19.9.06

Sebuah Penghargaan Di Bulan September

Bulan ni baru sekali nak post?

Sebenarnya sejak aku dimarahi dengan apa yang aku telah post disini sebelum ni, aku jadi malas nak menulis. Padahal berulang kali aku cakap, ini adalah cerita aku jadi wajar sangat aku cerita apa saja yang aku fikir sesuai. Tak payah la aku bagitau siapa yang marah.

Hendak saja aku ceritakan suatu cerita yang amat menarik untuk kalian, tapi tunggulah dahulu. Rasanya masih belum sesuai. Hanya beberapa orang saja yang sudah mengetahuinya. Pastinya membuat kalian tersenyum nanti. Jalan ceritanya dan suasana ceritanya pun menarik.

Hendak juga aku perkatakan bahawa aku kini tidak lagi terperangkap dengan kisah-kisah lalu. Ianya sudah berlalu amat-amat jauh. Cuma kalau sesekali mendengar lagu Keith Urban - You'l Think of Me, aku jadi sedikit kelu. Tapi biarkanlah.

Aku sekarang sudah mampu tersenyum sendirian. Malam tidur diulit mimpi yang indah dan hari-hari dilalui bagai mimpi yang sentiasa berwarna yang indah. Melankolik ke?

Lagipun, sampai berapa lama perlu aku bersedih, bukan? Kalau pun orang itu membacanya nanti (orang yang sudah teramat jauh), aku mahu dia tahu yang aku bahagia. Terima kasih mendoakan "malang" untuk aku. InsyaAllah, untung nasib, bahagia kecewa aku hanya Tuhan yang menentukan, bukan dia.

Kalau dia nampak aku bahagia, aku bukan bahagia kerana aku bebas dari dia. Aku bahagia kerana kalian, sahabat-sahabat yang aku kenali dan aku tidak kenali. Sekurang-kurangnya aku masih ramai sahabat biar pun ada diantara mereka yang aku tidak pernah temui (Ded1, Ain dll). Terima kasih.

Untuk masa yang terdekat ini, aku perlu mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka ini;

En. Zaidi - pegawai kanan yang oversee kerja aku. Walaupun aku naik fed-up dengan karenah bos, dia tetap suruh aku sabar. Dia nampak betapa susahnya nak hasilkan sebuah karya.
En. Malik - pegawai kanan yang seorang lagi yang aku rasa tak pernah nampak sekalipun muka dia bermasam. Senang hati sepanjang masa.
Lily - kalau tidak kerana 4 tahun dulu, mungkin semua ini lebih menarik untuk dia. Tapi dia tetap ada sebelah aku sampai sekarang.
Asyikin - mana aku nak cari budak comel yang besar tapi masih macam budak? Huh?
Bayah - 10 mesej untuk ucap selamat tidur kepada sahabat, dia yang pertama pasti membalas. Itu sahabat kan?
T - orang jauh yang begitu dekat...

Terima kasih. Sesungguhnya insyaAllah dengan sedikit terima kasih ini, aku dapat menghargai kalian dengan lebih lagi.