Betul la, kalau kita dah tahu esok lusa kita kena pindah kerja tempat lain atau bahagian lain, kerja yang ada ditangan kita sekarang ni rasa macam malas sangat nak kita buat. Tambah-tambah kalau kerja tu bukan bergantung kepada kita seorang, maknanya orang lain yang ganti kita pun boleh buat. Lagilah kita taknak buat. Takde motif pun tunjuk rajin tak tentu pasal.
Jadi 1 Ogos nanti aku akan berpindah ke Bahagian Latihan, JPN. Daripada kerja buat MyKad, sekarang kerja buat buletin JPN dan organise latihan untuk kakitangan JPN. Tapi tugas aku spesifiknya yang pertama tadi, buat buletin JPN. Kenapa? Sebab orang kata aku kreatif. Ooo, sebab tengok aku buat beberapa backdrop untuk majlis JPN, orang dah kata aku kreatif. Okay la tu. Alhamdullillah. Bukan nak bangga diri, tapi kurang-kurangnya kita bawa perubahan dalam teknik bekerja atau menghasilkan sesuatu dalam pejabat kerajaan. Selama ini kalau ada apa-apa function jabatan yang memerlukan backdrop pada dinding atau layar didewan, mereka samada akan guna polisterin atau Microsoft PowerPoint. Kalau guna polisterin tu semua orang tahu hasilnya macamana. Kalau guna PowerPoint, secara asasnya orang kerajaan ni akan guna template asal yang ada dalam PowerPoint itu sendiri. Cuma yang pelik aku tengok, entah kenapa mereka suka sangat dengan font Comic. Apa menariknya? Buletin JPN edisi pertama yang keluar baru-baru ni (aku tidak terlibat) pun tidak terlepas dengan penggunaan font Comic. Apa yang menariknya dengan font Comic ni? Ada lagi satu kaedah yang mereka selalu gunakan; guna template gambar daripada PowerPoint sendiri atau kalau rasa hebat sangat, letak je berlambak-lambak gambar yang di ubah saiz sesuka hati. Ubah saiz tu takpe la. Tapi pastikan orang yang kurus tetap nampak kurus dan orang yang pendek tetap nampak pendek. Ini tidak, orang gemuk nampak kurus dan orang tinggi nampak gemuk.
Jadi aku guna Fireworks dan kadang-kadang Photoshop untuk hasilkan backdrop untuk satu majlis jabatan ni. Ambil logo JPN dan aku buang semua warnanya dan tinggalkan outline warna biru yang aku 'glow'kan untuk nampak efek neon. Kemudian aku tweak sikit supaya logo tu nampak menyenget sebelah, tidak mengadap kedepan. Lepas tu aku guna tool tekstur untuk hasilkan tekstur seperti kain sedang ditiup angin. Gabungkan dan hasilnya latar belakang yang menarik, simple dan elegen kata seorang pegawai ni (agaknya dia kagum sangat). Lepas tu, instead of using font tools dalam PowerPoint untuk placement tajuk majlis, aku guna Fireworks untuk hasilkan efek shadow dan glow. Dalam PowerPoint aku gabungkan semua dan buat sikit2 efek. Viola! Jadilah backdrop yang orang kata menarik tapi aku kata biasa je. Sejak daripada hari tu, asal ada je event jabatan yang memerlukan backdrop, aku kena panggil. Sampai aku terpaksa lukis balik logo jabatan dengan komputer untuk memudahkan kerja aku. Sekarang pun aku dah majukan sikit persembahan dengan menggunakan SwishMax. Lebih gempak sebab efeknya sangat-sangat la menarik. Sampai Dato' Pengarah JPN pernah tanya aku guna apa untuk buat semua tu. Kira okay la sebab dia pun sedar ada perbezaan.
Cuma bila kita buat semua ni, ada la orang yang akan berasa tidak puas hati dengan apa yang kita dah buat. Ada la seorang brader ni yang ilmunya cukup hebat dengan PowerPoint menyebabkan apa saja program jabatan yang memerlukan backdrop, dia akan buat guna PowerPoint. Itu sebelum aku ada. Kira orang sampai boleh gelar dia ***PRO. Pro habis agaknya. Jadi bila aku ada, mungkin agaknya dia terasa tercabar. Tapi aku biarkan saja. Sampai satu hari apabila aku sedar yang dia telah gunakan salah satu design backdrop aku dan logo jabatan yang aku buat balik untuk satu poster kecil. Aku cakap direct pada dia, logo dan backdrop tu aku yang punya. Dia dengan selamba kata,
"Ingat engkau seorang je ke yang boleh buat"
Aku balas (sebab aku tahu dia tak boleh buat)
"Kalau boleh buat la satu, nak tengok. PowerPoint tak boleh buat semua ni"
"Aku boleh buat pakai PowerPoint"
"Buat la kalau boleh!"
Geram betul dengan orang yang tak hargai hasil kerja orang lain. Kemudian nak mengaku dia yang buat. Haritu, aku buat tag untuk satu majlis. Aku minta tolong dia print sebab aku takde printer color laser. Dia marah aku sebab aku tak buat pakai PowerPoint. Dia kata pakai PowerPoint lagi senang. Entah apa la masalah dengan encik PowerPoint seorang ni. Padahal tag yang aku buat penuh dengan grafik sana sini, macamana aku nak buat pakai PowerPoint??? Dia print juga dengan teknik yang amat-amat menarik. Dia insert semua tag (80 lebih) kedalam PowerPoint dan print satu-satu (4 tag untuk sehelai page). Kerja gila. Tapi biarkanlah. Printer dia, bukan printer aku.
Tengok la untuk perhimpunan bulanan peringkat kementerian nanti. Aku akan buat backdrop yang guna SwishMax. Biar dia panik tengok nanti. Berlagak juga aku ni kan? Bukan la. Aku tak rasa macamtu. Cuma tak suka orang ambil hasil kerja aku dan claim dia yang buat. Kalau tak mahu hargai, tak payah mengaku pandai buat pun dah kira okay daripada ciplak hasil kerja orang. Ni bukan ciplak, ni kira kaut ambil terus bulat-bulat. Kalau nak, aku siap boleh bagi yang dia boleh edit sana sini. Kalau dah JPEG, nak edit macamana?
Mengenai perhimpunan bulanan peringkat kementerian. Haritu aku pergi mesyuarat peringkat kementerian di KHEDN (Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri). Kira aku komiti untuk backdrop dan buku atucara majlis. Aku dah design buku atucara dan backdrop supaya ianya sama dari segi warna dan corak. Kebetulan orang kementerian tak tengok lagi agaknya. Mereka tanya siapa yang akan buat backdrop dan buku atucara. Mereka kata mereka boleh buat kalau kami (JPN) tak mampu nak buat. Itu kira menghina la tu. Agaknya mereka fikir mereka di peringkat kementerian lebih hebat dari kami di jabatan ni kot. Kemudian kami tunjukkan beberapa sampel backdrop dan buku atucara majlis. Terpegun mereka. Baru tahu. Jangan suka pandang rendah orang lain. Siap ada seorang ni tanya, siapa buat? Pegawai aku seorang tu tunjuk pada aku. Kemudian tanya lagi, dia tu programmer ke? (setahu aku kalau soalan yang betul, dia tu pereka grafik komputer ke?). Pegawai aku cakap tidak, kerani saja. Haha! Nampak muka dia malu. Suka sangat pandang rendah orang lain.
Tapi itu memang hakikatnya dalam jabatan kerajaan. Pegawai kebanyakkannya suka pandang rendah kepada orang bawahnya. Tidak kira dalam apa jua keadaan mereka sentiasa akan fikir mereka lebih bagus dan lebih berpengetahuan. Jadi sebab itu kalau korang pergi kaunter kerajaan, yang ada depan kaunter tu adalah kerani yang kebanyakkan cukup mahir dalam tugas mereka tapi selalu sangat tak dapat kredit dengan apa yang mereka buat. Yang dapat nama, duit makin banyak dan lagi cepat naik pangkat adalah pegawai mereka yang langsung tak tahu apa yang mereka buat. Jadi simpatilah sikit kepada mereka depan kaunter tu ye. Kira gaji mereka kalau boleh, contohnya kerani biasa yang baru setahun kerja; gaji - RM656.30 + elaun khidmat awam - RM80.00 + elaun perumahan - RM180 + COLA - (RM50 - RM150) = ? Tak banyak. Mungkin dapat elaun jaga kaunter (RM40). Itu saja. Itu tak masuk potong EPF dan lain-lain lagi. Kalau dekat tengah bulan mereka muka masam, faham-faham sajalah ye.
Nak kerja juga dengan kerajaan sebab ada jaminan masa depan? Betul tu, memang ada jaminan masa depan. Tapi nak jadi kaya, sorry. Ini bukan tempatnya. Melainkan korang jadi pegawai dan berkahwin dengan isteri/suami yang turut bekerja dan anak tak ramai. Selain daripada tu korang boleh terima rasuah kalau sanggup. Atau songlap duit koperasi atau mungkin berniaga sampingan di pasar malam atau di pejabat sendiri. Tapi hakikatnya kerja kerajaan ni takkan kayakan korang macam kerja dengan kompeni swasta. Cuma realitinya, masa depan terjamin. Agaknya.
30.7.06
21.7.06
Pukul 3 Pagi Tersenyum
Semalam meronda dengan Asyikien sepanjang malam keliling KL. Katanya jarang dia pusing KL. Jadi aku bawa dia ketempat-tempat yang aku fikir dia takkan pergi walau dengan sesiapa pun. Memang banyak tempat dia tak pernah pergi rupanya! Pelik juga memandangkan pakwe dia tu aku rasa jenis mamat yang suka jalan-jalan KL. Daripada Setiawangsa ke Kampung Baru ke Bangsar ke Setapak balik ke Setiawangsa. Kejap je.
Kemudian singgah di kedai makan dan kami berbual sampai hampir jam 3 pagi. Agaknya teringat lagu P.Ramlee, baru ada rasa nak balik. Kalau tak difikirkan pagi nantinya kena pergi kerja, aku rasa mahu saja kami berbual sampai ke subuh pagi. Memang begitulah selalunya kalau bersua muka. Ada saja yang hendak dibualkan dan ada saja yang hendak diadu.
Ada benda yang aku bagi pada dia yang aku dah janji lama nak bagi. Jeles juga sebab aku pun suka benda tu. Takpelah, nanti aku dapatkan sendiri untuk aku. Tapi puas hati kan kalau dapat bagi sesuatu benda yang kita suka kepada orang dan orang tu kemudiannya amat menyukai benda tersebut. Macam bantal yang aku bagi. Berebut orang nak dari dia. Pelik juga. Aku rasa biasa je. Tapi tadi aku pergi balik ke tempat yang aku beli bantal tersebut dan tengok balik. Memang menarik. Tak hairan ramai yang suka. Kemudian semalam sempat aku menjenguk dalam kereta Asyikien. Ada la terbaring bantal tu dalam kereta. Aku tanya kenapa tak bawa saja masuk pejabat seperti yang aku sangkakan. Dia kata takut orang ramai nak. Payah betul.
Ooo... Aku tahu orang pelik (orang yang kenal aku la) kenapa aku asyik menceritakan perihal Asyikien saja. Semalam pun aku ceritakan perkara yang sama dengan Asyikien. Jawapan aku senang, kebelakangan ni aku agak selalu contact dia maka sudah tentunya ada saja cerita menarik mengenai dia. Jadi aku tuliskan disini bukan nak bagi sesiapa cemburu atau menunjuk-nunjuk. Oit! Ini blog aku. Sukahati apa yang aku nak tulis!
====
Masa semakin hampir dan aku akan berpindah kebahagian baru dalam JPN, ke Bahagian Latihan. Aku dah tahu apa tugas aku disana nanti. Kena buat Buletin JPN untuk bacaan warga JPN seluruh negara. Besar juga kerjanya tu. Edisi pertama baru saja keluar dan orang lain yang buat dengan menggunakan Microsoft Publisher. Katanya ada masalah masa pencetakkan sebab Pencetakan Nasional Berhad masih gunakan Adobe PageMaker. Entah versi berapa. Harapnya 7. Tapi sekarang pun Adobe cuma keluarkan Adobe InDesign CS2. Itu publishing tools terbaru Adobe. PageMaker tu sejarah lama. Pelik juga aku nak hadapinya nanti. Bos tanya aku boleh guna ke PageMaker. Aku jawab boleh. Boleh la sikit-sikit. Kalau kata tak boleh nanti, susah pula aku.
====
Entahlah, ada sesuatu yang sedang meruntun perasaan. Aku rasa lebih senang hati sekarang tapi hakikatnya macam ada sesuatu yang mengganggu nun jauh disudut hati. Entah apa.
Biarkan dulu.

18.7.06
Hadiah Yang Tersenyum
Haritu bagi Asyikien hadiah hari lahir dia termasuk la kot hadiah konvo dia. Aku tak dapat nak pergi sebab ada kursus di Melaka. Tapi sempat la jumpa kejap Jumaat tengahari dan sembang-sembang dengan dia. Lama betul tak jumpa. Fikir-fikir balik, rasanya dah dekat 2 bulan tak jumpa. Walaupun dekat je duduk dan senang je nak pergi opis dia. Tapi aku dah le kerja jauh, tak sempat nak jumpa pun. Jadi banyak sembang dalam phone je la sebab local call murah. Hehehe. Telefon pejabat je. Kalau pakai public phone pun masih murah lagi dari bersusah payah nak guna handset.
Seronok la dia sebab dapat anugerah pelajar terbaik untuk kursus dia. Mungkin aku tak nampak bagaimana keadaan dia haritu tapi aku fikir memang dia patut dapat dan layak dapat. Aku ada di sebelah dia sewaktu dia bersengkang mata dikedai mamak menyiapkan assignment sedang kawan lain sibuk tidur.
Masa makan Jumaat tu dia mengadu kenapa dia kena duduk belakang sekali dalam dewan nanti. Aku kata mungkin sebab dia top student kot. Mungkin dapat anugerah top student. Tak percaya lagi cakap aku. Kan dah betul! Tak sabar nak tengok video yang abang dia rakam. Huh. Apa hadiah yang aku bagi? Ada la sekeping CD animasi flash yang aku buat sendiri. Letih nak buat tapi berbaloi.
Aku rasa nanti aku nak buat bisnes itu la. Buat flash animation greeting card. Susah tapi kalau jadi, menarik. Boleh cas mahal sikit sebab benda ni betul-betul personal. Nanti la kalau sempat aku upload sampel yang aku pernah buat sebelum ni. Kalau berminat, boleh contact aku. Tapi ini kerja amatur je. Kalau nak pro punya kerja, cari tempat lain.
Kemudian petang Jumaat lepas aku ke Klebang, Melaka. Ada kursus + cuti-cuti Malaysia di sana. Kursus tak banyak mana, rehat je yang banyak. Resort tu kecil aje, boleh kata 90% bilik kami sewa. Kompeni swasta yang bayar jadi melenggang je kesana. Nasib la sebab aku pun bukan ada duit sangat masa tu.
Depan resort ada kubur. Heh! Tapi takde la seram mana pun. Biasa je. Siap malam tu kami lintas tepi kubur jalan kaki nak keluar kejalan besar, cari durian. Lama tak makan. Balik dekat jam 12 malam, selamba je. Agaknya dah tak seram sebab keliling bangunan tingi-tinggi. Dan resort tu takde pantai, well, pantai yang berpasir. Batu-batu besar yang digunakan sebagai penambak ada la. Jadi, petang sampai kemalam, tempat tu jadi port kaki pancing. Sepanjang aku duduk situ sampai Ahad, aku nampak orang dapat tangkap sembilang laut je. Kecik je tu. Ikan lain? Takde.
Sabtu petang dapat berkesempatan ronda Bandar Hilir. Sebenarnya aku tak nak pergi. Dah bosan. Tapi memandangkan ada member yang tak pernah datang, aku pergi juga. Jadi tourist guide. Siap boleh bagi penerangan mengenai Porta Santiago (a Formosa), dan bastion yang baru diorang jumpa. Padahal aku tak ambil Sejarah masa SPM dulu.
Tapi yang menarik masa di Melaka, aku kena jadi baby-sitter untuk anak member aku. Nama budak tu Adam. Belum cukup setahun umurnya kalau tak salah aku. Tapi badan, besar gila. Berat pula tu. Mak dia sendiri tak larat nak dukung lama-lama. Yang peliknya, budak Adam ni cukup manja dengan aku. Pantang nampak aku walaupun masa tu mak atau ayah dia sedang dukung, mesti merengek nak aku dukung dia. Jadi terpaksa la aku dukung. Suka je. Yang malangnya, member-member aku lain yang tengah dukung atau nak dukung si Adam ni mesti kecewa. Asal nampak aku je, mesti Adam nak pergi pada aku. Letih la. Tapi budak ni senang je nak layan dia. Kena layan je sampai dia letih. Dah letih nanti, diam la dia. Agaknya ada la yang jeles sebab Adam ni nak dengan aku saja, jadi bila mereka dapat je dukung Adam, cepat-cepat mereka bawa lari jauh-jauh dari aku. Satunya tak nak Adam nampak aku. Kedua, tak nak aku nampak Adam. Heh.
Berbalik dengan Asyikien. Aku bagi dia bantal sebagai hadiah hari lahir. Jangan la pelik. Ada sebabnya. Ada sekali dulu dia cerita macamana bos dia marah dia sebab dia nak pinjam bantal sebab nak tidur. Pasal bantal pun boleh kena marah. Jadi aku teringat benda tu. Dalam aku dok fikir, apa la yang aku nak bagi pada dia, aku jalan-jalan sampai rasanya putus asa. Dah tak tahu apa nak bagi. Nak bagi teddy bear, tak payah la. Dia dah dapat 2 yang besar anak beruang dan satu yang kecik. Takkan aku nak bagi lagi kot. Dalam dok cari-cari bantal (yang kecik tu), mulanya jumpa yang biasa. Aku fikir biar aku hias sendiri je. Tapi rasanya tak sempat pula. Nasib apa tah, aku terjumpa satu bantal yang ada karekter kartun yang glamer (yang ramai sangat orang perempuan suka, ntah kenapa). Asyikien pun aku tahu dia akan suka. Aku terus beli.
Aku bagi dengan harapan dia akan guna di pejabat dia nanti kalau nak rehat atau tidur. Alih-alih dia kata dia letak dalam kereta je sebab sayang sangat nak tunjuk di opis. Takut orang ambil agaknya. Apa tidaknya, adik-adik dia semua berebut nakkan bantal tu. Pelik juga aku. Cute sangat ke? Orang dia okay la cute. Huh! So, menjadi juga hadiah yang aku bagi walaupun nampak macam biasa je.
Kadang-kadang orang ni takde la nak harapkan melampau-lampau daripada kita atau orang yang rapat dengan dia. Cukup kalau sekadar kita ingat pada dia, cukup. Dan kalau kita bagi sesuatu tu, walaupun zahirnya nampak biasa, tapi pada mereka ianya amat bermakna kalau benda tu datang dari kita. Walau apa saja barang tu. Kita bagi ikhlas.
"Nah, ini hadiah untuk Ikin."
"Wah, besarnya kotak."
"Abis, nak balut tak reti. Lagipun tak muat nanti."
Suka kan orang kalau kita bagi dengan ikhlas. Bukannya.
"Nah, ini hadiah teddy bear besar kepala gajah untuk awak. Ada sesiapa lagi yang bagi hadiah lebih besar daripada ni? Takpe, nanti saya bagi kapal Titanic pula!"
Apa yang bestnya kita buat macam tu semata-mata nak berlawan hebat dengan orang lain. Last-last hadiah tu tersimpan berabuk bawah almari disebabkan ketidak ikhlasan kita. Nasib la tu kalau dia tak buang terus.
Lily pernah cakap pada aku, dia bagi hadiah pada seseorang barang yang dia sendiri suka. Jadi apa yang dia suka, dia akan bagi sebagai hadiah kepada orang yang dia nak bagi. Betul juga. Rasanya bila kita bagi apa yang kita suka kepada seseorang dan orang tersebut menerimanya dengan gembira, kita akan lebih rasa puas hati. Lebih jujur.
Ini tidak, dah bagi coklat,
"Eh, coklat je?"
dah bagi teddy bear,
"Eh, besar ni je teddy bear?"
dah bagi penampar,
"Uwaaaa!!!! Sampai hati awak!!!"
Ada ke orang yang kata,
"Eh, penampar je ke?"
Jadi bila aku bagi apa saja pada Asyikien, satu perkara yang amat menyenangkan hati aku bila dia terimanya dalam keadaan penuh gembira. Amat-amat gembira. Walaupun hanya sekeping CD. Senang hati aku tengok muka dia penuh riak-riak gembira. Itu pun sebelum bagi dia pun kata, tak payah bagi pun takpe. Cukup sekadar ingat. Tapi ralatnya kalau tak bagi something pada dia.
Macamtu juga Lily. Tahun ni aku kena bagi something. Lama sangat dah aku berjanji nak bagi tapi tak bagi-bagi juga. Kali ni aku mesti cari sesuatu yang menarik untuk diberi September nanti. Dia banyak sangat berbudi pada aku dan takkan aku dapat balas budi dia. Sampai sekarang pun ada yang tak terbalas lagi.
Harapnya bila aku bagi hadiah hari lahir untuk Lily nanti, aku boleh nampak kegembiraan pada wajah dia. Itu yang paling menarik. Dan aku tahu, apa saja yang aku bagi pada dia, dia senang hati dapat menerimanya.
Tunggu September nanti ye, Lily.

9.7.06
Neo-Romantika (Pehal Ni?)
Berbalik dengan Neo. Oh ya, dalam Matrix Revolution, Neo akhirnya mati. Agaknya begitu nasib Proton Satria Neo? Tapi dalam Matrix Revolution juga, diakhir cerita Saathi dan Oracle berbual dimana Oracle memberitahu budak kecik tu yang Neo akan kembali lagi nanti, mungkin. Jadi, apa kena mengena Satria Neo dengan Mr. Anderson @ Neo? Tak ada apa-apa, aku cuma nak menyedapkan cerita.
Proton perlu bijak. Apa yang mereka dah hasilkan ini cukup bagus kalau dikembangkan. Tak payah susah payah beli platfom atau buat platfom baru lagi. Berapa banyak platfom nak buat? Banyak duit? Satu platfom Satria ni aku rasa cukup untuk beberapa buah model kereta Proton yang lain. Boleh buat Satria 4 pintu yang mungkin mereka boleh panggil Satria Trinity (tapi nama tu 3 ye?). Boleh buat mini MPV atau orang Jepun kata B-Class Car macam Honda Jazz dan Suzuki Swift. Mungkin, mungkin boleh jadi sedan dan namakan saja Wira. Wira Neo mungkin. Senang cerita. Memang ceritanya agak senang tapi nak buat susah. Cuma kalau diperhatikan betul-betul dari segi design Satria Neo, tak mustahil nak hasilkan Satria 4 pintu dan sedan. Malah B-Class pun tak mustahil langsung. Berapa design dah dapat dari satu platfom? Banyak. Jimat kos. Sebab tu toyota hebat dengan Commonrail mereka yang dikongsi oleh Innova, Fortuner dan Hilux. Nampak beza tapi platfom sama.
Aku rasa komen orang ramai yang komplen kalau duduk seat belakang Proton, kepala akan tersangkut dibumbung, itu komen yang agak minoriti. Berapa ramai rakyat Malaysia yang tinggi mereka 6 kaki? Rata-rata 5 kaki setengah je. Cukup rendah untuk muat dengan selesa ditempat duduk belakang Proton. Orang kata bumbung Proton rendah, dia sibuk kata rendah juga. Macam la dia tu tinggi sangat. Orang putih pun kalau beli kereta jenis-jenis Proton ni takkan ramai orang dewasa nak duduk dibelakang. Mereka bagi anak mereka je yang duduk. Orang Malaysia ni je yang tak malu sumbat seramai-ramainya dalam kereta.
Bagi aku juga Proton perlu dengan sepantas kilat menyambar Lotus APX. Rebadge dan jadikan ianya produk Proton. Jangan buang masa. Ianya sebuah kereta (SUV) yang hebat dari segi design dan penampilan. Kalau pasal enjin, guna saja enjin Petronas EO1 atau cari enjin 2 liter dari mana-mana syarikat. Atau tak mustahil juga minta Lotus buat enjin versi 2 liter V6. Ye lah, yang enjin dalam APX sekarang adalah 3 liter V6, agaknya tak larat orang Malaysia nak beli. Jual juga tapi untuk yang mampu la. Tapi jangan berlengah untuk rebadge APX jadi Proton. Ianya lebih menarik dari Air Trek atau CRV atau RAV4. Dan yang pastinya Lotus sendiri tak nak jual sebagai sebuah produk Lotus. Tak kena dengan sifat-sifat Lotus. Jadi kalau Lotus tu dah hak milik Proton, patutnya bagi saja pada Proton. Wah, aku rasa memang akan laku. Nak tengok Lotus APX? Tengok SINI.
Aku bukan penyokong Proton, tapi lebih kepada peminat kereta. Aku drive Kancil je pun. Kalau ada duit, aku akan beli Neo walaupun orang kata aku bodoh. Tapi pakcik aku guna Satria sampai anak dia 3 orang, boleh je. Sekarang dia pakai Avanza sebab anak dia dah 4 orang. So, relatifnya, kalau dah minat, beli je. Jangan banyak songeh.
====
Malam ni Final Piala Dunia, Itali vs Peranchis. Aku harap Itali menang. Bukan penyokong Itali tapi rasanya mereka patut menang sebab persembahan mereka konsisten sepanjang kejohanan. Perancis tak sepatutnya di Final. Tapi apa boleh buat, Jerman pun tak sepatutnya di final masa 2002 dulu.
====
Itu je kot. Hmm, baru aku sedar kenapa Proton susah nak guna APX sebagai produk mereka. Kena re-engineer sebab APX dibuat daripada Aluminium. Mahal ooo...
====
Aku sihat. Kerja tak banyak. Tak sabar nak pindah bahagian. Tunggu masa saja ni. Masuk bahagian baru yang banyak outstation dan tidur di hotel. Mungkin nanti aku akan jadi belon raksasa!
Soalan?
Makan apa? McDonald's Beef Fold-Over. Sedap juga. Kuay-Teow Sup kedai makcik yang anaknya comel je, sedap. Makanannya.
Minum apa? Power Root Tongkat Ali dengan Honey. Jangan-jangan aku dah ketagih! Air kosong masih aku teguk sebanyak mungkin.
Tengok apa? Tak sudah-sudah roadshow Satria Neo sana-sini. Depan rumah aku pun ada! Mengusik aku la tu.
Menonton apa? Superman Returns (dengar sonic boom?), RV (okay, apa saja mengenai Robin Williams, aku perlu tengok) dan Cars, untuk kesekian kalinya.
Awek? Siapa? Mana? Jangan harap. Banyak cantik muka aku nak berangan ada awek? Huh! Marah la ni ye?
Apa lagi? Format PC brader opis, buat quotation harga PC untuk brader opis, ready untuk pindah bahagian, ready untuk d'fiesta kesenian JPN bulan depan (nasyid, koir, tarian semuanya dirojakkan) dan err, tengok bolasepak. Tengok je. Bila aku nak main, ntah.
Korang nak tahu, pada tahun 1990, masa aku form 3, team sekolah aku jadi johan bawah 15 tahun negeri Pulau Pinang. Aku main wing kanan. Hehehe. Hebat eh! MRSM Balik Pulau la.

1.7.06
Superman Saves Satria Neo From World Cup?
Mengenai Piala Dunia
Semalam tengah orang sibuk menonton Germany vs Argentina, aku sibuk menonton Superman Returns. Ah, aku dah agak games akan berakhir dengan sepakan penalti. Gitulah kalau dah sampai tahap ni. Semua jadi berhati-hati tak tentu pasal. Tengok nanti Brazil main, takde nak berhati-hati langsung. Kalau boleh lawan mereka score, cubalah. Takde nak ultra-defense, takde nak hard-tackling, takde nak faking itu ini. Sebab itu masa game Brazil vs Ghana, pengulas tak sudah-sudah memuji Brazil, dan sekali sekala Ghana. Mereka takkan berkampung dalam kotak penalti apabila diserang dan apabila menyerang, takkan buat-buat jatuh tak tentu pasal.
England vs Portugal malam ni aku rasa game lebih kurang macam Argentina vs Germany, berhati-hati. Tapi Portugal mungkin lebih laju dan inventif berbanding England. Dan akhirnya England akan menang, kenapa? Gerrard merembat dari jarak 30 kaki. Hahaha! Tapi aku lebih prefer Portugal menang kalau lawan mereka nanti adalah Perancis. Lebih menarik berbanding kalau Portugal vs Brazil. Sebabnya Portugal dan Brazil bermain gaya latin, banyak dribbling dan stail. Lebih menarik kalau tengok gaya latin vs teknikal eropah. Tengok mana yang lebih berkesan. Itu maksud aku. Sudah tentunya Germany vs Italy separuh akhir nanti akan jadi game paling bosan yang korang akan tonton. Dan Germany akan menemui lawan mereka yang sebenar disana nanti. Tengok boleh ke mamat-mamat Jerman bocorkan kubu Italy. Huh!
====
Mengenai Superman Returns
Banyak komen mengatakan ianya sebuah filem yang slow dan bosan. Ada seorang pengkritik filem dalam The Star bagi rating C sebab katanya filem ini tak menarik. Siap komplen Brandon Routh sebagai Superman banyak meniru Christopher Reeves. Katanya lagi baik Brandon Routh buat gaya sendir. Hello! Bukan ke ini sinambungan filem Superman terdahulu? Maknanya perlukah Superman memiliki karekter atau personaliti baru disebabkan ianya dilakonkan oleh pelakon baru?
Maknanya Superman menghilangkan diri selama 6 tahun untuk pergi memperbetulkan tingkah laku, personaliti dan karekternya supaya bila muncul kembali, ianya adalah Superman yang lain, yang seperti diinginkan oleh pengkritik filem sorang ni? Bagi aku, bagus Brandon Routh cuba mengekalkan gaya dan karekter asal Superman seperti yang dibawa oleh Christopher Reeves sebelum ini. Bukan kerja yang senang nak tiru karekter orang lain. Dia bawa dengan baik.
Dan memberi Superman emosi? Kalau suka tengok SmallVille, mungkin ianya lebih senang nak diterima. Secara generiknya manusia, apabila memikirkan mengenai manusia adisatria, sifat dan tingkahlakunya mestilah 'god-like'. Takde perasaan dan sepanjang masa penuh adrenalin.
"Ah! Tak sakit pun!! Hahahaha!! Mak Bapak aku mati!! Aku Superman!! Takde sebab aku nak menangis!!!!"
Itu lebih kurang sikap yang kita bayangkan dari seorang manusia adisatria (superhereos). Sebab itulah Bruce Wayne bila tak pakai topeng, takde perasaan langsung sebab secara jelasnya nanti orang akan nampak kelemahannya. Tapi bila dia pakai topeng Batman, boleh pula membuat gaya-gaya dah tingkahlaku yang kita fikir dia minat dekat semua awek yang dia selamatkan. Spider-Man pun macamtu. Err, Wolverine? Ada beza ke?
Jadi bila Superman mempunyai perasaan, ada kelemahan, dibawa ke hospital, diberi bantuan pernafasan, orang dalam wayang siap gelak habis-habisan. Dalam fikiran mereka agaknya,
"Ada patut Superman lemah macamtu sekali! Hahahaha! Bodohnya filem ni"
Tapi pada yang tengok betul-betul dan kalau korang pernah dengar lagu Superman nyanyian Five For Fighting, pasti kita akan ada rasa simpati. Ye lah, sekuat mana manusia atau apa saja makhluk dalam dunia ni, tetap ada kelemahan mereka tersendiri. Dan pada waktu itu, kalau kita ketawa, kita adalah seorang yang kejam.
Pada keseluruhannya, Superman Returns adalah sebuah filem yang baik. Aku puji Bryan Singer kerana memperlihatkan emosi Superman sama seperti yang dilakukan oleh Sam Raimi pada Spider-Man. Superman Returns bagi aku adalah suatu filem pengenalan semula (reintroduction) kepada Superman, sebab itu ianya dibuat sebegitu. Sebab itu penjahatnya adalah Lex Luthor sebab berbanding dengan musuh lain, Lex Luthor adalah yang paling kita meluat nak tengok dan Superman nak hadapi. Kemudian Superman juga sudah mempunyai anak (anak luar nikah??), kreatif dari sudut bisnes francais Superman. Tentu ada sambungan sebab selalu sangat Superman kata
"I'll always be around"
Dan disebabkan dia sudah ada anak, maka terjawablah persoalan perihal Superboy dan sudah boleh kita andaikan mungkin suatu hari nanti ada filem Superboy. Viola! Hebat Hollywood? Entahlah. Sambil menyelam sambil minum air tak cukup agaknya. Menyelam, minum air, tangkap ikan, ambil batu karang, mengendap anak dara orang dan semuanya sekali digabungkan. Itu lebih jelas.
Rating aku? AB+
Oh, itu jenis darah aku. Silap. A-
====
Mengenai Proton Satria Neo
Kalau lepas ni keluar Wira Morpheus atau Saga Trinity, sahlah orang Proton minat Matrix. Cuma sayang Matrix dah jadi nama kereta Hyundai dan Toyota.
"Apa la Proton ni, sama je macam Satria lama!"
"Apasal dua pintu je? Siapa nak beli?"
"bumbung belakang rendah lagi. Aku tinggi, susah la nak duduk nanti"
"Tiru dah sudah-sudah, tiru honda, tiru Rover, tiru MG, tiru kereta kebal, tiru tong sampah"
"Mesti tak best"
Biasalah kalau Proton yang buat kereta. Semua orang akan kritik. Sejak dari keluar Saga, sampai la sekarang. Sejak tin milo, sampai la sekarang.
Bagi aku Neo adalah sebuah kereta yang menarik. Dari segi design, ianya bukan ala-ala Jepun atau Korea. Ianya lebih bersifat eropah. Sharp edges dan stance yang kata
"Hey, tengok aku!"
Huh! Nanti sambung.