26.10.05

Kad Raya Yang Terlampau...

Wah, sekarang ni ada orang sanggup nak iklan dalam blog guna reply tool yang kita sediakan. Dasyat betul orang nak meniaga. Sampai personal blog pun nak invade. Tapi pedulikanlah. Bukan dari Malaysia pun.

Aku ubah sedikit template, buang links yang mana tak aktif dan tambah iklan sebelah kanan untuk aku cari duit sikit. Abis orang lain pun buat! Bukan senang nak dapat untung pun. So berkurun la kalau nak capai $50 Dollar, baru boleh dapat cek sekeping.

Semenjak kebelakangan ni letih betul rasanya. Bersengkang mata buat E-Card raya guna SwishMAX. Menarik dan puas hati sebab buat sendiri. Kalau beli kad raya rasanya tak pernah puas hati. Cover cantik tapi isi tak cantik. Isi cantik tapi cover macam bodoh je. Last buat sendiri. Siap buat digital lagi. Guna Flash-based SwishMAX kemudian burn ke CD, lepas tu hantar. Nak suruh download dari internet, besar sangat saiznya. Tapi tak la sebesar kad raya yang aku jumpa di kedai.

Apa halnya dengan kad raya saiz papan tanda jalan ni? Besar betul. Rasanya lebih besar dari saiz kertas A3. Ye memang, selalunya kad raya yang jiwang je yang ada saiz macam tu. Kenapa ye? Agaknya pakwe/makwe mereka rabun, jadi kenalah beli kad raya yang besar supaya boleh nampak jelas. Ataupun mungkin sengaja yang timbulkan kejelesan jiran sebelah sebab dapat kad raya besar. Ye, betul la korang kata itu nak tunjukkan korang sayang dengan teman korang. Tapi dengan saiz kad raya yang boleh dikatakan melampau tu, itu tanda sayang korang? Menarik ye. Aku bukan nak kata tak boleh, tapi rasanya pelik sangat. Agaknya orang pejabat pos pun pening.

Aku rasa lagi baik, beli kertas, beli kaler, buat sendiri siap dengan ayat sendiri. Lebih menarik, lebih romantik (agaknya) dan lebih istimewa. Buruk macamana pun tetap akan lawa di mata teman korang. Kalau tak, nampak sangat dia mata kumpuan. Huh?

====

Sudah berapa hari aku tak makan nasi? 2 hari. Kenapa? Semalam buka puasa di Palm Garden Resort Putrajaya. Buffet kompeni belanja. Buat apa makan nasi kalau time buffet. Buat kenyang tak tentu pasal je. Tadi makan KFC di Alamanda pun orang belanja. Ye betul, KFC takde nasi. Jadi dah dua hari. Dan kalau ikutkan 3 dari 4 hari kebelakangan ni aku tak makan nasi pun. Hari ahad lepas aku belanja diri sendiri berbuka di Hartz Chicken Buffet di Berjaya Times Square. Puas makan ayam. Aku dah muak dengan ayam. Aku nak makan nasi. Esok mesti kena beli nasi.

23.10.05

TEST

Test : Editing Template

21.10.05

Proton dan Keluarga Mereka

Cari old generation Civic dan tengok apa problem dia. Orang dulu kata, kereta karat sebab cepat sangat karat. Tengok Hyundai Sonata lama dan tengok betapa hodoh designnya sampai tak laku langsung. Jepun baru menyerlahkan kualiti kereta (sebab itu harga kereta Jepun semakin mahal), Korea ikut sama. Berapa lama mereka dalam industri automobil? Mitsubishi dulu siap pernah buat Zero (kapal terbang perang dunia ke2).

Jadi tak payah banding dengan Proton sebab memang jauh. Tapi silapnya Proton awal-awal lagi takde partnership dengan big company. Dengan Mitsubishi pun takat rebadging. Kata seorang analisis dahulu, tujuan kerjasama dengan Mitsubishi sebab Mitsubishi Heavy Industries ada buat kapal terbang, jadi alang-alang kongsi teknologi, baik kongsi yang lain-lain sama.

Proton sebenarnya kena cari partner secepat mungkin. Dan pada pendapat aku, partner dari european country atau US lebih baik sebab mereka lebih terbuka dengan teknologi berbanding partner Jepun. Tengok Skoda, Audi, Volvo, Saab, Mini, Opel yang semuanya bawah partner yang lebih besar. Dulu hampir melingkup tapi sekarang semakin bagus. Kalau dapat dengan Renault aku rasa bagus sebab ada Mr. Ghosn yang mengembalikan semula kegemilangan Nissan. Lagipun Renault sekarang banyak bagi bantuan termasuk enjin kepada Proton. Renault juga ada legasi F1. Volkswagen entahlah, di europe pun tengah tak betul, ada hati nak beli kompeni lain. Tapi kena akui, Volkwagen boleh naikkan jenama bawah syarikat dia.

Proton kena tambah model terutamanya model SUV, VAN, MPV dan sedan. Sekarang ni aku tak tahu GEN2 nak letak dalam kategori mana. Ikut skema model BMW, MERC dan Audi lebih senang dan jelas. Aku cadangkan wujudkan kelas Saga, Wira, Waja dan Perdana. Kelas Saga untuk kategori enjin 1.3 hingga 1.5 dengan tambahan 2.0 diesel kalau boleh. Dalam kelas Saga, ada sedan (4 pintu), hatchback (5 pintu) dan Saga 3 pintu ala Satria. Mungkin boleh dipanggil dengan nama lain. Kemudian kelas Wira. Kategori enjin boleh bermula dari 1.5 hingga 1.8 dengan tambahan 2.0 diesel kalau boleh. Dalam kelas Wira boleh ada sedan, hatchback dan wagon (ada orang nak guna juga). Satria letak dalam kelas Wira juga sebagai sport version (macam Colt untuk Lancer). Gen2 boleh juga letak dalam kelas Wira. Tak payah letak nama Gen2 la. Tak glamer langsung. Satria tu pula patut ada 3 dan 5 pintu macam VW Golf. Mesti orang nak.

Kemudian kelas Waja dengan kategori enjin bermula dari 1.7 hingga 2.0 petrol. Tambahan 2.0 diesel supercharge kalau boleh dan 2.5 petrol supercharge untuk performance car. Kalau berani letak enjin Petronas E01, baru gempak (kira kategori EVO la ni). Dalam kelas Waja ada sama macam kelas lain tapi ada tambahan satu, coupe. Spesifiknya Putra. Letakkan Putra dalam kategori ini dengan enjin 2.0 E01 atau 2.5 supercharge tadi. Kalau nak buat cabriolet pun boleh sebab mesti laku di europe. Kemudian kelas Perdana. Ini kelas mewah dengan kategori enjin bermula dari 2.0 V6 hingga ke 3.0 V6. Kemudian tambahan 3.6 liter V8 kalau boleh untuk yang gila kuasa. Kelas ini hanya ada sedan saja. Kalau nak tambah pun, buat coupe atau cabriolet. Kemudian bawah kelas ini juga boleh letak Proton Ultimate, supercar Proton tu. Tak tahu? cari dalam internet. Cantik.

Ada kategori lain. Kategori Tiara/Savvy untuk enjin dari 1.0 liter hingga 1.3 liter. Jenis kereta pula ialah kompak 3 dan 5 pintu dan kalau boleh buat sedan kecil 4 pintu ala Daihatsu Charade Espri. Kemudian Juara diubah 100% daripada kotak kasut menjadi MPV, mini MPV dan Compact MPV macam Kia Carnival, Toyota Avanza dan Hyundai Matrix. Arena pula dibuat dalam bentuk truck seperti sekarang dan juga satu model macam Mitsubishi Storm/Nissan Frontier. Dalam Arena juga patut adakan kategori SUV macam Land Cruiser dan Rav4/CRV.

Cukup. Berapa model? Lebih kurang 15 dari kecil sampai besar. Semua kategori ada dan semuanya ada pasaran yang besar di Malaysia dan luar. Trak boleh dieksport ke Thailand. Van ke Indonesia, SUV ke Filipina dan kereta mewah ke Singapura. Dah boleh cover AFTA sebab model ASEAN, jadi duty-free nanti. Perdana dengan Perdana Coupe boleh dieksport ke Australia sebab orang sana memang suka kereta besar. Waja boleh hidup di Europe dan Amerika (kena ambitious). China boleh terima Wira dan Waja. Saga dan Tiara/Savvy mesti laku di sini. Cukup sudah meniru Alfa (Hidung Alfa hanya untuk Alfa), kalau kita buat sah-sah orang kata tiru. Kekalkan konsep hidung (front grille)wau macam Gen2/Savvy sekarang. Proton boleh hidup kalau perancangan betul. Selama ini Proton aku nampak berusaha nak jadi macam BMW dan Mitsubishi iaitu konsep kereta sporty. Cukuplah. Orang bukan boleh bawak laju pun di Malaysia ni. Encik polis sini permurah kertas saman...

20.10.05

Sehari Hujan

Datin Seri Endon Mahmood, isteri Pak Lah telah meninggal dunia pada jam 7.50 pagi, 20 Oktober 2005 di Putrajaya. Al-Fatihah.

====

Kenapa aku letak komik Calvin And Hobbes? Kalau korang perati dan fahami betul-betul ianya sungguh ironi. Realitinya manusia dikuasai oleh media hiburan yang begitu banyak dikawal oleh peti TV.

Calvin, si budak berusia 6 tahun mengerti dan memahami kekuasaan TV. Adakah anak-anak zaman moden ini dimomok dengan TV sepanjang masa menyebabkan mereka bebal dengan realiti dunia?

14.10.05

Laptop Bukan Ikan Bakar Cicah Air Asam...

Berkaitan dengan pertanyaan Miza mengenai laptop NEC. Sebenarnya apa saja laptop atau barangan elektrik yang kita beli atau guna, kalau tahu cara guna, ok la dia. Kalau tak tau guna, beli barangan RM sejuta pun akan rosak.

Mengenai NEC, ianya sebuah kompeni Jepun yang terkenal dalam bidang elektronik. PC dan laptop NEC amat popular di Jepun. Jadi kalau aku dah kata Jepun tu, orang mesti fikir, kualiti mesti bagus. Boleh kata memang bagus. Tapi tak sebagus Toshiba. Suatu masa dulu, Toshiba adalah pengeluar Laptop terbesar didunia. Dan sampai sekarang orang masih akui laptop Toshiba memang bagus. NEC lebih kurang macam tu la auranya. Tak sehebat Toshiba tapi memang boleh dipercayai.

Apa-apa pun, yang penting sebelum beli laptop, kena fikir beberapa perkara ini:

1. Buat apa aku nak beli laptop? Untuk mengada-ngada depan member atau untuk buat kerja (kira baik la ni ye?)
2. Berapa banyak kerja/games/aplikasi yang nak aku jalankan di laptop tersebut? Kalau nak buat bom, beli second hand pun boleh. Kalau nak main games, takat Celeron, menangis la laptop.
3. Berapa lama nak pakai? Bukan pakai buang ye.
4. Berapa budget? Satu ringgittt... dua ringgittt... (sila nyanyi ala M.Daud Kilau)
5. Berbaloi ke aku beli??? Jawab sendiri.

Kalau takat nak buat kerja biasa dan jarang sangat kesana kemari, pakai saja PC biasa. Lebih selamat dan lebih mudah dibaiki kalau rosak. Lagipun murah. Tapi kalau sibuk kesana sini macam tak cukup tanah, atau kononnya guru berdedikasi, atau pekerja yang bagus, beli la laptop, senang kerja. Kalau nak menunjuk, beli kotak lukis jadi laptop pun orang percaya.

Kalau betul nak beli laptop sebab memang nak guna, fikir ini pula. Apa yang aku nak gunakan? Nak menaip sudah-sudah kertas kerja, buat programming, buat itu ini yang memerlukan kita kesana sini, kira okay. Tapi kalau nak buat MAYA, edit imej PSD 100MB guna Adobe Photoshop, main games Unreal Tournament, hentikan serta merta. Laptop yang berkeupayaan begitu, mahal gila. kebanyakkan laptop harga sub-RM4000 semuanya guna kad grafik integrated Intel dengan shared memory (kongsi dengan RAM). Kalau ada pun guna ATI yang bangang. Baik beli PC yang ada grafik kad harga seribu ringgit. Lagi berbaloi.

Berapa lama nak pakai laptop ni? Ye laptop tak payah basuh, jadi boleh pakai lama-lama. Keupayaan prosesor laptop sekarang tak semestinya berupaya menampung operasi program masa akan datang. Kalau keluar Microsoft Windows Vista tahun 2006 nanti, aku tak fikir laptop sekarang berupaya berfungsi dengan okay kalau korang cuba install. Investment laptop ni memang mahal tapi teknologinya tak berbaloi. Jangan panik. Itu memang realiti laptop. Acer Ferrari dengan prosesor AMD Turion 64 4000+ harga nak cecah RM6000. Kira murah untuk performance laptop. Tapi yang lain memang mahal. Itu memang boleh tahan 3-4 tahun selamba boleh jalan program masa akan datang. Laptop lagipun tak laku kalau nak jual balik. Tapi kalau dah beli, memang seronok guna. Boleh guna lama tapi kena pandai jaga terutama bateri. Dan bateri tak boleh hidup selama-lamanya. Itu realiti.

Berapa yang korang nak peruntukkan untuk beli laptop? RM2000 saja? Takde apa yang korang boleh dapat selain ECS dengan prosesor VIA atau laptop second hand. Bawah RM3000, boleh dapat Celeron, Sempron dan kadang-kadang ada Pentium M tersesat. Kira okay untuk kerja-kerja biasa dan main games sekali sekala. Bawah RM4000 banyak boleh dapat pilihan yang menarik. Bawah RM50000, aku cadangkan korang ambil yang slim dan sleek. Bawah RM6000, ambil Acer Ferrari, banyak best ooo... Tak caya pergi tengok sendiri. Laptop yang sama digunakan oleh mekanik team F1 Ferrari. Lebih dari RM6000, aku nak persoalkan satu je, banyak duit?

Berbaloi tak beli laptop? Kalau aku cikgu, businessman, programmer, dan lain-lain yang memerlukan aku kesana-sini, berbaloi sangat. Student? Kira ok la kalau nak senang buat kerja dan ada duit lebih. Kalau aku student, aku beli PC. Lebih selamat dan senang maintain. Kalau rasa besar sangat PC, aku beli Mini PC yang besar lebih kurang kotak kasut. kalau susah juga, beli Apple MINI. Besar mana? Ambil casing CD lima keping, susun bertingkat, itulah besarnya.

Kalau dah decide semua tu dan masih juga nak beli laptop, barulah pilih laptop mana yang nak dibeli. Dan fikirkan semua ini:

1. Prosesor apa? Pentium M adalah subset Centrino. Untuk jadikan laptop tu digelar Centrino, kena ada prosesor, motherboard dan wifi yang berjenama INTEL. Itu saja. Kalau laptop tu tulis Pentium M, kira ok la. Celeron dari Intel juga, untuk low cost dan hampir-hampir konsep pakai buang. Baik jangan beli. Sempron keluaran AMD dan lebih baik jangan beli sebab lebih kurang macam Celeron. Mobile Athlon keluaran AMD dan kekuatan hampir sama dengan Pentium M. Turion adalah prosesor 64 bit keluaran AMD, kalau dapat yang ni, memang best. Lebih laju tapi masih mahal. VIA pun ada prosesor dan aku cakap, pejam mata dan blah je. My take? Pentium M without Centrino, lebih murah (INTEL nak kaya jual nama saja)

2. RAM, berapa banyak? Standard sekarang adalah 256MB. Itu pun kena fikir sebab kebanyakkan laptop guna grafik yang shared memory dengan RAM. Jadi kalau grafik tu 64MB, tolah dengan 256MB, dapat la balance RAM yang PC boleh guna. 512MB yang terbaik buat masa sekarang. Kalau boleh, pujuk penjual supaya dapat free upgrade RAM kepada 512MB. Lebih kurang RM90 je. Tak payah la korang mintak hadiah lain, mouse ke, tali pusat ke, mouse pad ke. Mintak free upgrade RAM lagi berbaloi. My take, mintak orang kedai bagi free upgrade RAM kalau boleh. Kalau tak boleh, tambah saja RM90-120 untuk 256MB atau RM200-RM220 untuk 512MB. Go for 768MB guys!

3. Hard disk space? Standard sekarang adalah 40GB. Kira okay la tu. Sebab korang kena ingat, takkan boleh korang main SIM2 dalam laptop cikai. Takat simpan data, MP3 dalam 500 lagu, kira okay la. Kalau nak besar, sukahati. Tapi aku rasa kedai tak tanggung waranti upgrade harddisk.

4. Saiz skrin LCD. Standard sekarang adalah 15 inci. Ye 15 inci, lagi besar dari TV 14 inci. Normal ye, bukan wide screen. Kalau WXGA lebih mahal sikit sebab wide. Skrin lebar. kalau nak portable habis, ambil saja skrin 12.1 inci pun ada. Nak lagi kecil, 10 inci pun ada. Sony ada keluarkan yang lagi kecil, entah berapa inci. Tapi aku tak pasti apa yang korang boleh nampak. Pilih ikut sedap mata ye.

5. DVD-ROM/CDRW kombo, paling koman. Bawah pada tu, buang masa beli.

6. Ada WIFI. Tak kira la pakai ke tak. Korang bukan boleh ramal masa depan. Ini untuk connection network dan internet yang lebih mengada-ngada. Boleh la duduk di Starbuck sambil surf internet.

7. Lain-lain? Tak berapa signifikan. Touch pad. Card reader, grafik engine. Itu ikut suka.

Selalu aku tengok orang beli laptop ikut estatika penampilan. Kalau cantik takde guna, buat apa? Beli yang berguna. Lupa pula, pastikan berat laptop bawah 3.0 kilo. Lebih pada tu korang akan rasa macam pikul batu. Pastikan waranti support ada. Lagi baik yang support waranti internasional. Last, ermm... Jangan beli brand yang korang tak kenal.

NEC kenal tak? Kenal.. ACER, Hewlett-Packard, Packard-Bell, Compaq, Toshiba, IBM, Ftec? Kenal kan... MY10? M-Life? Targa? Kenal? Heh.

Nak lebih tahu mengenai sesuatu produk, surf internet. Masuk website pengeluar dan baca dokumen yang disediakan. Pergi kedai, tanya orang kedai mana satu brand laptop yang selalu dihantar balik untuk service. jangan beli yang itu.

Last, beli ikut kemampuan, bukan ikut perasaan.

8.10.05

Calvin And Hobbes

6.10.05

Ramdhan dan MyVi

Selamat menyambut Ramadhan. Rasanya baru saja puasa dulu. Kejap betul masa berlalu. Di Putrajaya, mereka buat pasar Ramadhan besar di Presint 2 (depan kompleks Kementerian Kewangan). Kira besar la bagi sebuah bandar sebesar Putrajaya. Aku ingat tak ramai yang nak datang, tapi silap. Ramai betul macam ada pesta. Jam sana sini dah Putrajaya tu. Semalam aku tengok berderet kereta kena saman sebab parking kereta tengah-tengah jalan. Harini takde. Agaknya polis dah insaf, orang nak beli makanan buka puasa takkan nak saman juga kot.

Menariknya ada satu gerai pak Arab dan anak-anaknya menjual Kebab. Ye la, selalu orang Melayu jual kebab, tapi kali ini dah ada orang Arab yang jual kebab original. Memang mahal (RM4) satu tapi puas hati makan sebab besar. Kalau orang Melayu kita jual kebab harga RM2.50 (rata-ratanya), roti pita siap belah dua, ini roti pita bulat besar dengan isi macam tak cukup tempat nak letak. Yang lain ada la jual macam-macam. Tapi memang ramai, mungkin bebudak MMU pun datang. Ye la, student sentiasa kelaparan.

Tapi dah dua hari bulan puasa ni berlalu, tapi tak rasa apa pun. Sibuk dengan kerja menyiapkan keceriaan pejabat. Nak kena hias sana sini pejabat sebab ada pertandingan. Aku kena siapkan carta organisasi dan termasuk ambil gambar staf. Jadi inilah masanya aku tunjukkan skil grafik aku. Kalau bahagian lain di JPN Putrajaya tu sibuk guna gambar photostat, gambar betul dan gambar print inkjet printer, kami guna Color Laser Printer syarikat swasta (vendor kami) taja. Mulanya minta nak guna sekejap saja. Datang pegawai mereka, suruh guna sebanyak mana nak. Habis aku print gambar staf dengannya dan macam-macam lagi. Sure jeles orang bahagian lain kalau tengok nanti. Aku sebenarnya nak tunjukkan kepada seorang staf tu yang digelar orang Pengarah JPN sebagai pereka grafik JPN yang bagus. Sebagus mana aku tak tahu tapi setakat ni aku cuma dengar orang komplen betapa buruknya design sticker kereta/motor, pelekat dan kad ucapan hari lahir yang dia design. Apa taknya, guna Powerpoint nak design semua tu, memang kualiti taraf PowerPoint je la.

Kami di unit PC guna Macromedia Fireworks, Adobe Photoshop dan lain-lain perisian grafik untuk design. Hak peribadi ye (BSA tak payah nak cari).

Kerja sendiri tetap buat dan sekejap je dah siap. Jangan risau, pengeluaran MyKad korang tak terjejas, malah sekarang semakin cepat dan kadar menunggu aku jangkakan semakin menurun. Aku pelik orang Malaysia ni, lagi dekat tarikh akhir buat MyKad, lagi kurang orang datang. Suka kena bayar denda ke? Buat sekarang, ada hadiah MyVi untuk cabutan bertuah (aku dah usha MyVi 1.3 kaler hitam tu). Hari tu ada orang menang laptop dan motosikal. Buat cepat sebelum akhir bulan November untuk berpeluang menang hadiah. Lepas daripada tu tak boleh menang hadiah dah, boleh dapat free sampai akhir Disember saja.

Heh!

1.10.05

Kalau Tak Update, Orang Kata Malas...

Web ni betul-betul semak. Bukan senang nak cari sesuatu yang betul-betul kita mahu. Kalau setahun dua dulu mungkin agak senang, tapi sekarang semakin susah. Malah disebabkan spam, muka pertama search engine, resultnya mungkin tak berkaitan langsung dengan apa yang kita cari. Kadang-kadang kita buang masa semata-mata nak dapat result yang kita nak yang cuma mungkin sebaris dua atau sekeping gambar. Letih.

====

Aku mencari koleksi kereta tahun 70an. Bagi aku secara peribadi, dekad 70an adalah dekad yang paling aku blur. Langsung tak nampak apa-apa. Padahal aku dilahirkan dalam dekad tersebut. Aku lebih tahu mengenai dekad 60an, 80an dan 90an berbanding 70an. Kenapa ye? Mungkin tahun 70an, filem-filem melayu makin suram dan jarang sangat dapat dilihat di televisyen.

Apa yang aku ingat mengenai dekad 70an? Bell-bottom, rambut menggerbang, baju ketat, kereta semuanya pelik, banyak gambar slow-motion (tengok la acara sukan, semua slow-motion, kenapa ye?).

Aku dah jumpa website yang buat kronikal secara ringkas mengenai dekad-dekad yang berlalu, Nostalgia Central hasil karya orang Australia.

Banyak lagi aku nak cari ni...

====

Heh..