Kemudian aku mendiamkan diri. Aku lakukan kerana aku tidak mampu menahan desakan dia untuk bertemu dan mungkin lebih dari itu, settle down. Jawapan mudah dari mulut aku; aku belum bersedia. Maka aku dan dia terputus hubungan buat beberapa ketika.
Lama selepas itu aku kembali menghubungi dia tak kala hidup aku sunyi tanpa sesiapa di sekeliling. Lalu Rosmawati berkata agar tidak lagi mengharapkan dia dalam hidup aku. Sebulan yang lalu dia beritahu aku yang dia sudah bertunang dan sebentar tadi dia beritahu aku dia akan berkahwin penghujung Mei nanti.
Kadangkala aku seperti sengaja melepaskan peluang yang amat terbuka di depan mata. Mungkin itu satu-satunya peluang yang aku ada. Mungkin. Apabila dalam keadaan begini, mahu saja aku menyesali tindakan aku. Namun sesal itu sudah tiada makna dalam kamus hidup aku.
Aku pasti Rosmawati adalah seorang yang amat-amat baik. Bagaimana buruk sekalipun layanan aku terhadapnya, dia tetap begitu baik dengan aku. Kata-katanya penuh dengan keceriaan dan sentiasa tenang. Maka bakal suaminya nanti pasti akan menjadi seorang yang amat-amat bahagia.
Rosmawati menjemput aku datang ke majlis perkahwinannya nanti. Malah dia mendesak aku datang untuk akhirnya dapat juga kami bertemu. Mungkin itu saja hadiah yang aku boleh berikan kepadanya. Datang ke majlis perkahwinannya dan mempersembahkan diri aku yang tidak ada apa-apa pun ini. Puas aku bertanya kenapa masih dia mahu melihat aku sedang dia sudah bakal bersama dengan orang lain. Tiada jawapan yang jelas. Jawapan yang aku terima; Nak tengok aku. Itu saja.
Kalau aku hensem macam Brad Pitt, okaylah. Ini aku gemuk dan tidak ada rupa. Tanya Asyikin, tanya Ima dan tanya sesiapa saja, pasti betul.
Memang aku menolak tuah yang ada di hadapan mata. Ini bukan kali pertama. Sudah berkali-kali. Aku selalu buta dalam hidup, hanya nampak jelas apabila semuanya sudah pergi jauh.
Selamat mendirikan rumahtangga, Rosmawati. Dirimu akan sentiasa dihargai.
2 comments:
U buat i teringat pada seseorang...seseorang itu seperti u, dan mungkin rosmawati itu pula seperti diri i yg tak pernah dihargai .Yg membezakan kita hanyalah jalan cerita.
Bro Idan..
Teruskan nukilan anda...anda adalah penghibur...saya suka dengan ciri-ciri anda yang kelakar....
Post a Comment