Biasanya pada hari lahir, aku akan menulis sebuah post di sini menandakan hari permulaan di usia yang baru. Namun begitu, akibat cuti dan bersantai sepanjang masa semalam, aku tidak menulis. Sebaliknya aku membalas ucapan selamat hari lahir yang dikirim oleh sahabat dan kenalan di Facebook, telefon, emel dan blog.
Sesungguhnya ada beberapa kelainan di hari lahir semalam. Pertama kali ucapan selamat mencecah hampir 100 orang. Tahun lepas aku dengan sengaja membuang informasi tarikh lahir di Facebook beberapa hari sebelum tarikh itu tiba. Hasilnya, tidak ramai yang sedar hari lahir aku telah tiba.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku sambut hari lahir di restoran makanan segera. Kalau pada tahun-tahun yang lepas, aku makan sambil membaca buku atau majalah berseorangan. Tahun ini aku makan sambil berbual-bual dengan isteri tersayang. Sesungguh tidak ada apa yang perlu diubah mengenainya. Aku mahu lakukannya tahun hadapan dengan isteri dan anak pula, inshaAllah.
Malam hari lahir, aku dihidangkan dengan sebuah kek batik yang dibuat sendiri oleh Zura. Lucunya, semua bahan yang digunakan, dibeli oleh aku sendiri! Aku hampir lupa kenapa Zura mahu buat kek pada waktu itu hingga tiba jam 12 malam bila Zura menghidangnya di hadapan aku. Ah, really a very pleasant surprise. Sebenarnya, hari sebelumnya Zura sudah bertanya kek apa yang aku mahukan pada hari lahir nanti. Aku beritahu yang aku tidak mahu kek. Malah aku tidak mahu apa-apa. Cukup sekadar dia ada di sisi, itu sudah merupakan hadiah yang terbaik. Cukup sekadar tahu di dalam rahimnya, ada anak yang sedang menanti untuk melihat dunia. Itu anugerah yang tidak ternilai dalam hidup ini.
Benar, Yang Maha Esa mengurniakan anugerah dan rezeki kepada kita dalam keadaan yang kita tidak sedari dan peduli. Hanya bila ianya terjadi, maka barulah kita sedari. Terima kasih, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

No comments:
Post a Comment