23.2.12

37 Tahun, 1 Hari Kemudian

Biasanya pada hari lahir, aku akan menulis sebuah post di sini menandakan hari permulaan di usia yang baru. Namun begitu, akibat cuti dan bersantai sepanjang masa semalam, aku tidak menulis. Sebaliknya aku membalas ucapan selamat hari lahir yang dikirim oleh sahabat dan kenalan di Facebook, telefon, emel dan blog.

Sesungguhnya ada beberapa kelainan di hari lahir semalam. Pertama kali ucapan selamat mencecah hampir 100 orang. Tahun lepas aku dengan sengaja membuang informasi tarikh lahir di Facebook beberapa hari sebelum tarikh itu tiba. Hasilnya, tidak ramai yang sedar hari lahir aku telah tiba.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sambut hari lahir di restoran makanan segera. Kalau pada tahun-tahun yang lepas, aku makan sambil membaca buku atau majalah berseorangan. Tahun ini aku makan sambil berbual-bual dengan isteri tersayang. Sesungguh tidak ada apa yang perlu diubah mengenainya. Aku mahu lakukannya tahun hadapan dengan isteri dan anak pula, inshaAllah.


Malam hari lahir, aku dihidangkan dengan sebuah kek batik yang dibuat sendiri oleh Zura. Lucunya, semua bahan yang digunakan, dibeli oleh aku sendiri! Aku hampir lupa kenapa Zura mahu buat kek pada waktu itu hingga tiba jam 12 malam bila Zura menghidangnya di hadapan aku. Ah, really a very pleasant surprise. Sebenarnya, hari sebelumnya Zura sudah bertanya kek apa yang aku mahukan pada hari lahir nanti. Aku beritahu yang aku tidak mahu kek. Malah aku tidak mahu apa-apa. Cukup sekadar dia ada di sisi, itu sudah merupakan hadiah yang terbaik. Cukup sekadar tahu di dalam rahimnya, ada anak yang sedang menanti untuk melihat dunia. Itu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup ini.

Benar, Yang Maha Esa mengurniakan anugerah dan rezeki kepada kita dalam keadaan yang kita tidak sedari dan peduli. Hanya bila ianya terjadi, maka barulah kita sedari. Terima kasih, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

21.2.12

Terima Kasih Untuk 36 Tahun Yang Indah


365 hari lalu aku menulis bahawa di usia 36 tahun ini, aku tidak akan lagi bergelar bujang. Aku berkahwin pada usia 36 tahun dan ianya terlaksana pada Jun lalu.

Esok aku berusia 37 tahun, inshaAllah.

Jika diizinkanNya, pada usia 37 tahun, aku akan bergelar seorang ayah. Mempunyai anak sendiri di samping seorang isteri adalah sesuatu yang sungguh mengharukan jiwa. Selama aku menulis di blog ini lebih 10 tahun lalu, aku sangkakan hidup ini sudah cukup menawan dan berliku. Tetapi dalam masa terdekat sejak Jun lalu hingga menjelang April nanti, segala yang terisi di sini sejak 10 tahun lalu tidak akan dapat menggambarkan begitu bermaknanya hidup ini.

Fasa baru dalam hidup ini sudah bermula dan walaupun agak lewat, ianya tetap sebuah perjalanan yang menarik dan penuh dengan bunga-bunga yang harum baunya di kiri dan kanan perjalanan ini. Pada penghujung usia aku 35 tahun lalu, aku menulis bagaimana hidup ini tidak sendirian lagi kerana ada Zura sebagai penyeri hidup.

Maka, hendaknya pada usia 37 tahun nanti, hidup ini makin damai bersama isteri dan anak yang tercinta serta bersama keluarga, saudara dan sahabat yang disayangi. Aku fahami maksud 'live life' sekarang. Ianya bukan semester bombastik, penuh keterujaan, penuh warna warni. Live life bagi aku adalah menikmati hidup ini dengan seadanya dan penyeri hidup ini adalah manusia di sekeliling aku sendiri.

Terima kasih untuk 36 tahun yang penuh bermakna. Hello dan selamat datang tahun ke-37 hidup ini. Semoga dipermudahkan segala urusan hidup ini. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Hanya Dia yang tahu segala sesuatu di hati ini.


16.2.12

Set Fire To The Rain


My favourite song for the past few weeks. :D

11.2.12

Kuch Kuch Hota Hai

Petang sabtu ini, habis semua orang melayan filem Hindustan yang sangat popular dan mungkin masih popular hingga kini, Kuch Kuch Hota Hai. Ianya sedang 'trending' di Twitter Malaysia dan sedang diperkatakan di dalam Facebook. Begitu kuasa sebuah filem.


Aku dan Zura di rumah juga asyik menontonnya di rumah. Filem terbaik untuk hujung minggu yang damai. Aku teringat juga sahabat baik, Bob yang suatu ketika tidak pernah menyukai filem-filem hindustan. Namun begitu, akibat berkenalan dengan seorang gadis idaman yang kini menjadi isterinya dan ibu kepada anak-anaknya, Bob menjadi peminat filem hindustan. Sekurang-kurangnya itu yang diberitahunya kepada aku suatu ketika dulu. Antara kata-kata Bob yang masih aku ingat antara lain bermaksud kita perlu mencari titik persamaan antara kita dan orang yang kita sayang serta tidak salah untuk sekurang-kurangnya belajar meminati apa yang dia minati. Kerana di akhirnya kita sama-sama dapat meluangkan masa dan ketika buat apa yang kita suka. Itu yang terbaik.

Aku, apa saja filem yang bagus aku akan menonton, dan termasuk yang ini. :D

9.2.12

Video Games



Lana Del Rey - Video Games


Swinging in the backyard
Pull up in your fast car
Whistling my name

Open up a beer
And you say get over here
And play a video game

I'm in his favorite sun dress
Watching me get undressed
Take that body downtown

I say you the bestest
Lean in for a big kiss
Put his favorite perfume on

Go play a video game

It's you, it's you, it's all for you
Everything I do
I tell you all the time
Heaven is a place on earth with you
Tell me all the things you want to do
I heard that you like the bad girls
Honey, is that true?
It's better than I ever even knew
They say that the world was built for two
Only worth living if somebody is loving you
Baby now you do

Singing in the old bars
Swinging with the old stars
Living for the fame

Kissing in the blue dark
Playing pool and wild darts
Video games

He holds me in his big arms
Drunk and I am seeing stars
This is all I think of

Watching all our friends fall
In and out of Old Paul's
This is my idea of fun
Playing video games

It's you, it's you, it's all for you
Everything I do
I tell you all the time
Heaven is a place on earth with you
Tell me all the things you want to do
I heard that you like the bad girls
Honey, is that true?
It's better than I ever even knew
They say that the world was built for two
Only worth living if somebody is loving you
Baby now you do

(Now you do)

It's you, it's you, it's all for you
Everything I do
I tell you all the time
Heaven is a place on earth with you
Tell me all the things you want to do
I heard that you like the bad girls
Honey, is that true?
It's better than I ever even knew
They say that the world was built for two
Only worth living if somebody is loving you
Baby now you do

3.2.12

Dari Sebalik Tirai, Kami Lihat Keindahanmu

Tempohari hari, seperti yang dirancang, aku dan Zura ke Sunway Medical Centre. Ianya pusat perubatan paling hampir dengan rumah kami. Berbekalkan pengetahuan bahawa ada promosi istimewa, Zura mahu membuat imbasan 2D/4D anak di dalam kandungannya. Aku teruja sejak beberapa minggu lalu. Inilah kali pertama kami bakal melihat anak dalam kandungan. Selama ini aku hanya dapat merasai pergerakannya saja apabila telapak tangan aku diletak atas perut Zura. Sekali sekala terasa bayi dalam kandungan seperti menolak-nolak tangan ini. Aku tersenyum setiap kali ianya berlaku.

Petang itu kami masuk ke bilik imbasan bertemankan seorang pegawai perubatan. Ianya sekadar imbasan, tiada konsultansi. Kami fikir tidak perlu konsultansi tambahan kerana setiap bulan Zura pergi memeriksa kandungannya di klinik. Jadi, kami hanya mahu melihat pergerakan dan 'gambar' bayi dalam kandungan.

Setelah beberapa detik menanti melihat pegawai perubatan itu menyapu cecair dan meletak alat mengimbas di atas perut Zura, kelihatan sosok samar di skrin TV hadapan kami. Itu dia, si bayi kecil sedang damai di dalam perut ibunya. Tidak tahu lagi dunia ini bagaimana keadaannya; manis dan masamnya kehidupan ini.

Hello you...

Sukar hendak dihuraikan perasaan ketika itu, segalanya bercampur baur. Aku tahu ada tangisan di mata Zura.

Syukur dengan apa yang dilihat. Bayi di dalam rahim ibunya sihat walfiat, sempurna sifat dan keadaannya. Apa lagi yang hendak dipinta melainkan dipermudahkan urusan ketika melahirkannya ke dunia nanti.

"Chubbynya baby..." Kata pegawai perubatan.

Kami hanya tersenyum. Teringat foto lama ketika aku kecil. Pipi tembam.

"Mestilah, ikut ayahnya waktu kecil dulu..." balas aku sambil tersenyum.

Bayi kami nampak pemalu. Menutup separuh mukanya dari dilihat oleh kami. Kaki rapat tertutup, menyukarkan lagi pegawai perubatan dan kami untuk menentukan jantinanya. Sesekali, beliau menguap luas dalam perut ibunya. Kemudian membuka tutup mulutnya seperti cuba mengatakan sesuatu kepada kami. Mungkin kami mengganggu waktu tidurnya.  

Dia Menguap Luas, Kami Ketawa Melihat Telatahnya

Lama pegawai perubatan mencari sudut yang sesuai untuk merakam gambar dan cuba melihat jantina si bayi. Akhirnya petanda yang dicarinya ditemui. Sambil tersenyum, pegawai perubatan berkata,

"Saya sudah nampak jantinanya"
"Apa, lelaki ke?" Aku sepantas kilat bertanya.

"Nampak ada tiga garis ini..." sambil menunjuk pada skrin. "Ianya petunjuk bahawa bayi ini adalah perempuan" sambung pegawai perubatan.

Aku dan Zura tersenyum. Syukur. Lelaki atau perempuan tidak penting. Kami terima dengan redha. Terus saja aku berpaling ke arah Zura dan berkata,

"Che Embun!"

Ketawa?

Serentak itu juga Zura menampar bahu aku. Che Embun adalah gelaran aku kepada si bayi dalam perut Zura. Kami bercadang untuk memberi nama melayu klasik kepada bayi kami. Aku bergurau dengan Zura bahawa sekiranya anak kami itu perempuan, aku mahu namakan Che Embun.

Tidak, kami tidak akan namakan anak kami Che Embun. InshaAllah namanya nanti membawa maksud yang baik. Sebolehnya tidak terlalu Arabik, lebih bersifat Melayu. Zaman sekarang orang kita sudah meninggalkan nama-nama Melayu yang sangat indah bunyinya. Padahal nama-nama tersebut masih juga membawa maksud yang baik. Orang sekarang lebih teruja memberi nama berbunyi Arabik tetapi ejaannya kebaratan atau selagi boleh, menggunakan huruf-huruf janggal. Biarlah anak kami nanti mempunyai nama yang baik dan mudah disebut. 

Dua bulan dari sekarang, inshaAllah. Kami menunggumu wahai sang puteri.