22.9.05

Lily

26/9 ni birthday Lily, adik angkat aku yang paling lama setakat ni. Dari tahun berapa ye? Rasanya tahun 1999. Lama tu. Mula kenal macam IRC dulu, aku ingat dia tua dah atau terlampau garang nak mampos. Ye la nampak berlagak je.

Kalau dia tak tegur aku, jangan harap aku nak tegur dia. Rupanya tak jauh dari kampung aku. Sampai sekarang aku masih rapat dengan budak Lily ni walaupun jarang sangat dah jumpa. Tapi baik macam tu jugak.

Sekarang dia dah jadi cikgu matematik di Kamunting, Perak. Mula dulu punya la bertegas taknak jadi cikgu. Habis dah takde kerja, terpaksa la apply. Sekarang dah dekat 2 tahun jadi cikgu. Bagus la. Dapat sekolah pun dekat kampung sendiri.

Dia dah mintak hadiah, apa hadiah aku nak bagi ni?

1 comment:

melur said...

hehehe hepi birthday to her.. oit birthday aku ingat tak??? opss birthdau kau aku ingat ke ek?? berapa ari bulan hah???

fross kau jarang on YM ke?????

Post a Comment