luluskan. Sebabnya, aku rasa ianya susah untuk digunakan dan ada cara lain yang lebih mudah. Nasib baik bos lama tu jenis faham dan boleh terima hakikat. Aku rasa kalau aku buat perkara yang sama sekarang, melenting la bos baru aku ni. Aku bukan melawan bos, tapi bos takkan buat kerja tersebut hari-hari dalam seminggu. Aku yang akan buat. Jadi kenapa aku kena terima cara bos sedangkan cara aku lebih sesuai dengan kerja aku? Lainlah kalau bos dengan senang hati nak buat kerja aku hari-hari. Ye la, lebih baik dia habiskan masa berseminar, berkursus dan bermesyuarat di Port Dickson, Cameron Highland, Pangkor dan Langkawi tiap-tiap minggu. Membazir betul. Nak sign projek pun nak kena buat di resort ke?

Orang kata jangan melawan bos. Aku tak melawan. Aku menegakkan apa yang benar saja. Kalau orang tersebut tidak boleh menerima kebenarnya, apa nak buat. Terpaksalah kita bekerja dengan orang yang hipokrit setiap hari. Suka?

Nanti aku cerita perihal Savvy dan MyVi dan perdebatan aku dengan seorang pengguna MyVi (baru sebulan lebih guna) yang sebelum ni 3 tahun pakai Proton Wira Aeroback.

Kenyataan paling best:

"Engkau ni tak payah kerja JPN la, kerja tempat lain yang boleh fikir hal-hal macamni. Engkau fikir masalah negara!" - jenis cakap orang yang tak boleh terima hakikat dan tak berfikiran rasional bila berdebat.

Bukan apa, dia ni kira brother yang senior dalam opis. Kira otai yang hampir semua bebudak lelaki dalm unit aku tu anggap. Aku dan beberapa orang lagi tak termasuk dalam geng ala Ayah Pin ni. Pernah aku kena marah orang bebudak geng ni sebab aku tak join mereka dan tak tunduk hormat pada otai mereka ni. Aku cuba berbaik dengan mereka tapi hakikatnya sukar. Setiap hari perbualan mereka tidak susah mencaci hina (sebab aku rasa gurauan mereka melampau) kawan (budak temp. jadi mangsa), atau mengusik hampir setiap perempuan yang lalu lalang atau membincangkan isu-isu seks (pelik juga sesama lelaki ni). Nanti la ye cerita.

4.7.05

Nostalgia 92

Kadang-kadang aku jeles tengok sekolah-sekolah di negara barat. Mereka sentiasa ada reunion untuk pelajar-pelajar lama tak kira berapa lama mereka telah tinggalkan sekolah mereka tersebut. Malah kalau nak contact atau nak buat query melalui internet cukup senang boleh dapat data yang lengkap. Paling aku jeles ialah 'School Book' mereka. Sudahlah hard-cover, classy pulak tu. Agaknya kalau buat disini, mau harganya cecah puluhan ringgit semata-mata nak buat hard-cover je. Tapi kalau fikir-fikir balik, tak la rugi sangat sebab ianya akan sentiasa dikenang.

Aku ex-mrsm Balik Pulau. Batch 89, maksudnya aku masuk tahun 1989, walaupun sepatutnya aku masuk tahun 1988 masa form 1. No maktab aku, 89031. Aku masih ingat. Homeroom Emas 89. Apa dia homeroom? Sekumpulan pelajar lebih kurang 15 orang dikumpulkan dalam satu kumpulan bermula mereka masuk belajar hingga tamat form 5. Kumpulan ini macam ahli keluarga mereka. Apa sahaja aktiviti maktab pasti akan sedikit sebanyak merujuk kumpulan keluarga pelajar. Contohnya, rumah sukan, seluruh ahli homeroom Emas 89 termasuk dalam rumah merah atau Purnama. Sepanjang aku ingat la, Purnama zaman aku dulu memang hebat. Sentiasa menang johan keseluruhan. Samudra rumah biru, Belantara rumah hijau dan Suria rumah kuning. Kalau tak silap, paling cikai time tu rumah Suria ni la. Tapi aku masih dok fikir apasal letak nama Purnama pada rumah merah sedangkan bulan bukan pun berwarna merah. Kalau planet Marikh ye la. Mungkin agak nanti budak-budak lain jeles kalau letak rumah merah dengan nama Marikh, heh!

Aku masih ingat hampir semua ahli homeroom aku, Pye, Farid, Pak Wan, Tosya, Nash, Renny, Hafizah.. erm, banyak juga yang aku lupa ye. Faris homeroom apa ye? Azrul? Sama homeroom aku juga kot. Ramai dari mereka ni dah berjaya, lebih berjaya dari aku.

Majalah sekolah namanya Nostalgia. Geli pulak kalau difikirkan sekarang tapi menarik. Tahun 1992, majalah Nostalgia mengalami satu revolusi yang paling menarik berbanding majalah sebelumnya. Cover depan di'cat' hitam sepenuhnya dengan tulisan Nostalgia berwarna emas ditulis secara melintang. Itu idea aku! Aku berani sumpah. Mana datang ilham? Cover album metallica Black Album). Cikgu punyalah tak suka pada mulanya. Ye la, sebelum ni cover majalah maktab biasanya dipenuhi dengan gambar atau lukisan artistik yang berwarna warni. Tapi tahun 1992, ianya menjadi begitu simple tapi, classy. Ramai yang akui. Ramai yang puji (tahniah Joke sebab hasilkan cover yang menarik). Waktu itu juga, penggunaan komputer dimulakan untuk majalah tersebut. Tahun 1992 dah guna komputer untuk buat majalah maktab? Ye, teks guna WordStar je. Lukisan kartun dan artwork banyak karya Fahmi. Foto, aku dan Amron (mana kau ha?).

Tapi sayang, majalah aku hilang. Sampai harini aku cuba cari kalau ada yang sudi keluarkan second edition. Erm, menarik juga tu. Aku nak cadangkan buat second edition Nostalgia 1992 dengan hard-cover.

Arrrr.....

2.7.05

Vertical Horizon - Finding Me

I don't think you notice
When you see my face
I guess you're waiting
To spin me around again

Wheels I guess are turning
Somewhere inside my head
I know that this is
Deeper than you get

But you're coming back again
You don't mean to waste my time
But you're coming back so

Don't tell me
How to be
'Cause I like some suffering
Don't ask me
What I need
I'm just fine
Here finding me
Me

I've already given
Up on getting through
I never question
Who I'm talking to

Oh so much for nothing
But nothing means so much
I know it's touching
But I've been out of touch

And it's all that I can do
I'm a sight for my sore eyes
But it's all I am so

I don't think you notice
When I can't reach out
I guess you're waiting
On somebody else again

Oh so much for talking
It's all been said before
I'm hearing something
but I wish you'd just say more

But you're going off again
When I try to just hold on
But you're going off so