26.1.06

Cari Pasal Sendiri

Itu, macam filem/buku HitchHiker Guide To The Galaxy. I'm one reluctant hitchhiker. Takde clue dan takde idea apa-apa pun mengenai banyak perkara.

Aku fikir aku lebih kurang macam malas nak bergerak... Iye kot. Maka jadi tunggul la akhirnya.

25.1.06

Berubah Pertama

Dalam masa terdekat ni, dapatkan Honda Wave 125. Baiki bonet depan Kancil aku. Bayar duit loan belajar sampai habis. Beli Handset Motorola L7 slvr (yang nipis tu), agaknya la. Handset aku sekarang dah rosak pun. Jadi ada alasan nak tukar baru.

Apa guna motor? Letih la drive. Jam dan kos yang tinggi. Jadi ada baiknya aku beli motor. Aku dah try beberapa kali bawa pegi opis dan aku rasa ianya okay. Takde la bahaya sangat. Ikut highway. Aku ni jenis tak malu nak pakai baju reflektor kalau ada. Aku akan pakai tak kira apa orang nak kata. Janji selamat.

Kereta aku dulu accident. Tapi sampai harini belum buat apa-apa lagi. Jadi aku nak perbetul bonet depan yang kemik tu. Mungkin tukar hood baru. Tapi tengok la mana yang lebih murah. Lepas tu nak buat full service. Mungkin aku terus tukar saja timing belt. Senang cerita. Tak payah tunggu sampai putus.

Letih...

24.1.06

Kemana Hari Ini?

Tengok sana, ada api sedang marak.
Tengok sini, ada air semakin melimpah.

Namun begitu sukar untuk mereka bertemu kerana begitu jauh antara satu sama lain.

Mungkin aku biarkan saja. Kerana api itu cuma membakar jiwa yang kosong dan air itu cuma melimpahi hati yang hiba. Jadi tentu takde masalah untuk ianya reda bila sampai masa kelak.

Jauh lagi ke? Aku dah letih berjalan ni. Betul juga, umur aku pun dah setengah dari apa yang sepatutnya aku dapat. Tapi aku tak nampak apa-apa lagi pun. Mungkin aku mencari di jalan yang salah. Atau mungkin ada yang menutup papan-papan tanda supaya aku tersesat. Atau aku sengaja sesat. Entah. Sekarang aku sedang keliru, kemana lagi harus aku pergi...

Tapi bila sampai nanti, apa pula aku perlu lakukan seterusnya?

23.1.06

Tunggu Apa Lagi?

Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.
Aku nak sentiasa gembira.
Aku nak senang hati.

Aku nak minta dari sesiapa kalau sudi bagi, tapi tiada sesiapa yang sudi. Balik-balik kena tinggal kat tepi jalan ni sambil mereka terus berlalu pergi. Kalau ada pun yang menoleh kemudian berkata mereka akan kembali balik nanti. Ataupun ada yang berkata aku boleh ikut kalau nak, tapi mereka takde la nak peduli sangat nanti. Tak kisah la semua tu. Yang pasti, mereka nak berlalu pergi dan aku kena tumpang orang lain pula.

Kenapa aku pula yang kena tumpang orang lain? Kenapa aku tak boleh bawa diri sendiri? Sebab takde orang yang nak ikut aku bila aku pelawa. Kalau ada yang ikut pun, mereka akan turun balik tepi jalan kemudian tahan orang lain. Agaknya aku tak pandai bawa mereka.

Takpelah, aku boleh pergi sorang-sorang tapi aku tak pasti mana arah yang aku perlu tujui. Nanti sesat, susah pula.

Ikut kalau aku nak jalan sendiri. Tapi aku pernah tunggu begitu lama kat tepi jalan ni. Dari tahun 1998 sampai 2002. Lama tu. Kalau tunggul kayu, dah reput mati agaknya. Tapi aku tetap tunggu juga. Bila ada orang bagi tumpang, rupa-rupanya orang tu ada orang lain yang ikut dia (atau yang bawa dia). Agaknya dia bosan asyik sembang dengan orang tu je kot. Sebab tu dia ajak aku naik sekali. Jadi, aku pun naik ikut dia (dan mereka) sampai sekarang. Semalam tiba-tiba dia bagitau, dia nak teruskan perjalanan dengan orang tadi tu. Jadi aku kenalah turun. Takkan nak kongsi lagi kot. Takkan tak sedar orang dah sudi. Haha.

Jadi sekarang kiranya aku perlu turun dan menunggu lagi. Entah berapa lama pula kali ni. Mungkin lebih lama lagi. Agaknya nanti kalau lama sangat aku menunggu, akhirnya nanti aku tinggal sorang-sorang sini. Padan muka aku.

Agaknya kalau aku tulis begini, berapa ramai yang faham?

18.1.06

Tak Workaholic Dan Tak Suka Horlick (Agaknya)

Belum, aku masih belum dapat khidmat cemerlang. Patut dapat? Ntah, itu bos punya hak nak tentukan.

Dan tidak, aku bukan workaholic. Walaupun aku kerja 8 pagi sampai 9 malam setiap hari dan hari minggu juga, aku bukan hantu kerja. Cuma sekarang ni dah jadi tanggungjawab nak siapkan kerja sebelum orang komplen panjang berjela dalam surat-surat khabar kata MyKad lambat dapat. Takde siapa paksa kerja lebih masa tapi selagi tak siap ratusan ribu MyKad yang masih belum siap, selagi itu tak senang duduk. Sebab setiap kali orang komplen dalam paper, MyKad cepat rosak, lambat dapat dan lain-lain lagi, yang direct kena, unit aku la. Cuma, kadang-kadang tu terasa juga, kenapa nak peduli?

Dan hakikatnya kakitangan kerajaan zaman sekarang sudah berubah. Dulu boleh duduk kedai kopi sejam borak tak tentu pasal. Boleh tangguh buat kerja selama mungkin. Tapi sekarang (merujuk kepada unit aku), kerja boleh dikatakan profesional. Kena buat sebaik mungkin. Aku tahu orang takkan percaya. Tapi kena fikir begini. Selalunya tender kerajaan diberikan kepada the lowest bidder. Agaknya dengan harga yang ditawarkan mereka tu, boleh ke mereka sediakan bahan yang berkualiti untuk kita buat kerja? Susah. Tak mahu cakap lebih, ingat Proton, begitulah masalahnya.

Kerja aku ni dijangkakan takkan habis sampai hujung tahun ini. Mungkin tahun depan, aku boleh duduk rehat sikit. Kerja 8 to 5 macam biasa. Itu lebih best, ada life. Banyak benda nak buat. Tapi sekarang ni, kena berkorban masa untuk orang ramai. Selagi tak siap, selagi itulah kena siapkan. Staf unit ini bukan semua budak-budak sekolah. Ada yang ada ijazah dan diploma. Pendidikan tinggi tapi kerja kerani sebab takde kerja lain. Jadi mentaliti ikut yang ada diploma dan ijazah. Kerja berakal.

Dan aku tak la selekeh... hehehe. Takde la macam tu. kemas mesti kemas. Nanti orang kata mat Bangla mana pulak kat Putrajaya ni.

Uh.. Terima kasih Ain ada pandangan awak. Saya hargainya.

16.1.06

15 Hari Pertama 2006

Sudah lama tak menulis. Nak kata sibuk, boleh la. Sekarang dah tukar unit lain. Dulu boleh tidur dalam buat kerja sebab report tak banyak kena buat. Kemudian unit dulu tu sepatutnya cuma dua orang staf tapi diletak tiga orang. Jadi aku dengan sukarela menawar diri untuk keluar dari unit tersebut dan masuk unit lain yang ditinggalkan oleh staf yang berpindah ke bahagian lain. Jangan tanya. Dalam jabatan kerajaan banyak unit dan bahagian. Letih aku nak explain.

Banyak benda aku tak buat lagi tahun ni. Tapi dah separuh bulan habis. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar nanti dah nak habis bulan Januari. Sedar-sedar nanti 22.2.2006, dah 31 tahun aku ni. Tua dah ye. Muda lagi dalam hati ni. Dok asyik dengan kartun lagi, dok sibuk dengan games lagi. Usia dah tua, hati tetap nak muda lagi. Huh!

Ye, ada ramai dah tanya bila nak kahwin. Aku rasa lagi senang kawinkan pokok getah dari nak cari calon sendiri. Sekarang pun masih takde lagi. Nak kena bagi alasan kenapa? Isnin - Jumaat kerja dari jam 8.00 pagi sampai 9.00 malam. Sabtu dan Ahad overtime dari jam 8.00 pagi sampai 4.00 petang. Dah tiga tahun kena buat sebab nak siapkan juga MyKad yang berlambak belum disiapkan lagi ni. Jadi aku salahkan korang sebab menyusahkan aku! Hehe. Takde la. Gurau je. Takde masa nak bersosial. Nak bersosial pun dengan orang pejabat ni je. Ramai juga bebudak perempuan dalam bahagian aku ni tapi korang sendiri faham. Bukan senang nak sangkut dengan rakan pejabat sendiri. Susah. Banyak karenah dan banyak cabaran. Lagi baik jangan. Tapi kalau nak melekat juga, Alhamdulillah. Senang kerja. Tapi sini ramai bujang-bujang lagi hensem dan macho. Susah la sikit untuk aku yang pendiam dan gemuk ni. Heh. Ha ah, aku tahu orang perempuan tak pilih hensem dan macho. Ye la tu. Sedikit sebanyak ada. Tapi mereka juga suka yang kelakar, senang bergurau dan err.. ntah. Tak tahu.

Entah la. Kalau ada pun, aku sendiri masih belum ready. Masih terhoyong hayang nak bergantung. Nanti susah pula nanti. Baik sabar dulu. Itu la pasal. Dulu ada dan couple sampai 4 tahun tapi tak reti nak jaga. Orang tu dah ada anak 2 dah pun. Aku sendiri yang terkial-kial lagi. Agaknya kalau dia tengok aku sekarang, mesti dia rasa lega dalam hati sebab tak terus ikut aku. Kalau tak, naya dia.

Bila nak mula bisnes ni? Modal, modal, modal... Mana nak cari. Rasanya tak banyak tapi teruk juga nak cari.

Motor pun aku nak cari juga ni. Cari tu.. Beli. Kenapa? Tak sanggup bayar duit minyak RM20 untuk 3 hari dan tol RM3.20 setiap hari untuk kereta aku sekarang. Parah aku dibuatnya. Aku nak beli motor nak jimatkan kos. Minyak pergi balik baru RM2.50 lebih kurang sehari. Tol tak payah. Hujan, lepak bawah teduh. Sejuk, pakai baju tebal. Aku dah biasa bawa motor dulu. Honda EX5 Class 1 kaler biru. Sana sini aku bawa. Sekarang ada di kampung, ayah guna. Sekarang aku nak beli baru. Mulanya nak beli Yamaha Nouvo S kaler hitam. Menarik tu. Tapi harga mahal sangat. bulan-bulan sama banyak dengan duit minyak kereta aku je. Jadi aku rasa aku akan ambil Honda Wave 125. Power sikit untuk jalan jauh KL-Putrajaya-KL tiap-tiap hari. Nak maintain pun senang sikit. Tapi haritu nampak Suzuki Shogun 125, menarik. Cuma yang tak menarik, second-hand value takde kemudian, takde keyakinan nak beli. Lain baik ambil Honda yang dah terkenal. Hujung bulan ni aku bawa motor ke opis la kot. Hujung minggu baru bawa kereta. Jimat sikit. Kalau nanti adik aku nak guna kereta tu pun okay. Boleh aku beli kereta baru pulak. Hehe... Banyak angan-angan nampak.

Aku dah semakin kurus sebenarnya. Tapi member aku pun cakap aku dah kurus sikit. Ye la, duit dah takde nak makan. Kebulur memanjang la ni. Ada duit tapi menghala ke tempat lain... Malang betul.

2.1.06

You'll Never Walk Alone

When you walk through a storm,
Hold your head up high,
And don't be afraid of the dark.
At the end of a storm,
There's a golden sky,
And the sweet silver song of a lark.

Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Though your dreams be tossed and blown.
Walk on, walk on, with hope in your heart,
And you'll never walk alone…

Walk on, walk on, with hope in your heart,
And you'll never walk alone…
You'll never walk alone.

You'll Never Walk Alone - Liverpool F.C. Anthem

====

Jadi, aku penyokong Liverpool. Aku rasa ramai yang dah tahu. Sejak 1982. Sudah lama. Sejak zaman Daglish, Molby, Rush, Barnes hingga sekarang.

====

Selamat Tahun Baru 2006. Aku bakal 31 tahun. Bakal 4 tahun di JPN. Yang lain-lain belum lagi...

====

Jaga diri korang baik-baik. Semoga ceria dan damai sepanjang masa.