Bila ada anak, macam-macam kerisauan yang timbul. Sakit sikit, risau. Kepala terhantuk lantai, risau. Menangis sikit, risau. Serba serbi risau. Aku dan Zura sudah lama tidak dapat menikmati tidur yang nyenyak. Aku lebih simpatikan Zura. Rasanya sejak ada Qaseh, beliau langsung tidak pernah lena tidur. Qaseh sehingga kini masih menyusu badan. Maka di tengah malam pasti Zura akan terjaga akibat rengekan Qaseh yang mahukan susu.
Qaseh pula sering sakit; demam, selsema dan batuk. Doktor kata itu perkara biasa dan sakitnya tidak serius. Bayi yang minum susu ibu, pada enam bulan pertama memang mempunyai daya tahan badan yang tinggi. Tetapi selepas itu daya tahan itu akan berkurang. Qaseh selepas enam bulanlah baru sering mendapat sakit. Namun begitu, setiap kali berjumpa doktor, jawapannya adalah sama. Itu perkara biasa. Kami bukan bawa Qaseh ke klinik biasa. Kami bawa ke pakar kanak-kanak. Bayarannya jauh lebih mahal tetapi itulah pengorbanan yang kami sanggup lakukan. Kami pernah bawa Qaseh ke klinik biasa dan doktor di situ seperti kebingungan apabila merawat Qaseh. Anda ibu bapa pasti tidak mahu hadapi perkara sebegitu, bukan?
Sekarang, Qaseh sedang mengalami sakit perut. Beliau kerap membuang air besar berwarna hijau dan berlendir. Hasil pembacaan aku di Internet, simptom ini mungkin ada kaitan dengan kurang atau terlebih menyusu atau mungkin jangkitan virus. Sekarang sudah lebih 24 jam, jadi kami putuskan untuk bawa Qaseh ke klinik.
Ibu bapa mana yang tidak risaukan perihal anaknya.
Qaseh waktu sihatnya adalah seorang yang sungguh menghiburkan. Susah hendak menangis dan ada saja perkara yang hendak dilakukannya. Sekarang Qaseh sudah mula memanjat dan cuba berdiri. Aku sering sengaja berbaring di sebelahnya supaya dia dapat memanjat badan aku tanpa aku perlu risau. Rutin di rumah selalunya begitu. Pulang dari kerja, aku akan melayan karenah Qaseh sementara Zura menyiapkan makan malam atau mengemas rumah.
Kalau Qaseh menjerit, aku turut menjerit. Kalau Qaseh menjelir lidah, aku turut menjelir lidah. Kalau Qaseh menepuk-nepuk lantai, aku turut sama menepuk-nepuk lantai. Ada saja yang hendak kami lakukan bersama. Walaupun Qaseh lasak dan sangat aktif, aku selesa menjaga Qaseh ketika sihat berbanding ketika sakit. Qaseh mungkin sudah faham keadaan itu maka bila sakit, dia akan mencari tenang bersama ibunya.
Patutlah Bob, sahabat lama aku kata, bila ada anak nanti badan gemuk ini akan cepat jadi kurus. Aku masih belum kurus. Mungkin kerana aku baru hanya ada Qaseh. Bob sudah ada tiga orang cahaya mata. Tapi sekarang pun sudah terasa keletihan bila menjaga Qaseh. Dia sangat aktif!
Ya, bila ada anak ini, ibu bapa sangat mudah risau. Risaukan segalanya.
Semoga lekas sembuh dari sakit ya anak comel papa. Amin.

3 comments:
kaseh omei kowttt ;) semoga dia cepat sembuh n boley maen2 dgn papa die lagik yerr..
Qaseh cakap, thanks kakak comel. hahaha.
Teringat masa fisyah kecil... Setiap saat dlm kerisauan... Walau muka ada senyuman hati penuh kerisauan
Post a Comment