13.8.05

Apa Jadahnya Dengan NTV7?

Memo:

Liverpool vs Middlesbrough malam ni.
Duit OT dan Elaun Perjalanan belum masuk. Miskin dah ni.
Kredit handset dah nak habis. Duit takde la nak top-up.
Belum makan malam.

====

Tadi petang aku menonton NTV7 rancangan Edisi Siasat yang kononnya bagus tu. Cerita perihal bebudak Punk di Bukit Bintang yang katanya tak tahu adab dan merosakkan imej negara. Kemudian diulang berkali-kali klip aksi bebudak Punk ni (agaknya NTV7 tak cukup tape video). Temuramah dengan bebudak Punk ni tersangut-sangut dan penuh dengan potong sana sini. Dan dalam suara pemberita yang cuba mengatakan bahawa bebudak Punk ni anti kerajaan, diselitkan satu perkataan yang keluar dari mulut budak punk (yang blur dikaburkan oleh NTV7), "Kerajaan".

Aku pelik. Ini ke taraf jurnalisme wartawan Malaysia? Klip video yang sama diulang hampir sepuluh kali, kemudian di buat voice over menceritakan teruknya budaya Punk dengan klip yang blur dan tak pasti mana satu budak Punk dan mana satu budak bukan Punk. Tiada langsung padangan dari luar (selain budak Punk), tiada langsung temuramah yang jelas melainkan mencari negatif. Aku bukan sokong bebudak Punk, meluat lagi ada la. Tapi aku kecewa dengan mutu jurnalisme NTV7 yang cuba memperlekehkan mentaliti penonton. Apa ingat orang depan TV tu bodoh sangat ke korang nak sogok dengan klip video berulang-ulang sambil korang mengulas mengenai dogma tatasusila timur korang tu? Kononnya memperjuangkan nasib bangsa. Tapi apa ke jadahnya menggunakan ayat-ayat biadap dalam siaran TV? Yang tu nak letak dimana dengan nilai-nilai timur bangsa?

Kemudian malamnya pula aku menonton Majalah 3. Waktu iklan aku alih siaran ke NTV7 sebab ada cerita Seniman Bujang Lapok. Rasanya dari budak kecil sampai la orang tua, semua tahu jalan ceritanya macamana. Boleh kata hampir semua hafal jalan cerita dan setiap adegan dalam salah satu karya agung P. Ramlee ni. Tapi apa jadi? NTV7 dengan rakusnya memotong dan mencantas hampir keseluruhan jalan cerita dan akhirnya jadilah Seniman Bujang Lapok karya P. Ramlee ala NTV7. Berani sungguh NTV7 menghina mentaliti masyarat hingga sanggup merosakkan seni warisan negara. Tak tahu malu ke dan tak tahu bodoh ke dengan berbuat begitu orang semakin meluat dengan NTV7? Sebab itulah syarikatnya lingkup. Malah Puteri Gunung Ledang pun ditunggang terbalikkan oleh mereka hingga jadi cerita tak masuk akal. Ini kerja jadah orang NTV7. Patutnya mereka yang melingkup, bukan Chanel 9. Dan, apa kes iklan setiap 3 minit?

====

Jadi aku pun keluarlah mencari internet sebab bosan dengan rancangan TV selain majalah 3 tadi. Surf internet mencari hal-hal Liverpool. Membaca blog orang termasuk Rina (kerja apa di Putrajaya?) dan Bayah (nak melompat atas sofa baru, boleh?). Lepas ni aku nak ke laman web Paul Tan melihat perkembangan semasa industri automotif dan membaca kutukan orang terhadap Proton (yang aku berani jamin 90% dari mereka memandu Proton) dan Tom's Hardware untuk melihat perkembangan terkini industri komputer. Itu website yang lazim aku kunjungi.

Selamat Hari Minggu semua. Jerubu di KL dah hilang. Lain kali sebelum jerubu patut isytihar darurat, sah jerubu takkan datang.

No comments:

Post a Comment