Aku paparkan 4 gambar contoh baju denim alumni MRSM Balik Pulau Batch 89 (BP89ers) yang dihasilkan sempena sambutan Jubli Perak MRSM Balik Pulau yang akan diadakan pada penghujung Julai nanti. Cuma aku nak pastikan, adakah perkataan "89ers" tu bermula dari idea aku atau sudah ada orang lain yang memikirkannya dahulu. Apa pun jua, ianya menarik dan amat sesuai digunakan. Tidak perlu lagi nak sebut ex-MRSM BP batch 89. Sekarang cuma BP89ers dan semua orang tahu. Aku mahu komen sikit dari segi baju dan design. Maaf kalau ada yang terasa.
Secara keseluruhan rekabentuk logo adalah baik walaupun ianya lebih bersifat korporat. Kalau itu tujuannya, maka logo ini adalah logo yang baik. Tapi pendapat aku, untuk logo sebuah komuniti alumni, perlu ada citarasa nostalgik. Penggunaan 4 warna rumah sukan mungkin membentuk nostalgik tersebut tetapi tidak signikan. Ianya lebih berbentuk meniru logo Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan MCOBA mereka sendiri secara sedar atau tidak.
Tetapi kita perlu faham bahawa warna-warna rumah sukan di MCKK adalah amat-amat dibanggakan hingga pada lencana mereka sendiri tercatat nama rumah sukan mereka.
Agak mengecewakan dari segi penggunaan bentuk bulatan sebagai corak utama kerana tiada kaitan dengan logo MRSM sendiri. Sekurang-kurangnya kalau digunakan shield MRSM walau mungkin dalam bentuk yang lebih abstrak akan dapat membantu menimbulkan nostalgik tersebut.
Pemilihan font adalah jelas walaupun bersaiz normal. Adalah lebih menarik sekiranya nombor 89 dapat dibuat dalam bentuk bold dan tulisan BP serta 89ERS dalam saiz normal atau sebaliknya. Penggunaan huruf besar pada ERS juga dirasakan agak kurang sesuai walau ianya memberi keseragamaan. ERS dalam bentuk "ers" dirasakan lebih sesuai disamping memberi balance kepada perkataan BP di sebelah kiri.
Kelebihan logo BP89ERS pula adalah pertamanya logo ini boleh dihasilkan dalam bentuk outlines dengan mudah. Tidak ada garisan-garisan kompleks yang membataskannya. Pengunaan warna hitam kepada garisan keliling bulatan dan pada tulisan juga membantu; sekiranya warna lain hendak digunakan seperti emas dan perak, ianya dapat dilakukan dengan mudah. Logo BP89ERS secara keseluruhannya bersifat korporat dengan garisan-garisan yang jelas dan 'kuat'.
Tulisan "SILVER JUBILEE MRSM BP 1983 - 2008"; Font yang digunakan adalah sesuai walaupun bersifat 'biasa'. Cuma secara umumnya, ia gagal memberi bantuan visual kepada keseluruhan baju. Penggunaan warna perak adalah sesuai dengan motifnya. Cuma pada pendapat aku, font yang digunakan sebolehnya sesuai dengan logo. Font lebih fancy seperti Mistral dirasakan lebih sesuai. Lebih menarik kalau tulisan tersebut boleh disulam di bahagian atas permukaan poket di bawah logo (rujuk atas).
Secara keseluruhan aku amat berpuas hati dengan pemilihan baju denim. Menarik dan simple. Aku fikir kalau t-shirt, ianya sudah biasa dan sudah membosankan.
Rekabentuk secara keseluruhan adalah sesuai dan menarik. Tahniah kepada pereka yang terlibat. Kerja yang baik. Korang jangan marah aku dengan kritikan aku di atas. Itu adalah pendapat peribadi aku.
Update
Aku saja-saja ubahsuai susun atur pada logo dan wordings.
1 comment:
mmm..
kalau x silap aku la idan..
fbi ada buat kartun tentang batch 89ers.. dalam nostalgia.
cuma siapa punya idea, aku x tau la...
tentang logo..aku pun rasa sedemikian jua..
tapi..yalah..aku bukannya ambik pot dari awal pun..tak sedap la nak komen lebih-lebih.. org dah tulung buat pun dah cukup bagus.
he..he..
tapi aku suka idea hang pada kotak yang pertama..
sj mrsm bp atas poket depan..
orait betul aku rasa..
apa kata hang proposed kat ema..
apapun..ok je bagiku..
89041
Post a Comment