28.8.06

Gila Apa Cakap Dengan Diri Sendiri?

"Oi gemuk, bila mau kurus?"

"Entah la, tak reti-reti nak berenti makan ni."

"Berat ko dah 90 kilo lebih tau tak? Lebih 25 kilo dari yang sepatutnya!!"

"Aku tau la. Aku naik senang, turun susah la."

"Abis tu kira malas la nak kurus sebab susah nak kurus?"

"Tak la. Hari-hari fikir nak kurus. Hensem sikit. Ko pernah tengok aku masa kurus dulu?"

"Dalam foto pernah la."

"Aku last betul-betul kurus, 5 tahun lepas."

"Abis sekarang tak boleh nak kurus? Sekarang ni senang je ko nak dapat penyakit tau tak!"

"Ye la. Kepala aku pun dah pening-pening sekarang. Tenaga asyik takde je."

"Kuruskan la badan encik Gemuk oi!"

"Ye lah! Ye lah!"

=Perbualan dengan diri sendiri=

Idan memang gemuk. Berat dia sepatutnya dalam lingkungan 65 kilo saja. Paling berat pun dalam zon berat ideal, 73 kilo. Ini dah dekat 90 kilo. Gempal sebijik. Dia sedar dia gemuk tapi susah betul nak kurus. Dia suka makan. Ha, itu la susahnya orang yang suka makan ni. Tak boleh nak buat apa. Pantang nampak makanan yang menarik, mesti dia nak makan. Agaknya dia kemaruk dulu tak dapat makanan yang sedap kot.

Idan pula dari jenis manusia nak tak pedulu sangat pasal kesihatan. Ini sebab mungkin dia dulu aktif menggila, agaknya tak risau nak dapat sakit kot. Aktif ooo... Pernah dulu dia berbasikal keliling Pulau, Pulau Pinang dalam masa 4 jam (kira okay la untuk budak sekolah). Main ragbi, main bola, main basketball, lumba lari, rejam lembing dan segala macam sukan dia masuk. Renang pun dia masuk.

Tapi sekarang dia dah berubah. Sukan malas betul dia nak buat. Awal tahun haritu rajin betul dia ke gym di pejabat. Entah apa angin, tiba-tiba dia stop macamtu je. Biol punya budak. Dari hari ke sehari dia memang masih nak pergi gym tapi macam ada yang menghalang. Diri sendiri la tu. Pemaleh punya kes la ni ye.

Entahlah, pandai-pandai la ko Idan.

1 comment:

ain said...

Assalamualaikum;
Berikut adalah petua yg saya dapat dari seorang penceramah, sewaktu mengikuti kursus minggu lalu, untuk dikongsi bersama;

Untuk kurangkan berat badan+ kolestrol:-

1. Kerap minum air limau nipis/kasturi suam setiap kali selepas makan.

2. Selepas makan, jalan selama 10 minit perlahan-lahan.. jgn terus duduk. baring lagi la tak buleh..

3. Amalkan tarik,tahan dan hembus nafas dalam nisbah 1:4:2. Kira la dalam hati contoh 1 saat tarik, 4 saat tahan, 2 saat hembus.

Petua yang no. 3 tu, berjaya mengurangkan sugar level..dia dah try sebab dia ni ada kencing manis.

Selamat mencuba yer!

Post a Comment