14.10.05

Laptop Bukan Ikan Bakar Cicah Air Asam...

Berkaitan dengan pertanyaan Miza mengenai laptop NEC. Sebenarnya apa saja laptop atau barangan elektrik yang kita beli atau guna, kalau tahu cara guna, ok la dia. Kalau tak tau guna, beli barangan RM sejuta pun akan rosak.

Mengenai NEC, ianya sebuah kompeni Jepun yang terkenal dalam bidang elektronik. PC dan laptop NEC amat popular di Jepun. Jadi kalau aku dah kata Jepun tu, orang mesti fikir, kualiti mesti bagus. Boleh kata memang bagus. Tapi tak sebagus Toshiba. Suatu masa dulu, Toshiba adalah pengeluar Laptop terbesar didunia. Dan sampai sekarang orang masih akui laptop Toshiba memang bagus. NEC lebih kurang macam tu la auranya. Tak sehebat Toshiba tapi memang boleh dipercayai.

Apa-apa pun, yang penting sebelum beli laptop, kena fikir beberapa perkara ini:

1. Buat apa aku nak beli laptop? Untuk mengada-ngada depan member atau untuk buat kerja (kira baik la ni ye?)
2. Berapa banyak kerja/games/aplikasi yang nak aku jalankan di laptop tersebut? Kalau nak buat bom, beli second hand pun boleh. Kalau nak main games, takat Celeron, menangis la laptop.
3. Berapa lama nak pakai? Bukan pakai buang ye.
4. Berapa budget? Satu ringgittt... dua ringgittt... (sila nyanyi ala M.Daud Kilau)
5. Berbaloi ke aku beli??? Jawab sendiri.

Kalau takat nak buat kerja biasa dan jarang sangat kesana kemari, pakai saja PC biasa. Lebih selamat dan lebih mudah dibaiki kalau rosak. Lagipun murah. Tapi kalau sibuk kesana sini macam tak cukup tanah, atau kononnya guru berdedikasi, atau pekerja yang bagus, beli la laptop, senang kerja. Kalau nak menunjuk, beli kotak lukis jadi laptop pun orang percaya.

Kalau betul nak beli laptop sebab memang nak guna, fikir ini pula. Apa yang aku nak gunakan? Nak menaip sudah-sudah kertas kerja, buat programming, buat itu ini yang memerlukan kita kesana sini, kira okay. Tapi kalau nak buat MAYA, edit imej PSD 100MB guna Adobe Photoshop, main games Unreal Tournament, hentikan serta merta. Laptop yang berkeupayaan begitu, mahal gila. kebanyakkan laptop harga sub-RM4000 semuanya guna kad grafik integrated Intel dengan shared memory (kongsi dengan RAM). Kalau ada pun guna ATI yang bangang. Baik beli PC yang ada grafik kad harga seribu ringgit. Lagi berbaloi.

Berapa lama nak pakai laptop ni? Ye laptop tak payah basuh, jadi boleh pakai lama-lama. Keupayaan prosesor laptop sekarang tak semestinya berupaya menampung operasi program masa akan datang. Kalau keluar Microsoft Windows Vista tahun 2006 nanti, aku tak fikir laptop sekarang berupaya berfungsi dengan okay kalau korang cuba install. Investment laptop ni memang mahal tapi teknologinya tak berbaloi. Jangan panik. Itu memang realiti laptop. Acer Ferrari dengan prosesor AMD Turion 64 4000+ harga nak cecah RM6000. Kira murah untuk performance laptop. Tapi yang lain memang mahal. Itu memang boleh tahan 3-4 tahun selamba boleh jalan program masa akan datang. Laptop lagipun tak laku kalau nak jual balik. Tapi kalau dah beli, memang seronok guna. Boleh guna lama tapi kena pandai jaga terutama bateri. Dan bateri tak boleh hidup selama-lamanya. Itu realiti.

Berapa yang korang nak peruntukkan untuk beli laptop? RM2000 saja? Takde apa yang korang boleh dapat selain ECS dengan prosesor VIA atau laptop second hand. Bawah RM3000, boleh dapat Celeron, Sempron dan kadang-kadang ada Pentium M tersesat. Kira okay untuk kerja-kerja biasa dan main games sekali sekala. Bawah RM4000 banyak boleh dapat pilihan yang menarik. Bawah RM50000, aku cadangkan korang ambil yang slim dan sleek. Bawah RM6000, ambil Acer Ferrari, banyak best ooo... Tak caya pergi tengok sendiri. Laptop yang sama digunakan oleh mekanik team F1 Ferrari. Lebih dari RM6000, aku nak persoalkan satu je, banyak duit?

Berbaloi tak beli laptop? Kalau aku cikgu, businessman, programmer, dan lain-lain yang memerlukan aku kesana-sini, berbaloi sangat. Student? Kira ok la kalau nak senang buat kerja dan ada duit lebih. Kalau aku student, aku beli PC. Lebih selamat dan senang maintain. Kalau rasa besar sangat PC, aku beli Mini PC yang besar lebih kurang kotak kasut. kalau susah juga, beli Apple MINI. Besar mana? Ambil casing CD lima keping, susun bertingkat, itulah besarnya.

Kalau dah decide semua tu dan masih juga nak beli laptop, barulah pilih laptop mana yang nak dibeli. Dan fikirkan semua ini:

1. Prosesor apa? Pentium M adalah subset Centrino. Untuk jadikan laptop tu digelar Centrino, kena ada prosesor, motherboard dan wifi yang berjenama INTEL. Itu saja. Kalau laptop tu tulis Pentium M, kira ok la. Celeron dari Intel juga, untuk low cost dan hampir-hampir konsep pakai buang. Baik jangan beli. Sempron keluaran AMD dan lebih baik jangan beli sebab lebih kurang macam Celeron. Mobile Athlon keluaran AMD dan kekuatan hampir sama dengan Pentium M. Turion adalah prosesor 64 bit keluaran AMD, kalau dapat yang ni, memang best. Lebih laju tapi masih mahal. VIA pun ada prosesor dan aku cakap, pejam mata dan blah je. My take? Pentium M without Centrino, lebih murah (INTEL nak kaya jual nama saja)

2. RAM, berapa banyak? Standard sekarang adalah 256MB. Itu pun kena fikir sebab kebanyakkan laptop guna grafik yang shared memory dengan RAM. Jadi kalau grafik tu 64MB, tolah dengan 256MB, dapat la balance RAM yang PC boleh guna. 512MB yang terbaik buat masa sekarang. Kalau boleh, pujuk penjual supaya dapat free upgrade RAM kepada 512MB. Lebih kurang RM90 je. Tak payah la korang mintak hadiah lain, mouse ke, tali pusat ke, mouse pad ke. Mintak free upgrade RAM lagi berbaloi. My take, mintak orang kedai bagi free upgrade RAM kalau boleh. Kalau tak boleh, tambah saja RM90-120 untuk 256MB atau RM200-RM220 untuk 512MB. Go for 768MB guys!

3. Hard disk space? Standard sekarang adalah 40GB. Kira okay la tu. Sebab korang kena ingat, takkan boleh korang main SIM2 dalam laptop cikai. Takat simpan data, MP3 dalam 500 lagu, kira okay la. Kalau nak besar, sukahati. Tapi aku rasa kedai tak tanggung waranti upgrade harddisk.

4. Saiz skrin LCD. Standard sekarang adalah 15 inci. Ye 15 inci, lagi besar dari TV 14 inci. Normal ye, bukan wide screen. Kalau WXGA lebih mahal sikit sebab wide. Skrin lebar. kalau nak portable habis, ambil saja skrin 12.1 inci pun ada. Nak lagi kecil, 10 inci pun ada. Sony ada keluarkan yang lagi kecil, entah berapa inci. Tapi aku tak pasti apa yang korang boleh nampak. Pilih ikut sedap mata ye.

5. DVD-ROM/CDRW kombo, paling koman. Bawah pada tu, buang masa beli.

6. Ada WIFI. Tak kira la pakai ke tak. Korang bukan boleh ramal masa depan. Ini untuk connection network dan internet yang lebih mengada-ngada. Boleh la duduk di Starbuck sambil surf internet.

7. Lain-lain? Tak berapa signifikan. Touch pad. Card reader, grafik engine. Itu ikut suka.

Selalu aku tengok orang beli laptop ikut estatika penampilan. Kalau cantik takde guna, buat apa? Beli yang berguna. Lupa pula, pastikan berat laptop bawah 3.0 kilo. Lebih pada tu korang akan rasa macam pikul batu. Pastikan waranti support ada. Lagi baik yang support waranti internasional. Last, ermm... Jangan beli brand yang korang tak kenal.

NEC kenal tak? Kenal.. ACER, Hewlett-Packard, Packard-Bell, Compaq, Toshiba, IBM, Ftec? Kenal kan... MY10? M-Life? Targa? Kenal? Heh.

Nak lebih tahu mengenai sesuatu produk, surf internet. Masuk website pengeluar dan baca dokumen yang disediakan. Pergi kedai, tanya orang kedai mana satu brand laptop yang selalu dihantar balik untuk service. jangan beli yang itu.

Last, beli ikut kemampuan, bukan ikut perasaan.

2 comments:

Anonymous said...

Thanks for your comments. Penerangan yang begitu membantu saya. Thanks again. -miza

Sewa Laptop said...

Laptop bisa dibakar yah?

Terima kasih, numpang mampir.

Post a Comment