28.5.08

Beli Tiket Bas Secara Online

Semalam beli tiket bas ke Johor Bahru. Member kahwin dan aku pergi sebagai jurugambar. Aku naik bas kerana kos menggunakan kenderaan sendiri adalah tinggi. Tol, minyak dan makan. Selama ini aku tak tahu yang ada syarikat bas ekspres Malaysia menawarkan perkhidmatan membeli tiket secara online. Apabila aku mengunjungi website Mara Liner untuk mendapatkan jadual perjalanan, ada sistem belian tiket secara online.

Menariknya, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit dan debit terus dari akaun bank. Lebih mudah, cepat dan tidak perlu berhadapan dengan ulat-ulat tiket di Puduraya. Tambahan pula, boleh pilih tempat duduk macam pilih tempat duduk panggung wayang. Sekarang. aku takkan beli tiket di kaunter tiket lagi melainkan perjalanan ke destinasi tersebut tidak dikendalikan oleh Mara Liner. Syabas Mara Liner atas usaha yang baik ini. Patutnya syarikat bas lain juga mencontohi usaha Mara Liner, ini termasuk Transnasional yang gah tu. Nama je besar tapi website menyusahkan.

Aku tak hairan kiranya suatu hari nanti si Tony Fernandez ambil alih syarikat bas dan menyediakan bas ekspes No-Frill macam Air Asia. Beli tiket secara online dan ada tawaran tambang murah yang tak masuk akal. Kemudian ada kos-kos tersembunyi yang terpaksa dibayar.

Sekurang-kurangnya usaha Mara Liner harus dipuji. Ianya satu usaha untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan. Lagi satu yang patut dipuji, membenarkan penggunaan perkhidmatan debit terus akaun bank. Ianya langkah bagus kerana tidak ramai orang Malaysia ada kredit kad dan juga yang penting, mengelakkan orang membeli tak tentu pasal menggunakan kredit kad. Sekurang-kurangnya pembayaran melalui debit akaun bank itu sudah pasti ada duit dalam bank.

2 comments:

aSh aBd Rahman said...

Yup agree.. service yg betul2 mengikuti peraliran zaman.. xpayah nk buang masa pergi stesen bas just nk beli tiket.. patut byk lagi syarikat perkhidmatan lain yg buat cara camni..

Anonymous said...

ash guna

sy setuju sangat tu. macam mara liner je yang bijak berniaga.padahal banyak syarikat bas kat negara kita ni. orang macam saya ni lagi susah nakbeli tiket balik kg. jauh. nak samakan tiket bas dengan tiket kapal terbang bagi jadual perjalanan, susah sangat.klu online kan senang. maraliner pun bukan ke semua negeri. ke negeri2 pantai timur, xada perjalanannya. susah.susah....tapi hidu perlu diteruskan juga.

Post a Comment