Kenapa la cerita pasal Kampung Baru tu tak pernah sudah? Dulu orang marah Drs. Sulaiman Daud pasal dia berusaha nak majukan Kg. Baru. Orang marah bukan apa, pampasan dan cara dia nak majukan tu tak menguntungkan orang Kg. Baru. Sekarang orang start bising lagi pasal nak majukan Kg. Baru. Nak tukar status tanah rezab melayu kepada tanah terbuka supaya orang bangsa lain boleh beli dan dimajukan. Kenapa? Kenapa perlu tukar status? Kenapa nak bagi orang bukan melayu beli? Kenapa nak majukan? Takde cara lain ke kalau nak majukan?
Aku heran setiap kali cakap nak majukan Kg. Baru, perkara pertama yang mesti orang-orang ni nak buat ialah cuba mencungkil atau melepaskan hak milik tanah penduduk Kg. Baru. Kenapa nak ambil hak penduduk? Suka ke kalau orang dengan paksa nak beli tanah kita? Tak suka, sesiapa pun tak suka melainkan kalau dia jenis tak reti jaga harta atau jenis desperate gila. Memang tanah Kg. Baru tu teramat mahal. Sekaki persegi mungkin ratusan ringgit. Kawasan pula amat strategik. Sebab tu ada pihak yang beria-ia sangat nak majukan kawasan ni. Lagi pun kawasan orang melayu, jadi fikiran mereka orang melayu ni mudah disogok dengan duit. Asal ada duit, semua jadi. Kemudian mereka beri alasan orang-orang tidak akan dibayar sepenuhnya dengan duit. Sebab katanya takut habis nanti dibazirkan. Dah sifat orang melayu agaknya. Dah jual tanah, duit tak dapat semua, apa cerita? Maknanya tanah dijual, duit mungkin dapat 1/2, dan selebihnya disimpan oleh 'pemegang amanah'.
Apa kata kalau penduduk Kg. Baru (yang asal) tubuhkan koperasi yang dikawal selia oleh sebuah badan profesional. Koperasi ini beli (kiranya ahli serah hak milih tanah kepada koperasi) dan di convert jadi saham untuk setiap ahli mengikut saiz tanah yang dijual. Kemudian tanah-tanah ni dipecahkan menjadi presint macam Putrajaya. Satu presint tu menempatkan rumah penduduk asal Kg. Baru dalam bentuk kondominium mewah (orang asli dekat Damansara dapat banglo). Hak milik bebas, jadi kalau rasa nak jual, suka hati. Kemudian buat presint untuk bisnes, taman dan riadah serta presint budaya. Presint bisnes ni buat la bangunan setinggi mana pun. Kalau boleh kawasannya 1/4 atau lebih dari keseluruhan kawasan.
Sekurang-kurangnya tanah kekal milik orang asal dan dapat dimajukan dengan berkesan. Kenapa nak buat bangunan itu ini sedangkan kawasan amat besar. Amat baik buat taman dan lain-lain, KL dah sesak sangat. Presint budaya tu letak rumah-rumah lama melayu yang terdapat di Kg. Baru yang difikirkan ada nilai sejarah dan nilai estatika yang tinggi. Kenapa la nak bangunkan sangat Kg. Baru. Kemudiannya nak biarkan terjual kepada bukan melayu. Bukan aku tak sokong. Tapi kena fikir. Berapa kerat sangat kawasan di KL tu milik orang melayu? Kemudian, adakah orang melayu dibenarkan nak pegi beli tanah di Petaling Street atau Jinjang sekalipun? Orang melayu mampu ke?
Kenapa orang tamak sangat Hah??
1 comment:
Saya amat-amat sangat bersetuju mengenai comment yang mengatakan bahawa orang melayu patut mempertahankan tanah melayu kampung bharu. Pemilik-pemilik tanah di Kg Bharu tidak harus disuruh menjualkan tanah mereka kepada orang luar semata-mata dengan alasan untuk memajukan Kampung Bharu. Saya merasakan kita harus sama-sama berfikiran terbuka dan positif bagaimana kata harus membangunkan kampung bharu tanpa menjualkan hak-hak kita pada orang luar.
Kampung Baru terletak dikawasan yang strategik. Dahulu kampung baru terkenal dengan Pasar Minggunya. Saya mencadangkan agar kita memperkenalkan kembali nostalgia Pasar Minggu Kampung Bharu dan biarkan rumah-rumah bentuk lama itu untuk anak cucu akan datang. Jadikan Kampung Bharu sebagai Taman Seni.
Kita tidak akan rugi jika kita serikan lagi wajah Kampung Bharu dengan cara tersebut. jika tidak satu hari nanti kita tidak lagi mempunyai Warisan lama masa zilam.
Post a Comment