Sepatutnya dalam minggu lepas aku dah beli sebuah komputer baru. Maksud aku, pasang sebuah komputer baru. Tapi nampaknya kewangan tidak mengizinkan. Jadi terpaksa tangguh dulu.
Ikutkan, tak banyak yang aku perlukan. Prosesor AMD Athlon XP/AMD Sempron, DDR Ram dan SATA Hard Disk. Itu sudah cukup. Yang lain termasuk motherboard dah ada. Monitor pun dah ada. Aku cari Athlon XP (Barton Core) tapi susah betul nak jumpa. Jangan harap boleh jumpa di area KL ni melainkan orang jual second-hand. Ralat juga nak beli yang orang dah pakai. Kita tak tahu apa yang dia dah buat. Jadi aku cari Sempron saja. Aku pernah pakai Sempron 2200+ (1.13GHz), okay saja. Cuma tak cukup berkuasa. Jadi aku fikir baik aku beli Sempron 2600+, takat nak pakai beberapa bulan. Tak sampai RM300 pun. Kemudian RAM. Mulanya aku nak beli 1GHz sebab harga RAM sekarang murah gile. Dua keping 512MB DDR400 (Kingston Value Ram) baru RM330. Kalau nak yang elok tapi masih dalam kategori value RAM, aku boleh pilih Corsair Value Select dengan harga RM180 sekeping 512MB. Kalau beli 1GHz sekeping terus tak berbaloi. Masih mahal. Harddisk, SATA pilihan aku. Tak kira apa juga alasan, aku dah pakai dan aku tahu lajunya macamana. Aku ingatkan nak beli Samsung Spinpoint 120GB, tapi susah betul nak cari di KL ni. Pelik juga. Harga dalam RM300 lebih sikit. Tapi budget pun tak berapa ada. Jadi kalau ikutkan, pilihan aku ialah (paling cikai);
AMD Sempron 2600+ - RM260
512MB DDR400 Kingston - RM165
80GB 7200RPM 8MB Cache SATA HDD - RM220
Jumlah = RM645
Kalau ikutkan, spec yang aku nak untuk PC baru aku nanti adalah seperti berikut
AMD Athlon 64 (socket939) 3200+
NForce4 Motherboard with PCIX (lagi bagus kalau boleh support SLI)
1GB 533MHz Corsair Twinx atau Kingston HyperX performance RAM
ATI Radeon X700 atau NVidia 6600GT Graphics Card
Creative Audigy 2 ZS Sound Card
250GB 7200RPM SATA HDD x 2 unit.
DVDRW & CDRW
Floppy Disk Drive (perlu ke?)
Cooler Master Centurion 5 Casing denga 450Watt Power Supply.
Water-cooling system (sekarang dah murah)
19" Samsung Syncmaster LCD Screen (Sony, LG, Philips atau apa-apa pun boleh)
Microsoft Natural Wireless keyboard
Logitech Laser mouse.
Kos? Aku agak dalam RM5000 lebih sebab aku perlu beli speaker baru. Altec-Lansing ATP3 aku dah gila. Siapa nak? Aku nak jual RM50 je. Volume tak boleh nak kontrol. Rasanya kotak pun ada lagi. Aku nak cari speaker yang jenis 5.1 atleast la.
Tunggu lepas bulan Ogos nanti, ada la.
Apa cadangan aku kepada orang nak beli PC? Kalau takat nak guna buat kerja Word, Powerpoint dan sikit-sikit games (The Sims 2, Unreal Tournament 2004 dan Solitaire), ini cadangan aku,
AMD Athlon XP 64-bit 3000+ / Intel Pentium 4 Socket 775LGA 3.0GHz
Motherboard sesedap rasa
512MB DDR RAM (paling koman)
80GB SATA HDD (sebaiknya 120GB HDD) *The Sims 2 je dekat 4GB tau! 1000 lagu MP3 lebih kurang 3.5GB
Graphics Card asing (bukan integrated dengan motherboard - tak nyesal nanti), tapi jangan beli GForce4 atau ATI Radeon 9250, dah tua.
Sound Card yang integrated dah cukup bagus sekarang. Nak puas, beli Creative Sound Blaster Live!
DVD-ROM (nak beli DVD-+RW boleh, tapi tak glamer pun lagi)
CDRW, wajib ada. Jangan banyak tanya, beli je. sekeping CDR kosong tak sampai singgit. Lagi murah dari disket!
Floppy Drive, huh? Bukan ke orang dok kecoh dengan THUMBDrive, PENDrive DLL?
Casing, beli yang cantik. Bukan apa, nanti asyik dok tengok casing bodoh je, bosan juga. Tapi lagi penting, pastikan power supply cukup. Tanya tokey kedai kalau tak reti. Penting sebab barang sekarang banyak makan letrik.
Monitor? LCD dah murah. 15" baru RM650, nak elok sikit, RM700+. Monitor CRT biasa kalau nak juga, beli yang FLAT SCREEN. Puas hati. Kalau jenis nak main games, Monitor CRT masih lebih bagus dari LCD, takde ghosting. CRT, 17" tak sampai RM400.
Keyboard + tikus ekor terbalik = cari yang elok. Tak perlu berjimat dengan barang ni. Sebab yang penting kita selesa guna. Nanti tangan asyik crammed, siapa susah? Ambil keyboard yang key lembut. Beli mouse yang guna optical sensor. Sekarang dah murah. Tak perlu wireless, rugi bateri.
Speaker? Ikut suka. Kalau member bilik jenis suka duduk dalam gua, baik beli Headphone yang besar gajah. Selesa dan sedap bunyinya. Jangan beli earphone macam Sony Walkman, tak sesuai. Untuk speaker, elok beli yang 2.1, maksudnya dua speaker kecil + satu subwoofer. Aku cadangkan Altec Lansing atau Creative. Ada warranty. Heh.
Meja komputer? Ala, letak atas meja makan emak korang pun boleh.
Aku nasihat satu, orang suka sangat beli cover komputer plastik yang bila habis guna, mereka cover dengan plastik jadah ni PC. Habis semua monitor, keyboard, mouse, cpu dengan meja pun nak cover. Tak baik untuk kesihatan PC tau tak! Nak cover juga, cover je dengan kain batik lama atau apa-apa saja kain. Kain telekung entah. Tapi pastikan PC sejuk dulu baru cover. Kalau tak haba panas tak boleh nak keluar (sebab tu aku cakap cover plastik tak elok!). PC ni panas, kalau tak percaya cuba pegang. Silap-silap melecur jari. Sebab tu ada yang guna penyejuk banyak untuk sejukkan PC, ada yang guna air. Ada yang 'bogel'kan CPU. Berkaitan dengan tu, letak la PC korang tu dekat kawasan yang agak sejuk, bukan tepi tingkap mengadap matahari. Tak pun, tala je kipas ke PC.
Apa lagi ye? Kenapa aku sembang pasal PC harini? Entah. Agaknya aku bengang tak dapat beli PC baru kot. Mungkin sebenarnya aku tersengih melihat orang sebelah tengah surf internet cari panduan beli PC. Kelakar.
No comments:
Post a Comment