30.8.06

Aku Anak Merdeka

== Petikan Dari Komen Yang Diterima Berkaitan Post Yang Sebelum Ini ==

ain kata...
Assalamualaikum;
Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama;

Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:-

1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan.

2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh..

3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus.

Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis.

Selamat mencuba yer!

====

Terima kasih Ain. Siapa kata menulis blog tidak membawa faedah? Tengok. Ada saja orang yang sudi membaca dan kalau mereka ada perkara yang boleh dibantu, mereka akan bantu. Yeah, blogs need not always be about misinformations. Padahal, biarkanlah mereka dengan penulisan kritikal mereka. Dimana lagi hendak kita buka minda dan baca pendapat dan pandangan orang lain selain disini? Dan kenapa perlu halang sekiranya apa yang mereka perkatakan itu menyentuh hati dan naluri (konon) kita, sedang kita sendiri ada jari, tangan, mata, telinga, mulut dan OTAK untuk membalas dengan cara yang lebih produktif daripada menyusuh BAPAK KITA tempeleng orang yang kita tak boleh terima (tiada sesiapa pun yang suruh terima, orang suruh baca saja) pendapat mereka.

Yang utamanya, manusia bebas berkata-kata dan mereka boleh kata apa saja yang mereka mahu. Kalau nak larang orang berkata-kata, ada lebih baik kita jahit saja mulut mereka. Tapi mereka masih boleh menaip/menulis/melakar apa saja yang mereka mahu. Maka ada lebih baik saja kita ikat tangan mereka. Dengan tangan yang terikat dan mulut yang terjahit, mereka masih boleh berkata-kata dengan tubuh badan mereka, memek muka mereka dan alam persekitaran mereka. Maka ada lebih baik saja kita 'lenyap'kan mereka dari muka bumi ini agar tidak lagi mereka memperkatakan apa yang kita tidak suka hendak dengar/lihat/rasa. Begitu? Kejam sungguh manusia sebenarnya. Kolot pun ye. Siapa diantara kita yang tidak pernah melarang seseorang berkata-kata, memarahi orang lain atau apa saja yang dengan niat untuk membataskan tingkah laku mereka? Susah nak jumpa orang yang sebegitu bukan? Kita mahu orang menurut apa yang kita mahukan, itu yang selalu kita buat tanpa kita sedari.

Maka jadilah aku seorang yang kononnya bijak berkata-kata mengenai kebebasan diambang Malaysia yang bakal menyambut Hari Merdekanya yang ke-49. Sedang aku lahir 23 tahun setelah merdeka. Aku generasi pertama keluarga aku yang lahir selepas merdeka. Itu berlaku 23 tahun setelah merdeka. Bayangkan, manusia pun sudah dikira dewasa. Maka aku lahir diwaktu Malaysia sudah dewasa dengan kemerdekaan. Jadi aku tidak tahu apa maknanya dijajah. Aku langsung tidak merasainya. Penjajahan minda seperti muzik, pembacaan, sifat; itu bukanlah penjajahan yang sebenarnya. Itu lebih berkait dengan diri sendiri.

Aku tidak pernah alami apa maksudnya orang lain menindas diri kita untuk kepentingan diri mereka. Aku hidup dalam suasana yang merdeka. Aku bebas kemana sahaja yang aku mahu tanpa ragu dan tanpa perlu takut, kecuali disuatu masa tidak lama dahulu. Aku melihat bagaimana totalitarian cuba menghalang manusia dari berfikir sendiri. Mereka mengarah orang kesana kemari seperti mengarah lembu. Semenjak dari hari itu, aku jadi (tiada perkataan yang sesuai)... curiga mungkin dengan polis. Mereka boleh buat apa saja hanya kerana mereka polis. Aku lihat mereka memukul dan memijak suspek penagih/pengedar dadah. Aku meluat dengan tengkingan/bentak mereka dengan loud-speaker dari atas motosikal/kereta peronda mereka yang menyusuh orang beri laluan dengan cara yang amat kasar sekali semata-mata hendak membiarkan pemimpin yang diPILIH OLEH RAKYAT meluncur laju dengan kereta mereka.

Aku merasai bagaimana dibentak oleh polis untuk tidak melalui jalan yang beribu-ribu orang lalui setiap hari kerana kononnya cuba menghalang kami dari menjadi sebahagian dari penunjuk perasaan (semasa era reformasi); Sedang aku cuma mahu berjalan pulang kerumah. Aku lihat bagaimana mereka pejamkan mata bila kereta-kereta besar bertaraf VVIP buat double. triple parking sedang si kancil, si wira dan si waja disaman sesuka hati. Aku dengar pengakuan seorang polis bagaimana dia sesuka hati menahan orang untuk mendapatkan wang perlindungan, atau memukul suspek didalam lokap.

Sekiranya blog ini dibaca, aku bakal terima musibah. Tapi sekiranya manusia itu adil, dia boleh menerima bahawa ini adalah pandang, penglihatan dan luahan seorang manusia, seorang daripada 26 juta rakyat Malaysia. Seorang aku tidak akan dapat mengubah dunia. Seorang aku tidak akan dapat mengubah keadaan sekelilingnya sendiri. Seorang aku hanya cuma seorang aku. Tidak lebih daripada itu. Tapi sekiranya manusia itu kejam, aku redha. Kerana kejamnya dia terhadap manusia samalah dia kejam dengan Allah.

Dimalam merdeka ini, aku doakan agar kita sentiasa bebas dari kekejaman manusia, manusia yang bertopengkan apa saja. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-49

28.8.06

Gila Apa Cakap Dengan Diri Sendiri?

"Oi gemuk, bila mau kurus?"

"Entah la, tak reti-reti nak berenti makan ni."

"Berat ko dah 90 kilo lebih tau tak? Lebih 25 kilo dari yang sepatutnya!!"

"Aku tau la. Aku naik senang, turun susah la."

"Abis tu kira malas la nak kurus sebab susah nak kurus?"

"Tak la. Hari-hari fikir nak kurus. Hensem sikit. Ko pernah tengok aku masa kurus dulu?"

"Dalam foto pernah la."

"Aku last betul-betul kurus, 5 tahun lepas."

"Abis sekarang tak boleh nak kurus? Sekarang ni senang je ko nak dapat penyakit tau tak!"

"Ye la. Kepala aku pun dah pening-pening sekarang. Tenaga asyik takde je."

"Kuruskan la badan encik Gemuk oi!"

"Ye lah! Ye lah!"

=Perbualan dengan diri sendiri=

Idan memang gemuk. Berat dia sepatutnya dalam lingkungan 65 kilo saja. Paling berat pun dalam zon berat ideal, 73 kilo. Ini dah dekat 90 kilo. Gempal sebijik. Dia sedar dia gemuk tapi susah betul nak kurus. Dia suka makan. Ha, itu la susahnya orang yang suka makan ni. Tak boleh nak buat apa. Pantang nampak makanan yang menarik, mesti dia nak makan. Agaknya dia kemaruk dulu tak dapat makanan yang sedap kot.

Idan pula dari jenis manusia nak tak pedulu sangat pasal kesihatan. Ini sebab mungkin dia dulu aktif menggila, agaknya tak risau nak dapat sakit kot. Aktif ooo... Pernah dulu dia berbasikal keliling Pulau, Pulau Pinang dalam masa 4 jam (kira okay la untuk budak sekolah). Main ragbi, main bola, main basketball, lumba lari, rejam lembing dan segala macam sukan dia masuk. Renang pun dia masuk.

Tapi sekarang dia dah berubah. Sukan malas betul dia nak buat. Awal tahun haritu rajin betul dia ke gym di pejabat. Entah apa angin, tiba-tiba dia stop macamtu je. Biol punya budak. Dari hari ke sehari dia memang masih nak pergi gym tapi macam ada yang menghalang. Diri sendiri la tu. Pemaleh punya kes la ni ye.

Entahlah, pandai-pandai la ko Idan.

26.8.06

Di Sini Caca Marba!

Lama tak menulis. Sibuk. Sampai majlis kahwin pun aku kena sediakan persiapan teknikal, slide, layar, sound, grafik. bla bla bla. Letih sungguh rasanya. Sepatutnya siang tadi aku kena sediakan draf akhir buletin untuk bos aku tengok, dia nak datang katanya. Tapi seharian aku tunggu, tak datang. Nasib baik. Kalau tidak memang bertambah letih aku. Sampai aku sakit. Tengah sakit ni. Sudah tiga hari kepala pening semacam. Ingatkan darah tinggi. Tengok blood pressure di klinik, ok saja. Doktor pun tak pasti apa masalahnya. Mungkin minggu depan kena rujuk doktor pakar ENT. Ada la yang tak kena dalam kepala aku ni. Sabar je.

Kereta buat hal lagi. Entah apa yang berlaku aku tak pasti lagi. Yang pasti, air radiator selalu kering. Ingat memang ada leaking dimana-mana tu. Tapi ada harinya aku drive laju menggila, ok pula. Entah apa biol aku pun tak tahu. Dia suruh tukar baru kot. Banyak duit aku. Pasal nak tukar kereta baru ni pun satu hal. Dulu ingat nak ambil Savvy (ye la, kutuk awal-awal). Tak jadi. Takkan masih nak pakai kereta kecik? Kemudian fikir nak ambil Gen.2 1.3. Tapi aku memang dah agak berat nanti. Kereta tu gemuk semacam, mana larat dengan enjin 1.3. Kemudian bila Neo keluar, terasa nak ambil Neo. Apa yang tak boleh? Dua pintu? Perkara itu tak menjadi hal. Kalau aku dah kahwin, lain ceritanya. Kalau dah kahwin sekali pun dengan anak 2 sekalipun, tak jadi hal lagi. Tapi adik-adik aku ni kata tak cantik. Ekzos macam pistol la, kecik la. Itu ini. Dan dengan sukarela mereka suruh aku ambil MyVi.Laa... Tak sejiwa la aku dengan MyVi. Seganas mana sekalipun orang boleh modified MyVi, ianya tetap kereta katak bagi aku.

Ye, aku dah drive MyVi, ok je. Aku belum drive Neo, harapnya lagi ok. Aku dah drive Savvy, memang sangat-sangat ok, cuma steering je yang tinggi tak boleh nak adjust (bodoh sangat ke designer/engineer Proton ni hah?). Kalau berduit? Berapa? RM100k? Vios. RM125k? Civic VTEC. RM150k? Accord (bukan harga dah naik?). RM200k? Volvo S40 (hanya kerana designnya saja). RM300k? BMW 3 Series. Duit tanpa had? (agaknya dalam hutan tu banyak kan...), Renault Clio F1 Sport, Lotus Exige, Dodge Challanger (yang prototaip baru tu.. tak tau?? Memang korang tak minat kereta), BMW M5, Mercedes-Benz CLS Brabus (Macam Datuk K pakai masa merisik Siti haritu - dalam surat khabar), Porsche Boxster, Cayman, Carrera S (anyone will do), Mitsubishi Lancer Evolution IX MS(wowweee!!!), Ford Mustang GT-R, Nissan Skyline R34 GT-R, Semua Ferrari (termasuk yang Schumacher drive atas litar tu!), Aston Martin DB5 (James Bond, baby!), Mercedes Benz SL (Gullwing), Ford Model-T (hehehe), Batmobile (huh? bukan kete kebal tu), Delorean (aha.. Back To The Future), Plymouth Cuda, Dodge Viper S, Buggati Veyron... huh, banyak lagi ni..

Toyota AE86 Trueno (ini sebab cerita Initial-D ye?), Land Rover Discovery & Td (yang macam askar guna tu), Audi TT... err. Udah la tu. Macam aku ada duit nak beli semua tu. Tapi aku memang minat dengan kereta. Tidak fanatik, cuma minat. Drawing kereta is my passion.

Sudah la cerita pasal kereta, seharian pun tak habis. Jadi korang dah tahu la apa minat aku ye? Kereta dan komputer. Dan mungkin hmm.. Itu je la.

Pasal buletin ke? Buletin JPN. Aku kena buat. Design, placement dan semuanya kecuali cari info dan sediakan bahan. Aku yang baru masuk bahagian baru, kena buat kerja 2 bulan dalam masa 2 minggu. Letih la. Letih sangat-sangat. Dan entah apa cengkadak Pencetakan Nasional Berhad masih guna Adobe PageMaker, aku pun tak tahu. Aku sibuk belajar Adobe InDesign CS2, alih-alih kena undur kebelakang. Itulah, nama saja gah, tapi software tak juga gah. Kena la convert kepada PageMaker nanti. Satu lagi, kerja dengan orang lama ni ada masalahnya tersendiri. Mereka selagi boleh mahu kekalkan sifat-sifat 'dalam' dalam publikasi sesebuah projek. Kalau nak tiup idea baru, kena slow-slow. Tak boleh fancy sangat, nanti mereka akan pening macam aku pening sekarang.

Aku letak background kain satin putih di muka depan majalah pun dah buat mereka berkerut dahi. Samada panik atau kagum, aku tak pasti. Yang amat pasti, mereka tak habis-habis menjenguk apa yang aku lakukan dari belakang. Tiba-tiba ada dibelakang aku dan soalan paling popular;

"Sudah siap Sharidan? - dua minggu untuk kerja dua bulan? Nak kena orang tua ni!

"Ada apa-apa masalah Sharidan?" - Yeah, get off my back!

"Ini ada tambahan lagi ye Sharidan" - Grrrr!!! Habis bila nak siap?

"Tak letak background untuk semua muka surat ke Sharidan?" - Ingat filem tamil?

"Idan, engkau kena ubah ini, ubah itu, buat ini, buat itu, tambah ini, tambah itu, patut masuk ini, masuk itu" - Engkau siapa pulak ni? (Ada budak seorang ni yang tak pasal-pasal menyibuk) - Mamat perasan bagus agaknya.

Itulah yang aku kena setiap hari. Kerjanya menarik Suka tengok hasil karya sendiri dihargai orang. Aku usung sana sini draf aku dan tanya beberapa orang yang aku jumpa di opis (office-mate la ni), ramai yang suka. Mereka kata lebih baik dari versi pertama (bukan aku yang buat). Lebih colourful, lebih balance dan lebih teratur. Huh! Bangga juga. Ada yang bagi kritikan, aku terima dan ubah ikut kesesuaian. Ada yang blur habis.

"Buletin JPN? Yang mana ni? Tak pernah tengok pun" - Dia ni betul ke staf JPN?

Oh ye kawan-kawan. Kerja kerajaan tidak semata-mata dengan kerja saja. Buat buletin, buat kursus, anjur konsert, anjur pertandingan. Banyak benda yang menarik boleh dibuat. We are not that damn dull. Infact, masa d'Fiesta Kesenian, pertandingan kesenian JPN peringkat kebangsaan, juri kami jemput dari Akademi Seni Kebangsaan. Mereka kagum dengan persembahan kami dan siap kata, ada sesetengah persembahan mereka sendiri tidak terfikir nak buat. Akhirnya mereka offer nak latih kami yang berminat dalam bidang kesenian (atas tiket kursus kesenian). Hebat, no? Tak best lagi? Masa pertandingan Karaoke dulu (JPN Idol), juri yang dijemput ialah Ooi Eu Jin (betul ke aku eja ni?) yang glamer di TV3 dulu, S.Atan dan Sugito (err.. pemain dram hebat - ada dalam rancangan talk show Astro). Jadi kami buat bukan main-main sesedap rasa, ada profesionalisme dan ada kredibiliti. Itu yang penting. Yes, gaji rendah. Tapi hakikatnya banyak perkara yang kita boleh buat dengan kerja kerajaan ni dari yang biasa kita nampak.

Bukan menghasut tapi menjemput.

18.8.06

Di Jari Ini Menulis Sesuatu

Esok ada d'Fiesta Kesenian JPN di Balora Perdana (nama dewan) JPN Putrajaya. Pertandingan kesenian, nasyid dan koir peringkat kebangsaan melibatkan hampir 400 orang peserta kakitangan JPN seluruh negara. Kira hebat juga memandangkan ianya dirancang dalam masa tak sampai sebulan saja. Mungkin disebabkan berpengalaman dalam menganjurkan JPN Idol sebelum ni, jadi takde masalah sangat nak handle program ni walaupun dari segi skel, lebih besar. Besar gila! Kalau dulu cuma 49 orang peserta, sekarang 400 orang! 8 kali ganda dan lebih rumit.

Aku ni kira salah seorang dari urusetia program. Tugas aku, buat poster, tag, dan apa saja yang berkaitan dengan grafik. Malah layout dewan pun aku buat. Selama ni kalau mereka susun kerusi dalam dewan, mesti baris-baris lurus dari depan kebelakang. Membosankan. Sudahlah begitu, ianya menghalang pandangan orang pula. Jadi pada majlis ni, aku susun kerusi secara curve, membengkok seperti mana selalu yang kita nampak dalam sebuah auditorium. Baru la ada class sikit. Poster pun aku buat berbeza dari apa yang selalu ada di JPN. Aku buatkan ianya seperti pantun. Memang pantun pun. Maka ramailah orang tertarik dan tertanya-tanya kenapa ianya dibuat dalam bentuk pantun. Kalau dah namanya program seni, apa saja yang berkaitan pun mesti ada unsur-unsur seni, gitu? Betullah. Ramai yang tanya, siapa yang buat pantun tersebut. Mengaku sajalah. Sebab kalau tak mengaku nanti, ada orang lain yang secara sukarela nak mengaku. Itu yang letihnya nanti. Jadi, baik mengaku awal-awal.

Aku ni dari jenis orang yang tak reti nak pergunakan ruangan kecil hujung-hujung sebuah karya untuk menconteng/melakarkan nama aku atau nama gelaran. Aku biarkan kosong. Tidak apa kalau tiada sesiapa yang tahu ianya hasil kerja siapa. Kalau perkara yang aku lakukan bukan untuk kegunaan aku sendiri, memang aku langsung takkan letak nama/nama samaran aku. Kalau untuk kegunaan sendiri, itu lain cerita. Jadi akibatnya ada satu karya aku dengan tanpa segan silu dicetak rompak oleh seorang kakitangan JPN sendiri. Malah dengan bangganya dia mengaku itu karya dia. Siap dia kata

"Ingat engkau seorang saja yang boleh buat?"

Aku bengang juga, aku balas balik

"Buat la kalau boleh!"

Sampai sekarang aku masih belum nampak hasil kerja dia yang asli. Malah setelah aku berpantun diposter, dia dengan tak malu cuba berpantun juga dibuku atucara majlis (majlis yang sama). Masalahnya pantun tersebut adalah pantun yang pernah tersiar atau jelasnya, pantun yang dah wujud. Jadi tidak hairan kalau ada seorang dua yang dapat mengesan pantun tersebut bukan pantun asli, termasuk aku sendiri.

Kenapa aku sukakan seni? Aku belajar aliran sains tulen sepenuhnya. Malah bahasa Melayu dan pengajian seni bukan penting langsung buat aku suatu masa dulu. Kecuali lukisan. Itu pun keputusannya langsung tidak menarik. Okay sikit dari apa yang Lat dapat la (Baca Town Boy). Anehnya aku sangat berminat dengan irama asli melayu, tarian asli dan segala yang berkaitan. Instrumen, muzik dan kostum juga menarik perhatian aku. Aku boleh berdiri lama meneliti setiap kostum yang dipakai raja-raja melayu di muzium. Aku lihat detail tenunan atau sulamannya. Itu yang menarik perhatian aku. Aku mendengar MP3 lagu-lagu melayu asli sepanjang masa tanpa merasa bosan. Aku masih mendengar Metallica, James Blunt, Gypsy Kings, Search, Wings dan M.Nasir. Cumanya dalam keadaan sekarang, itu minat aku, khazanah asli melayu. Pernah aku cuma (aku masih mencuba) mencari koleksi muzik tradisional instrumental tapi ianya begitu sukar untuk ditemui. Malah koleksi yang ada sekarang adalah dari permintaan orang yang mahu aku tolong mereka salin muzik ke CD untuk tujuan latihan tarian mereka. Kalau tidak kerana aku kenal mereka, agaknya sampai bila aku takkan temui apa yang aku mahukan.

Mungkin itu tandanya aku sudah tua. Mungkin itu juga tandanya aku menyintai budaya. Walaupun hakikatnya aku bukanlah dari jenis orang melayu yang mengangkat budayanya, tapi aku rasa ianya lebih hampir dengan aku. Mungkin, secara tidak sedar, itulah sebabnya aku berminat untuk menulis novel. Aku mahu gunakan bahasa separa klasik untuk menceritakan sesuatu. Aku mahu menulis seperti Tolkien berbahasa dalam trilogi Lords of The Ring beliau. Bahasa yang indah tetapi amat-amat menarik untuk dibaca.

Untuk menghasilkan sesuatu yang menarik amatlah sukar kejadiannya. Tetapi apabila ianya sudah diberi wajah dan jiwa, hasilnya lebih senang dilihat dan difahami dari yang pernah difikirkan.

Aku dedikasikan hari ini buat sahabat-sahabat. Semoga damai hidup kalian sepanjang masa.

Siapa dia?

Asyikin - orang baik yang takkan sekali berkata kasar dengan aku dalam apa jua keadaan. Sebaliknya selalu memohon maaf walaupun tidak ada salah pada dirinya. Dia begitu mengingatkan aku kepada Arwah Kak Nor. Sifat mereka hampir sama. Jadi faham kenapa aku selalu ceritakan perihal dia sekarang? Itulah jawapan yang aku sendiri cari selama ini. Dan hari ini kalian juga tahu kenapa. Menariknya, aku kenal dia pada malam Valentine's Day tahun 2002. Jadi, ada alasan aku nak sambut something pada hari tersebut, bukan? Apa korang semakin cemburu? Sudahlah. Cemburulah keimanan seseorang, cemburu kejayaan seseorang, cemburulah kegigihan seseorang dan cemburuilah keakraban persahabatan kami. Itu lebih baik keadaannya.

15.8.06

Asyikin Yang Comel

Aku kata pada Asyikin, pipi dia tembam. Aku ingat dia nak marah ke. Rupanya dia suka je. Aku cakap pipi tembam macam baby. Tak layak dengan badan dia yang agak kurus. Err, bukan kurus, langsing. Tapi sebenarnya dah okay. Biasa la orang perempuan macam tu. Muka tembam tapi badan kurus je. Aku sebenarnya suka je. Tambah-tambah kalau dia senyum, sengih ke. Patut la orang lelaki ni mudah sangat cair dengan orang perempuan ye. Sabar, sabar.

Aku jumpa dia kelmarin, tengah malam buta. Biasa la, itu saja time yang senang nak jumpa dia. Duduk lepak di kedai makan sambil berbual-bual. Selalunya dia akan ceritakan perihal pakwe dia yang banyak karenah. Rimas juga aku kalau kena dengan orang lelaki macam tu. Mungkin budak tu pun muda lagi jadi hati masih panas membara. Aku yang lagi lama kawan dengan Asyikin pun boleh dia jeles. Sepatutnya dia datang pada aku dan tanya pasal Asyikin dengan aku. Kurang-kurang aku boleh bagi tips. Heh. Takde la. Sekurang-kurangnya dia boleh senang hati tau yang aku dengan Asyikin macam adik dengan abang saja. Jauh betul beza umur. Tapi sejak Siti kata dia nak kahwin dengan Datuk K, beza umur aku dengan Asyikin dah rasa macam tak jauh mana. Potong stim betul Siti ni.

Aku banyak kerja dan aku sangat-sangat sibuk. Maaf kalau jarang update. Take care my friends and smile always.

5.8.06

Menulis Novel Di Atas Tilam

Kenapa menulis? Kerana aku boleh menceritakan sesuatu dan orang boleh membaca sesuatu. Kenapa perlu menceritakan sesuatu? Kerana ada kalanya sesuatu itu begitu menarik untuk diperkatakan walaupun bukan untuk semua orang, tapi sekurang-kurangnya ada orang yang tetap ingin mengetahuinya. Sebab itu mungkin, penulis novel terus menulis. Sebab itu mungkin, sentiasa ada orang yang akan menulis.

Aku minat ke jadi penulis? Aku tiada langsung asas dan skil untuk menulis. Ramai kawan-kawan kata aku patut menulis novel. Tapi mengenai apa yang hendak aku ceritakan? Bagaimana hendak aku mulakannya nanti? Bagaimana akhirnya? Siapakah watak-wataknya? Engkau nak tahu, aku cukup jarang membaca novel. Malah kalau novel berbahasa Melayu, entah bila paling akhir aku baca dan aku sudah lupa tajuknya. Novel terakhir aku baca adalah The DaVinci Code kira-kira beberapa bulan yang lalu sebelum ianya diwayangkan (aku perlu refresh minda sebelum menonton, agaknya).

Aku lebih berminat membaca National Geographic. Lebih berminat membaca (bolehkah perkataan ini digunakan?) Calvin & Hobbes dan Lat. Aku lebih berminat membaca Ensaiklopaedia. Malah aku lebih berminat menonton DVD haram daripada membaca novel. Kerana aku mudah mengantuk. Kerana aku tidak cukup kaya nak beli novel yang aku suka. Kerana aku masih belum temui novel berbahasa Melayu yang amat-amat menarik untuk dibaca.

Pernah semasa kecil, aku membeli novel pertama aku, mungkin. Tajuknya Rahsia Diari Ayah. Mengisahkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang menyiasat misteri sebuah rumah di tepi laut. Disitu akhirnya dia menemui ayahnya yang disangka sudah mati (aku lupa). Kali terakhir aku bacanya beberapa tahun yang lalu. Masih menarik. Kalau dijadikan cerita Cerekarama, mungkin menarik.

Tapi hakikatnya aku begitu jarang membaca novel. Mungkin itu bukan keutamaan aku dalam pembacaan. Namun aku pernah membaca novel-novel versi PDF karya NizamZakaria. Menarik. Sebenarnya semenjak dari situ, timbul atau mungkin terdetik dihati ini untuk menghasilkan karya versi PDF sepertinya. Lebih mudah. Aku cuma memerlukan sebuah PC, sudah ada (2 buah). Tapi hakikatnya idea tidak timbul dihadapan monitor PC. Tidak sebegitu mudah. Ianya timbul apabila aku baring (nanti aku ceritakan perihal tilam angin yang aku baru beli). Maka, yang paling sesuai adalah aku mendapatkan sebuah laptop. Aku boleh menarik diatas tilam sambil meniarap. Aku sedang tunggu untuk mendapatkannya. Secepatnya hujung Ogos ini. Kalau tidak pun, mungkin September nanti. Aku sudah melihat model yang aku mahukan. Harganya pun agak berpatutan. Bayar bulanan. Tak mampu aku nak beli cash.

Beberapa hari lepas aku beli tilam angin. Selama 4 tahun aku tinggal di rumah sewa tersebut, badan aku hanya beralaskan toto yang emak berikan ketika baru mendapat kerja dahulu. Toto masih ada cuma semakin tidak selesa. Aku pernah beli tilam kekabu tapi diserang pijat. Jadi kalini aku belikan tilam angin. Saiz besar agar mudah aku bergolek kesana sini. Tanpa aku sedari, tilam tersebut tidak disertakan dengan pam. Aku cari pam tapi tak jumpa yang sesuai. Akhirnya aku tiup sendiri. Sejam aku ambil masa untuk jadikan tilam yang sesuai untuk baring. Tapi puas hati. Bangun pagi tak sakit belakang lagi. Lebih selesa. Murah, RM49.90 saja di Carrefour. Hmmm... Mungkin korang ada tilam yang lebih selesa. Maaf.