21.7.06

Pukul 3 Pagi Tersenyum

Semalam meronda dengan Asyikien sepanjang malam keliling KL. Katanya jarang dia pusing KL. Jadi aku bawa dia ketempat-tempat yang aku fikir dia takkan pergi walau dengan sesiapa pun. Memang banyak tempat dia tak pernah pergi rupanya! Pelik juga memandangkan pakwe dia tu aku rasa jenis mamat yang suka jalan-jalan KL. Daripada Setiawangsa ke Kampung Baru ke Bangsar ke Setapak balik ke Setiawangsa. Kejap je.

Kemudian singgah di kedai makan dan kami berbual sampai hampir jam 3 pagi. Agaknya teringat lagu P.Ramlee, baru ada rasa nak balik. Kalau tak difikirkan pagi nantinya kena pergi kerja, aku rasa mahu saja kami berbual sampai ke subuh pagi. Memang begitulah selalunya kalau bersua muka. Ada saja yang hendak dibualkan dan ada saja yang hendak diadu.

Ada benda yang aku bagi pada dia yang aku dah janji lama nak bagi. Jeles juga sebab aku pun suka benda tu. Takpelah, nanti aku dapatkan sendiri untuk aku. Tapi puas hati kan kalau dapat bagi sesuatu benda yang kita suka kepada orang dan orang tu kemudiannya amat menyukai benda tersebut. Macam bantal yang aku bagi. Berebut orang nak dari dia. Pelik juga. Aku rasa biasa je. Tapi tadi aku pergi balik ke tempat yang aku beli bantal tersebut dan tengok balik. Memang menarik. Tak hairan ramai yang suka. Kemudian semalam sempat aku menjenguk dalam kereta Asyikien. Ada la terbaring bantal tu dalam kereta. Aku tanya kenapa tak bawa saja masuk pejabat seperti yang aku sangkakan. Dia kata takut orang ramai nak. Payah betul.

Ooo... Aku tahu orang pelik (orang yang kenal aku la) kenapa aku asyik menceritakan perihal Asyikien saja. Semalam pun aku ceritakan perkara yang sama dengan Asyikien. Jawapan aku senang, kebelakangan ni aku agak selalu contact dia maka sudah tentunya ada saja cerita menarik mengenai dia. Jadi aku tuliskan disini bukan nak bagi sesiapa cemburu atau menunjuk-nunjuk. Oit! Ini blog aku. Sukahati apa yang aku nak tulis!

====

Masa semakin hampir dan aku akan berpindah kebahagian baru dalam JPN, ke Bahagian Latihan. Aku dah tahu apa tugas aku disana nanti. Kena buat Buletin JPN untuk bacaan warga JPN seluruh negara. Besar juga kerjanya tu. Edisi pertama baru saja keluar dan orang lain yang buat dengan menggunakan Microsoft Publisher. Katanya ada masalah masa pencetakkan sebab Pencetakan Nasional Berhad masih gunakan Adobe PageMaker. Entah versi berapa. Harapnya 7. Tapi sekarang pun Adobe cuma keluarkan Adobe InDesign CS2. Itu publishing tools terbaru Adobe. PageMaker tu sejarah lama. Pelik juga aku nak hadapinya nanti. Bos tanya aku boleh guna ke PageMaker. Aku jawab boleh. Boleh la sikit-sikit. Kalau kata tak boleh nanti, susah pula aku.

====

Entahlah, ada sesuatu yang sedang meruntun perasaan. Aku rasa lebih senang hati sekarang tapi hakikatnya macam ada sesuatu yang mengganggu nun jauh disudut hati. Entah apa.

Biarkan dulu.

No comments:

Post a Comment