Qaseh seorang bayi yang aktif dan penuh tumpuan. Bila dibiarkan di hadapan televisyen, beliau akan memerhatikan segala pergerakan di kaca TV dengan penuh minat. Kadang-kadang reaksi tubuh badannya begitu aktif.
Aku sedari, untuk mendidik dan membesarkan seorang seperti Qaseh, aku sendiri perlu sihat walfiat, bertenaga dan 'fit'. Aku tahu masa mendatang kelak beliau akan mahukan lebih daripada aku. Beliau akan berlari ke sana sini dan aku perlu mengejarnya dan menjaga langkahnya. Beliau akan mahu mengayuh basikal dan aku perlu ada di sisinya. Beliau akan sentiasa mahu melompat ke sana sini dan bermain sepanjang masa, maka aku perlu bersedia secara fizikal dan mental untuk semua itu.
Dalam keadaan aku sekarang, mustahil.
Dalam keadaan sekarang, aku terlalu 30 kilo terlalu gemuk untuk itu semua. 30 kilogram!
Aku tertanya-tanya dalam diri ini, bagaimana boleh aku buang 30 kilo itu dari badan ini? Kalau tidak 30 kilo, bagaimana hendak buang 20 atau sekarang 10 kilo buat permulaan ini? Ada sahabat yang mencadangkan aku mencuba minuman Alpha Lipid, sejenis minuman soya kesihatan.
Doktor menasihati aku supaya menjaga pemakanan dan buat senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Rejim itu aku mahu buat. Doktor beritahu, permulaan itu sangat menyukarkan dan mencadangkan aku agar mengambil cuti seminggu untuk memulakannya. Sebolehnya aku mahu ikut apa yang doktor cadangkan. Tetapi cuti seminggu? Mustahil.
Jadi, sudah ada dua perkataan mustahil dalam 4 perenggan. Maknanya aku sendiri yang mencari alasan, rasanyalah.
Demi Qaseh, azam ini akan aku lunas...
2 comments:
Assalamualaikum.. sekadar berkongsi maklumat. Kalau mahu boleh juga cuba program obesiti di hosp.putrajaya. Mula-mula pergi ke klinik kesihatan untuk dirujuk ke hospital. Ada borang yang kena dilengkapkan dengan full medical check-up. Program ini lengkap, ada support group, aerobik, ujian kecergasan, konsultasi dengan pakar pemakanan dan lain-lain lagi. Untuk suami saya, nampaknya berkesan. Dah turun 20kg dalam 3 bulan.
:)
alo idan..tak perlu semua tu idan..insyaallah bila dia dah mula meningkat beso..secara automatik menguruskan anak ko tu adalah senaman..percaya le..lagi2 besok bila anak ko dah bertambah insyaallah ko akan kembali normal...heheh
Post a Comment