Aku pelik melihat manusia yang ada diantara mereka begitu keras hati dan sentiasa ingin rasa betul dalam semua keadaan sedang hakikatnya orang tidak mempersoalkan betul atau tidak. Kenapa dalam hidup ini mesti sentiasa ada betul atau tidak? Kenapa kalau diwujudkan persoalan jawapannya nanti adalah dalam bentuk terbuka tanpa mempersoalkan siapa yang betul siapa yang tidak?
Ada orang yang sepanjang hidupnya melihat apa yang dilakukannya adalah betul dan setiap tindakan beliau sepatutnya menjadi contoh kepada orang lain. Dan apabila bersahabat dengan mereka, mereka timbulkan pelbagai ugutan kononnya mereka akan bosan dan meluat dengan kita kalau kita tidak mengikut haluan tuju atau mempersoalkan tindakan mereka.
Aku, cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang ini tetapi setiap kali aku dilayan seperti bukan yang aku harapkan. Tapi aku tak harap dilayan sebegitu baik. Cuma aku mahu dihormati sebagai seorang kawan. Bukan digunakan jika perlu dan dibiar jika mereka ada hal lain. Setiap soalan aku tanya walau betapa rasional dan terbuka maksudnya dijawab dengan jawapan yang sinis atau kadang-kadang marah. Kenapa perlu marah sedangkan ianya satu soalan dan kalau pun tak mahu jawab, boleh saja cakap, "maaf, tak boleh nak jawab".
Sebenarnya aku tak faham. Apa yang dimahukan oleh orang ini. Disebalik kehendaknya mahu aku jadi kawan, dia tak layan macam kawan. Dia layan macam orang yang diperlukan jika perlu dan dibiarkan jika tidak. Apa, ingat aku tunggul kayu? Aku ada maruah dan aku ada hak. Kenapa maruah dan hak aku tidak dihormati sedang orang ini sentiasa mahu orang hormat hak dan maruah dia. Sentiasa mahu orang faham pendirian dan fikirkan dia sedang dia tak pernah cuba untuk faham aku. Sebaliknya dia kata dia sudah kenal masak dengan perangai aku? Kalau betul, dia takkan harap cuma aku yang berubah untuk dia tanpa dia lakukan apa-apa. Apa salahnya kalau sama-sama berubah.
Jadi hari ini, aku rasakan perlu aku biarkan saja kebodohan ini reda dan aku berlalu pergi tanpa perlu aku fikirkan lagi. Selama ini aku cuba sedaya upaya untuk menjaga hati orang lain, kenapa orang itu tidak sikit ingin jaga hati aku? Maka, ada baiknya aku biarkan saja orang ini kerana aku tahu setiap langkah yang aku ambil akan dicari negatifnya.
Maaf, aku kira aku sudah cukup berdiam diri. Biarlah aku rugi untuk kali ini dan selamanya asal hidup aku tidak keliru dengan keadaan. Aku mahu setiap hari aku dalam keadaan yang tenang dan tidak pening kepala untuk melayan orang yang aku sungguh tidak faham moodnya. Kalau orang ini fikir hubungan bersahabatan ini perlu dikekalkan, dia patut lakukan sesuatu, bukan hanya berharap kepada aku. Kalau dia rasakan dia boleh berlalu begitu saja, teruskan. Sebab aku tetap berdiri disini macam biasa...
No comments:
Post a Comment