27.10.04

MRSM Balik Pulau

Baru lepas surf www.ansarabp.com . Website xMRSM Balik Pulau. Ye, aku budak MRSM. 12 tahun lalu aku tamat belajar disana. 16 tahun lalu aku masuk belajar form 2 di sana. Patutnya aku masuk MRSM Gerik masa form 1 tapi MRSM tu tak siap sampai 1996, jadi kami batch asal seramai 126 orang ditendang ke MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang. Masa tu aku kecik je. Jadi memang sah senang-senang jadi mangsa buli. Lepas tu kiranya aku taraf budak baik sebab merokok pun tak, apa pun tidak. Tapi takat lompat pagar (actually pagar tu boleh tolak tepi) keluar maktab tu perkara biasa. Bila form 4 aku masuk kelab lumba basikal. Asal petang je keluar sekolah naik basikal lumba. Bukan training pun. Saja pegi town, Pekan Kongsi.



Nak cerita pasal kenangan di MRSM BP memang banyak. Tapi yang paling jelas korang boleh baca komik STUDENT LIFE karya SIREH@Anoy. Itu memang merujuk MRSM Balik Pulau sebab budak Anoy tu pun ex-student sana. Kalau yang pernah baca, cikgu disiplin garang nak mampos tu ialah cikgu Hamid. dan Zeti tu benar-benar wujud dan cantik. Kira senior aku la time aku form 2, mereka form 5. Nantilah aku cerita dalam website aku. Sini malaslah.



Cuma, aku terkilan sebab banyak gambar time sekolah hilang atau rosak. Jadi takde la aku simpan apa-apa pun. Buku sekolah, Nostalgia 92 pun hilang. Cover depan tu hasil idea aku! Aku nak cari juga.

24.10.04

Duit Bonus Tak Boleh Beli Ubat Rabun Warna

"Engkau nak beli apa bila dapat duit bonus nanti?"



"Tak tau lagi."



"Tak beli baju raya ke?"



"Baju melayu tahun lepas dah ada sepasang dan masih okay. Ada dua helai lagi baju melayu yang masih elok. Paling penting, kasut kulit untuk kerja. Rasanya dah cukup."



"Jadi tahun ni takde baju baru la ye?"



"Ada, baju dan seluar pergi kerja. Aku dah gemuk, semuanya dah tak muat."



"Lagi apa nak beli?"



"Meja TV. Sekarang ni aku letak atas polisterin je. Kemudian kalau ada duit lebih nak beli almari baju baru. Yang lama dah sarat."



"Itu je?"



"Ntah. Tak tahu apa nak fikir lagi."



====



Kalau orang lain, mungkin dah lama ada perancangan untuk menyambut hari raya. Aku masih tak tahu apa nak buat. Cuma yang aku rasa paling nak buat ialah cari sehelai samping dan butang baju melayu. Itu je. Aku rasa baju melayu yang ada sekarang masih elok. Jarang sangat aku pakai. Seminggu lebih kurang sekali je aku selang seli 3 helai baju melayu aku tu. Jadi takde la nampak lusuh sangat. Kasut kulit untuk pergi kerja tu yang paling penting. Dah lama sangat aku pakai mochasin je. Nampak tak kemas langsung untuk ke pejabat. Teringin betul nak beli Camel Active macam dulu. Tapi dulu aku dapat dengan harga RM99, entah sebab apa. Sekarang kalau survey, harga lebih kurang RM200 lebih. Takpelah berbelanja mahal sikit untuk kasut ni. Sebab pakai tiap-tiap hari dan perlukan keselesaan. Lagipun kasut yang lama dulu tu tahan setahun lebih. Itu pun kalau tak sebab aku gatal tukar tapak, rasanya pasti elok lagi. Salah pilih kedai baiki kasut. Tak reti langsung orang tu jahit kasut dengan elok.



Kemudian nak beli baju kemeja tangan panjang untuk pergi kerja. Aku jenis tak pakai baju fancy dengan corak sana sini bila pergi kerja. Aku lebih suka pakai baju plain dengan warna yang lembut. Lagipun aku rabun warna, kalau aku beli baju yang kaler macam-macam, susah pula aku nak padankan dengan seluar nanti. Seluar kerja yang ada sekarang pun cuma warna hitam dan biru. Itu yang paling mudah nak disesuaikan dengan apa jenis baju. Baju pun pun cuma kaler, cream, biru muda, biru gelap, kelabu dan ermm.. itu je. Heh. Nampak generik je. Tapi itu masalah kalau orang rabun warna. Dan masalah kalau ajak orang yang kenal warna pergi beli baju, tapi diorang tak nak ikut. Ada patut suruh tanya salesperson. Mereka tahu jual, tak semestinya tahu berfesyen. Itu yang payahnya. Jadi terkial-kiallah aku nak cari baju. Banyak waktunya jadi frust sebab walaupun dimata aku pakaian tu nampak cantik, aku takut nak beli sebab risau realitinya baju tu mungkin tidak sesuai dengan seluar. Tu la, kalau ada member korang yang rabun warna ajak korang pergi beli pakaian, tolong la mereka. Kesian tau tak. Jangan kata mereka cerewet. Cuma mereka tak yakin dengan warna tu. Korang kena yakinkan mereka betul-betul.



Tapi aku tak nampak rabun warna ni menjadi penghalang. Bila bawa motor dan kereta aku tetap boleh kenal MERAH, KUNING dan HIJAU. Ada orang yang rabun mata kronik takkan kenal warna tersebut. Ada lebih baik pihak berwajib dan retailer sekalipun tidak lokek letak tanda warna secara bertulis dimana-mana sahaja. Kadang-kadang bila kita nak isi borang, ada minta tanda pada kotak pelbagai warna. Ingat senang ke untuk orang yang rabun warna? Tapi aku tak anggap ianya diskriminasi. Tak semua orang alert dan tak semua orang ambil tahu mengenai masalah rabun warna.



"Kalau LED masih MERAH, tandanya masih tengah charge. Kalau dah HIJAU, dah habis la charge."



Ini selalu kita dapat lihat. Tapi kalau orang yang rabun warna, kadang-kadang mustahil nak bezakan merah dan hijau secara jelas. Aku lebih senang kalau mereka letak MERAH dan BIRU sebab bezanya amat ketara. Atau kalau boleh sediakan mentol yang berbeza. Kiri MERAH dan kanan HIJAU. Itu lebih senang. Dan berbalik pada pakaian. Ada sesetengah pembuat meletakkan tanda warna pakaian pada label dalam bentuk tulisan. Apa salahnya semua pembuat pakaian buat perkara yang sama. Bukan susah pun. Teks biasa je. Kurang-kurang kalau orang kata oren dan merah tak ngam atau hijau dengan ungu pelik, orang rabun warna boleh ingat. Takde la dia nak beli baju t-shirt 'biru' yang sampai 3 bulan kemudian baru dia tahu warna sebenarnya ialah UNGU.



Cuma aku dapati dari pemerhatian aku, orang banyak tak sedar mereka rabun warna walaupun sedikit sebab selama ni kebanyakkan mereka cuma hafal warna. Bila tanya, mereka akan berkerut dahi untuk dapatkan jawapan yang pasti. Ada member yang selama ni aku fikir dia betul-betul kenal warna sebab gaya fesyennya sentiasa menarik, beli motorsikal baru warna biru tua. Dia kata warna hitam. Aku cakap model motor tu takde warna hitam, dia tak percaya. Bila periksa betul-betul, sah bukan hitam. Biru tua...

23.10.04

?

Heh!

16.10.04

Membuang Keliru

Aku pelik melihat manusia yang ada diantara mereka begitu keras hati dan sentiasa ingin rasa betul dalam semua keadaan sedang hakikatnya orang tidak mempersoalkan betul atau tidak. Kenapa dalam hidup ini mesti sentiasa ada betul atau tidak? Kenapa kalau diwujudkan persoalan jawapannya nanti adalah dalam bentuk terbuka tanpa mempersoalkan siapa yang betul siapa yang tidak?



Ada orang yang sepanjang hidupnya melihat apa yang dilakukannya adalah betul dan setiap tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Dan apabila bersahabat dengan mereka, mereka timbulkan pelbagai ugutan kononnya mereka akan bosan dan meluat dengan kita kalau kita tidak mengikut haluan tuju atau mempersoalkan tindakan mereka.



Aku, cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang ini tetapi setiap kali aku dilayan seperti bukan yang aku harapkan. Tapi aku tak harap dilayan sebegitu baik. Cuma aku mahu dihormati sebagai seorang kawan. Bukan digunakan jika perlu dan dibiar jika mereka ada hal lain. Setiap soalan aku tanya walau betapa rasional dan terbuka maksudnya dijawab dengan jawapan yang sinis atau kadang-kadang marah. Kenapa perlu marah sedangkan ianya satu soalan dan kalau pun tak mahu jawab, boleh saja cakap, "maaf, tak boleh nak jawab".



Sebenarnya aku tak faham. Apa yang dimahukan oleh orang ini. Disebalik kehendaknya mahu aku jadi kawan, dia tak layan macam kawan. Dia layan macam orang yang diperlukan jika perlu dan dibiarkan jika tidak. Apa, ingat aku tunggul kayu? Aku ada maruah dan aku ada hak. Kenapa maruah dan hak aku tidak dihormati sedang orang ini sentiasa mahu orang hormat hak dan maruah dia. Sentiasa mahu orang faham pendirian dan fikirkan dia sedang dia tak pernah cuba untuk faham aku. Sebaliknya dia kata dia sudah kenal masak dengan perangai aku? Kalau betul, dia takkan harap cuma aku yang berubah untuk dia tanpa dia lakukan apa-apa. Apa salahnya kalau sama-sama berubah.



Jadi hari ini, aku rasakan perlu aku biarkan saja kebodohan ini reda dan aku berlalu pergi tanpa perlu aku fikirkan lagi. Selama ini aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang lain, kenapa orang itu tidak sikit ingin jaga hati aku? Maka, ada baiknya aku biarkan saja orang ini kerana aku tahu setiap langkah yang aku ambil akan dicari negatifnya.



Maaf, aku kira aku sudah cukup berdiam diri. Biarlah aku rugi untuk kali ini dan selamanya asal hidup aku tidak keliru dengan keadaan. Aku mahu setiap hari aku dalam keadaan yang tenang dan tidak pening kepala untuk melayan orang yang aku sungguh tidak faham moodnya. Kalau orang ini fikir hubungan bersahabatan ini perlu dikekalkan, dia patut lakukan sesuatu, bukan hanya berharap kepada aku. Kalau dia rasakan dia boleh berlalu begitu saja, teruskan. Sebab aku tetap berdiri disini macam biasa...

14.10.04

Zura Menyibuk.. hehe

Si Zura ada disebelah tengah sibuk perbetulkan permohonan KPLI J-QAF nya. Ala, iklan nak jadi guru tu. Dah berapa kali dia minta KPLI aku tak pasti tapi memang setiap tahun atau setiap kali iklan keluar dia pasti akan pohon. Tapi kali ini aku rasa peluang dia agak baik sebab berkaitan rapat dengan kelulusan dia sebagai graduate linguistik bahasa Arab. Jadi kalau jadi guru bahasa Arab memang sesuai sangat. Kata dia orang Arab di Jordan dulu pun tak sangka dia orang Malaysia sebab cakap Arabnya berabuk. Aku harap dia dapat sebab aku dah kesian tengok dia susah hati bila tak dapat. Hari tu disalahkan kaum lelaki sebab memang KPLI baru-baru ni ramai budak lelaki yang dapat. Aku takde apa nak komen, mungkin betul.



Esok puasa, agaknya. Harini kiranya ramai orang yang akan makan bersungguh-sungguh time tengahari sebab esok tengahari dah tak boleh nak makan. Aku pun sama. Tapi tak banyak mana pun makan. Cuma harini aku nak makan aiskrim kalau sempat. Kek dah makan.



"Selamat berpuasa, mesti puasa tau! Moga cepat kurus sebab dapat berdiet bulan posa...." Zura tulis...



"Baiklah" Aku balas.



Selamat berpuasa.

13.10.04

Suatu Petang Itu

Bila berbicara dengannya, ia dirasakan begitu berat kerana pendapat dan pandangan masing-masing amat kritis dan terbuka. Kadang-kadang selepas berbual jadi begitu penat memerah otak untuk mengutarakan sesuatu yang signifikan dengan kehendak akal dan fikirannya. Itulah yang menarik minat untuk aku terus berbicara dengannya. Dan dia juga akui, berbual dengan aku banyak yang bermanfaat. Berdebat, kritik dan soal-jawap sentiasa dalam keadaan yang 'panas' dan menarik.



Terima kasih untuk sebuah petang yang mendamaikan...

12.10.04

Puasa

Ramadhan menjelang tiba. Kali ini ialah Ramadhan yang ketiga aku berpuasa di pejabat ini dan kali terakhir disini. Tahun depan mungkin di Putrajaya. Banyak kenangan berpuasa di sini, tapi tak boleh nak dibandingkan dengan kenangan berbuka puasa di MRSM BP dan juga di UiTM Kolej Perindu dulu. Makan dengan member nasi kawah dan kadang-kadangan dengan ikan jacket dan ayam sebesar ibu jari. Air paling glamer pastilah sirap. Itulah yang kalau boleh orang dewan makan nak sediakan setiap hari. Sekali sekala dapat makan diluar.



Dulu masa duduk dengan Bob, member baik UiTM, aku dengan dia selalu ke Bukit Bintang. Bila time nak buka puasa, pergi naik tingkat lima beli nasi bungkus, nasi saja. Turun bawah pegi KFC dan beli ayam dua ketul. Masa tu masih murah lagi. Dua ketul tak sampai RM3. Buka puasa di KFC makan nasi berlauk ayam KFC dan kuah cili sos. Itu je. Memang merepek tapi pengalaman. Kalau buka puasa telan air liur, minum air paip tu dah memang biasa.



Sekarang dah mewah sikit. Time buka puasa makan nasi berlauk dan kadang-kadang ada air tebu atau air kelapa muda. Kalau nak bermewah sikit, beli kuih muih. Lagipun depan rumah ada pasar ramadhan. Kalau belum jam 6.30 ptg, jangan harap nak turun. Tapi time dah turun, lauk pun dah tak banyak. Makan la apa yang ada. Tahun ni kalau rajin, aku nak memasak sendiri. masak la apa yang patut untuk orang bujang. Aku bukan nak bagi mulut orang lain sedap. Aku je yang nak makan masakan aku.



Sudahlah, aku tengah migrain dan batuk. Aku nak rehat. Bye.

7.10.04

Dah Habis Exam

Selepas habis exam, apa rasa? Biasa je. Ada subjek yang okay, ada yang KO. Tapi yang pasti next sem aku study lagi. Heh.



Cuti la aku untuk beberapa bulan. Mungkin sampai hujung bulan November. Jadi aku rasa nak mulakan balik projek website aku yang amat lama tergendala ni. Tengah cari idea nak buat camana. Aku nak ubah konsep tapi takutnya nanti konsep yang aku pilih tak kena dengan gaya aku pula. Aku rasa dah berapa banyak interface aku buat tapi masih tak puas hati lagi. Ada saja yang tak kena.



Tunggulah ye.

3.10.04

EXAM dan Start!

Harini bermula exam final aku. Pagi tadi baru lepas jawab soalan Sains Politik. Semua orang komplen sebab apa yang disoal begitu terbuka sampai pening nak jawab. Takde detail, takde definisi, takde terangkan. Lecturer memang tak ajar agaknya. Tapi kalau ikut soalan semester sebelum pun, memang banyak beza dari segi konsep. Jadi memang susah kalini. Nasiblah. Agaknya semester ni bukan semester aku nak score.



Selasa nanti ada exam English, kemudian Rabu exam Financial Accounting. English aku tak risau sangat tapi Financial Acc. memang memeningkan. Dengan buku rujukan pun merepek, lecturer lagi lah merepek. Aku pun memang tak boleh nak catch up. So dari malam karang sampai malam Rabu nanti akan aku sibuk studi Financial Acc.



Tapi tengah mengantuk ni. Malam tadi tak cukup tidur walaupun tidur awal. Ada je yang mengganggu tidur. Sejuk tapi tak cukup selesa. Agaknya dah tiba masa aku beli tilam. Selama dua tahun asyik tidur atas comforter jek. Badan pun dah makin protes dengan sikap tak ambil berat aku ni. Tapi mana aku nak cari tilam dan mana aku nak letak tilam tu? Lagipun kalau letak tilam, nanti habis member-member jadikan port. Itu yang malas sangat tu. Main tidur je tapi tak reti nak jaga.



Lama tak menulis sebab aku sibuk dengan studi. Lama aku tak menulis sebab susah nak dapat access internet. Ini pun curi-curi guna internet system admin yang berlagak dan kedekut tu. Ingat aku tak reti nak buka PC dia? Aku siap copy dial-up dia. Dan bodohnya sebab dia safe password. So, lain kali sesuka hati aku la nak access internet sini. Lagi satu haritu kata dia, PC baru jenama HP yang gah ni tak boleh nak burn CD. Pelik juga aku. Dia siap guna portable CD burner lagi sebab katanya tak boleh nak guna internal CDRW dari PC HP ni. Pelik tak? Aku cakap pada dia "Apa ko nak bagi aku kalau aku boleh burn CD pakai CDRW PC ni?". Dia cakap tak payah sebab dia tahu apa masalahnya. Hmm, sampai sekarang tak tahu. Dan semalam aku dengan selamba burn CD kat sini. Boleh je... Susah dengan orang berlagak ni. Tambah-tambah kalau jawatan dia system admin dan jawatan kita staff bodoh. Jadi kiranya secara teori dia lebih hebat ilmu komputer dari aku. Tapi itu secara teori. Pernah dulu dia kata motherboard rosak dan kena ganti baru sebab PC tak boleh nak ON lepas dia reformat dan install baru. Aku cakap reset je BIOS. Dia cakap tak payah dan takde kaitan. Last-last depan mata dia aku pegi reset BIOS sambil dia bebel kata nanti rosak la, itu dan ini. Lepas tu aku ON je PC, ok je load masuk WINDOWS. Apa maknanya? Satu aku berlagak pandai dan menjadi. Dua, dia berlagak pandai tapi memang tak pandai. Cuma aku bukan nak berbaur perkauman, orang India ni memang suka besar diri tapi buat kerja tak reti. Pandai cakap banyak, sebab tu orang mudah terpengaruh.



Dulu masa aku kerja di sebuah kilang, diorang ambil seorang budak India baru graduate dari Tafe College sebagai juruteknik komputer. Aku ada offer nak buat dan ada beberapa aku budak melayu lain yang aku tahu pandai buat. Tapi dia offer budak India baru lepas college ni sebab satunya kabel power, duanya erm, agaknya dia benci orang Melayu. Last-last, nak pasang kabel scanner pun tak tahu. Aku tanya belajar apa? Dia cakap scanner dia belajar dulu tak macam ni. Erm, hehe.. Malas nak cakap. Korang fikir sendiri. Aku start pomen PC dari tahun 1992. Masa tu kat rumah cuma pakai PC jenama ALR (Advance Logic Research) dengan prosessor Intel DX4 25Mhz, RAM internal 4 MB + RAM tambahan 30 pin sebanyak 8 MB. Harddisk cuma 40 MB. Kad grafik 16 color dan sound midi dari speaker PC. Aku pomen walau umur aku cuma 17 tahun ketika tu. Sampai sekarang aku pomen PC. Itu minat aku masa lapang. Aku kecewa dengan sikap orang yang suka menunjuk pandai. Be humble la sikit. Apa salahnya. Bukan jatuh pun pangkat kalau ko tak tahu. Tanya la pada orang yang tahu. Takat belajar BSc. In Computer Science, tak bermakna korang terer bab troubleshooting PC. Takat teori boleh cakap itu ini. Tapi realitinya bila suruh buat, korang mesti tercengang-cengang tengok hardware yang amat berbeza dari yang korang pernah tengok dalam buku teori korang tu.



Aku nak balik tidur. Malam ni nak start study Financial Acc. Harap OK.